Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

TemaN : Tiga

 

Panas!

 

Bengang sungguh rasanya saat ini. Tapi macam tiada apa yang boleh dibuat dengan kebengangan tu… Mesti korang pon pernah kan rasa begini kan? Rasa macam nak sepak je orang yg menyebabkan kebengangan itu tapi macam tak patut. Yang paling tak tahan last-last kene juga ikutkan keadaan. Mengalah… Dan akhirnya keadaan itu mengawal kita.

 

Saat ini, berada di paling belakang di barisan manusia yang sedang beratur untuk mengeluarkan duit di mesin ATM amatlah menyeksakan. I really hate waiting. Mungkin sebab tu aku selesa rapat dengan pelajar yang tidak satu jurusan dengan ku. Ufra. Aku tidak perlu menunggu dia bersiap untuk ke kelas besama-sama. It is just a waste of time. Ufra sendiri ada partner yang berasingan untuk ke kelas. Aku tidak terasa. Walau ada masanya kelas kami pada waktu yang sama, aku akan pastikan aku yang akan melangkah keluar dahulu darinya. Pada awalnya aku tahu dia terasa, tetapi lama-kelamaan, dia juag terbiasa begitu. Benar…

 

Menanti seorang international student alias negro yang terkontang-kanting cuba mengeluarkan duit adalah satu lagi perkara yang menyeksakan. Dengan matahari tegak di atas kepala, barisan kami menjadi semakin panjang dan tidak bergerak kerana negro itu seorang. Ya… Tempat mesin ATM aku ini, atapnya hanya separuh. Oleh kerana ramai lagi insan lain yang ketandusan duit di dalam dompet seperti aku, maka di luar atap la aku berada…

 

Terasa ringan sahaja kaki aku ini untuk pergi ke hadapan dan membantu mana-mana yang patut, tapi ada seorang makhluk Allah yang lebih ringan kakinya. Meluru dahulu kearah negro berkenaan. Aku lihat mereka bercakap-cakap sambil lelaki itu menunjuk-nunjukkan jari jemarinya kearah skrin. Tiba-tiba dia menggaru kepala…

 

“ Sape tahu cane nak transfer ke akaun lain? Kesian mamat ni tak reti.”

 

Laungnya tanpa malu sambil mengadap kami di belakang. Yeah… Mamat negro itu yang dikatakan tak reti.

 

Ko pon  sama tergaru-garu.

 

Apabila tiada riaksi dari yang lain, aku sekali lagi meringankan kaki melangkah ke hadapan..

 

Aku hulurkan tangan meminta kad darinya. Hanya bahasa badan aku berikan. Mengarah itu ini dengan jari. Akhirnya berjaya. Aku memang agak expert kalau berkaitan dengan makhluk yang bernama ATM ini. Bakat yang tak seberapa itu aku gunakan sepenuhnya. Akhirnya setelah selesai, tanpa sepatah kata aku terus ke belakang. Kembali ke kedudukan asalku.

 

Setelah itu barisan mula bergerak kembali. Fikiran menerawang kea rah Ufra yang sedang menunggu di atas bas. Pagi-pagi begini pun ramai di mesin duit ni. Memang pelik. Ini bermakna bukan aku sahaja yang ingin keluar berbelanja di hari minggu.

 

“ Nak pegi KLCC ke?”

Aku mengangkat muka. Rupanya mamat yang terlebih dahulu rajin membantu negro tadi.

 

“Yep.” Jawab aku tanpa perasaan.

 

“Samelah kita… Mintak-mintak bas tak jalan lagi. Tapi saya dah bagi nama semalam. Mestila Abang Zul dia tunggu kan?”

 

Owh… tahulah aku. Mamat ini pergi bersama bas yang disediakan oleh kolej khas untuk ahli-ahli PMI. Bukan bas biasa yang hanya akan ke stesen KTM berdekatan. Bas dia akan terus ke KLCC. Aku malas nak menerangkan kepadanya. Melihatkan keramahannya tadi, aku pasti dia akan mengeluarkan lebih banyak soalan yang menuntut tenaga dan masa aku.

 

Jadi… angguk.

 

That should do it.

 

                               xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Aku terus meluru ke arah bas kolej yang masih setia menanti bas untuk dipenuhi pelajar. Sesampai di tangga bas yang paling atas, aku melirik kearah Pak Din driver bas hari ini. Pak Din mengenyit matanya padaku.

 

Gatai Pak Din pagi-pagi nih!

 

“mangsa baru Iza ke?” Bisiknya seolah-olah pasti mereka yang lain tidak akan mendengar. Owh… Itu maksud kenyitan dia tadi.

 

Iza yang dimaksudkannya itu Ufra. Shariza Ufra. Hanya aku yang memanggilnya Ufra. Mereka-mereka yang lain semua memanggilnya Iza. Aku rasakan Ufra itu unik. So, I just simply go with that.

 

“ Ha… Tau takpe. Sape yang jadi mangsa seretan? Sayee jugekk!” Balas aku dengan bisikan juga.

 

Mataku melilau mencari Ufra. Akhirnya aku nampak dia di seat yang kedua terbelakang. Aku mengeluh. Aku memang tidak gemar dengan seat yang belakang. Aku rasa tahap kepeningan (wujud ke perkataan ni?) aku memuncak jika aku berada di belakang kenderaan yang panjang itu.

 

“ Duduk sini jela… Layan aku.” Aku terdengar suara garau Pak Din. Pak Din memang memahami.

 

Sepanjang perjalan aku hanya berdiri sambil berbual dengan Pak Din. Untuk ke stesen KTM yang terdekat tidak lah memakan masa yang lama, tapi kalau memesan teksi RM10 akan hilang terbang melayang. Dan sejak harga minyak naik mendadak ni, harganya melonjak sehingga RM 14. Aku yang memang tidak pakar dalam komunikasi with another person akan laju sahaja menghulurkan tambahan RM4 kepada pak cik teksi itu. Jadi, dengan bijak dan pandainya Ufra mencadangkan supaya kami bangun ni pagi hari yang tak berapa hening ini dan menaiki bas kolej sahaja. Jimat.

 

Di dalam tren, Too Phat bersama Yassin rancak menyanyi. Aku biarkan sahaja. Aku tahu siapa yang memanggil. Fikiranku aku tumpukan kepada pembacaan di tangan. Buku nukilan Tuan Guru ini aku tatap sepenuhnya. Banyak ilmu yang boleh diambil. Santai tetapi padat penulisan manusia yang aku kagumi ini.

 

“Tak reti-reti? Angkat lee…” Ufra bersuara di sebelah sambil mencuit pinggang ku. Tergeliat aku sebentar. Nasib baik sikit yang dicuit. Aku memang pantang dicuit di pinggang. Geli!

 

Aku seluk tangan ke poket beg sandang dengan wajah selamba. Aku dapat rasakan satu gerabak melihat perlakuan aku. Tapi aku tidak ambil peduli.

 

Kain asing-asing la weyh!

 

Aku tekan punat hijau di henfon.

 

“Dalam tren.” Terus aku bersuara tanpa mukaddimah yang sepatutnya.

 

“ Pergh… Makan dalam! Aku baru sampai masjid ni. Nanti lepas program kita nak jumpa kat mana? Ko cakap sepatah pon tak pe…haha!” Jawab Khairul kuat di hujung talian.

 

“Tak nak!” aku jawab setelah memperlahankan volume henfon ku.

 

“Alamak kamu ini. Ada ke kedai dalam KLCC tu nama ‘tak nak’?” seloroh dia dengan menggunakan intonasi ‘tak nak’ seperti yang aku gunakan tadi.

 

“Mesej eh… Tata!” terus aku letak. Kalau aku melayan kemerapuan Khairul alamatnya pecah la tawaku di tengah-tengah lautan manusia di sini. Jatuh la prinsip yang aku pegang selama ini… Never make a scene.

 

“KL central. KL Central. Tren ini akan meneruskan perjalanan ke Rawang”

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) huhuu..

    nek tren ke bas ni? ;p


  • (Penulis)
    2) erm..tren ler

Cerpen-cerpen lain nukilan granger88

Read all stories by granger88