Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

TemaN : Empat

 

Aku hanya berdiri di sebelah kedai RotiBoy sambil memakan RotiBoy yang dari dulu hingga kini menjadi pujaan hati. Mengikut perjanjian yang aku tetapkan tadi, disinilah tempat yang aku akan menunggu Khairul. Tapi daripada tadi, kelibatnya tetap tidak kelihatan. Akhirnya aku seluk tangan ke poket tepi beg sandangku dan terus berjalan ke dalam pusat membeli belah itu. Masih belum ramai orang di sekeliling.


+ak tgu kt kino.Lem sung!


Di Kinokuniya, aku terus mencari-cari buku yang menarik minat dan mula mencari tempat untuk duduk. Aku capai buku terbaru The Chronicals of Narnia dan mula membaca. Setelah hampir suku buku itu aku baca, barulah kelibat Khairul aku nampak. Matanya melilau memandang ke segenap penjuru kedai. Dalam keadaan aku yang duduk di kerusi di sebelah rak yang tinggi, sudah pastilah sukar untuk dia mencari. Aku bangun dan mengangkat tangan.


“ Mak aih… Dah takde tempat lagi tersorok dari ni ko boleh pilih…?" terus aku disergahnya dengan kapasiti suara yang rendah.



"Ape sengih-sengih?”



Sengih aku...aku punye suke ah. bukan ko kene baya dapat sengih aku!


“ jangan la bising-bising. Orang tengah baca buku tu”


“Banyak la ko. Ni kedai buku, bukan library. Lama ke ko tunggu aku tadi?” Tanya nya sambil selamba duduk di atas lantai sebelah kerusiku. Nampak seperti keletihan.


“agak lama la. Dalam 5,6 minit. Ko lambat sangat. Aku chow dulu ah.”


“baru tunggu 5,6 minit dah kata lama. Aku ni dekat 15 minit carik ko dalam ni saje tau! Sori la, aku dari masjid tadi. Program abih lambat plak.”


“oh. best tak? Dah lama aku tak join. Apa khabar Nisa’?” Khairul bercerita serba sedikit mengenai program itu. Membuat aku rindu. Hampir setengah tahun aku menyepi dari program-program Nisa’. Akak-akak senior juga sudah banyak kali bertanya. Aku hanya diam. Tidak menjawab pertanyaan mereka bukan bermakna aku tidak berminat. Biasalah kalau program kerohanian begini… Ada sahaja alasan yang biasa benak aku lintaskan. Godaan syaitan semata.


Aku hanya berjalan-jalan bersama Ufra dan Nazri sebentar tadi setelah hampir 3 jam aku lalai di Expo buku. Kemudian aku hanya mengikut rentak kaki mereka ke mana sahaja. Sehingga lah satu tahap aku rasa yang aku mengganggu, aku terus je blah dari situ dan memberi mesej melalui henfon mengatakan aku ingin berjumpa kawan di RotiBoy.


+ak penh ckp x yg ak syg ko?


Itu yang dibalasnya. Memang nampak sangat aku tidak diperlukan di situ. Mestilah dia hanya mahu berdua dengan Nazri. Sampai aku pun dilupakan. Sengal punya Ufra!


Tapi entah mengapa aku tidak terasa. Mungkin kerana jauh di sudut hati aku juga mahu begini. Lebih baik lepak bersama Khairul dari melihat sesuatu yang menyakitkan mata. Memang Ufra kawan aku dan aku tak patut biarkan mereka begitu berdua. Tapi keyakinan untuk menyuarakan rasa hati itu masih belum ada... Mungkin juga keberanian itu sendiri belum timbul. Dan mungkin juga Ufra tiada di dalam lubuk jiwa ku. Khairul... entah!


Aku kilas jam di henfon. Hampir 2 petang.


“ Dah selamat?” Tanya Khairul kepada aku. Aku hanya senyum tanpa gigi.


“ belum la tu. Jom aku temankan.”


“ tak yah laa…tunda esok!” Khairul menjengilkan mata.


“banyak cantik. Masjid dekat je. Naik eskeleter sket terus keluar pintu. Jalan sikit sampai.” Bersungguh-sungguh Khairul menerangkan kepadaku.


“ tak nak la..aku tak nak,tak nak la!” aku memasamkan muka.


Dia memandang pelik. Akhirnya aku geleng sahaja kepala. Inilah kali pertama aku perlu mengaku kepada lelaki yang selain dari abah bahawa aku sedang period.


“Owh…huhu” dengan selamba Khairul ambil buku narnia di tanganku. Tangannya membelek buku itu tapi matanya pada mukaku. Tak lama kemudian dia bangun dan berjalan ke arah rak di belakang kami dengan sengih masih tersungging di bibir.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Aku tersentak pabila bahuku dicuit.



"Makan jom... Lapa! dok ngadap buku-buku je dari tadi. Bukan ke ko memang dari expo buku. Tak cukup lagi ke?"



Mamat ni... Ada yang kene sekeh ngan aku kang!

Aku libas-libas lembut bahuku yang dicuit tadi. Sengaja aku lakukan di hadapan Khairul begitu. Biar dia tahu aku tidak senang dengan apa yang dilakukan. Aku nampak keningnya terangkat.


"Ala...Kan ade lapik tu. Bukan kene kulit pon." jawabnya selamba.



"Waa... kalu gitu aku peluk bahu ko pon takpe la kan? Berlapiiik..." Aku bidas tanpa belas.



Aku perasan wajahnya berubah. Kami sedikit kaku. Aku berjalan ke kaunter dengan membawa buku yang sudah aku pilih. Setelah bayaran aku buat, aku terus sahaja menonong berjalan ke luar kedai. Aku ikut sahaja langkah kaki aku. Aku perasan dia berjalan di belakang. Aku berpusing ke belakang. Aku pandang wajah nya yang berubah 88 peratus.



Apabila aku lihat dia mengangkat muka dan memandangku, aku senyum. Aku tunggu dia bersaing denganku.

" Aku bukan ape. Ko tahu kan, tempat aku tu swasta. Ramai je kengkawan aku yang culture shock terlebih. Yang pompuan datang bertudung, yang laki kenal lagi suar panjang. Tak sampai sebulan tudung kemana, seluar ke mana. Bergurau bertepuk tampar. Ustad tempat aku yang ajar, kalau mereka jawab mereka bertepuk tampar tu berlapik, jawab gitu. Aku bertindak mengikut arahan."



Aku pandang wajahnya di akhir kata. Aku lihat dia diam. Aku tidak mahu dia begini. Senyap...Diam...Tanpa kata. Tapi aku mahu dia tahu prinsipku.



" Ko tahu tak, sejak kita jumpa tadi ni lah ayat paling panjang yang kuar dari mulut kau."



Katanya dengan sengihan kembali. Aku lega...



"Anis..."



Aku terdengar seseorang memanggil. Aku toleh ke kiri dan kanan. Melilau mataku mencari punca arah suara.



Alamak... Cane leh jumpe kat sini plak ni?Adeh..deh...deh...Pecah tembelang.



"Assalamualaikum..." Mamat di ATM pagi tadi.



"Waalaikummussalam... Belum balik lagi eh? Ingatkan bas kolej amik pukul 6?"



Tiba-tiba lidahku rajin untuk bertanya kerana aku takut dia akan membuka perihal pagi tadi. Mungkin dia perasan aku menonong berjalan ke arah bas Pak Din bukan bas Abang Zul seperti yang aku akui kepadanya.

"Belum. Kami pon ontheway nak ke sana la ni..." Meleret perkataan itu. Aku perhatikan matanya sedang pada Khairul. Khairul melirik padaku. Mungkin inginkan aku berkata sesuatu tentang siapa dirinya.

"Saya dengan kawan. Nanti kami balik dengan KTM. Entah kemana pulak hilang dia ni. Erm, saya nak cari dia ni. Kami pergi dulu eh."

Aku kira dengan perkataan kami itu dia akan perasan bahawa aku ketika itu berteman. Tanpa menunggu kata dia seterusnya, aku terus berlalu. Khairul mengikut sahaja di belakangku.

"Berminat bebeno dia nak tahu?" Khairul memecah kebisuan kami setelah kami tiba di kaunter Putra Line.

"Berminat? Dia just cakap pasal bas. Ape da ko ni."

"Die panggil ko Anis. Tak penah aku dengar orang panggil ko Anis..."

"Memang sume orang panggil Anis. Kat sekolah, kolej. Family ngan orang taman je panggil Biela."

"Da lame ke ko kenal dia ni?Ape ke name dia ni? Dari tadi dok dia-dia"

Aku tersengih memandangnya. Baru sahaja aku ingin menjawab aku ditepuk di belakang. Siapa lagi kalau bukan Ufra. Dan untuk kesekian kalinya hari ini aku terkejut.

"Waahh... Patutla cepat sangat nak tinggalkan kiteorang tadi. Ade mamat tunggu rupenye."

Nazri berkata tanpa peduli untuk memperlahankan volumenya. Aku rasa, memang makhluk berdua ini sesuai berdua kerana kedua-duanya ramah tidak bertempat. Buktinya, Nazri sendiri yang menghulurkan tangannya kepada Khairul tanpa perlu aku memperkenalkan mereka.

"Nazri...Ni Iza."

Khairul memandangku kepelikan.

"Oh, aku je panggil die Ufra."

"Laa... Ko ni. Hai, panggil Iza la eh. Ufra tu macam..."

"Tak best!" Aku dan Nazri sama-sama menambah. Memang sudah menjadi trademark Ufra untuk berkata begitu bagi mengelak orang memanggilnya Ufra. Begitu juga ayatnya sewaktu pertama kali bertemu denganku dulu. Tapi aku hanya buat-buat tak tahu.

Setelah ketawa kami reda aku meminta diri untuk membeli air mineral. Perjalanan di dalam tren sebentar lagi mengambil masa hampir 50 minit jika tren tiada gangguan. Pasti aku kehausan. Lagi-lagi ahad begini, dengan kapasiti manusia yang ramai kapasiti kepeningan aku juga akan berkadar terus.

Khairul memilih untuk mengikut aku dan kami beriringan menuju ke kedai serbaneka berhampiran.

"Ko tak jawab lagi soalan aku tadi..."

Aku sangka dia sudah lupa.

Adooiiaii... Ape nak jawab??

"Ape eh ko tanye aku tadi?" aku bertanya bodoh.

"Dah lame ke ko kenal dia."

"Sap.."

"Budak laki tadi!" Jawabnya pantas dengan tangan terangkat ke paras bahu dan jari menunjuk ke arah dalam KLCC. Tanganku turut terhenti dari menghulurkan duit kepada akak yang menjaga kaunter kedai.

Aku masih ingin berdalih.

"Yang ko soal aku macam Karam Singh Walia ni pekehey?" Gurau aku.

"Dia macam...ntah!"

"Pandai-pandai je ko. Takde ah."

Aku sebenarnya tidak memahami apa sebenarnya maksud Khairul. Hanya dengan teguran begitu, aku rasa tidak perlulah dia memikir sehingga ke situ kerana mungkin dia hanya menegur kerana insiden pagi tadi di mesin ATM. Tapi, tidak perlu lah aku memberitahu hal itu kepadanya. Tidak perlu rasanya...

At least itulah fikiranku sebelum mendengar dia berkata...

"Aku lelaki, aku tahu ah."

Aku perasan Ufra Melambai-lambai dari luar kedai sambil menunjuk kearah jam dipergelangan tangannya.

"Dah lambat ah. Aku balik dulu eh. Nanti aku mesej. Taa!"

Dengan ayat-ayat itu, aku berlalu keluar dari kedai meninggal kan Khairul di situ...

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) err??

    haha..teman..tp sebenarnya sumenyer ade ati n perasaan eh?

    Anis ni msti cunkan?

    huhu.. ;)
  • 2) 1. tulisan msg tu memang generasi org yg lahir 88. kohkoh

    2. stended la jumpa kwn pompan letsay, tgk dia berteman dgn seorang lelaki, pastu terus salam lelaki tu. hehe

    :p
  • 3) ske rotiboy~ske lpk kt kino~hehe..next??

  • (Penulis)
    4) arigato sume2

    syud:erm...cun la kot..ramai sgt yg nak ni.cerpen ini garapan solo tp ideanya berdua.sebab idea sendiri dah kering kot.ade sahabat yang nak bantu...terime je le.

    caha:generasi 88 je eh?mak aku pon tulis gitu gak aku tgk.hahaa.

    misz:kan?kan? best kan? kene pelan2 la.byk keje sket.doakan eh.dapat kudrat nak siapkan.InsyaAllah.

Cerpen-cerpen lain nukilan granger88

Read all stories by granger88