along, adik dan cacing

 

“ee, geli la along. Tak nak la. tak selera nak tengok” bebel Fadia tanpa henti. Rambut tocangnya ikut berayun mengikut kepalanya yang asyik digelengkan. Geli geleman melihat cacing yang berada dalam tin susu pekat manis yang hampir berkarat. Kalau diturutkan hati, mahu sahaja disepak tin itu, namun takut dimarahi Along yang serius mencari cacing seperti orang mencari emas.

 

“ tu la perempuan. Sikit-sikit geli. Tadi beria sangat nak main.” Along pula mengambil giliran untuk membebel. Tangannya masih lagi menggali tanah untuk mencari cacing sebagai umpan untuk menangkap ikan di kolam belakang rumah.

“ adik geli la. dah la lembik. Tengok tu, dari tadi menjalar je cacing tu. Jomla kita balik.” Fadia cuba mengajak Along untuk pulang. Menyesal dia mengikut along ke kebun. Ingatkan along nak main sorok-sorok ataupun main layang-layang. Rupanya, nak cari binatang yang tak berkaki lagi menggelikan.

 

“ tu la, kan orang dah kata tak payah ikut. Kalau nak balik, pergi la balik sorang-sorang. Along nak cari lagi umpan ni. Nanti nak pergi mengail pulak.” Along tak mengendahkan permintaan adiknya yang manja itu. Fokusnya hanyalah pada cacing dan hanya cacing.

 

“ benci la along ni.” Fadia sudah mula teresak-esak. Tangannya pantas mengesat air mata yang mengalir. Tangannya juga sudah banyak bertanda bintat digigit nyamuk yang buas.

 

“ pergilah balik. Nak menangis pulak” suara along sudah meninggi. Geram dengan kerenah adiknya. Kalau ikutkan rasa marahnya, mahu disepak saja budak bertocang dua ni. Nasib baik adik sendiri!

 

“ along, jom la balik. Kalau tak, adik buang cacing ni.” Sempat lagi mengugut budak ni! Kesabaran Along sudah mencapai tahap maksima. Tin yang berisi cacing itu dipegangnya erat. Dia berdiri setelah lenguh mencangkung. Dipandang adiknya dengan senyuman sinis.

 

“ amik kau!” dengan gaya ala-ala Kung Fu Panda, along mencampakkan sekalian isi tin susu yang berkarat itu kepada Fadia.

 

Fadia terkejut yang amat. Terkaku sebentar. Dilihat pada t-shirt pink yang dipakainya. Dipandang pula skirt yang paras lutut itu. Terdapat cacing yang terlekat pada tshirtnya. Ada yang membuat lingkaran seperti ubat nyamuk Fumakilla. Ada juga yang bergayutan tanpa rasa bersalah. Bukan hanya seekor, malah berekor-ekor! Terdapat juga cacing yang jatuh ke tanah, namun terpenyek akibat dipijak Fadia yang terlompat-lompat.

 

“ Mak!! Along!! Tolong la buang cacing ni. Adik geli la. Waaaa!!!!” bergemalah tangisan fadia mengalahkan bunyi cengkerik dan mengejutkan monyet-monyet yang mencilok pisang di kebun itu. Along hanya ketawa melihat telatah adiknya yang gelabah itu. Tak terasa pula hendak menolong membuang cacing itu. Kalau boleh, nak dikutipnya cacing yang jatuh itu dan dicampak kepada adiknya.

 

“ padan muka! Fadia suka cacing. Cacing suka fadia. O la la la..” along sempat lagi mengejek adiknya. Fadia hanya terus menangis dan menangis. Taubat tak nak ikut Along lagi.

“Benci along. Along jahat.Nanti adik report kat abah”

 

 

Sejak pulang dari kebun petang tadi, along hanya diam. Fadia pula tak berhenti menangis. Apabila disoal puncanya, along hanya senyap. Fadia pula hanya menyebut ‘cacing-tin-along-geli’. Ibu cuba memujuknya dengan menyediakan bihun goreng kegemaran Fadia. Lagi ‘meriah’  tangisan anak bongsu yang baru berusia 5 tahun itu. Suasana menjadi lebih tegang setelah abah pulang dari sawah.

                                                                                                              

Selepas maghrib, barulah abah memula sesi soal jawab dan pengadilan. Mahkamah pun mula bersidang.

 

Tertuduh: Along a.k.a Amar

Mangsa: adik a.k.a Fadia

Peguambela: tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwa raya: Abah

Juri : ibu

++ tompok a.k.a kucing peliharaan merangkap watak picisan.

 

“ Kenapa kau buat macam tu? Kotor kan cacing tu. Yang kau pergi baling kat adik kenapa?” soal abah dengan garangnya. Mungkin kalau abah ada misai, mahu terangkat misai tu. Along hanya diam. Matanya juga hanya memandang tikar getah petak-petak itu. Tak berani nak tengok abah. Apatah lagi dengan rotan buluh yang memang terkenal dengan khidmatnya.

 

“ Along! Dengar tak aku tanya ni? Buat dajal kat orang berani sangat, pastu mula la takut.” Gertak abah lagi. Along rasa macam nak terkencing dalam kain pelikat. Air liurpun terasa sukar diteguknya. Peluh usah kata, menitik dan terus menitik tanpa henti. Nak kesat pun tak berani. Kaku  seperti tugu negara.

 

“ sudah la tu bang. Biasa la budak-budak. Bergurau je.” Ibu sudah mula misi memujuk.Tak sampai hati melihat along yang dimarah.

 

“ gurau? Macam tu bergurau?” abah menyoal sinis. Along tetap diam. Dalam hati dia menjawab ‘rilek la bah. Orang gurau je. Kelakar kan? Gelak la bah’ dalam hati SAHAJA..

 

“ Abah, adik dah ok. Janganlah rotan Along” Fadia pula cuba memujuk abah. Ditayang muka comelnya.

 

“ Adik pun satu. Siapa bagi main kat kebun tu. Kan aku kata kat situ ada ular. Yang kau ikut along ke sana buat apa?” abah berkata sambil membesarkan matanya.

 

Pulak dah! Adik yang cuba membela menjadi mangsa. Muka comel yang ditayangkan sebentar tadi adalah tidak laku. Adik terus menyorok di belakang ibu. Takut benar dengan abahnya.

 

“ Along yang ajak adik. Adik tak salah pun.” Setelah sekian lama, Along pula bersuara. Cuba menjadi peguam bela adiknya yang tak bersalah.

 

“ Hah! Ada pulak suara. Tadi aku tanya senyap je.” Abah bersuara sinis. Rotan itu diusap dengan tangan. Matanya pula merenung tajam ke arah Along. Along yang tadi mengangkat muka, terus menundukkan kembali wajahnya.

 

“ Bila aku cakap, pandang sini!” bergema suara abah dalam rumah itu. Ibu dan fadia tersentak. Along sudah terketar lututnya.

 

“ PAP!” hayunan pertama. Melayang deras rotan buluh yang panjangnya tiga hasta.

“PAP!” hayunan kedua. Dek kerana hayunan itu,  angin terbelah dua.

“PAP!” hayunan ketiga. Hujung rotan itu hampir lunyai.

 

“ Sakit! ampun bah. Along janji tak buat lagi! Ampun” terus Along menjerit. Dipegang punggungnya. Mesti berbirat lepas ni. Mesti susah nak buang air lepas ni. Mesti...Aik, kenapa rasa lain macam ni?

 

Abah masih serius wajahnya. Ibu menarik nafas lega. Fadia pula terasa macam nak tergelak.

 

“ Aku sebat dinding, kau pulak yang sakit?” Along tak tau nak buat muka macam mana apabila mendengar suara abah. Rasa macam nak tergelak, tapi masih cuak.

 

“ tu, kain pelikat tu pakai leklok.”

Along rasa malu.

 

“Yang kau lipat tepi macam kain batik tu kenapa?”

Along rasa sangat malu.

 

“Sampai terlondeh dibuatnya.”

Along rasa malu semalu-malunya.

 

Mahkamah bersurai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) cute nye cite nie...i like!! ekekke.....windu zaman kecik2. selalu ikut along ehehhe..

  • (Penulis)
    2) tq~zaman kecik2 mmg best!!
  • 3) boleh plak along buat lawak antarabangsa... perasan plak abah sebat dia..hahah...

    lama sudah ku tdk mencari cacing..heheh..syiokk woo... tp xsuka kalau tercangkul cacing.. makkk geli nyah~~
  • 4) aku suka cerita nih...

  • (Penulis)
    5) shazmiey~itulah along ble dah gelabah..syok ke cari cacing?gelii....
    jemmy76~tq!
  • 6) misz:: bg sy syok la..sbb sy suka bau lumpur tatkala mengorek tanah utk cari cacing.. hehehe
  • 7) hahahahhaaha!!! bongek!!

    ahahah dolu2 tangkap katak selalu.

    pastu tankap cacing untuk SAINS darjah 5.

    tangkap katak tok operate time f5. berbalang2 budak kelas sebelah tangkap. (act, suma tangkapan oleh cik lelaki di 4 buah kelas, di letak dalam kelas tu).

    then, budak laki lepas katak kat kelas. hoye!! abes ah budak putri bengang. hoye!!
  • 8) suka la cerita ni..
    teringat zaman kecik2...
  • 9) hihihihihihihi....release stress teja kat ofis ni....hihihihihihiiiihihihiii....
    kelebihan teja, sume binatang teja tak takut...sebut je sume, cacing, katak, lipas, cicak.....

  • (Penulis)
    10) apun~waa..masa f5 sy x dpt bedah katak..huhu..naseb baek!!
    teja~hebatnyer teja! sy mmg x leh tahan la cacing,lipas n ulat gonggok.geli!!
  • 11) ahahaa..comel~~

    huhuu..dulu2 kami adikbradik suke men pepsi kola..men pijak2 kaki..tp pas maghrib tdo ade yg mraco2..trus kene marah~ :D

  • 12) ha ha, dulu kecik2 main pijak kaki tu nama dia aiskrim soda. now dah jadi pepsi kola ek, kelak akan jadi tongkat ali power root agaknya.

    oh comel sungguh cerita!. hehehe.
  • 13) haha.. sweet la citer ni.. teringat dulu parents saye pon suke acah2 sebat dinding/lantai kalo nk gertak kitorg yg nakal.. :)
    • bee
    • 12 years ago

  • (Penulis)
    14) comelkah citer ini?hehe..tenks for d komen=)
  • 15) best giler citer nie..at least saya leh gelak time tension2 ng due date assignment nie..huhu
  • 16) caha: lagu dia gini lah..

    'pepsi kola,aiskrim soda,proton saga..buatan malaysia!'

    eh? ek?

    *suke hati je syud~~ hehe (lupe mode)
  • 17) sweet la cite ni..
    jue ni penggeli..dengan lipas pun geli...
    tiap kali nmpak lipas mesti jue menjerit then mak ckp 'la awak 2 kan lg besar dari lipas'
    kemudian jue pn jawab 'mmg la jue lg bsr dr lipas tp kaki dia lagi byk dr kaki jue la mak..hhehehehehehe'
  • 18) apun, budak kelas akak ngok gak mcm korg. cikgu suruh tangkap katak, diorg gi tangkap mengkarung. bila cikgu rejek tanak bedah mengkarung- nak bedah katak gak, diorg letak mengkarung tu dalam meja budak putri. ces!! ingat lagi ekor mengkarung tu berjuntai keluar dari meja..

    geli cacing adalah sesuatu yang normal~ hehe

    akhirnya, along bersuara juga untuk mem'backing' adiknya,kan. walaupun tahu encik rotan sedang menunggu.

    that's what i love so much about a big bro. if there is five people in the room, he counts four. he forgets himself. (big bro tak pandai mengira)
  • 19) best2..tp bot pn geli cacing..wlpn sk g mmancing
  • 20) comelll n suwitttt giler citer nieeee...kejadian macam pernah berlaku kepada diri ini..ahahaha.. (byk kali tgk abg2 kene rotan)muahahaha... lagi satu setelah abg dapat tangkap ikan .. saf menangis sebab kesian kat ikan tu..ngok ngek jer rasa..hehhe
  • 21) suke dgn citer nih.. teringt ms kecik2 dulu... hehehehe
  • 22) santai dan best! suka! *senyum sampai ke telinga*

    kenapa along suka sakat adik?
    along : sebab along sayang adik..takkan nak sakat adik orang kot. ;D

  • (Penulis)
    23) tenks for all d komens..wish i have a bro like along!hehe..
    my b da smbgn--tp lepas exam ni abes kot..caiyok!!!huhu
  • 24) cumel gler citer...
    huuUu~ ;)
  • 25) nice :)
  • 26) ..siapa sangka 20 tahun lagi mereka adalah usahawan cacing yang berjaya.....

    p/s; sekarang harga cacing mahal, boleh jual kat felda utk tabur bawah sawit....
  • 27) hehehe...abah dia pndi gak buat saspen. si along tu plak lucu btl. terlebih perasaan =)
  • 28) satu detik yang sering kita lupakan..zaman kecil-kecil yang nakal
  • 29) setuju dengan mr kajiwa. rindu pula pada kenangan lalu. anyway, sweet and nice story... =)
  • 30) hahaha
    nice neh!klakar
  • 31) hahaha..nice...cute story
  • 32) hahah. comel betul cerita ni.
    masa kecik-kecik selalu gaduh dengan abg.
    smackdown. sampai mak menjerit dari dapur pastu cubit sorg sedas.
    pergh. nostalgic.

    *err.. sbnrnya sampai skrg pun masih smackdown2 lagi.
  • 33) kucing itu patut jadi bailiff.haha

Cerpen-cerpen lain nukilan miszmextor

Read all stories by miszmextor