Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lewat Musim Itu- Episod 1

  • 30
  • rain
  • 16 years ago
  • 2,717
  • FREE

 

Semalam Ayu menelefonnya, suaranya resah semacam. Katanya mereka harus berjumpa. Segera! Reeza hanya tersenyum, dia yakin benar yang Ayu terlalu merinduinya, seperti gadis- gadis lain yang tidak lena tidur selepas memandangnya. Walaupun bersua untuk pertama kali, wajah Reeza sangat sukar untuk dilupakan oleh sesiapa saja. Boleh dikatakan setiap gadis akan jatuh cinta pandang pertama. Bezanya, Reeza akan rasa meluat yang amat sekiranya perempuan lain mendayu-dayu menagih perhatian darinya. Tapi tidak dengan Ayu, dia sangat mencintai gadis itu. Setiap tutur Ayu ibarat melodi indah yang mengasyikkan dirinya. Sungguh mendamaikan. Lalu hari ini mereka berjanji untuk bertemu, di tempat biasa, di restoran seafood kegemaran mereka.

 

 

“Ayu jangan nak kenakan Reez lar” Reeza ketawa besar, dia menggeleng-gelengkan kepala. Tahu sangat dengan perangai Ayu yang suka bergurau tak kena cara.

 

 

“Reez ingat Ayu gila, nak main-main dengan hal macam nih”. Wajah Ayu kelat, kecewa kerana Reez enggan mempercayainya. Ditambahnya pulak dengan ketawa yang berdekah-dekah, padahal apa yang dia sampaikan bukannya cerita lawak, tapi khabar yang amat mengerikan. Matanya mula berair, cuba ditahannya agar tidak menitis. Selamatlah restoran itu tidak dikunjungi ramai pelanggan, kalau tidak sudah tentu mereka akan menjadi tumpuan. Sepatutnya mereka berbincang di tempat yang lebih privacy.

 

 

Melihatkan reaksi Ayu, jantung Reeza berhenti berdegup seketika. Rasa takut mula mengusai diri “Ayu yakin ke”? Terus terang dia berharap sangat yang Ayu hanya bergurau, dan dia tidak akan marah kalau Ayu tergelak besar seperti selalu, setiap kali dia berjaya mengenakannya. Sungguh dia takut nak menghadapi bala yang satu ini. Makanan di atas meja dipandang sepi, seleranya mati saat itu juga.

 

 

“Em, dah sebulan Ayu tak datang period”. Ayu menjawab lemah, namun sangat jelas di telinga Reeza. Ayu mula teresak-esak. Rasa takut mula menguasai diri, bukan kerana periodnya yang datang lambat, tapi kerana kesahihan bahawa dia sudah pun berbadan dua.

 

 

Dua hari lepas, tanpa pengetahuan Reeza, dia telah membeli alat ujian kehamilan di farmasi, walaupun terasa tebal mukanya untuk membeli pregnancy test kit itu, tetapi digagahi juga diri dek rasa ingin tahu yang tidak terbendung lagi. Sampai saja di rumah, terus dia membaca arahan yang tercatat di alat itu, rupanya senang saja cara hendak menggunakanya tetapi terlalu sukar untuknya membuat ujian itu. Rasa ingin tahu tadi tiba-tiba melayang entah kemana, diganti dengan rasa takut, gelisah dan cemas, semua perasaan itu bercampur aduk menjadi satu. Dia bimbang, takut sekiranya keputusan yang di ketahuinya nanti bakal merubah semua hidupnya. Lalu disimpannya dulu alat ujian itu di dalam laci, biarlah dia mengumpul segala kekuatan dulu untuk berdepan dengan apa jua kemungkinan.

 

 “Alah, belum tentu Ayu mengandung, mana tahu bulan nie jer terlewat”. “Ayu nie gabra sangatlah”, getus Reeza. Padahal nalurinya sudah mula mempercayai kata-kata Ayu. Tidak pernah pun sebelum ini Ayu bergurau dengannya sampai menitiskan air mata,  dan dia arif sangat tentang betapa kerasnya hati Ayu kamalia itu. Sepanjang percintaannya dengan Ayu, tak pernah pun dia melihat Ayu menangis, walaupun sewaktu dia di dalam situasi yang sangat sukar. Takkanlah Ayu terlalu menghayati watak yang dilakonkanya sehingga menitiskan air mata. Semata-mata untuk mengenakannya. AHHHH, Karut. Memikirkan hal ini, dia mula tidak senang duduk, rasanya mahu saja dia menjerit, ataupun memarahi ayu kerana mereka-reka cerita, ataupun, Arrrghhhh, sebenarnya dia pun tidak tahu bagaimana hendak ditafsirkan perasaanya di saat ini, dan penjelasan ayu seterusnya telah menyebabkan dunianya menjadi kelam. Lebih parah, dia terasa ingin pengsan.

 

 

Bersambung..

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) nie kali pertama dalam hayat hidup saya menulis cerpen..terlalu banyak kekurangan..sudi-sudilah komen..thanks to kak ummu,nisa n nia yang encourage..
  • 2) hmm.. hmmm... Teruskan sambung.. Akak nak tahu cerita selanjutnya nih... NAmpaknya bolehlah share dgn akak cara nak tulis cerita yang mampu menggoda pembaca untuk mengetahui penamatnya. Arahan pregnancy test tu tercatat pada pembungkus, bukan alat tu.. ;0 (saja je nak usik). Permulaan cerpen yang menarik.

  • (Penulis)
    3) thanks kak..saya rasa xleh tido malam pikir nak post ke x..sebab xpernah menulis..cuma suka membaca jer..anyway..saya akan cuba memperbaiki lg.
  • 4) aiyarkkkk!mengandung???
    adeh deh. ni kes kahwen pastu rahsia dari org, atau tak kawen tapi cam kawen dan rahsia dr org? aduh duh. kalu kes kedua, huhu.. kene sebat 100x nih.

    wah wah rain! tot kagum! eh, bukan kagum sebab si Ayu Kamalia tu termengandung, tp sebab rain menulis dengan baik.
    syabbas inspector sahab.

    hmm nak komen apa lg ye. oh tentang penggunaan bahasa inggeris dalam text, mungkin elok ikut saranan serunaifaqir, gunakan italic ye bebeh.
    Hmm pastu pastu...imbuhan di- dengan kata akarnya; jika kata kerja, kita dekatkan, jika kata tempat kita jauhkan.
    hmm lagi, lagi.. aiyark tot pun tatau lah.
    yang tot tau tot suka ini cerita.

    Reeza, sila bertanggungjawab.
  • 5) apsal aku nye komen xmasuk td
  • 6) ak stuju ngn itot..reeza mesti bertanggungjawab..kah3..harap2 ad kejutan dlm smbungan nnti..komen mende ek..hmmm..jalan citer masih samar2 sbb xtau smada ayu mngandung anak reeza ke anak sape..heheheheheheheheheehehe...kalo bab tatabahasa ak xtau nak komen ap..kalo bab jalan citer..mmg ad potensi nk jd citer best...kpada cik 'rain' @cik hujan .gali..gali..gali..(mcm kak ogy kata dlm akademi fantasia..)..sy mahu lihat kelainan dlm smbungan nnti..BRAVO2
  • 7) citer yang menarik...harap cepat cepat sambung yer

  • (Penulis)
    8) Itot= thanks sgt2..i always need ur guidance

    mayat=hehe..gaya komen mcm juri professional..trimas bro.

    natalie= thanks..its really encouraging..i will work hard..
  • 9) wah... awal2 dah suspend...
    teruskan bercerpen, i tau u boring duduk sane... sbb tu menggatal tangan nak buat cerpen kan..?? hehe, nway, good work dear...
  • 10) Salam adik rain,
    Walaupun genre cinta merupakan permulaan dalam penulisan, namun abg sf percaya dan yakin bahawa rain akan menggarap cerpen yang lebih menuntut daya ta'akulan dan falsafah kehidupan yang lebih mantap. Namun ada beberapa perkara yang abg sf nak tegur, pertama, jangan watak utama itu lemah dan tak bermaya, kalau pun dia seorang gadis, paparkanlah dia sebagai seorang gadis yang berjiwa tabah dan tidak terlibat dalam perihal sebegini. Kerana garapan sebegini agak klise dan selalu kita lihat di kaca tivi. Meskipun ia adalah suatu kebenaran yang terjadi dalam masyarakat kita hari ini, namun kalau boleh janganlan ia datang dari hasil karya rain.Ini kerana setiap segala yang kita tulis itu sebenarnya merupakan tanggungjawab yang perlu digalas oleh pundak setiap para pengkarya. Jadi, kalau boleh jangan jadikan watak utama kita sebagai watak yang lemah dan tak bermaya. Biarlah watak utama kita menyalurkan pemikiran yang bernas kepada para pencandu karya dan penikmat hasil, seomaga rain mendapat manfaat dari teguran kecil ini. Namun teruskan sahaja menulis, berlatih dan terus berlatih. Jangan sesekali berundur apabila sudah mula menginjakkan kaki ke dalam lautan penulisan yang penuh cabaran dan dugaan ini. Selamat maju jaya ...
  • 11) Wah Rain...Kamu jgk dh menceburkan diri dlm bidang tulis-menulis nie yer. Bagus2...Permulaan yang baik...Chaiyot2.Xsia2 bakat lakonan kamu selama ni :)

  • (Penulis)
    12) terima kasif abg sf..i will take that as a lesson..saya harap abg sf sudi mengikuti kisah yang seterusnya..

  • (Penulis)
    13) little= hehe..tulah..nie masanya nak practise ..hehe
  • 14) Ya, abg sf akan mengikutinya, tapi gaya penulisan yang dipaparkan ini sebenarnya lebih kemiripan kepada novel. :)

  • (Penulis)
    15) saya pun konfius nak letak under novel or cerpen..sebab nak buat novel, rasanya xdelah panjang sangat..jd saya assume jer as a cerpen..hehe..baru2 nak belajar..
  • 16) Tak mengapa, yang penting terus menulis. Biarkan ini sebagai satu titik permulaan dalam dunia penulisan. Cuma satu lagi nak tegur, perkataan Inggeris itu mesti di italic, bukannya bold.
  • 17) bersambung lah pulak.......... ramai nyer org komen.. huhuhu...

  • (Penulis)
    18) cupid= thanks for da comment

    abg sf= trimas.td itot pun tegur jugak pasal word english tue..hehe
  • 19) time 'buat' tamo pikir..dh lepas bru gabra~

  • (Penulis)
    20) huhu=betul tu syud..anyways thanks for reading.
  • 21) wohoooooo!!!! rain sudah mula menunjukkan belang! cayalahhhh!!! hehe caiyok caiyok.. idea tu dah ada, cuma perlu garapan yg lebih kemas kot. cewah, org yg berckp ni mcm la terel sgt :p but anyway, apa yg nia rase sgt effektif menurut nasihat syahar: lepas habis menulis jgn terus post citer tu, peram dulu. esok bukak balik, baca balik, baiki apa2 yg rase tak kene. pstu peram lagi. esok bukak balik, baiki lagi atau tambah atau kurangkan apa2 yg rasa x perlu, peram dan terus peram sampai rase mcm dah xde apa nak dibaiki lagi, baru post. maka cerita itu akan jadi lebih mantap. cuba lah. but anyway, percubaan yg baik. teruskan menulis bebeh. welkam to the club. rasekan lah cmna pressure bile kwn2 duk tak habis2 suruh update cerite u. kehkeh.. :p (hmm boleh balas dendam nih.. hmmmmm)

  • (Penulis)
    22) thanks nia..bila nak sambung januari?hehehe
  • 23) cepat rain..cepat sambung in cerpen.. hehehe
    *menolong NJay mem'pressure' rain
    :P
  • 24) 1stly,
    tahniah cik hujan kerana telah memulakan langkah di bidang penulisan kreatif ni. semua org pun bermula dari langkah pertama. bkn semua org pun terus2 bleh terer seperti sidney sheldon. sidney pun belajar dari bawah dulu kut. cuma kalau nak maju jgn putus asa, kalau rasa putus asa sebab risaukan sesetengah kelemahan, then lupakan dulu kelemahan tu. tulis je jugak mana yg boleh. lebih baik menulis yg banyak kelemahan dari x tulis langsung! :D jangan jadi mcm org tu (read: yg tgh ckp ni)

    utk 1st timer. cerita ni sangat okay. beruntung cik hujan kerana mendapat nasihat abg SF, mana yang straight away boleh diamalkan, amalkan. mana yang masih belum, simpan buat azimat kemudian hari.

    ok, komen utk cerita kat part 2 je lah :p cerita ni pendek sgt. kohkoh.

  • (Penulis)
    25) cahatomic= trimas untuk support yang membina, tp masih banyak nak dipelajari..he.
  • 26) permulaan yang menarik dan suspen. teruskan usaha anda. saya suka membaca aja

  • (Penulis)
    27) zawina= thanks for reading.
  • 28) =) mahu lagi...nice

  • (Penulis)
    29) thanks dayya
  • 30) ini kes bahaye ngandung...huhu. reza mesti jaga ayu jgn nak lepas tangan erk.

Cerpen-cerpen lain nukilan rain

Read all stories by rain