Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Perjalanan Ke Alam Misteri v2

  • 2
  • raven
  • 16 years ago
  • 4,010
  • FREE

 

                Ini merupakan versi ke2 cerita aku. Harap ok

                 Perjalanan pulang daripada menonton pertandingan bola sepak di Seremban malam tu macam biasa diiringi dengan gelak tawa kami berempat di dalam kereta milik salah seorang kawan aku. Sejak dia mendapat lesen dah banyak kali kami ke Seremban bukan untuk menonton perlawanan bola saja malah banyak lagi aktiviti yang lain hehehe. Macam biasa kami akan menempuh jalan Bukit tangga. Tiap kali kami semua lalu di kawasan berkenaan mesti terlintas dalam kepala otak ni beberapa cerita yang boleh la dikatakan "menarik" jika di dengar pada waktu yang sesuai. Baru baru ni terdengar cerita yang ada orang menahan kenderaan diwaktu malam di jalan ini, tapi bila ada orang yang berhenti orang yang menahan tadi hilang dan meninggalkan bau haruman yang sangat wangi. Malah ada juga cerita yang mana kalau memandu sesorang dijalan ini tidak digalakan memandang cermin pandang belakang kerana kalau nasib tak baik kita akan nampak ada orang yang menumpang ditempat duduk belakang,jadi nampaknya makin bertambah la cerita menarik mengenai tempat ini.

                Pada pukul berapa kami tiba di kaki bukit berkenaan memang kami tidak perasan. Cuma aku rasa malam ni agak berbeza sekali perasaan aku tidak seperti waktu waktu lain kami melalui kawasan  ini. Suasana yang bising di dalam kereta tadi terus senyap seolah menyatakan ada sesuatu akan berlaku malam ini. Ketika kenderaan kami baru saja mendaki jalan yang berliku ini, tiba tiba keadaan yang terang dan jelas menjadi kelabu kerana entah darimana kabus yang tebal telah menyelubungi kawasan berkenaan. "Haduuuuu, kabus la pula" bising si pemandu. Selang beberapa saat kemudian aku melihat kabus tu seolah olah terangkat seperti tirai di atas pentas dan jalan kembali terang. "Nasib baik kalau tak entah pukul berapa pula kita sampai kampung nanti" bising seorang lagi kawan aku yang diduduk di belakang.

                Ketika aku ingin memulakan perbincangan tentang perlawanan yang baru ditonton tadi tidak semena-mena hidup aku terbau sesuatu yang tidak sepatutnya berada di kawasan ini, belum sempat aku berkata apa apa kawan aku bertanya "Huiii sedapnya bau ni tapi kat mana eh asal bau masakan ni?" aku dengan pantas terus menjawap "Ish! Cuba jangan tanya macam macam kat tempat yang macam ni, lagi pun mana ada orang memasak kat tempat n...." Belum pun sempat ayat tu aku habiskan kawan aku yang sorang lagi telah bersuara "Phuh! Terangnya kawasan kampung kat bawah tu." Aku lantas memandang ke arah yang kawan aku sebutkan tadi, ternyata dia bercakap benar. Betul betul di bawah jurang yang sepatutnya berhutan itu dapat dilihat dengan jelas sebuah perkampungan. Bila aku perhatikan betul betul kelihatan seperti kampung itu sedang bersiap untuk menyambut satu perayaan. Lantas terus terlintas dikepala aku " Kawasan Bukit Tangga ni ada beberapa buah perkampungan orang bunian" kata kata itu pernah aku dengar dilafazkan oleh orang orang tua kampung aku. "Eh! Kan ke bawah gaung tu hutan mana ada kampung," si pemandu pula bagi pendapatnya dan seperti tau saja dengan tak semena-mena kawasan yang terang itu menjadi gelap namun begitu bau masakan itu masih lagi terhidu oleh kami.

                Kami pun menghampiri puncak Bukit tangga ini, di sini jalan yang berliku tadi menjadi lurus dalam 400m sebelum membelok dengan tajam ke belah kanan, kawasan ni banyak dah meragut mangsa, ada yang terjatuh, ada pula yang terjun ke gaung berkenaan terutama sekali pada mereka yang baru belajar lalu di kawasan ini. Biasanya kawan aku ni pantang je nampak jalan lurus habis dilenjannya tapi kali ni dia memandu dengan perlahan sekali, "Woi! Gila apa kau drive slow macam ni?" aku menemplak si pemandu. " Apa kau buta! Tak nampak ke orang tengah lalu lalang kat depan tu, kau nak suruh aku rempoh? Bodoh!" Jawapan yang diberikan sungguh aku tak jangka kerana pada pandangan aku apa yang ada hanyalah sebatang jalan yang sunyi dan gelap yang diapit pula oleh pokok pokok hutan.

                Aku sempat memberi isyarat kepada 2 lagi kawan aku supaya tidak menyatakan apa-apa pun, ini kerana aku risau jika dia panik dan memandu dengan laju, gaung yang berada dihadapan memang sedang sedia menanti untuk menyambut kami. Dah la kami bertiga tak nampak apa yang dia nampak, bantai pula dia cakap pasal benda yang dia nampak. " Phuh cun gila la awek tu, Alahai lembabnya pakcik ni, Alahai comei sungguh adik tu" tu la antara beberapa perkata yang dilafazkannya sepanjang dia memandu dengan perlahan itu. Apa yang boleh aku balas hanyalah " dah-dah kang tak memasal pula ada orang yang kena langgar kang, dek kau leka memandang kehulu hilir kang."  Setelah beberapa lama dia mula memandu seperti biasa kembali, dan ianya betul-betul nak sampai ke penghujung jalan lurus itu. Pada waktu itu aku terfikir, adakah apa yang kawan aku nampak tadi ada kaitan dengan apa yang berlaku pada awal tadi. Ingin sangat aku bertanya cuma lidah aku kelu jadi soalan tu terbiar tergantung saja.

                "ala..... ni yang aku malas ni." Perkataan tu menyentap aku kembali ke alam nyata. "apa bendanya?" Aku bertanya. " Kau kan tau aku ni tak gemar membuntut lori dengan bas, cuba tengok depan tu." Si pemandu merungut, aku pun melihat ke arah yang dia tunjuk. Tidak berapa jauh di hadapan kami terdapat sebuah bas yang pada penglihatan aku seperti sesak dengan penumpang kerana kelihatan bas itu bergerak dengan perlahan sekali. Pada mulanya aku ingatkan bas itu adalah senuah daripada bas yang membawa kelab penyokong dari kampung kami, tetapi semakin kami menghampiri bas berkenaan semakin aku yakin ianya bukan seperti yang aku jangkakan. Ini kerana apabila bas itu dekat nyata kelihatan yang bas itu berwarna putih dan walaupun cara pergerakan bas itu menunjukan ianya penuh tetapi apa yang nyata adalah ia sebenarnya, kosong. Bila diperhatikan pula pemandunya kelihatan yang dia ni berpakaian serba putih dan bas ini tidak ada konduktor tiket ( bas 90an) , ni lagi membuat aku tak sedap hati lantas aku menyatakan kepada kawan aku "bila ada peluang memotong, baik kau potong bas ni." Aku cuba selindung kerisauan aku kerana sebelum ini aku pernah terdengar cerita dimana pasal kenderaan yang kalau kita ikut akan menyebabkan kemalangan berlaku.

                 Kawan aku pun lantas memotong bas berkenaan, tidak lama selepas itu kawasan itu berkabus kembali dan seperti kejadian awal tadi ianya hilang sepantas ia datang, sedar sedar rupanya kami dah menghampiri kaki bukit tangga. "Oiiii!" jerit kawan aku dibelakang " stop jap aku nak isap rokok." Lupa pula nak cakap yang keta ni milik ayah pemandu so kami tak nak tinggalkan any bukti yang kami ni merokok. Jadi bila nak merokok terpaksa la berhenti dan isap rokok kat luar. Sampai saja di kawasan jeram kami pun berhenti untuk merokok. Apa bila kami selesai sorang dari kawan aku bertanya " Weeei, lembab betul bas tadi, dah berapa lama pula kita berhenti tapi dia tak juga sampai sampai lagi." Seperti tahu saja, kemudian kami terdengar bunyi bas, dan memang bas yang kami potong sebentar tadi, sesampai saja di selekoh yang terakhir bas berkenaan tidak membelok tetapi meluru lurus ke arah jurang dan depan mata kami semua dapat kami melihat bas itu seolah olah terapung dan kemudian lenyap dari pandangan. Kami semua apa lagi terus padam rokok terus naik keta terus cabut dari situ. Sepanjang perjalanan ini kami lansung tidak bercakap. Sememang malam ni memang kami berpeluang mengintai sekejap di balik cerita pelik di Bukit Tangga.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) aha. baru la berupa bentuk cerita sket. bkn entri blog. hehehehe
    eh bro. pemerengganan kalau dicantas2 lagi kasi lebih kecil akan lebih menarik :D yang ni agak meminarkan mata la. hehe.
  • 2) oh la..cite yg same ke? ic... ;)

Cerpen-cerpen lain nukilan raven

Read all stories by raven