Lewat Musim Itu - Episod 3

  • 20
  • rain
  • 12 years ago
  • 2,615
  • FREE

 

Mereka melakukan perbuatan terkutuk itu hanya sekali. Hari itu Ayu bahagia sekali. . Impiannya untuk meluangkan masa bersama Reeza tertunai jua. Baginya suasana di Genting Highlands itu begitu indah, hebat dan happening. Lebih indah bila Reeza ada bersama disisinya. Ayu sedar, betapa banyak mata wanita yang menjeling kearah mereka, pasti mereka cemburu kerana Ayu layak berdamping dengan lelaki sekacak Reeza.

 

 

Setelah keletihan menjelajah keindahan ditanah tinggi itu, mereka membuat keputusan untuk pulang. Namun entah apa malangnya, kereta Reeza tidak dapat dihidupkan. Puas dicuba namun gagal. Mereka tidak mempunyai pilihan lain selain dari menginap sahaja di mana-mana hotel yang terdapat di sana. Sekali lagi mereka kecewa kerana hanya tinggal satu bilik sahaja yang masih kosong. Reeza memujuk  Ayu supaya menginap sahaja di bilik itu dan berjanji bahawa tidak akan ada apa-apa perkara yang buruk akan terjadi.

 

 

Pada mulanya Reeza berasa agak kekok kerana dia tidak pernah berduaan dengan Ayu sebegitu.  Namun rasa janggal itu diganti dengan rasa bahagia. Ditenungnya wajah Ayu sedalam-dalamnya.Sungguh dia akui yang Ayu kelihatan sangat jelita malam itu. Mungkin, bisikan syaitan yang sudah mula meracuni kewarasan akalnya untuk berfikir. Dia benar-benar ingin mencium pipi Ayu yang licin itu. Lalu didekatinya Ayu yang berada di hujung katil.

 

 

“Ayu, you are so beautiful”. Ayu kelihatan gugup, namun masih sempat menghadiahkan sebuah senyuman buat Reeza. Dia terasa ingin pengsan, baginya senyuman Ayu malam itu lain benar, sungguh manis, sungguh memikat.

 

 

Lalu diciumnya pipi Ayu lembut. Ayu sendiri tidak melarang sewaktu bibir Reeza mendarat di pipinya. Malah dia turut sama menikmati kebahagiaan dan keindahan itu . Ciuman itu bagaikan mempunyai tarikan magnet, Reeza bagaikan tidak mahu berhenti, dia ingin terus meneroka segala keindahan milik Ayu.Lalu semua yang tidak seharusnya berlaku telah pun terjadi. Para syaitan bersorak keriangan kerana dua lagi anak Adam tewas dengan hasutannya. Lalu, sedarlah Ayu bahawa dia sudah pun menggadaikan maruahnya yang dijaga selama 23 tahun hanya untuk keseronakan yang sementara. Reeza juga menyesal kerana terlalu mengikut perasaan.Tidak sepatutnya dia menyentuh Ayu selagi gadis itu belum sah menjadi surinya. Sememangnya itulah detik pertama dan terkhir mereka melakukannya.

 

*     *       *

 

Selepas dua hari, berkurung dan melayan melankolik di hati, Ayu seperti disuntik semangat baru, dia sedar yang dia harus bertindak segera. Kandungan itu tidak mampu disembunyikan untuk selamanya. Lalu dia bertindak nekad, dihantarnya notis berhenti 24 jam ke kolej swasta tempat dia bertugas sekarang. Kepada rakan serumahnya dimaklumkan bahawa dia perlu pulang ke kampung kerana ada hal yang terlalu mustahak. Ditinggalkannya bayaran sewa untuk 2 bulan sebagai ganti rugi

 

 

Sewaktu dia tiba di kampung, jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Mak Limah yang kebetulan hendak menutup tingkap, terkejut melihat Ayu yang sudah pun tercegat di depan tangga. Terkocoh-kocoh dia membuka pintu untuk mendapatkan Ayu.

 

 

“Ayu, kenapa balik tak beritahu mak”?Dipeluknya Ayu seerat mungkin. Rindu benar dia pada anak gadisnya itu.

 

“Sajajer Ayu nak surprise kan mak.Ayu tersenyum, cuba untuk berlagak biasa.

 

“Sudahlah, mari kita naik, pergi mandi lepas tu solat, nanti mak masakkan menu istimewa malam ini”.

 

Sungguh hati Ayu tersayat melihatkan kasih maknya yang tidak berbelah bahagi. Kalaulah mak tahu hal yang sebenar, masihkan dia sudi hendak melayan aku sebaik ini.

 

 

Semua lauk yang dimasak Mak Limah  malam itu adalah masakan kegemaran Ayu. Dia suka benar pada gulai nenas ikan masin dihidang pula bersama sambal sotong. Kebetulan pula Mak Limah baru sahaja kepasar pagi tadi.Merasala Ayu makan istimewa malam ini. Namun, entah kenapa dia merasakan tingkah laku Ayu pelik benar malam ini. Dia perasan yang Ayu banyak termenung, jauh benar fikirannya. Makan pun tidak bertambah. Selalunya, paling kurang pun Ayu akan tambah dua kali.

 

 

“Ayu, buat apa termenung depan nasi tu, tambahlah lauk nyer”.

 

“Baiklah mak, lambat betul ya ayah balik malam nie”?

 

“Ayah kamu tu kesurau, lepas Isyak nanti katanya ada ceramah sikit”. “Makanlah Ayu, lauk untuk ayah kamu dah pun mak simpan”.

 

Mak, biarlah Ayu nikmati gulai emak ini .Mungkin ini kali yang terakhir Ayu dapat mencicip masakan sesedap ini.

 

Selesai makan, Ayu dan emaknya berbual-bual di ruang tamu sambil menunggu ayahnya pulang dari surau.

 

 

“Ayu tak sihat ke? Mak tengok kamu nie pucat semacam jer. Mesti kamu ni kerja  teruk sangat”. Diusapnya rambut Ayu dengan lembut..Sungguh, dia sangat menyayangi Ayu. Anak-anaknya yang lain sudah berumahtangga, tinggallah Ayu seorang yang rajin menjenguknya. Tambahan pula, semenjak kecil lagi Ayu sangat pandai mengambil hatinya. Baginya anak gadisnya itu sangat mudah hendak dijaga, dia menurut kata, rajin menolongnya didapur, pintar dalam pelajaran dan cantik pula.

 

 

“Ayu rindukan mak la”.dipeluknya Mak Limah erat. Hati Mak Limah mula rasa semacam..Pelik benar perangai Ayu malam ni. Tapi segera diusirnya perasaan itu sejauh mungkin.Agaknya Ayu tertekan dengan kerja dipejabat, tak pun ada masalah dengan si Reeza .Namun, hanya Tuhan yang mengerti gelora di hati Ayu ketika itu.

 

 

Mak, biarlah Ayu peluk mak lama-lama,  lepas nie  Ayu tak dapat nak peluk mak lagi.

Kalau boleh, mak ampunkanlah dosa Ayu ya mak.

Ayu salah mak, Ayu takut .

Malam ini, setelah yakin mak dan ayahnya sudah pun melelapkan mata, Ayu terus bersiap untuk meneruskan rancangannya, ditinggalkan sekeping surat buat semua insan tersayang yang bakal ditinggalkannya. Perlahan- lahan dia membuka pintu, bimbang kalau-kalau Mak Limah terjaga dari lenanya. Sampai sahaja di tangga yang terakhir, air mata Ayu jatuh tak tertahan lagi, sakit dadanya menahan pedih, hatinya bagaikan disiat kerana itulah detik terakhir pertemuan mereka.

 

 

Selamat tinggal mak..

Selamat tinggal ayah..

Ayu sayang mak dan ayah..

 

Langkah Ayu lemah sekali, terpaksa dia kerahkan semua sisa tenaga yang berbaki untuk meninggalkan halaman yang sangat bermakna itu. Ya Allah, sungguh aku tak mampu hendak menggalas dugaan ini.

 

                                                                                                   *        *         *

 

Mak Limah jatuh terjelupuk demi membaca isi kandungan surat itu. Mahu sahaja dia meraung kerana kecewa dengan perbuatan Ayu. Tapi jauh di sudut hatinya, dia lebih kecewa kerana Ayu sanggup meninggalkannya.

 

“Sampai hati Ayu buat kita begini bang”.

 

“Sabarlah Mah, sekarang ni kita kena selesaikan hal nie dengan si Reeza tu. Masalah ini melibatkan mereka berdua.

 

 

Dirasakan lemah lutut Puan Aisyah sewaktu membaca surat yang ditunjukkan bakal besannya itu. Dipanggilnya Reeza berkali-kali. Demi melihatkan kehadiran mak dan ayah Ayu, Reeza mula berasa cemas. Jantungnya berdetap laju. Namun pandangan kedua orang tua itu seperti mempunyai maksud yang berlainan. Pandangan yang sangat sukar untuk dimengertikan. Selesai sahaja meneliti setiap bait-bait bicara Ayu, Reeza terus bergegas kebilik, tidak dipedulikan laungan ibunya yang mahukan penjelasan.

 

 

Buat Mak, Ayah, Ummi dan Reeza.

Terlebih dahulu, Ayu memohon ampun dan maaf dari kalian semua.

Maafkanla Ayu kerana terpaksa memilih jalan ini.

Sebenarnya Ayu sudah tidak menyintai abang Reeza lagi kerana Ayu telah pun berjumpa dengan lelaki lain yang Ayu rasakan begitu serasi dengannya. Walaupun perkenalan kami agak singkat, Ayu benar-benar berharap dapat hidup bersamanya.

 Ayu harap kalian semua mengerti keinginan Ayu yang satu ini. Nampaknya jodoh Ayu dengan abang Reeza cukup sampai di sini saja.

Ayu mengambil keputusan untuk tidak lagi pulang ke kampung kerana Ayu malu untuk berdepan dengan kalian semua.

Kalau sudi, maafkanlah kesalahan Ayu ini, dan doakanlah kebahagiaan Ayu.

 

Salam sayang,

Ayu..

 

Malam itu tidur Reeza berteman air mata. Sesungguhnya hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu, betapa Ayu telah berkorban untuknya ataupun dia sendiri yang telah mengorbankan Ayu untuk kepentingannya.

 

Bersambung…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) uhuk uhuk uhukk...sedey pula ku terasa.

    eh, pregnant2 makan nanas? takpe eh?

  • (Penulis)
    2) ayu makan sket jer..xder selera..rasanya bukan nenas muda..hahaaha
  • 3) nasib bek ko reeza...kalo ayu ckp betul2...mampos la reeza kn blasah ngn mak limah..
    slow ckit episod3..arap2 episod4 makin best..go rain..huhuh
    itot..pregnant ok je makan nanas...hehehehe..jgn mkn daun nanas je...
  • 4) huhuhu...suspen je tang bahagian surat tu...tapi bestlah reza... msh terselamat.. huhuhu
  • 5) pehh cerite makin mantap nih.. cik rain sudah mula menunjukkan belangnya. bravo!
  • 6) huhu
    kehidupan belia sekarang memang berlambak je kan terjebak kes-kes di genting highland ni.
    *sigh* (eh tetiba cam teringat dah 4 tahun x gi genting)
    gagah benar ayu ni pun, nak abandon keluarga. wuu wuu.

  • (Penulis)
    7) njay=thanks sebab keep on reading..hehe

    cahatomic=tulah, memg banyak masalah sosial kat genting nuuuu

  • (Penulis)
    8) anisah= tulah,xpatut reeza lepas jer kan..hehe
  • 9) jap.... rain, ni salah port ni... dah jadik novel pun...
    better pindah kat department novel lah broo... hehe.. main-main jer..
    "Dirasakan lemah lutut Puan Aisyah sewaktu membaca surat yang ditunjukkan bakal besannya itu" amatlah suka ayat nih..
  • 10) pinjam ayat tersebut untuk cerpen terbaru... trimas sih...

  • (Penulis)
    11) adoi Jo3y, perli yer..macam lah kita xtau yang cerpen dia memg lagi dashat..apa sangatlar yang hebat dengan ayat tue..hehe
  • 12) huaaaaaaa da trasa sedey nya la plak..
    cerpen rain mmg ada klas la

    hehehehe
    =)

  • (Penulis)
    13) thanks wiyah..keep on reading k.
  • 14) janganlah kamu menghampiri zina~~ *ingatan utk diri sndri juga.. =)

  • (Penulis)
    15) betul, so tetapkanlah iman kita semua yer..insyaallah
  • 16) cerita sangat menarik.. tapi font macam kecik je.. ke saya yang terlebih rabun? huhuh

  • (Penulis)
    17) memg font kecik..saya tak tau cmana nak edit via kapasitor..hehe..thanks for reading
  • 18) hai masyuk sungguh membacanya.........tersentuh hati ni...bila nak keluar edisi ke 4 tak sabar ni

  • (Penulis)
    19) hehe..sabar yer..skang nie agak busy ng study..
  • 20) mak aihh!

    sedeh melekat nih...next!

Cerpen-cerpen lain nukilan rain

Read all stories by rain