Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fazrina Cinta '96 (13)

 

1996

 

Hari Sabtu yang bosan. Sehari selepas hari jadi Fazrina.

 

Satu hari suntuk aku tak keluar rumah hari ni. Aku tunggu panggilan telefon drpd Fazrina yang tak kunjung tiba. Camna aku nak ‘approach’ dia kalau dia tak call aku dulu? Aku dah luahkan perasaan aku kat Faz dalam kad hari jadi tu. Aku harap Faz akan telefon aku sebaik sahaja dia baca kad tu dan aku akan anggap call tu as a greenlight dari Faz untuk aku meneruskan usaha meng’approach’ dia.

 

So malam minggu tu, aku still tak dapat lagi call drpd Faz. Aku dah hilang sabar dah. Aku terus call rumah Ram Singh.

 

“Ram, Hassan ni.”

“Ha, Hassan. Kau mesti nak tanya pasal kad hari jadi tu kan?”

“A’ah la. So camna? Kau dah bagi kad tu dekat Faz ke belum?”

“Aku dah bagi San, tapi baru bagi siang tadi. Semalam masa aku balik rumah, aku tak nampak pun Faz naik bas sekolah. Maybe dia stayback kot. Tadi masa tuition baru aku jumpa dia. Sorry San.”

“Takde hal lah Ram. Yang penting kad tu sampai. Anyway thank’s a lot la.”
”Ok San, you’re most welcome.”

 

Ooo…patutla Faz tak call aku lagi…rupanya dia baru dapat kad hari jadi tu petang tadi..takpelah..mungkin tak esok, lusa sure Faz akan call aku punya..

 

Tiba-tiba aku dikejutkan oleh satu deringan telefon. Aku dah happy habis time ni coz aku expect Faz yang call..Tapi happy aku tu sekejap je lah coz in the end aku notice yang suara yang bercakap kat telefon tu ialah suara Mizril…hehehe..potong stim betullah Mizril ni!

 

“San, lepak ‘Janggut’ jom.”

“Bila?”

“Sekarang la, engkau gerak dulu, lagi 15 minit aku sampai.”

“Ok Mizril, jumpa kat sana!”

 

‘Janggut’ adalah satu maple yang cukup popular di kalangan budak-budak Kelana Jaya. ‘Janggut’ top sebab dia ‘open air’ dan harga makanan dan minuman kat situ murah. Dari rumah aku ke ‘Janggut’, aku perlu berbasikal lebih kurang 5 minit je, tapi dari rumah Mizril ke ‘Janggut’ jauh sikit, mungkin memerlukan 8 minit masa berbasikal kot…

 

Sampai je kat ‘Janggut’, lepas amik meja dan oder makanan dan minuman, sesuatu yang aku tak pernah jangka akan berlaku telah berlaku..slow2 Mizril bukak cerita..

 

“San, aku dah declare ngan Faz?”

“La..ye ke? Bila kau declare dgn dia? Kat mana kau declare ngan dia?”

“Semalam San. Semalam hari jadi Faz, dia ada buat birthday party kat McDonald Seksyen 14. Ramai budak-budak Assunta yang datang, aku pun dijemput.”

“Lepas tu?”

“Aku pun datang la birthday party tu. Masa diorang nak balik, slow2 aku jumpa Faz dan bagi hadiah kat dia. Lepas tu aku terus approach dia untuk jadi girlfriend aku dan dia setuju.”

“Betul ke ni Mizril? Sumpah?”

“Sumpah!”

“Ok lah kalau macam tu. Congratulation beb!”

“Thanks San.”

 

Aku terus switch topic perbincangan malam tu, aku terus ajak Mizril bersembang pasal bola dan taktik aku tu menjadi. Saje je aku tukar topic coz aku tak nak bercakap pasal Fazrina lagi lepas aku tau yang Mizril dah berjaya ‘declare’ dengan dia. Kejayaan Mizril bererti kegagalan aku. Tu yang aku tak nak cakap lagi pasal Faz dengan Mizril tu. Malu aku weh!

 

Dan dengan Faz pulak, aku ada sikit terasa hati la..tak kisah la kalau dia tak nak aku jadi girlfriend dia pun, tapi sekurang-kurangnya ajak la aku attend sekali birthday party dia, aku pun kawan dia apa?

 

Tapi kata lah kalau kad hari jadi aku tu sampai awal, dan Faz baca kad  tu lagi awal dari detik Mizril approach Faz, maybe Mizril tak dapat ‘declare’ dengan Faz pun..

 

Argh! Tapi itu semua ‘kalau’…Cuma ‘kalau’..yang penting aku dah kalah dan yang penting aku kena bayar meggi goreng dan teh ais Mizril malam ni, siut punya Mizril – dia siap order meggi goreng telur double tu! Mentang2lah aku yang bayar..hehehe…

 

So pertandingan bodoh diantara aku dan Mizril yang menjadikan Fazrina sebagai sasaran telah berakhir. Mizril memenangi pertandingan itu dan aku sebagai naib juara terpaksa membelanja Mizril mee goreng dan teh ais sebagai pengiktirafan kepada pihak yang menang. Dan tentang Fazrina, aku dah setkan dalam kepala aku bahawa aku tak akan mengejar dia lagi. Cukup setakat ini.

 

Faz, saya dah give-up…

 

 

And I'd give up forever to touch you
Cause I know that you feel me somehow.
You're the closest to heaven that I'll ever be
And I don't want to go home right now .

And all I can taste is this moment
And all I can breathe is your life.
Cause sooner or later it's over
I just don't want to miss you tonight.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) inikah yg dinamakn takdir? kalau dh bkn jodoh..kejarla cmne pn..even dh de dpn mate pn xkn dpt..kn

  • (Penulis)
    2) robot - betul tu, kita merancang, Tuhan tentukan..
  • 3) sian plak..cepat plak si faz tue declare..

  • (Penulis)
    4) rain - 'ayat' mizril power time tu..ekekeke...
  • 5) alamak. ok. satu konflik yg nice. adeh.

    wei bro, banyak gile lu post, aku baru gi kusus kawin 2 hari dah lost track tak sempat nak baca. mujur la aku selongkar my.kapasitor kau.
  • 6) hehehe..alalala..siannyer kamu san..tape2 bunga bukan sekuntum~

Cerpen-cerpen lain nukilan hassanayat

Read all stories by hassanayat