Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Serban Kasih Abah 3

  • 7
  • dayya
  • 16 years ago
  • 3,043
  • FREE

 

1 September 1998.

Aku berpeluh sakan. Terasa gugup benar perasaanku kali ini. Hari ini, mengikut perancangan Ridzuan, keluarganya akan datang ke rumah meminang. Dengan itu, secara rasminya cinta rahsia kami akan terlerai. Pasti hari-hari gembira menantiku menghitung saat-saat ke gerbang perkahwinan. Teringatkan kebahagiaan yang bakal menantiku itu, terus sahaja sebuah senyuman melatari wajahku. Begitu asyik aku berkhayal bila tiba-tiba aku mendapat panggilan dari abah.

"Eli, datang pejabat abah sekarang. Ada urusan penting abah nak kamu selesaikan."

"Urusan apa abah? Eli... Eli..."

"Sekarang! Tak ada tapi-tapi lagi. You have to."

Klik! Panggilan terputus. Aku menarik nafas dalam-dalam. Ya Allah, permudahkanlah urusanku hari ini. Dan dengan berat hati, aku mengambil kunci kereta lalu memandu terus ke pejabat abah.

Aku melangkah masuk ke pejabat abah. Keadaan pada ketika itu sedikit kelam kabut. Seperti ada masalah berat yang sedang melanda. Sepanjang perjalanan aku ke bilik abah, tiada seorangpun pekerja abah yang menyapaku seperti selalu. Malah ada juga dikalangan mereka menitiskan air mata. Masalah apakah ini? Hatiku berdegup lebih pantas. Serasa bagai ada masalah besar yang sedang melanda syarikat abah.

Di muka pintu, aku nampak abah terduduk lesu di atas sofa. Wajahnya begitu murung. Tidak pernah aku lihat wajahnya yang murung sebegitu sebelum ini. Aku meletakkan tas tangan di atas kusyen, lalu mengambil segelas air dan kuhulurkan pada abah. Aku duduk di atas sofa, berhadapan dengan abah. Abah masih bisu, tidak langsung menerangkan mengapa aku dipanggilnya secara tergesa-gesa. Aku hanya mampu memandang wajah sayu abah. Tiada perkataan yang mampu aku luahnya untuk menyejukkan perasaan tuanya. Takut juga aku andai bicaraku bakal menghiris perasaannya menyebabkan jiwanya menjadi tambah berkecamuk.

Tiga puluh minit.

Keadaan masih senyap. Aku menjadi sedikit gusar. Aku memandang muka jam. Hhatiku bertambah tak keruan. Jam 6.30 petang, seharusnya rombongan meminang itu telah sampai ke rumahku. Bagaimanakah akan berlangsungnya peminangan itu kalau aku sendiri tidak ada di rumah? Aku menjadi sedikit kalut. Gelodak hatiku bagaikan dipiat-piat mencengkam sehinggakan pernafasanku menjadi tidak teratur. Hati yang tak keruian menjadi kian gelisah.

"Abah..." Aku cuba menarik perhatian abah.

Berjaya! Abah memandang aku cukup sayu. Kekuatan yang aku kumpul untuk berterus-terang tentang rombongan meminang itu tiba-tiba sirna. Aku terkelu melihat saki-baki air mata di pelupuk tua mata abah. Abah menangis? Bila? Sebelum sampainya aku? Aku gusar. Perasaanku berkecamuk!

"Syarikat kita mengalami kerugian Eli. Abah tak mampu nak menanggung hutang. Mungkin abah akan diishtiharkan sebagai bankrup. Kita dah papa kedana, nak!" Sendu abah menarik perhatianku membuatkan aku kebingungan. Aku bagai ditampar ke alam realiti. Aku terkedu. Serasa semangatku berterbangan di udara. Hilang sudah empuk sofa, yang kurasakan tika ini bagai bara membakar bontotku. Panas! Dan dudukku tidak lagi tenang seperti tadi. Aku bak cacing kepanasan. Abah pula masih tenang diduduknya. Betapa hebatnya jiwa tua itu.

Telefon bimbitku menjerit.

Ridzuan.

Aku memandang abah. Abah menganggukkan kepala bagai memberi keizinan kepadaku untuk menjawab panggilan itu.

"Sayang, thanx sebab sudi terima pinangan tu." aku diraikan dengan sebaris ayat dari Ridzuan. Begitu bermakna. Sekejap, aku terbuai hingga terlupa bahawa sebenarnya aku sedang diawangan. Sebenarnya aku dipermainkan oleh keadaan. Sekejap sahaja bahagia itu menjengah perasaanku. Sekejap.

"Abang dah sampai rumah sayang ke?"

"Buat-buat lupa pulak. Kan tadi sayang juga yang terima pinangan abang. Mana ada abang datang sekali. Mestilah wakil je. Kalau tak, tadi masa dekat rumah sayang lagi abang datang terus je peluk sayang. I miss you darling!" aku terpempan!

"Abang, sayang rasa ada salah faham ni. Sayang ada dekat pejabat abah sekarang."

"What!!!"

*****

Tiga buah kereta di parkir di halaman rumah. Dari dalam rumah, Suhaili nampak dengan jelas tetamu-tetamu itu membawa beberapa tapak dulang. Sekali pandang macam rombongan meminang pula. Dalam hati tercuit juga siapakah gerangan yang di cari, cinta siapakah yang akan dipetik. Wajahnya tersenyum simpul.

Rombongan tersebut dijemput masuk. Pak Mat, tukang kebun dan Mak Mah yang menjadi perantara tetamu. Abah tiada. Sejak seminggu yang lalu tak dengar berita. Namun Suhaila tidak terasa sedikitpun ketiadaan abah. Sebelum inipun, Mak Mah yang selalu memenuhi keperluan kasih sayangnya sejak arwah ibu meninggal dunia ketika dia berumur 3 tahun. Malah, Pak Mat dan Mak Mah telahpun dianggap bagaikan keluarga sendiri. Suhaila mencuri dengar perbualan tetamu-tetamu itu dengan Pak Mat dan Mak Mah. Sengaja dia membancuh air lambat-lambat.

"Kami ni datang ada hajat. Ialah, membawa cinta minta disatukan. Biar kalau boleh berkembang lagi anak-anak adam di muka bumi ni. Sama-sama kita membina masjid." Terang lelaki berbaju melayu hijau tua. Antara semua, lelaki itu nampak paling berusia, duduk di tengah-tengah gerombolan tetamu, mengetuai mereka.Wajahnya nampak tenang.

Pak Mat anggung kepala. Faham agaknya maksud yang mahu disampaikan. Mak Mah pula tersenyum-senyum simpul.

"Jadinya, apa hajat datang kemari? Kalau boleh tak perlulah berkias lagi. Kita jernihkan terus, biar senang nampak."Balas Pak Mat pula. Tetamu-tetamu itu tersenyum.

"Kami ni bawa hajat bagi pihak Ridzuan Mustafa. Mahu disatukan dengan gadis pilihan hati." sekeping gambar dihulurkan pada pada Pak Mat dan Mak Mah.

"Kami ni ada bunga istemewa. Kembar. Yang nak disunting Suhaili ke Suhaila?" tanya Pak Mat terang setelah menatap gambar yang diberi. Mahu kepastian sebenarnya. Ttakut pula jika tersalah pilih.

Wakil tetamu itu terkedu. Dalam senyum, dia membalas, "Apa nak disusahkan. Cuba tanya empunya diri. Kata Si Ridzuan si gadis itu menanti di rumah."

Lalu, Mak Mah ke dapur mendekati Suhaila.

"Su, su kenal Ridzuan?" Suhaila angguk.

"Su dah dengarkan? Su setuju tak terima pertunangan ni?" Suhaila tersenyum. Mana mungkin dia tidak setuju jika cintanya dalam diam berjaya juga tembus ke hati Ridzuan. Rupa-rupanya, selama ini dia bukanlah bertepuk sebelah tangan. Dalam hatinya bertapuk kegembiraan yang tak terucap. Bagaikan faham dengan persetujuan Suhaila, Mak Mah membawa perutusan itu ke ruang tamu. Menjamu tetamu-tetamu tersebut dengan kenikmatan sebuah persetujuan cinta.

*****

Sayup-sayup kedengaran suara azan menandakan masuknya waktu Subuh. Abah terjaga dari tidurnya. Ada saki baki air mata mengalir di pipinya. Kenangan tentang Suhaili menjengah benaknya. Saat getir 10 tahun dahulu menjengah mimpinya entah untuk kali ke berapa. Kesalan demi kesalan dirasakan. Jika bukan dia yang memanggil Suhaili ke pejabat, tentu masalah ini tidak akan timbul. Tidak mungkin! Dan saat Suhaili menangis menggogoi bagaikan si kecil, tiada kata yang dapat dilafazkan pada anaknya itu. Cuma yang ada sorotan mata sayu. Terlajak janji masakan diundur. Lagipun mana mungkin dia memulangkan cinta Ridzuan pada Suhaili dan dalam masa yang sama merampas cinta itu dari Suhaila. Ibaratkan gali lubang tutup lubang; yang merana tetap juga anak-anaknya.Hati tuanya terasa sayu. Entah sampai bila masalah ini akan selesai. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wah..complicated ni dayya..xsabar nak tau sambungannya
  • 2) ek enen..mengong btul rombongan pihak ridzuan..xtau nama hape???

    sengal~~
  • 3) wah..
    selenge nye orang yg dtg minang tuh..
    seb baik kite bukan kembar..
    susah jd cmnih ni..

    gambatte dayya~
    update cpt.. :)
  • 4) er jap, salah pinang, maka kena kawin ke? hehehe
    nape dia tak tuka balik eh, kata nak kawin dgn yg betul. kan ridzuan nye nawaitu lain?

    eh, ke saya silap pemahaman ni. hohohoho.
  • 5) oh ye dayya, dari segi penceritaan, caha suka yg mcm sekarang ni. hehehe jelas! (adakah caha prejudis pada penceritaan berbunga?) uwaa!

    ok, caha pun keliru sebenarnya. hehehe. but cerita macam ni lebih my cup of tea la, kalau cerita berbunga2 dayya mintak kak zu nye opinion kay :p hehehehe.
  • 6) ada sambungan lagi ke dayya?

  • (Penulis)
    7) huhuh.. terlupa nak selak sini.. tak reply lagi.. huhuh

    rain: hehhe, sambungannya masih dalam proses.. bz sikit sekarang =)

    misz_azni: yup! complecated sebab kembar seiras... cinta dengan kakak senyap2, tapi dalam diam adik ada hati kat dat guy... hohohohoo

    cahatomic: salah tunang tu ye... tak tukar sebab takut malu.. tapi sselebihnya sebb yang tersalah dipinang tu tersuka pulak... jadi, begitulah ceritanya mengapa pertunangan tidak ditukar balik~~~

    alleyna: yup! ada sambungan lagi ni... tapi masih dalam proses sebab bz lately ni =)

    thanx reading ol!

Cerpen-cerpen lain nukilan dayya

Read all stories by dayya