Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

"Awak tak apa-apa?"tanya pemuda itu padaku. "Maafkan saya...saya tak sengaja!"tambahnya lagi. Aku hanya menggelengkan kepala sambil terus mengelap air di baju ku.

Kehidupan di asrama antara Aza dan Sutra, kawan rapat yang seperti belangkas menjalani kehidupan normal mereka seperti hari-hari biasa hingga kewujudan seorang jejaka yang menumpahkan air ke atas tudungnya. Mulanya sebagai orang asing, kemudiannya menjadi rapat dah mungkinkah jodoh?

 

              Aza tekun menghadap komputer menyiapkan assignment yang diberikan ketika aku baru pulang daripada bermain bola jaring petang itu. Aku duduk di sisi katil melepaskan lelah.

             "Baru balik ke?"Tanya Aza sambil menghadapku. Tumpuannya kini beralih kepadaku. Aku menganggukkan kepala.

             "Oh ya bonda kau call tadi. Dia kirim salam kat engkau. Aku bagitau kau pergi training netball so bonda kata nanti dia call kau balik!" Aza menyampaikan pesanan panggilan dari bonda ku di Batu Pahat,Johor.

          "Bonda kata apa lagi,Za?"Tanyaku lagi. Aza memahamiku bahkan Aza sendiri pernah menemui bonda ku ketika aku membawanya pulang bercuti ke Johor sewaktu kenduri along ku. Sikap Aza yang periang dan mudah mesra itu menyebabkan dia mudah diterima di dalam keluarga ku. tambahan pula,Aza kini telah pun bertunang dengan Tengku Hisyam,salah seorang sepupu ku. Perkenalan mereka berputik ketika kenduri kahwin bertukar menjadi sahabat dan kini Insyaallah,bakal ke jinjang pelamin..

        "Tak ada pula Sutra. Dahlah...nanti dia call kau balik. Lebih baik kau pergi mandi sekarang. Berbau tau...!"Usik Aza sambil memicit hidung.

       "Banyaklah kau punya busuk...!Busuk pun orang hendak tau...!Laku ni.."Kataku sambil membaling bantal kepada Aza. Dia tergelak sambil mengelak.

        "Yelah...engkau perasaanlah sorang-sorang Tengku Sutra Nur Iman. Daripada aku layan kau lebih baik aku siapkan assignment aku ni. Karang kalau lambat kau siap aku tinggalkan kau! Pergilah kau ajak bebudak tiga suku yang dok mengurat kau tu teman kau makan!"leter Aza sambil menaip di meja komputer. Aku ketawa mendengar bebelan Aza.

        "Baiklah mak nenek...!"kataku. Sambil berlalu ke muka pintu, aku membaling bantal ke arah Aza sebelum aku terus menghilangkan diri ke bilik mandi. Yang kedengaran hanya jeritan  manja Aza memekikan nama ku.

                 Selesai  solat Maghrib,kami berjalan ke kafetaria untuk makan malam. Kebetulan malam ini kami tiada kelas. Aku kini dalam semester 4 ,jurusan kaunseling dan psikologi manakala Aza adalah pelajar jurusan undang-undang. Masih ada 2 semester lagi untuk dihabiskan. Sejak dari tahun satu lagi aku dan Aza ditakdirkan tinggal sebilik hinggalah sekarang. Jadi tidak hairanlah kami agak rapat.

          "Aza...kau nak makan apa?"tanyaku pada Aza sebaik saja tiba di kafe.

         "Isk...ramai nya malam ni. Aku tak pernah pun nampak muka budak-budak ni kat kampus kita. Budak mana ni??"tanya Aza kehairanan.

         "Ala..engkau ni! Pelupa sangat. Kan minggu ni ada carnival sukan antara universiti dan U kita jadi tuan rumah. Mestilah bebudak U lain la tu. Dahlah,kau nak makan apa ni!"pintasku.

          "Makan nasi jer. Kau order kan aku nasi goreng ayam. Bayar pakai duit kau dulu Su!"kata Aza sambil mata meliar melihat budak-budak yang ada di kafe tersebut.

         "Ok kau cari tempat!"jawabku singkat sambil menuju ke kaunter. Ermmm..nak makan apa yer?!teringin pulak nak makan tomyam.!bisik hatiku.

          Sebaik sahaja memesan makanan,aku terus ke kaunter minuman untuk mengambil air. Ketika berbaris,tanpa disengajakan seorang pemuda yang baru membeli minuman terpijak tali kasutnya dan terjatuh. Lebih malang lagi minumannya tercurah mengena baju dan tudungku. Habis basah!desis hatiku geram tapi aku cuba bersabar. Di saat itu,Aza segera mendapatkan ku bersama berberapa teman sekuliah ku yang lain.

         "Su kau ok ker?"tanya Riza. Shasha menghulurkan tisu. Manakala Aza membantu ku mengelap air yang tertumpah ke atasku. Aku lihat sekeliling menjadi senyap. Kami menjadi perhatian di situ.

           "Awak tak apa-apa?"tanya pemuda itu padaku. "Maafkan saya...saya tak sengaja!"tambahnya lagi. Aku hanya menggelengkan kepala sambil terus mengelap air di baju ku.

           "Tak mengapa...nak buat macam mana. Benda dah jadi!"kataku sambil mendongak melihat pemuda itu. Aku tergamam. Pemuda tersebut tersenyum memandang ku. Orangnya rendah sahaja dan berkulit putih ala-ala cina serta memakai kaca mata. Rambutnya terurus walaupun biarpun tidak diletakkan minyak atau gel. Aku mengaku..dia amat kacak. Senyumannya manis sekali. Arghhh!!!berangan lagi aku ni! desis hatiku.

     "Awak tak apa-apa?"tanyaku setelah lama mendiamkan diri.

     "Saya okay jer!"katanya. "Apa pun saya minta maaf. Saya bersalah!"tambahnya lagi.

     "It's okay.  Erm...tak apa lah saya minta diri dulu!Assalamualaikum.."aku memberi salam dan terus berlalu bersama rakan-rakanku. Malam itu,aku menikmati hidangan makan malam dalam keadaan basah kuyup disirami air. Balik ke asrama,terpaksalah aku mandi untuk ke kesekian kalinya, dan ketika berlalu dari cafeteria,ketawa Aza kian menjadi-jadi mengingatkan kejadian malang yang menimpa ku. Aku berharap semoga esok membawa kehidupan yang lebih baik buatku dan semoga aku tidak di sirami air seperti peristiwa malam itu. Sepanjang malam itu,aku menyiapkan assignment ku sambil ketawa apabila terbayangkan kejadian itu.

             Pagi itu aku dikejutkan dengan suara tempikkan dari Aza mematikan mimpi ku. Ku capai jam dan melihat jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. HAH! 10.00 pagi! jerit ku. Aku terlewat pagi itu. Sepatutnya kelas aku bermula jam 9.30 pagi kini sudah pun bermula setengah jam. Aku segera mandi dan bersiap ala kadar. Dengan berbaju kurung dan bertudung pink,aku melangkah dengan pantas. Aku nekad mengambil jalan pintas untuk mendaki bukit berdekatan pejabat pos untuk ke dewan kuliah ku pada hari itu.

            Aku terus menarik tinggi kain baju kurung ku ketika mula mendaki bukit yang menjadi laluan singkat ku. Malang memang tidak berbau. Tanpa disedari  sandal ku terputus dan menyebabkan kaki ku tergelincir dan tanpa disengaja kan aku terjatuh ke atas pemuda yang berada di belakang ku yang turut sama mengunakan jalan tersebut. Kami menjadi tumpuan pelajar-pelajar yang lain. Ada yang ketawa dan ada yang bersimpati. Aku ingin segera bangun tapi lututku terasa sakit. Muka ku merona kemerah-merahan. Dia segera bangun dan mendapatkan ku.

         "Awak tak apa-apa ker?"tanya pemuda tersebut kepadaku.

         "saya ok jer...Cuma lutut jer luka. Awak?"tanyaku sambil menyapu-yapu pasir-pasir yang terlekat di siku. Aku mengangkat sandal ku sambil melihat sandalku yang terputus. Hah..dia ni lagi! jerit hatiku.

         "Eh..awak yang semalam tu kan?? Awak nak ke mana ni? mari..saya tolong awak."katanya.

        "Saya ada kuliah sekarang. Tapi saya terlewat bangun...."jawabku sambil menundukkan muka "nak cepat tak sangka jadi begini pulak. Alamak..kain saya dah terkoyak," tambahku lagi sambil menatap mukanya. Cute nya mamat nih!

        "tak mengapa lah...nak buat macam mana kan...marilah saya hantarkan awak balik. Awak tinggal kat mana?"tanyanya pada ku. Dia menarik cermin mata dan mengelap cermin dengan hujung bajunya. Dia kembali memakai cermin mata itu sambil menguis rambutnya yang turun ke dahi.  Apalah nasib jatuh atas mamat ni. Kira bertuah ni! Jangan-jangan ada jodoh tak? Kalau si Aza  tahu la.....sure dia gelak tahap cipan kat aku nyer!Aiseyman....muka dia,sebijik macam pelakon utama drama Jepun,My Husband tu ala...Nagose Tomoya tu! Ada plak skit-skit macam si Fitri UNIC tu.fuhh!!!!macam tak percaya aku!Bangganya aku kalau dia ni balak aku.....he....he...he...desis hatiku.

       "Awak tinggal kat mana?"tanyanya kembali mengejutkan aku dari angan-angan perasanku.

Aku hanya tersengih memadangnya sebelum menjawab, "tinggal kat blok tu.."Aku menunjuk dengan jari telunjuk kea rah bangunan yang ku maksudkan.

       "Marilah saya hantarkan awak ke kolej awak,"katanya sambil memegang lenganku membantu aku untuk berdiri. 

         "Eh...eh..awak..."aku cuba menepis tangannya. "tak apa saya boleh bangun sendiri,"aku cuba berdalih. Dia tersenyum memaandangku.

        "Ala..saya bukannya nak buat apa-apa kat awak. Cuma nak tolong jer..." sindirnya padaku tajam sekali. Aku hanya tertunduk malu. Mak ooi.... muka handsome,mulut boleh tahan gak...tajam berbisa! Bisik hati kecilku. Aku membiarkan sahaja dia membantu memapahku. Kami berjalan perlahan-lahan ke blok asrama ku. "Saya minta maaf tentang semalam. Saya tak nampak tali kasut saya terbuka simpulnya,"tambahnya lagi.

        "Benda dah lepas. Saya dah lupakan!"jawabku.

        "Rasa-rasanya kita ni ada jodoh tak? Yelah semalam,saya jatuh sampai basah awak dibuatnya dan hari ini awak pulak jatuh atas saya. Sengaja kot tuhan nak temukan kita?!?!?" katanya lagi setelah lama kami mendiamkan diri. Aku hanya tersenyum sambil menjungkit bahu.

      Agaknya lah kot.....! desis hati kecilku. Senyum macam kerang busuk.

      "Anyway,saya Farish Call me Riz.Awak?"tanya nya.

      " Sutra,"jawabku ringkas. Dia mengangkat kening kepadaku sambil menjegilkan mata.

      "Sutra jer?? Student sini ker?"

       Aku menggangukkan kepala, "Tengku Sutra Nur Iman Raja Idris.  course apa?Tak pernah nampak pun sebelum ni"

      "Medic, kat UM,"jawabnya.

     "UM??!!?? So apa awak buat kat sini?"tanya ku kehairanan

       "kenapa?kan U awak tuan rumah carnival antara U!"jawabnya sedikit terperanjat dengan pertanyaanku.

      "Oh ya... sorry saya terlupa. U main game apa?"tanyaku lagi. ketika itu kami telah pun tiba di perkarangan hostel.

       "ragbi!. So,,here we are.ok lah...elok-elok jalan tu. Sampai setakat ini jer lah saya dapat tolong awak,"katanya.

        "Terima kasih. Saya minta maaf jatuh atas awak dan terpaksa menyusahkan awak hantar saya balik ke kolej"

             "It's okay! Jangan lupa sapu minyak! takut bengkak pulak bye..assalamualaikum!"jawabnya singkat. Aku mengangguk sambil menyahut salamnya.Dia terus berlalu dan aku masih lagi melihat dia sehinggalah kelibatnya hilang dari pandangan ku.

              Aku berbaring diatas katil sambil melihat luka ku. Comel orangnya. Berbudi bahasa juga!Bangga kalau dapat jadi menantu bonda....hehehehehe...!hatiku berbunga riang mengingatinya. Tapi,apalah malang sangat nasib aku dua tiga hari ni?jangan-jangan memang sengaja Tuhan nak temukan kami kot? gumam hatiku aku tersenyum keseorangan.

           "Wei...yang kau senyum sorang-sorang ni apasal hah!"tegur Aza sambil membalingkan kain tudung yang baru dibuka dari kepalanya ke arah ku. "Kawan...angau ker?"

      "Aiseyman.....kacau daunlah kau ni Za! Aku tengah syok layan angan..kau kacau jer! Apasal masuk tak bagi salam...?!?!?"kataku sambil menarik bantal ke dalam pelukkan ku. Kain tudung yang dibaling kapadaku ku lipat perlahan-lahan.

       "Tengkorak ngkau aku tak bagi salam! Ni...naik sakit tekak aku tau menjerit bagi salam. Kau buat bodoh jer....."jawabnya. "kau napa, Su?Kau ingatkan sapa hah??" tambah Aza lagi sambil duduk di birai katil ku. "Eh napa lutut kau tu berdarah?"

      "Uiks....engkau ni lah Aza..tanya aku macam reporter plak. Banyak sangat soalan,mana satu aku nak jawab!" ngomel ku. Aza tersengih sambil jarinya di tekan-tekan ke lututku yang telah ku sapu ubat. "wei....sakitlah! kau ingat apa...batang kelapa ker!"tempikku. Aza ketawa.

       "Su...Su...apa jadi kat kau ni?"

      "Pagi nie aku terlewat bangun! Apa lagi kelam-kabut aku nak pergi kuliah. Dah lambat aku pakai shortcut jer la. Sekali tu entah camana aku leh terpelecok...! Tu yang luka tu lutut aku!"terang ku.

    "Kau redah naik bukit pakai baju kurung?Gila kau Su...,"Aza terkejut dengan penjelasanku.

       "dahlah tu..kau nak tahu...tak sangaka aku jatuh plak atas mamat semalam tu.. Aiseyman...malu gila aku. Dahlah semalam dia simbah aku dengan air hari ni plak aku jatuh atas dia. Kesian pulak kat dia.Bila aku fikirkan balik.lawak pun ada!! Tapi kira adil la semalam dia simbah aku.. hari ni aku jatuh atas dia plak"sambungku lagi . Aza ketawa sambil menekup mukanya membayangkan kelucuan insiden yang ku ceritakan.

          "Mamat semalam yang kat cafeteria tu?"

        "Yang kau ketawa nak rak ni apasal hah Aza!"kataku sambil membalingkan bantal ke arahnya. Aza sempat menangkap bantal yang ku baling walaupun ketawanya masih bersisa. Aku bangun ke arahnya sambil menolaknya, "dahlah...pergi mandi! Budak busuk!" Aza hanya menjelirkan lidah mendengar kata-kata ku terhadapnya.

          "Hati-hati jangan sampai terjatuh hati sudahlah! Mamat tu boleh tahan jugak lawa!!"usik Aza sambil ketawa sebelum berlalu ke bilik air meninggalkan ku. Aku menggelengkan kepala mendengar usikannya.

           Petang itu,aku tidak dapat menghadirkan diri ke latihan bola jaring. Tapi aku telah pun memberitahu Julia,pembantu ku untuk menjalankan aktiviti biarpun tanpa ku. Aku berharap agar malam cepat berlalu dan siang segera menjelma. Sesungguhnya,aku rindukan wajah lelaki bernama Riz itu.

              Sepanjang minggu berlalu seperti biasa. Acapkali apabila ke cafeteria,aku sering mencari kelibat Riz. Cuma aku sedar ia nya sia-sia. karnival antara universiti anjuran Universiti-universiti seluruh Malaysia telah berakhir. kadng-kadang aku rasa menyesal sangat kerana melepaskan peluang untuk mengenali Riz dengan lebih rapat. Tapi itu adalah mustahil...mustahil bagi seorang perempuan seperti aku yang memulakan dahulu. ah!!!! apa nak jadi dengan aku ni! bisik hatiku.

         "kau ni asyik termenung panjang jer sepanjang minggu ni kenapa Sutra?? Kau ada masalah ker?"tanya Laila,teman sekuliah ku membunuh lamunan ku.

          "yelah Su....kau dah tak seceria biasa aku tengok. kenapa?"sampuk Mei Ling,gadis cina berbangsa tionghua yang berasal dari negeri jelapang padi.

        "tak ada apa-apa lah. Cuma,aku rindu bonda aku jer!"dalih ku. Aza hanya memandang ku. Aku tahu Aza memahami keadaan aku yang kerinduan kala ini biarpun aku tidak pernah memberitahunya.

          "Sabar saja lah Sutra....cuti semester pun tak lama lagi. nanti balik, kau duduk lah bawa ketiak mak kau tu!"sambung Mei Ling."Eh Laila..kau tak nak masuk kelas ker?"katanya tiba-tiba setelah melihat jam di tangannya.

        "ok lah..kami pergi kelas dulu la Aza,Sutra. jumpa kat bilik nanti!"kata Laila sambil memegang bahu ku. Aku hanya mengganguk.

               Aku dan Aza bangun berjalan ke bilik selepas Laila dan Mei Ling menghilangkan diri di sebalik bangunan-bangunan kuliah. kami berjalan sambil tenggelam dalam lamunan sendiri.

Akhirnya,Aza memecahkan kesunyian di antara kami, "Su..aku dengan Syam nak keluar petang ni. Kau nak ikut tak?"

      " Korang nak ke mana?"

     "Tak ada plan lagi. Tapi jalan-jalan la. Kau nak ikut tak??"Tanyanya lagi.

     "Malas la. Erm...tapi boleh tak korang tumpangkan aku sampai stesyen LRT?"

    "Kau nak ke mana Sutra?"tanya Aza pada ku kehairanan.

    "Actually aku ingat nak turun KL cari tape terbaru kumpulan UNIC. Pastu aku rasa macam nak pergi makan burger king. Kalau aku sempat aku nak pergi CM jap,"jawab ku.

     "So kau tak nak ikut kami ker?"Aza inginkan kepastian.

      "Tak mahu lah aku...nanti korang sedap-sedap main mata..aku plak kacau daun! So korang nak keluar pukul berape?"tanya ku kembali.

      "Kejap lagi Syam sampai lah. Dia kata nak ambil kat depan kolej. jom lah...kita siap cepat!"kata Aza. ketika itu kami telah pun memasuki bilik. Tanpa membuang masa aku terus menukar pakaian. Aku memilih memakai jubah berwarna hijau muda polos  dipadankan dengan tudung hitam pendek di dalamnya. Manakala aku memilih tudung panjang berwarna hijau pucuk pisang bersulam hitam untuk menutup tudung hitam singkat yang ku pakai. Bak kata member ku ala-ala tudung waheeda wasini. Aku sudah memang biasa berpakaian begini.

                 Sedang leka bersiap,telefon bimbit ku berdering. Aku menjawab panggilan tersebut. panggilan tersebut dari Syam yang sedang menanti Aza. Lantas,kami segera turun ke bawah. Bonda selalu berpesan agar tidak membiarkan orang menanti kehadiran kita terlalu lama.

              "Sorry..lama ke tunggu?"tegur Aza sambil bersalam dengan Syam. Aku melemparkan senyuman kepada Syam sambil membuka pintu kereta lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta.

            "Tak adalah. Abang pun baru jer sampai. Hi Su.."sapa Syam sambil menjawab pertanyaan Aza,tunangnya. 

            "Hai..."jawab ku singkat.

            "Abang...kita hantar Su ke LRT yer...?"tanya Aza pada Syam.

            "Su nak ke mana?tak nak keluar dengan kami ker?"Tanya Syam kehairanan kepada ku.

            "Su ada kerja sikit la Syam. Lain kali sahaja lah. lagipun kasi chance lah...takkan nak kacau daun kot?!?!?!!!"jawab ku sambil tertawa disambut dengan ketawa dari Syam .

           "Ala Su..macam tak biasa pulak dengan kita,"tegur Syam."Ok lah...Syam hantar ke LRT . Kalau nak balik nanti call kitaorang. Insyaallah..kami jemput kat station LRT, ok?"sambungnya.

Aku mengganguk kepala, "Insyaaallah"

               Sepanjang perjalan ke LRT aku hanya membisukan diri. Entah mengapa bayangan Farish begitu galak bermain di mataku. Maklumlah aku sekarang melalui Universiti Malaya.Perjalanan hanya memakan masa 45 minit untuk  aku tiba di stesyen LRT Abdullah Hukum yang kiranya terdekatlah dengan Universiti Teknologi MARA Shah Alam hahaha Mujur jalan tak sesak ketika itu.

              "Ok lah Aza,Syam..thanks a lot. take care,bye..."kata ku kepada mereka sebelum menutup pintu. Aku terus ke kaunter LRT untuk membeli tiket. Aku bercadang hendak berjalan-jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman sambil mencuci mata. Aku terus menaiki kereta api ringan tersebut. Dalam tempoh 10 minit aku tiba di Jalan TAR.

               Aku berjalan tanpa arah tuju yang sebenar. Aku singgah di sebuah kedai yang menjual tudung-tudung dan jubah di situ. Ada beberapa helai tudung di situ menarik perhatian ku lalu aku mengamatinya. Buatan tudung itu terlalu halus dan harga yang ditawarkan juga amat berpatutan setelah ditawar. Akhirnya,aku mengeluarkan wang note RM50 untuk membayar harga 3 helai tudung tersebut. Aku terus berjalan dan tiba-tiba aku rasa ingin ke Central market. sudah lama aku tidak menjengah centrel market atau CM. CM merupakan medan kepada peminat seni dan pemuzik jalanan mencari makan. Ketika pertama kali aku menjejakkan kaki di kota metropolitan ini,CM lah merupakan destinasi ku yang pertama. perjalanan dari Jalan TAR ke CM hanya memakan masa 15 minit dengan berjalan kaki. ketika asyik berjalan,telefon bimbitku berdering. aku melihat nama pemanggilnya dan ia dari bonda.

        "Assalamualaikum bonda...."sapa ku. Bonda menyahut salam ku dan bertanyakan tentang diriku.

       "Macam mana pelajaran Iman?"tanya bonda.

          "Alhamdullilah bonda....Kat sana macam mana?"giliran ku pulak bertanya khabar keluarga ku di Batu Pahat.

           "Iman....tak lama lagi dah cuti semester kan?Iman balik yer! jangan kemana-mana! Bonda ada hal sikit nak bincang dengan Iman. Tapi..tak sesuailah nak bincang dalam telefon,"terang bonda tujuan nya menelefon ku.

       "Insyaallah Bonda. Nanti Iman balik!"aku mengaku biarpun agak kehairanan dengan kata-kata bonda. setelah bonda memesan agar aku berhati-hati dan menjawab ujian dengan baik,bonda terus memberi salam mengakhiri perbualan kami. aku masih lagi kehairanan lalu aku singgah duduk di bangku di tepi kaki lima yang di sediakan. Aku tenggelam dalam khayalan aku.

      " Jauh termenung?Apa yang direnungkan tu sampaikan orang bagi salam pun tak dengar?"tegur satu suara di hadapan ku mematikan lamunan. Aku mendongak mencari pemilik suara tersebut.

   "  Awak buat apa kat sini Riz?"tanya ku kehairanan kepada insan yang ku rindui sejak kebelakangan ini.

 "Saya dan kawan-kawan saya keluar nak beli hadiah untuk Liqqa kat UM. kebetulan bila lalu kat sini saya nampak macam awak..itu yang saya tegur tu nak cari kepastian!"terangnya panjang lebar.

   "so..awak dengan kawan awaklah ni?"

 Dia hanya menggangukkan kepala, "Awak sorang saja ker?"

  Kali ini giliran aku mengganguk tanpa kata. Aku melihat jam di tangan. sudah hampir pukul 6.00 petang,jadi aku memohon untuk mengundurkan diri untuk balik. Riz menawarkan diri untuk menghantarku tetapi aku menolak dengan baik niatnya itu. Aku tiba di UiTM jam 7.15 petang.

      Aku hampir-hampir tertidur selepas solat maghrib disaat telefon bimbitku berdering nyaring. Aku mengamati nombor telefon yang tertera. Tidak pernah sekali aku melihat nombor tersebut. Namun,aku tetap juga menjawab panggilan tersebut.

       "Assalamualaikum.."Jawabku.

      "waalaikumsalam...Sutra tengah buat apa tu?"

      "tak buat apa-apa. Errrr..boleh saya tahu siapa ni?"Tanyaku kembali kepada si pemanggil.

     "opss,sorry....Farish nih! Riz la..."jawabnya. Aku terkejut terus bangun dari perbaringan.

      "Mana Riz dapat nombor telefon Su?"Tanyaku kehairanan.

      "Adalah....! rahsia!"Katanya sambil ketawa. Aku hanya tersenyum riang mendengar keletahnya.

         "Su marah ker?"Tanya Riz.

         "tak lah. Nak buat apa marah?"

         Walaupun baru  mengenalinya, aku rasa amat bahagia dan selamat berada di sampingnya. Kami terus berbual hinggal lah azan  Isya berkumandang dari masjid berdekatan. Lantas,kami menghentikan perbualan untuk menunaikan kewajipan kami. Setelah meletakkan telefon,aku segera menyimpan no telefonnya dari received list handphone ku. Aku tersenyum sambil mencapai tuala ke bilik air.

       Setelah selesai bersolat,aku berbaring. Ketika aku terbuai seketika dalam khayalanku, telefon bimbitku berdering lagi. Tanpa melihat nombor pemanggilnya,aku terus menjawab panggilan tersebut.

       "Hah...nak apa lagi Riz??"Tanya kupura-pura kegeraman. Baru sebentar tadi berbual hampir setengah jam,takkan dah telefon lagi.Rindu kot?Getus hati ku sambil ketawa nakal.

       "patutlah sibuk memanjang.....sampaikan nak telefon along pun tak ada masa. Rupa-rupanya sibuk bercinta yerk! Sapa Riz tu?"Jerit si pemanggil dalam nada ketawa.

        "ya Allah along....Iman ingatkan sapa tadi!" Aku menjerit kegembiraan mendengarkan suara Along "Rindunya Iman kat along!"Tambahku lagi

        "Yerker nih...atau Iman rindu kat Riz tu?Sejak bila Iman along ni dah pandai simpan rahsia dengan along?'Usiknya lagi.

           "Tak adalah along. Aza pun tak tahu siapa Riz tu lagi! Nantilah Iman cerita!"Kataku. "semua sihat ker?"Tanyaku lagi.

           "kami semua sihat. Kak Syira kirim salam kat Iman. Dia tanya bila Iman nak balik? Dengar bonda kata lagi dua minggu kan?"Tanyanya.

           "yerlah...nanti Iman balik. hairanlah Iman..bonda tu macam ada kospirasi jer suruh Iman balik kali nih"Jawabku lagi.

     Along ketawa, "memandailah Iman ni!" Kami berbual hampir 10 minit. Setelah itu,aku meletakkan telefon di atas meja tulis setelah menamatkan perbualan dengan along sebelum masuk tidur dengan gembiranya.             

 

               Terlalu pantas masa berlalu. Peperiksaan akhir semester telah pun berakhir pagi tadi. Kini,aku sedang berkema-kemas untuk pulang ke kampung ku di Batu Pahat,Johor. Tiket telah pun ku beli. Aza dan Syam yang belikan ketika mereka keluar bersama-sama sebelum peperiksaan berlangsung. Riz juga sering menghubungi ku untuk memberikan kata-kata semangat. Hubungan kami semakin rapat dari hari ke hari. Aku telah pun belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjawab dengan terbaik pada setiap kertas soalan. Bonda dan ayah telah pun ku maklumkan tentang kepulangan ku.

            "kau ni betul ker Sutra? Tak nak aku dengan Syam hantar kau!"Tanya Aza lagi. Aku menganggukkan kepala. Aza masih lagi tidak mengetahui tentang hubungan aku dan Riz. Sebenarnya,aku telah berjanji pada Riz untuk berjumpanya sebelum pulang bercuti selama sebulan.

       "Tak apa lah Aza. Bas aku malam ni! Korang baliklah dulu. Lagipun KL ke Penang jauh tu. Karang lambat korang sampai! Aku tak payahlah korang susahkan. Petang nanti aku ambil cab ke pudu. Tapi tengoklah...aku ingat nak beli something kat bonda dulu!"Kataku lagi sambil memegang tangan Aza. Kami berjalan beriringan ke bawah kerana Syam telah pun menanti Aza. Syam akan menghantar Aza pulang ke kampung. Sememangnya..Syam merupakan seorang tunang yang baik dan bertanggungjawab. Syam mengambil beg baju dari Aza lalu dimasukkan ke dalam boot kereta.

           "Su..betul ker kau tak nak kami hantar kau?"Tanya Syam.

           "Ya! Tak payahlah Syam risaukan saya. Insyaallah,Su pandailah jaga diri,"aku menyedapkan hati Syam dan Aza. Aza memelukku.

        "kau take care yer Su...nanti jumpa lagi lepas holiday. Kalau kau senang,datanglah rumah aku tau!" Kata Aza sambil memeluk ku.

       "Insyaallah..kau pun take care!"Balasku pada Aza. "Drive carefully Syam,"kata ku pula pada Syam setelah pelukkan Aza terlerai. Aza masuk ke dalm kereta dan kereta waja berwarna silver metalik itu bergerak meninggalkan ku. Ku lihat sekeliling kelihatan sunyi kerana ramai warga kampus telah pun pulang lantaran paper mereka habis awal daripada kami. Tanpa membuang masa aku terus naik ke bilik.

          Di bilik,aku telah pun siap berkemas. Baju-baju dan buku yang perlu telah pun ku muatkan kedalam beg. Aku memastikan tiada barang yang tertinggal. Setelah itu,aku pun bersiap dengan mengenakan sepasang blous panjang berwarna hijau bersama slack hitam dan tudung berwarna hijau. Aku juga mengenakan sedikit mekap. Ketika bersiap,telefon bimbit ku berdering.

         "Assalamualaikum....:jawabku setelah melihat nama pemanggilnya adalah Riz.

         "waalaikumsalam......Su dah siap ker?"Tanya Riz

         "Dah! Riz ada di mana ni?"Tanya ku kembali.

         "Riz dah sampai. Ada kat bawah ni. Kalau dah siap..turunlah! Kalau tak lagi...tak apalah! Riz tunggu.."Katanya.

        "Dah siap dah. Su turun sekarang!Assalamualaikum...."Aku mematikan telefon dan memasukkan ke dalam tas tangan ku. Aku menarik beg baju ku menuruni tangga dan dibawah RRiz telah pun menunggu ku dengan sebuah senyuman.

       "assalamualaikum.."Sapa ku. "sorry kena tunggu lama!"Tambahku.

      "waalaikumsalam...! Tak lah lama sangat!"Jawabnya sambil membantu ku memasukkan beg-beg baju ku ke dalam kereta. "Bas pukul berapa Su?"Tanya lagi setelah kami mula bergerak keluar dari perkarangan universiti.

       "pukul 8.30 malam. Sekarang baru pukul 5.00 petang!"Jawabku. "hai..lambat lagi la!"Aku mengeluh.

        Riz cermat memandu hanya ketawa mendengar keluhan ku, "dah tak sabar nak balik kampung ker?"

        "emmm...rindu kat ayah bonda laa. Dah lama tak balik kan!"Jawabku manja.

         "yerker...ataupun rindu kat buah hati kat kampung ker?"Usiknya lagi.

   "mana ada...memandailah Riz ni!"Aku mencubit bahunya yang tengah memegang stereng kereta.

    "kalau macam tu...Riz ada chance lah!"Tambahnya lagi.

     "Chance apa?"Aku pura-pura tidak paham sedangkan hati ku berbunga-bunga riang. Riz..ketahuilah aku bahagia bersama mu!Bisik hati nurani ku. "RRiz start cuti bila?Tambah ku.

       " lagi dua minggu. Kenapa?"Tanyanya kembali pada ku. Aku menggelengkan kepala.

     "saja tanya. Tak boleh?"

      Dia hanya tersenyum sahaja sambil membelokkan stereng ke simpang di sebelah kiri jalan.

        "kalau cuti ni saya ke  rumah Su boleh?"Tanyanya lagi.

   "datanglah kalau sudi...!Tapi rumah Su rumah kampung jer. Atap pun dah nak roboh dah!"Kata ku cuba menduga hatinya.

 "kalau macam tu..tak apalah! Nanti Riz bawa peralatan...repair atap tu. Amacam? Tak payah bayar...free jer! Cuma Su kena masak kat Riz. Boleh?"Katanya sambil berseloroh.

    "Arghh..mengada-ngada...!"Jawabku. "Kalau nak datang,call Su dulu yer!" Sambungku. Dia hanya menganggukkan kepala sambil memberikan tumpuan kepada pemanduannya. Aku melihat pemandangan di sekeliling. Terlalu sesak kereta di kala ini namun Riz masih tetap berhemah membawa kereta.

       Telah lama aku menyimpan hasrat untuk mengetahui latar belakang Riz. Selama ini,perbualan kami banyak berkisarkan kehidupan ku. Berkaitan dengan bonda dan ayah. Apa yang aku tahu mengenai keluarga Riz,bapanya merupakan seorang ahli perniagaan manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. Katanya lagi,ibunya orang Johor tetapi selepas kematian datuk dan neneknya sewaktu dia masih kecil,mereka langsung tidak pernah pulang ke Johor. Johor tu luas! Getus hati ku.

       "Ni kenapa diam pulak?"Riz memecahkan lamunan ku. Aku senyum memandangnya. "Kita makan kat McD jerlah. Lepas tu kita tengok wayang nak tak?"Tambahnya lagi.

     "Sempat ker?"Tanya ku pula.

      "Sekarang dah pukul 5.40 petang. Sempat kot? Kalau tak sempat Riz hantar jer lah Su balik rumah!"

     "mengada! Taknaklah! Kita pergi ronda CM nak??"Ajak ku.

    "Yerlah tuan puteri. Kita pergi CM pastu kita pergi makan kat McD kat Jalan TAR. Amacam?" Cadangnya.

      Aku menjuihkan bibir, "mengidam nak makan McD ker?!? Well..oklah,tapi boleh tak kita pergi Petaling Street dulu  sebelum makan. Su nak beli barang sikitlah kat bonda,"terangku padanya.

      "Ok! No problem!"Katanya.

           Petang itu kami meredah kedai-kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman atau Jalan TAR dan sekitar Petaling Street setelah puas meredah di Central Market. Aku membeli sedikit barang baut bonda dan Kak Syira.Aku membeli sedikit makanan ringan untuk ku makan ketika di atas bas sepanjang perjalanan ke JB. Itu pun setelah di pujuk berkali-kali oleh Riz.

           Setelah puas membeli,kami singgah makan di McD. Kami mengambil set makanan bagi memudahkan. Bahkan ia lebih menjimatkan. Jam sudah pun menunjukkan 7.30 malam. Selepas makan,kami menuju ke surau di stesyen STAR di situ untuk menunaikan fardu maghrib. Tepat jam 8.00 malam,Riz menghantar aku ke Jalan Duta. Dia menemani ku sehinggalah bas yang ku naiki tiba. Riz membantu ku meletakkan beg baju ke tempat simpanan barang yang disediakan dalam bas.

           "terima kasih Riz sebab hantarkan Su,"kata ku. Riz hanya tersenyum.

         "Nanti jangan lupa call Riz tau!"Katanya pada ku. "Jaga diri baik-baik tau!"

         "Insyaallah....All the best bila jawab exam,ok!"Kata ku. Dia hanya tersenyum memandang ku. Senyuman nya begitu memikat sanubariku. Ku akui aku mula terpikat dengannya. Adakalanya aku kerinduan apabila dia tidak menghubungi. Tetapi aku harus akur bahawa kami sekadar kawan dan aku tidak sanggup sama sekali mengikut perasaan. Buat masa ini,pelajaran adalah lebih penting buat kami berdua.

         Aku terus menaikki bas. Kebetulan tiket ku bersebelahan tingkap,jadi aku masih berpeluang untuk melihatnya. Dia tersenyum memandangku. Aku membalas senyumannya. Ketika bas mula bergerak menuju destinasinya,dia melambaikan tangan ke arah ku yang masih setia di tepi cermin. Aku membalas lambaiannya. Apabila bas mula bergerak ke luar dari platform,kelibatnya mula tidak kelihatan dan aku terus melihat pemandangan jalan raya di Kuala Lumpur di waktu malam.

         Aku mengeluarkan telefon bimbitku di dalam tas tangan. Lalu aku mendail nombor telefon,Syam tunang Aza. Aku sering menyuruh Aza membeli ganti telefon bimbitnya yang hilang tetapi dia enggan. Dia lebih selesa tanpa telefon. Kata Aza lagi kalau nak bergayut telefon , tidak salah kalau guna telefon awam.lebih jimat! Aku kira,Aza dan tunangnya pasti sudah tiba di Taiping atau pun mungkin sudah tiba di Pulau Pinang.

      "Assalamualaikum...Aza ker tu?"Tanya ku apabila panggilan ku di jawab.

      "Waalaikumsalam....!Kau kat mana sekarang Su?"Tanyanya.

      "Aku dah naik bas pun. Korang sampai mana sekarang?"Tanya ku kembali.

    "Ni hah di Kuala Kangsar. Tengah makan laksa. Kau ingat tempat yang aku selalu cerita tu?"Tanyanya lagi.

      "waa...bestnya!"

      "kau dah makan ker Sutra?"Tanya Aza lagi.

      "Dah..makan Mcd!"Jawabku.

     "Ya Allah budak ni...boleh kenyang ker?Kau tahu tak kau sampai Johor lambat! Kau tu dah lah ada gastric,"bebel Aza kerisauan.

  Aku ketawa, "kau ni risau macam mak nenek. Aku ada beli makanan simpan buat bekal. Nanti aku makan lah! Ok lah..malas nak kacau korang. Kau pergilah sambung makan. Kesian kat Syam!Assalamualaikum.."Aku ingin menamatkan perbualan.

       "Yerlah....kau jaga diri baik-baik. Sampai nanti kirim salam kat family kau! Dan jangan lupa call aku bila sampai. Risau kami tau!"Pesannya sebelum meletakkan telefon.

     "tahu lah aku. Aku bukannya budak-budak!!!!!!Assalamualaikum"jawabku sambil mematikan telefon.

          Hari ini sudah genap seminggu aku berada di kampung. tetapi segalanya masih lagi misteri.Boleh dikatakan hampir setiap hari Riz  menghubungiku. Aku mula menceritakan tentang pesanan aneh bonda ketika sebelum cuti hinggalah hari ini. Riz menasihati ku agar bertenang dan sentiasa berfikiran positif.

              Malam itu,Along pulang ke rumah bonda bersama isterinya,kak Syarina yang sarat mengandung anak pertama mereka setelah mendirikan rumahtangga hampir dua tahun. Bonda memasak makanan kegemaran ku. Kata ayah,ada perkara yang perlu dibincangkan selepas makan malam keluarga. Kebingungan ku kian bertambah. Makan malam pada malam itu berlangsung dengan meriah sekali biarpun aku agak gelisah.

              selepas majlis makan malam,kami duduk berkumpul di ruang tamu sambil makan buah-buah sebagai pencuci mulut. Aku duduk di tepi along.

         "Iman....baru-baru ini kawan ayah dan bonda datang ke rumah. mungkin Iman tak ingat kat mereka sebab ketika diorang pindah,Iman masih lagi kecik lagi. Diorang tu datang bertandang nak bertanyakan Iman. Sejak dari Iman kecil lagi diorang berkenan sangat kat Iman. Jadi diorang nak meminang Iman buat anak mereka,Hakim.. Bonda pun dah tengok si Hakim tu. Bonda dan ayah berkenan dengan budak tu. berpendidikan,lawa,bersopan dan berbudi bahasa. jadi kalau tak ada aral melintang,bonda nak tunangkan kamu berdua seminggu sebelum kamu balik ke kampus"terang bonda. Aku tergamam dengan kata-kata bonda dan aku hanya mampu memandang along saat itu. Ku lihat along juga terkejut dengan kata-kata bonda.

           Kala itu,aku rasakan dunia ku gelap seketika. Air mata mula bertakung di kelopak mata. Aku terus berlari masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik. Bonda dan yang lain agak terkejut dan tergamam dengan tindakan ku. Di dalam bilik,aku menagis sepuas-puasnya. di saat cinta ku mula berputik dan hati ku mula rasa bahagia atas nama cinta Riz,bonda mengambil keputusan untuk tunangkan aku dengan orang yang langsung tidak ku kenali bahkan tidak ku cintai. Malam itu,aku tertidur setelah penat menangisi cinta ku yang tidak kesampaian.

            Selama seminggu aku bermunajat kepada Allah swt untuk memohon petunjuk. Setiap pagi aku bangun awal untuk bersolat hajat dan istikharah memohon pertunjuk. Sepanjang tempoh itu juga aku sering menyendiri. Panggilan dari Riz mahupun Aza tidak lagi ku layan. aku lebih gemar memerapkan diri di dalam bilik. Bonda juga asyik bertanya keputusan ku kerana cuti ku hanya tinggal dua minngu sahaja lagi.

            Pagi itu,aku capai kunci kereta yang ayah hadiahkan padaku ketika aku mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan STPM. Aku memandu kereta kembara pacuan 4 roda itu menghala ke arah pantai. aku ingin mencari ketenangan disana. perjalanan ku hanya bertemankan nyanyian radio. setelah meletakkan kereta di suatu sudut pantai,aku terus memerhatikan kejadian alam yang diciptakan oleh Yang Maha Esa.Saat itu,stesyen radio Era.fm menyiarkan lagu ayah dan bonda nyanyian arwahyarham Sudirman Hj Arsyad. aku segera menutup radio tersebut dan memasang kaset dari kumpulan kegemaranku,UNIC. Saat itu, ia memutarkan lagu permata keluarga. Air mata ku rembes lagi. sejak bonda memberitahu ku tentang pertunanganku dengan pilihannya,airmata ku terlalu murah.

         Aku mematikan enjin kereta dan mencapai telefon bimbitku. aku keluar dan duduk di batu berhampiran dengan sebatang pokok. betapa ombak kala itu begitu deras memukul pantai sebagaimana hati ku yang terlalu gelisah dan kecewa. aku membuka telefon bimbit ku yang selama ini ku matikan kerana tidak mahu diganggu. Satu demi satu pesanan masuk ke dalam telefon ku. Namun aku terus mendail nombor telefon Riz. Air mata ku berlinang lagi dan aku tekad untuk menghubunginya.

         "Assalamualaikum..."jawabnya di talian. aku masih lagi membisukan diri.

        "waalaikumsalam. Riz ker tu???Sutra ni!"kata ku.

        "Su....mana awak pergi. Saya risau tau! Saya call asyik tak dapat. Kenapa ni?"suara Riz seakan memujuk ku. aku cuba mengukir senyuman biarpun terlalu payah ku rasakan. Argggh..kenapalah dia masih lagi ku rindui!!!!bisik hati ku. "Su..kenapa diam ni?"tanya Riz lagi pada ku.

        "Riz....Su nak minta maaf banyak-banyak kat awak Riz,"kata ku tersekat-sekat.

        "Kenapa Su???Awak menangis? Su..kenapa ni!!!!"tananya agak kerisauan.

       "Riz...."panggilku. "Riz...awak pernah cakap kat saya kan jodoh,pertemuan,perpisahan dan maut adalah ketentuan Allah swt," aku mula menyusun kata agar tidak melukakan hatinya. Aku mendengar dia mengiayakan kata-kata ku.

        Aku menarik nafas sedalam-dalamnya untuk meluahkan segala yang ku pendamkan sebelum keluar pagi ini. "Riz...antara kita mungkin tak ditakdirkan untuk bersama. Saya bahagia mengenali awak. saya harap awak tak akan cari saya lagi lepas ni sebab.....sebab..saya akan bertunang dengan anak kawan bonda saya,"kataku. air mata ku terus berlinang.

      "Su...."panggilnya. Aku menyeka air mata yang berlinangan dari kelopak mata.

      "maafkan saya atas segalanya...!assalamualaikum.."kata ku lantas mematikan talian tanpa memberi peluang buatnya berkata apa-apa.. Air mataku bergenang lagi entah ke berapa kali.

        Aku menegesat airmata dan melangkah ke kereta untuk pulang. aku memandu dengan cermat biarpun kala itu,fikiranku melayang entah ke mana. Aku pasrah dengan ketentuan Illahi dan ku serahkan cinta ku pada Nya. Hanya Dia yang berkuasa ke atas hambaNya. Tiba di rumah,bonda dan ayah sedang bersarapan di meja makan. Bonda memanggilku untuk bersarapan sekali. Pembantu rumah menuangkan air milo kegemaran ku kedalam cawan. aku menarik kerusi duduk bertentang dengan bonda dan mencapai sekeping roti.

       "nasi goreng, Iman...??"ayah menghulurkan pinggan berisi nasi goreng kepadaku. aku menggelengkan kepala sambil mengucapkan terima kasih pada ayah.

      "Bonda...ayah...!Iman...Iman..serahkan segalanya pada bonda dan ayah. Terpulanglah kat bonda nak jodohkan Iman dengan siapa pun pilihan bonda!"aku mengucapkan ia dengan ikhlas sambil tunduk menghadap meja.

      "Alhamdullilah...."bonda mengucapkan syukur kepada illahi mendengarkan keputusan ku. "Minggu depan,diorang datang. Nanti,Iman jumpalah sendiri dengan Hakim!"kata bonda lagi.

           Aku memohon diri untuk ke bilik dan sarapan pagi itu sebenarnya langsung tidak ku jamah. Aku tahu,ayah memerhatikan ku tapi aku telah pun nekad membuat pilihan. Biarlah aku yang mengalah setelah penat jerih bonda dan ayah membesarkan ku. Aku tidak mahu dinilai sebagai anak derhaka.

                 ku rasakan terlalu pantas masa berlalu. seminggu umpama satu saat. segala persiapan telah pun dijalankan. pagi itu,aku di siapkan dengan oleh jurusolek yang dipilih bonda. Biarpun betapa gemilangnya majlis pertunanganku,aku masih lagi suram dan bersedih. ingatanku masih lagi pada Riz. Aza menemani ku di dalam bilik ku yang telah dihiasi indah. Sekejap lagi ibu kepada bakal tunang ku akan masuk menyarungkan cincin di jari manis ku.

        "kau kenapa Su? Aza tengok kau macam sedih jer nak bertunang ni. kenapa Su?"tanya Aza. Aku hanya membisu dan air mata ku mengalir. Aza mengesat air mata ku dan memelukku.

        "kenapa jadi macam ni Su....."bisik Aza. Aku memegang tangan Aza sambil mengesat air mata Aza. Aku menggelengkan kepala meminta Aza tidak menangis. kala itu,bonda masuk ke bilik memberitahu bahawa pihak lelaki akan masuk menyarung cincin. Aku cuba mengukir senyuman biarpun ia tidak mampu melindungi hati ku yang sedang lara.

           Wakil pihak lelaki masuk menyarungkan sebentuk cincin berlian yang amat cantik.  Ibu tunangan ku memeluk ku dengan erat. Aku bersalam dengan ahli keluarga tunangku walaupun aku masih tidak mengenali siapa tunangan ku. Lensa kamera tidak henti-henti mengambil gambarku untuk di abdikan di hari penuh memori. Hari ini,aku telah pun bergelar tunangan orang dan aku harus memelihara dan menjaga tingkahlaku sebagai seorang yang telah dimiliki biarpun masih lagi tidak rasmi. Ini bermaksud hari ini terputuslah segala ikatan dan aku harus membuang segala ingatan terhadap Riz.

           Majlis pertunangan ku telah pun berakhir biarpun pihak lelaki telah pun pulang. Ahli keluarga ku masih lagi ramai berhimpun dan menanti untuk bertukar-tukar kisah. Kak Syarina datang ke bilik ku ketika aku termenung keseorangan menatap cincin tunangku. Aza telah pun berada di sisi Syam kala itu.

            "Iman....."Kak Syarina memegang bahuku. Aku cuba mengukirkan senyuman kepadanya. Lantas dia memeluk ku. "Sabarlah..Kak Rin paham perasaan Iman. Iman sayangklan Riz kan?"

           Pertanyaan Kak Rina itu mengejutkan ku. sebaliknya,kak Syarina hanya tersenyum. "Along dah ceritakan tentang Riz" Aku hanya mengangguk mengingatkan aku pernah berjanji untuk mencaritakan tentang Riz pada Along ketika berbual di telefon. Belum pun sempat ku menceritakan pada along,bonda telah pun menyatakan hajatnya untuk tunangkan aku dengan Hakim. "Sudahlah..anggaplah Iman tak ada jodoh dengan dia!Jom kita keluar..Hakim tengah tunggu kat luar!"tambah kak Syarina lagi sambil mengesat airmata di pipi ku.

       Kak Rina memegang tanganku dan aku melangkah mengikut Kak Syarina ke ruang tamu. Aku hanya tunduk merenung lantai.Di ruang tamu,kedengaran riuh rendah suara bonda dan saudara yang lain.

       "Hah..tu pun tunang kamu,Iman..."kata bonda sambil menunjukkan ke arah ku. aku mendongak untuk melihat dan kala itu aku benar-benar terkejut. Aza datang menghampiri ku sambil tersenyum.

      "assalamualaikum..."tegur pemuda yang amat ku kenali.

     "Iman..ini lah Hakim,"kata Kak Rina yang masih memegang bahu ku.

      "Riz...."panggil ku perlahan. Dia merapati ku sambil mengangguk tersenyum. "tapi awak.....Farish?!?!"tanya ku kebinggungan.

      "Tengku Farish Hakimi..!"jawabnya memahami keadaan ku. "mungkin dah jodoh kita dipertemukan. Riz untuk Sutra dan Iman untuk Hakim!"katanya padaku sambil mengeyitkan mata kepada ku.Kami tertawa antara satu sama lain sambil menghadap antara satu sama lain.Sekali lagi seluruh ahli kelurga semakin kehairanan dengan tingkahlaku kami. Hanya Aza turut terseyum barangkali teringatkan detik mula perkenalan kami!

          Dunia seakan riang semula. Dia lah insan bernama kekasih yang di jodohkan kepada ku. Ya Allah....panjangkanlah usia jodoh ini agar ia berkekalan selamanya. Betapa besarnya rahmat Mu!



_

p/s : cita nie lya tulis time form 6 dulu. tadi tgh kemas umah nak pindah terjumpa...so sy post la kat sini. Bila baca balik td, rasa nak tergelak pun ada..ahahhha

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Putri nak pindah yek.. pindah mana? ikut suami ke? ;)
    semoga panjang jodoh dan diberkati-Nya selalu...

  • (Penulis)
    2) saya pindah dari puncak perdana ke shah alm dan shah alam akan ke dungun..ehehhehe...

    saya tak kawen lagi cik jo3y..ehhehe
  • 3) hahaha..jalan citer klise tp memandangkan ini citer lama lya.. jd..ok.. susunan ayatnya bagus...

    erhm.. bukan klise dah.. rasa cam penah baca somewhere..cuma tukar watak, tukar tempat.. cerita tetap sama...



  • (Penulis)
    4) cite nie sy pernah post kan kat satu laman web..erm kalu tak salah laman web raudhah.com kot (eh?byk sgt web ku masukki...dah tak ingat!)
    but i do it myself! aiyak!
  • 5) best !!!!!!!!!!!!
  • 6) hehe..klise~

    slalu cmtu..endingnyer msti diorg brtunang~

    nape msti mau rahsie? surprise ah kunun2.. :p
  • 7) hee.
    penceritaan : kemas, tapi sedikit draggy. banyak boleh cantas2
    susunan kata : pun kemas
    jalan cerita : dramatik, but masih ada ruang utk tambahkan kesegaran.

    kalau rajin lagi practice. maka akan lebih nyummies.
  • 8) selamat dtg ke trgnu putri
  • 9) >unik ah nma:)
  • 10) ni laa susah biler parents letak nama byk patah..terkonpius2 jd nnt..
    alih2 org yg sama laghi..cumer nama jer yg bertukaq..

Cerpen-cerpen lain nukilan putri_alya

Read all stories by putri_alya