Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Epilog Cinta En Azmi

  • 3
  • Timur
  • 16 years ago
  • 2,831
  • FREE

 

Malam terus pekat, dan sinaran bulan tidak kelihatan lagi. Azmi perlahan-lahan menyusup melalui semak pokok kaktus, duri kaktus yang tersembul keluar sebesar jari hantu itu tidak mampu untuk menyekat tujuannya hari itu.

Azmi nekad. Walau apa pun yang terjadi, dia sanggup tanggung. Dia sudah tidak sanggup untuk hidup berselindung. Seperti katak bawah tempurung. Cintanya kepada Munirah perlu dibuktikan pada hari ini. Kata-kata munirah pada petang itu masih segar di ingatan Azmi. Kata-kata yang membuatkan dia tidak tidur 2,3 hari kerana memikirkan cara untuk membuktikan cintanya. Hari ini Azmi telah menemui penyelesaiannya. Dan penyelesaiaan itu perlu diuruskan dengan segera. Kalau dibiarkan lama takut menjadi basi, menjadi berulat, ditumbuhi kulat-kulat dan fungus-fungus yang tidak dikehendaki dan akhirnya menjadi debu yang akan bila-bila masa sahaja ditiup angin.

Wajah Munirah terpampang di kepala otaknya, wajah itu lah yang membuatkannya jatuh hati. Matanya bundar dan kuyu, alis matanya rendah sahaja, bibirnya merah seperti saga, hidungnya mancung ala Pakistan, bentuk wajahnya bulat telur. Dan yang paling penting, dadanya montok, berisi, yang membuatkan setiap lelaki pasti tidak akan melepaskan pandangan wwalau untuk sekejap.

“Kalau benar engkau cintakan aku, apa buktinya!”. Tegas Munirah.

“Aku sudah tidak tahan hidup dalam keadaan begini, engkau seperti cuba mempermainkan aku. Kalau betul engkau mencintai aku. Aku hendak engkau buktikan. Semua kawan-kawan aku nasihatkan aku supaya meninggalkan engkau. Mereka cakap engkau hanya mempermainkan aku.”

Azmi diam sahaja. Tidak mampu untuk berkata apa-apa. Mulutnya terkatup sahaja.

Ah!. Bapak bosan giler cerita macam ni. Memang susah nak tulis citer ni. Kalau macam ni bapak hebat giler orang-orang yang tulis novel. Aku tulis 30 baris pun dah terseksa. Nampaknya memang aku takde bakat le nak tulis cerita ni. Aku plan nak le gak try tulis cerita panjang-panjang cam diorang buat tu. Dengki gak bile baca cerita diorang.

Fuh macam-macam diorang boleh tulis. Jalan cerita tu macam betul je. Macam berlaku kat diorang. Kejap konflik kat sane. Kejap konflik awek, tambah lagi masalah kesihatan diorang yang tidak mengizinkan. Rahsia sini, rahsia sana. Gaduh kat sini. Orang sana yang sakit. Kadang-kadang politik pun diorang boleh masuk. Masuk lak bab-bab datuk. Business ada masalah. Ekonomi merundum, jatuh sehingga ke paras nak mampus. Kena tukar plan. Main masuk politik lak. Cuba bagi rasuah untuk dapat projek. Mintak projek balak. Dah tu yang nayanya orang kampung le. Orang kampung semua merungut pasal masalah ni. Report kat YB, YB cakap akan diuruskan. Tapi last-last habis balak satu bukit.

Dah tu ada le satu watak hero ni muncul. Konon-konon hero ni baru balik dari UK. Buat perniagaan kat sane. Business besar gak le. Balik sebab nak kenal family sebenarnya. Balik untuk mencari asal usul nya.

Aduh, macam-macam boleh tulis kat novel ni. Selagi takde orang kacau, selagi tu le boleh menulis. Selagi hayat panjang selagi tu le boleh teruskan. Idea tak penting, yang penting cara tulis tu. Aku pun dah start jadi mengarut ni. Nak tulis citer pasal En Azmi. Last-last bertukar jadi mee goreng. Sebut pasal mee, kt johor ni ade satu nasi 2 dia campur nasi dengan mee. Pelik tul. Diorang panggil nasi ambang. Budak-budak johor cakap nasi tu sedap. Kene lak yang kat muar. Aku sekarang ni masih tercari-cari lagi nasi ambang yang sedap tu. Tiap-tiap kali pergi bazaar, aku akan cuba usha nasi ambang. Harap-harap sampai akhir ramadhan ni dapat le jumpe nasi ambang yang sedap. Amiin

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) huis..apa maksudn sebenar citer nie...huhu

  • (Penulis)
    2) ak pn sbnrnya x brp phm cter ni.....dan smpi hari ni ak msh cba utk memahaminya...
  • 3) xpaham...

Cerpen-cerpen lain nukilan Timur

Read all stories by Timur