Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Mengheret Sang Permaisuri
Bekerja
di dalam bidang pelaburan tidak menjanjikan kemewahan hidup.
Lebih-lebih lagi di kota metropolitan paling hebat selepas
Antananarivo, yakni Kuala Lumpur. Tanya sahaja kepada Harisah dan
Azuliya. Dua wanita moden yang setiap hari melawan arus kekalutan dan
kesesakan demi sesuap nasi dan sushi.
Keadaan ekonomi negara
yang saban hari tidak nampak tanda-tanda untuk kembali terubat(walaupun
semua tahu harga minyak dunia semakin turun dan kegawatan ekonomi di
Amerika Syarikat patut dipergunakan kerajaan), memaksa dua sahabat ini
mencari kaedah lain untuk menambah sumber kewangan mengisi tangki
petrol mereka. Selain mencari alasan untuk pulang ke rumah lebih lewat
daripada biasa.
"Aku rasa kalau kita berniaga dalam talian
memang boleh untung banyak," Azuliya yang sedang melayari internet
sudah mula mencari tapak di laman-laman yang dirasakan punya prospek
yang menguntungkan. Bermula dengan laman Facebook.
Tersedak Harisah yang sedang menelan donat Big Apple,"Aku
tak pasti kalau kita ada masa untuk kemaskini laman atau layan e-mail
pelanggan setiap masa. Kerja di pejabat pun belum tentu aku terlayan.
Inikan pula nak layan blog."
"Tapi kita boleh sahaja upah orang untuk jaga."
"Maka, belanja akan bertambahlah kan?" Harisah meneguk Mecca-Cola sedikit demi sedikit,"buatlah yang tak perlu keluarkan modal langsung. Kalau duit minyak aku memang tak kisah."
"Kalau kita buat jualan langsung?"
"Modal juga. Belum tentu dapat untung pun!"
"Melabur? Tabung amanah?"
"Wahai Azu yang disayangi. Kau pun tahu bila melabur kurang-kurang 2-3 tahun baru dapat untung. Itupun kalau harga naik." Mecca-Cola sudah habis, tekak si kecil molek masih terasa mengganggu. Harisah
mencari air untuk diteguk,"kalau harga macam sekarang kau kena beli.
Itupun kalau ada duit. Argh, aku dah bosan cakap pasal duit dan saham!"
Azuliya
faham apa yang dirungutkan sabahat baiknya itu. Dalam dunia perniagaan
dan pelaburan memang keberanian itu penting. Selain rajin, selain
seksi. Jika sasaran ketua kumpulan mereka tidak dapat dicapai,
bersedialah untuk dimaki, disepak, dicubit malah diraba. Dunia
kapitalis memang kejam. Terus Azuliya melayari laman Wikipedia untuk mendalami fahaman sosialis.
"Esah," bersinar-sinar mata Azuliya. Idea datang bagai dalam kilauan bintang. Berpinar-pinar mata Harisah memandangnya.
"Azu, ucapkan!"
"Mari ke JALAN BUKIT BINTANG!"
"..."
Mereka tiba di satu lorong gelap berhampiran persimpangan ke Jalan Pudu.
"Aku tak pernah buat kerja macam ni Azu."
Azuliya memandang Harisah penuh sayu,"kau jangan tipu aku. Macamlah kau dengan Zamani suci sangat!"
"Dengan dia lainlah. Tapi dengan orang yang aku tak kenal. Hmm..."
Masih
dengan renungan penuh sayu terhadap sahabatnya, hati kecil Azuliya
faham perasaan Harisah ketika ini. Berdebar-debar, rasa ingin terkucil.
Melayan teman lelaki tidak akan sama seperti melayan lelaki yang tidak
dikenali. Ya, dosanya sama. Tapi masih lain. Azuliya meneguhkan hati,
menarik tangan sahabat baiknya, melangkah menuju salah sebuah pintu di
lorong gelap itu. Demi sesuap nasi dan sushi.
Seorang lelaki
berbadan tegap. Mereka tidak pasti apakah bangsanya. Azuliya beranikan
membuka mulut,"bang, kami datang sini nak minta kerja. Ada kosong tak?"
Lelaki
tadi memandang mereka berdua. Renungan tajam penuh sinis dan kotor.
Dari atas ke bawah. Tidak sedikit pun tubuh mongel sahabat karib berdua
itu yang hanya dibaluti kain paling jarang dan singkat, terlepas dari
tatapannya.
"Umur berapa?"
Azuliya dan Harisah tersenyum. Mungkin di sinilah bermulanya rezeki haram mereka.
"Cukup
muda bang," Azuliya menjawab dengan penuh manja. Amat manja sehingga
sang penulis terpaksa berhenti menaip seketika untuk ke tandas.
"Aku tahu muda. Tapi berapa?" Lelaki tegap yang rupanya berkesan parut panjang di bawah dagu meninggikan suara.
"Saya 32. Dia 34," kali ini suara manja Harisah pula kedengaran. Sekali lagi, penulis, ke tandas.
"Sekejap."
Lelaki
berparut mendail telefon bimbitnya. Bercakap dalam bahasa yang kurang
difahami Azuliya dan Harisah. Selepas beberapa ketika, dia memutuskan
perbualan dan kembali memandang tajam dada dan wajah kedua sahabat
tersebut.
"Tiada kerja di sini. Tapi kalau kamu ponen, pintu
depan sana ada kosong," dengan selamba lelaki tegap tadi meninggalkan
Azuliya dan Harisah kekagetan.
Malam itu, kedua sahabat baik,
petugas tegar di dalam bidang pelaburan, di kota metropolitan itu,
akhirnya berjaya pulang lewat ke rumah. Tapi atas alasan yang
menjengkelkan. Dan tanpa hasil pendapatan tambahan.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen SatiraCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) desakan hidup mengheret sang puteri ke kancah hina?
ha ha. dia muda, tapi dia mengaku 32! ah. aku sukakan yang baru 16 dan 17. masih nubil dan boleh dibentuk. (eh?)
anak muda di kotaraya. semoga dipelihara Nya.- cahatomic
- 16 years ago
-
2) waaaaa...kenaapa donut big apple??? my fav tue.....
- putri_alya
- 16 years ago
-
3) dunia.. oh dunia..
- jemmy76
- 16 years ago
-
4) moga aq dijauhkan dari terjerumus ke bidang ini walau desakan hidup sangat mendesak
- nadna
- 16 years ago
-
6) hak hak! ponen!
- zInggOf
- 16 years ago
-
7) sweet.... penuh isi tersurat n tersirat..
- pinkygul
- 16 years ago
-
8) Assalamualaikum, mari saya balas pandangan-pandangan anda:
Cahamontok - Mengheret Sang Permaisuri. Kalau ada yang tidak sedar, saya cuba mengaitkan tajuk cerpen ini dengan istilah 'drag queen'. Yang nyata, mereka dalam kesempitan, akan suka memperbesarkan sesuatu yang kurang benar tapi tampak menarik tentang diri mereka.
Lyarama - Saya tidak pernah mencuba donut yang tersebut. Tapi 'apple' adalah perumpamaan kepada halkum di dalam cerita ini.
Jemmy - Secara tidak sedar, walau byk manapun pengalaman yang kita ada, dunia senantiasa menjanjikan lebih banyak lagi cerita untuk diterokai.
Nadna - Aminn... Moga sama-sama kita...
Syuhada kawan Najlaa - Anda patut cuba melihat lorong ini dari jauh. Cubalah ke kawasan persimpangan di antara Jalan Pudu dan Jalan Bukit Bintang, memang ada banyak 'bintang' yang suram.
Bagaiman'APUN' - Itu mmg selera lelaki-lelaki gagah masakini. Ohh! "Taman Tasik 'PERMAISURI'"!
JueCandyBar - Mari saya ceritakan. Mulanya saya ingin menulis satu kritikan sosial terhadap persekitaran dan gaya kehidupan bandar anak-anak muda bergelar eksekutif. Ada di antara mereka(sudah pasti bukan semua) terlalu menekankan aspek material di dalam kehidupan sehingga hilang seri spiritual dari wajah dan tingkah laku mereka. Maka saya cuba menulis mengenai keghairahan mereka mengejar kestabilan ringgit dan secara tidak sedar ia jadi cerita pendek. Kalaulah saya ada kerajinan yang lebih sedikit, insyaALLAH saya akan cuba menulis dengan lebih panjang lagi.
TERIMA KASIH SEMUA. SILA RATE CERPEN INI HINGGA IA JADI PALING BANYAK DINILAI UNTUK BULAN LEPAS. HIKS~!- Siberkop
- 16 years ago
-
10) harap karya hasil pemerhatian, bukan pengalaman..huhu.
nice piece.
harap-harap bila mesti membuat keputusan, redhaNya masih consideration yg utama.
"Ya, dosanya sama. Tapi masih lain." wah..direct.- cika
- 16 years ago
-
11) daring....ni i makin kagum ngan u ni....hebat!!!
- joni
- 15 years ago