Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tentang Aku

  • 8
  • Timur
  • 14 years ago
  • 2,507
  • FREE

 

ku berjalan sendirian menuju ke gerbang pintu, gerbang pintu yang seakan-akan memanggil aku. Aku terpaku dengan keindahannya.Gerbang itu meliuk-lintuk bagaikan menari-nari mengikut irama. tetapi aku tidak mendengar sebarang muzik. yang ada hanyalah riuk rendah suara kanak-kanak bermain di waktu petang. Suara kegirangan yang  sering mengusik ku di kala senja menjelma.

Aku teringatkan kampung ku. Kampung yang banyak membesarkan aku untuk menjadi insan. Mengenal  erti sebenar maksud kemanusiaan. Mengenal erti kerjasama. Erti sebuah keluarga yang saling menyayangi. Aku sering tenggelam dalam alam kehidupan yang lalu, sehingga aku lalai tanpa sedar aku sudah jauh ketinggalan. Zaman sudah berubah. Itulah yang sering diperkatakan. Memang zaman sudah banyak berubah. Sehingga aku rasakan aku sudah tidak layak untuk hidup di dunia hari ini. Dunia penuh kesibukan. Tiada masa terluang untuk berehat. Untuk berhenti sekejap untuk berfikir, bermuhasabah diri, berfikir mengenai pencipta. merenung akan keaungannya. Apatah lagi menunaikan tanggungjawab terhadapnya.

Tangan-tangan semalam masih lagi mengait aku untuk pulang ke masa lalu. Pulang untuk mengambil sesuatu yang aku abaikan dahulu. Aku terkejut, tersedar dari alam mimpi. Lalu bangun untuk turun ke bawah. menuju ke bilikgelap. Di dalam bilikgelap itu aku terkapai-kapai mencari sesuatu, meraba-raba sedaya upaya aku. Aku berusaha gigih, gigih segigihnya. sehingga aku berjaya. Lalu ku tuangkan air panas, dua sudu Nescafe dan satu sudu gula. Ku kacau dan ku hirup untuk menghilangkan dahaga aku malam itu.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) tentang kamu yg dahaga utk minum neskepe sambil merenung sejenak status kehidupan?
  • 2) 2 sudu nescafe, 1 sudu gula? Wow, PAHIT!

    terbalik dengan tot, 1 sudu Nescafe, 2 sudu gula. ;)
  • 3) apa susah? coffemate kan ade?

    penggunaan "ku" dan "aku" yg tidak sekata sebagai permulaan utk ayat. misalnye:
    "Ku kacau dan ku hirup untuk menghilangkan dahaga aku malam itu". mungkin lebih baik kalo diseragamkan. Kalo nak gune "Ku", apply kat semua. kalo nak gune "Aku", pon apply kat semua jika boleh.

    "Di dalam bilikgelap itu aku terkapai-kapai mencari sesuatu, meraba-raba sedaya upaya aku. Aku berusaha gigih, gigih segigihnya. sehingga aku berjaya."

    Adakah "aku" ini seorang yang kurang upaya atau terlalu pendek utk mencapai sesuatu?
  • 4) 2 sudu nescafe, 1 sudu gula? kita memg geng..bestt
  • 5) er..nescafe susu is d best!! riao~~~~~~~~~ ;)
  • 6) genrenya eksperimental ya? kok tidak terasa, masih terlalu biasa kawan ceritanya....

  • (Penulis)
    7) tima kasih utk komen yg shbat2 smua berikan.....byk mmbntu
    tp yg penting nescafe 2 kne kaw...k thank
  • 8) =) nescafe adalah ubat tido saya paling mujarab.. sure lena.. tambah2 arabica ^_~

Cerpen-cerpen lain nukilan Timur

Read all stories by Timur