Kepala Gangster dan Kisah di Hari Raya

  • 6
  • zamri
  • 12 years ago
  • 3,887
  • FREE

 

Petang raya, dua orang lelaki masih lagi duduk di kaki lima berdekatan Pertama Complex.

"Engkau tak balik kampungkah?"

"Aku? Nanti dahululah, kerja belum selesai?'

"Kau tak ada keluarga di kampungkah?"

"Ada, orang tua aku."

"Kau sudah kahwin?"

"Aku bujang lagi."

"Kau tak mahu balik kampungkah?"

"Hei, aku di sini sedang cari orang tahu. Kalau aku tak dapat dia, aku belasah kau sampai jadi arwah."

"Bila kau mahu balik kampung, bila orang tua di kampung sudah hilang nafas jadi arwahkah?"

Lelaki itu diam dan meninggalkan dia.

Pagi raya, lelaki itu tiba di kampung. Dalam kepalanya masih terdengar-dengar ayat itu berulang kali, "Bila kau mahu balik kampung, bila orang tua di kampung sudah hilang nafas jadi arwahkah?"

Lelaki itu akhirnya beraya di kampung. Dia tidak dapat mencari orang yang sepatutunya di'selesai'kan. Mungkinkah pada minggu hadapan dia akan kembali semula ke Kuala Lumpur, menyambung kerjanya sebagai kaki 'gangster' lagi?

Lelaki di kaki lima Pertama Complex, suara dia yang bertanya masih teriang-iang lagi.

Suara lelaki yang dipanggilnya ah-long

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wow
    pendek
    tapi
    bermesej.

    ah, encik ah long juga manusia.
    sampai masa pulang ke gagang jua.
  • 2) nie ah long bukit beruntung ke?
  • 3) kepala gangster pun resah bila x dpt balik beraya..
  • 4) gila banyak bunyik. hahahah
  • 5) hohooo..slamat hr raya ah-long~ ;)
  • 6) nice...
    dalam maksudnye...

Cerpen-cerpen lain nukilan zamri

Read all stories by zamri