Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Aku yang tak mengerti...

 

12 Januari 2004. Hari bahagia aku dan Sumayyah.

Dari jauh kelihatan kelibat seseorang yang amat aku kenali. Ya, susuk tubuh itu tidak mungkin kulupakan. Hafiz,ya tidak salah lagi.

"Assalamu'alaikum, tahniah Di...Alhamdulillah...ke jinjang pelamin jugak kau ye..Di...!!!" Sapanya membuang segala persoalan di benakku. Tangannya kugenggam erat. Lalu tubuhnya ku peluk erat. Syukur kerana Hafiz datang, sahabatku yang sekian lama kucuba hubungi, namun setelah 3 tahun menghilangkan diri, atas usahaku mencari alamatnya dari kawan-kawan sekuliah lama, akhirnya di sini kami kembali bersua, di majlis perkahwinan aku dan isteri tersayang. Alhamdulillah.

"Apa khabar kau sekarang Fiz?" Ku sapa wajah pucat dan kurus Hafiz. 3 tahun. 3 tahun masa yang lama memisahkan kami. Setelah sama-sama menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanik di Universiti Malaya, masing-masing membawa diri membawa haluan sendiri.

"Alhamdulillah..aku macam kau tengok sekaranglah, Di..nothing interesting to tell...sekarang aku ambil phD di UTM, baru bulan lepas aku register.." Panjang lebar cerita Hafiz.


"Alhamdulillah..hmm..bakal jadi lecturer la Encik Hafiz kita ni, ye..? Eh, ko lepak rumah aku lama skit le ye...nak sembang panjang sekarang paham-pahamlah..sibuk ni.." Terpaksa ku bantutkan perbualan kami di situ. Tiada masa untukku berborak panjang dengannya. Ditambah lagi dengan tetamu yang makin ramai hadir. Kawan-kawan lama juga ramai berkunjung. Haikal, Siti, Wan dan Pa'e...semua antara kawan sekuliahku yang hadir ke majlisku ini...syukur ku tidak terkata..dapat berjumpa kawan lama, mengimbas kembali saat kami sama-sama menuntut ilmu di Universiti Malaya..ah..mana mungkin aku melupakan setiap saat ku habiskan di menara ilmu itu..pelbagai pengalaman, suka dan duka..ku kutip dan kusimpan rapi di lipatan kenangan.

Hampir pukul 11 malam, barulah segala-galanya selesai. Biasalah, kenduri. Banyak yang perlu dibereskan selepas majlis tamat. Kulihat wajah isteriku juga tampak penatnya. Aku dan Sumayyah sebenarnya sudah bernikah dan kami sudah pun berpindah ke rumah baru kami ini sejak 2 minggu yang lalu. Kerana masing-masing sibuk, maka majlis perkahwinan kami terpaksa ditunda sehinggalah ke hari ini.

"Pergilah tidur dulu Mai..nanti abang menyusul...abang nak borak skit dengan Fiz..lama tak sembang dengan dia.." Kasihan kulihat Sumayyah sejak tadi asyik menguap. Letih benar dia.

 
"Hmm..baiklah. Abang pun jangan lewat sangat tidur ye..walaupun esok cuti pun..kene rehat juga.." katanya sambil tersenyum manis.

Aku mengangguk pantas sambil memerhatikan Sumayyah melangkah lambat-lambat menuju ke kamar tidur. Mak dan abah sudah lama melayan mimpi indah di tingkat atas.

Lantas langkah ku atur menuju ke ruang tamu. Hafiz masih leka membaca majalah I terbaru. TV masih terpasang, namun focusnya kupasti bukan pada peti kaca tv itu. Khusyuk kulihat Hafiz membaca.

"Husyy..bukan main khusyuk!!" Aku menepuk bahu Hafiz. Hafiz sekadar tersenyum tenang. Hafiz telah banyak berubah. Kalau dulu tubuhnya agak berisi, sekarang betul-betul kurus. Rambutnya juga dipotong ala-ala tentera. Kemas. Janggut makin panjang dan wajahnya kulihat cukup tenang. Namun di sebalik ketenangan itu, aku pasti ada sesuatu yg bermain di fikirannya.


"Heh..aku tak sempat beli majalah ni, Di..tengok-tengok ada pulak kat umah ko...ape citer ko plak? Citerla camne ko leh jumpe idaman hati ko?" Hafiz bersuara sambil tersenyum nakal.


"Alah..biasa-biasa je Fiz..semuanya mak dan abah aku uruskan..satu negeri jugak...aku ni bukannya memilih sangat. Tak bergaul pulak tu. Ko tau kan..aku ni kan ke pemalu..chewah..entahla..semua aku serah pada Allah..dan suruh mak dan abah aku aturkan...aku setuju je..baik pada mereka..baiklah pada aku..." Aku menjawab panjang. Tidak apa-apa yang istimewa sebenarnya. Ya, sememangnya Sumayyah istimewa..tetapi titik pertemuan kami bukanlah ada kisah cinta hebat umpama Romeo dan Juliet. Biasa-biasa sahaja. Dan aku selesa begitu. Biarlah cinta kami disuburkan selepas ikatan yang sah.

"Hmm...aku tau ko Di..paham sangat...ingat dulu anti perempuan..kahwin jugak kau ya..?" Hafiz tak habis-habis mengusikku.


"Hei...banyak cakap pulak dia..ko tu bile Fiz, umur dah 27 dah..!!" Aku memulang paku serpih.


"Aku..?? Entahlah...budak sekolah tak boleh kahwin..belajar dulu sampai abis..baru pikir bab kahwin.." Selamba Hafiz menutur bicara. Ada sedikit lucu dalam kata-katanya.

"Belajar..belajar juga Fiz..bab ni jangan lak dilupakan..salah satu sunnah Nabi kita..jangan lak ko nafikan.." Aku mengingatkan. Hafiz tersenyum penuh makna. Ingin saja kuajukan soalan yang sekian lama terpendam di benak ini.

"Hm..entahlah Di...aku selesa macam ni"

"Ko...err..maaf nak tanya..ko still tunggu dia?"

"Siapa?"

"Hm...aku masih ingat..masakan pulak ko..ko tau kan sapa aku maksudkan?"

Suasana ruang tamu kembali hening. Cuma kedengaran bunyi tv sahaja.

"Hm..masih..masih menanti .." Hafiz menjawab sambil mengangguk. Wajahnya kulihat suram. Tunduk sambil menganggukkan lagi kepalanya.

 "Hm...ko ada jumpa dia ke?"

"Tak..tapi aku ada nombor phone dia..sejak peristiwa tu..itulah kali terakhir aku jumpa dia..kalau tak silap dia sekarang di USM"

  "Sampai bila macam ni Fiz? Usahalah sikit. Kalau tak de harapan, ko carilah pengganti. Daripada ko dok diam macam ni.."

  "Heh..aku dah cakap kat ko kan..aku ..so far..selesa macam ni..biarlah..aku dah berterus terang..aku dah usaha..ini adalah usaha terakhir aku. Menanti dan terus menanti.."

 
"Ko sihat?"

"Biasalah..kekadang asma aku datang..ala..cam dululah.."

"Sapa nak tengok-tengok kan ko Fiz..kalu kawin ada gak orang tolong jaga makan minum"

"Hah..mula la tu..hei..Di..aku ni pandai je la nak uruskan hidup aku ni...aku ok..dah 27 takkan la tak pandai nak urus diri"

"Aku cakap tak penahnye nak dengar"

 "Aku suka dia, Di..aku cintakan dia..dari dulu sampai sekarang..tak penah berubah. Walau ramai yang aku jumpa..tak sama dengan dia. Dia lain Di. Tak sama. Unik. Aku tak kisah tunggu sampai bila pun..." Tiba-tiba Hafiz meluahkan rasa hatinya. Aku terdiam. Sama. Kata-kata inilah yang diucapkan olehnya 3 tahun lepas.

  "Tak pelah Di. Aku balik dululah..lewat sangat"


Akhirnya Hafiz pulang malam itu juga. Puas kupujuk namun dia berkeras mahu pulang ke Cheras. Rumah kakaknya. Esok dia akan pulang ke Johor semula. Rasa bersalah menusuk di dada. Tak sepatutnya aku mengungkit kisah lama.

 

7 tahun dulu. 7 tahun dulu Hafiz tidak seperti Hafiz hari ini. Tidak pernah serius dan agak bermasalah. Malas ke kuliah. Kuat merokok. Solatnya juga tidak secantik hari ini. Menghayati perubahan diri Hafiz, melihat penghijrahannya yang besar ini, rasa syukurku pada Allah yang Maha Berkuasa tidak bertepi dan lagi rasa terhutang budi pada seorang insan yang istimewa. Insan yang mengubah pandanganku pada kuasa seorang perempuan. Sememangnya hawa itu madu dan racun pada adam. Dan aku amat mengakuinya. Di hadapanku kisah sebenar seorang hawa yang umpama sinar harapan pada seorang adam. Nur Zahirah yang umpama madu pada Muhammad Nur Hafiz.


Perkenalan tidak dirancang antara Hafiz dan Zahirah terjadi apabila aku yang menyertai Ekspo Konvokesyen UM 7 tahun dulu. Kebetulan Zahirah juga ahli exco. Maka kami selalu berurusan untuk menjayakan EKSKUM 1997. Oleh kerana aku tidak mempunyai telefon bimbit, dan kerana Hafiz rapat denganku dan juga teman sebilik, maka Zahirah selalu menghubungiku melalui telefon bimbit Hafiz. Aku juga yang memberikan nombor itu padanya, untuk memudahkan kerja kami. Dan Hafiz yang memang ku masak perangainya, suka benar mengusik kami berdua dan selalu juga menghantar SMS kepada Zahirah. Namun Zahirah tidaklah marah, sebaliknya dia dengan sabar melayan kerenah Hafiz yang agak nakal ketika itu. Sehinggalah Hafiz mengunjungi gerai PMIUM ketika pesta konvo berlangsung, pada ketika itulah Hafiz pertama kali bersua muka dengan Zahirah.


Agak terkedu kulihat Hafiz. Gadis yang selalu diusiknya itu bukan calang-calang orang. Zahirah pelajar tahun akhir pengajian Quran dan Hadith Akademi Pengajian Islam. Bertudung labuh dan bermini jubah. Gaya muslimah sejati. Namun kulihat Zahirah tetap ramah sopan bertegur sapa dengan Hafiz. Sejak itu kulihat Hafiz kerap kali menelefon Zahirah dan berbual panjang. Hafiz juga kulihat selalu menceritakan masalahnya kepada Zahirah. Oleh kerana Zahirah tua 3 tahun dari kami, dia kulihat cuba sedaya upaya berperanan sebagai seorang kakak. Sering memberi nasihat dan bimbingan kepada Hafiz. Apa yang mengkagumkan aku, Hafiz yang dulunya liat solat, telah berubah menjadi salah seorang jemaah yang sering mengimarahkan surau kolej kediaman kami. Alhamdulillah, dari situ kulihat Zahirah bukanlah gadis biasa. Walaupun dia fizikalnya kecil dari usianya, namun tindakan dan kesan tarbiyyahnya pada Hafiz benar-benar menggembirakanku.

 
Sehinggalah satu hari...

"Aku sukakan Zahirah, Di..serius.." Terkejut aku. Berserabut kepala otakku mendengar pernyataan Hafiz. Apakah benar bagai dikata?

  "Serius...demi Allah aku sukakan dia, Di...aku tak pasti sejak bile perasaan ini muncul..yang pasti dia seolah-olah sebahagian dari hidup aku.."

"Ko kene berterus terang, Fiz..aku no comment..tapi ko tau kan..Zahirah tu macam kakak dengan kita..umur dia kan 3 tahun tua dari kita,kan? Takkanlah.."

"Dia tak bersalah, Di..dia memang anggap aku macam adik dia...sejak mula kami kenal lagi..sampaila sekarang...tapi aku je yang rasa lain bila bersama dengan dia..aku tak boleh tipu diri aku, Di..aku memang dah jatuh hati kat dia.." Bergenang air mata di kelopak mata Hafiz ketika menuturkan kata-kata itu. Sememangnya aku terkejut kerana tidak kusangka sama sekali Hafiz mempunyai perasaan yang begitu ‘jauh' terhadap Zahirah. Apa pula kata Zahirah? Bolehkah dia menerima kenyataan ini?


"Akak tak boleh Zaidi..akak tak boleh terima..selama ni akak anggap dia macam adik sendiri..mana mungkin boleh lebih dari itu.." Lancar Zahirah menuturkan bicara. Aku terdiam. Apa yang perlu aku katakan. Aku umpama seorang penonton sebuah teater kehidupan. Apa yang aku mampu adalah mendapatkan keterangan sebenar kedua-dua belah pihak.

"Aku tak peduli, Di..aku cintakan dia!!! Lantaklah dia nak anggap aku apa pun!!!"

"Tapi tak boleh la macam ni..dia tak boleh terima..setakat adik tak mengapa"

"Aku tak mampu anggap dia akak aku, Di..she's so special to me..she meant everything...ko paham tak?"
 
Akhirnya ku aturkan pertemuan antara keduanya. Zahirah masih dengan pendiriannya. Hafiz berkali-kali mendesak. Zahirah akhirnya menangis di akhir pertemuan. Hafiz pula terus sahaja meninggalkan kami pulang ke kolej. Sejak itu, hubungan aku dan Hafiz tidak sebaik dulu lagi. Dia terlalu kecewa. Hafiz berubah menjadi pendiam dan suka menyendiri. Namun dia masih lagi seorang kaki surau malah makin rajin ke sana setiap waktu solat. Bila ku tanya tentang Zahirah, Hafiz Cuma tersenyum kelat lalu meninggalkan aku penuh tanda tanya. Zahirah juga tidak dapat ku hubungi lagi.

Aku memahami kenapa Zahirah tidak boleh menerima Hafiz. Factor usia menghalang. Tindakan Hafiz umpama tamparan hebat baginya. Tidak aku nafikan Zahirah cantik orangnya, tampak muda dari usia sebenar.

Sejak itu hinggalah hari ini, ketika ini, genaplah 7 tahun kisah cinta tak berbalas ini terhenti begitu sahaja. Dan paling tidak kusangka sama sekali, sehingga hari ini, perasaan cinta Hafiz itu masih segar umpama 7 tahun dulu. Sungguh, aku kagum dengan perasaan indah itu. Betapa setianya Hafiz menanti dan terus menanti. Menantikan jawapan dan harapan Zahirah. Ku kira Zahirah mungkin sudah bertunang atau berkahwin sekarang ini. Dan Hafiz? Masih setia menanti. Untuk apa penantiannya itu? Berbaloikah?

"Bang, bangun. Ada panggilan telefon untuk abang"

Awal pagi. 2.30 pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Cheras. Hafiz terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke rumah kakaknya. Ya Allah, baru sebentar tadi kami berbual, Ya Allah. Jangan hendaknya berlaku sesuatu yang buruk hendaknya.

5.00 Pagi. Sesungguhnya nyawa itu pinjaman Allah untuk kita. Hafiz menghembuskan nafas terakhir di pangkuanku pagi itu. Ya Allah, Ya Allah...tabahkan hatiku menerima kenyataan ini..tempatkan Muhammad Nur Hafiz di sisi mereka yang beriman...amin!!!


"Siapa Nur Zahirah?" Mak cik Zaiton, ibu Hafiz bertanya kepadaku sambil menghulurkan sebuah bungkusan berbalut kertas ungu. Di atasnya tertulis "KEPADA SAUDARIKU NUR ZAHIRAH".

"Saya kenal dia makcik..untuk dia ni...Insya-Allah..saya cuba sampaikan bungkusan arwah untuk dia..saya pun tengah contact kawan-kawan lama seuniversiti dulu makcik.." kataku sebak...hingga akhir hayat, sahabatku tidak pernah mengharapkan apa-apa selain Nur Zahirah. Benar, aku tidak begitu memahami perasaan halus itu, tetapi hatiku terusik amat akan rasa kasihnya pada gadis ini. Nur Zahirah.

Di satu sudut, gadis ayu bertudung labuh kelabu tunduk bersimpuh. Ku kenal lagi. Masih segar dalam ingatan siapa gerangan gadis ini.

"Assalamu'alaikum, kak Irah..ini untuk akak...dari...arwah Hafiz..."

Nur Zahirah mengesat air mata lantas mengambil bungkusan tersebut. Terketar-ketar dia menutur kata..

"Dari Fiz ya.." Nur Zahirah berlagak tenang membuka perlahan bungkusan. Diari biru agak kusam. Rupanya Hafiz menghadiahkan diarinya buat Nur Zahirah. Suasana pilu menyelubungi kami.

"Kak..Fiz tak pernah lupakan akak...berkali dia katakan pada saya...dia..masih mengharapkan akak...tapi saya ingat akak dah bertunang sebab Wan cakap akak dah bertunang dengan orang Pahang..tak sampai hati saya nak bagitau dia...maafkan saya kak" aku bersuara. Sekilas kupandang wajah Sumayyah...matanya merah menahan sebak.

"Akak tak bertunang..itu adik akak..memang akak dijadualkan bertunang juga pada hari yang sama tapi akak menolak.."


Aku terdiam. Salah siapa sekarang? Ketentuan Ilahi tiada siapa mampu mengubahnya. Cinta Hafiz pada Zahirah kekal bersemadi. Dan Zahirah masih tidak mengucapkan lafaz cinta dan sayang padanya sehinggalah Hafiz tiada. Sukakah Zahirah pada Hafiz? Kasihkah Zahirah padanya?

Cerita ini sampai di sini. Sebenarnya aku sendiri tidak pasti dan masih tertanya-tanya. Apakah Zahirah mempunyai perasaan yang sama? Siksanya Hafiz menanggung rasa sayang kepada dia kenapa dia cuma mendiamkan diri? Ah...biarkan. Aku cuma perlu mendoakan arwah Hafiz.
 

Al-fatihah...sesungguhnya cinta itu terlalu misteri untuk ditafsirkan..

_

 

-Qalam Qaseh-

 

cite zaman dinasour!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Wow, Zahirah.... Sultanah nur Zahirah, bekas sultanah negri terengganu tu kan? owh... kisah cinta dia dulu la kut... ermm.

    oh pape pun, misteri lah cerita ni. soal hati kan, memang macam tu. ada orang pompuan setuju & boleh berpoligami, ada yang tak bley, takut alahan. macam2. susahnye nak faham...

    ~~saya pun tak paham apa yang saya tulis~~

  • (Penulis)
    2) ehehhehhe..tak tau nk kata apa..ahhahha
  • 3) erm..best.cedey..hehehe
  • 4) cinta sukar utk ditafsirkan~ huhuu
  • 5) saya juga ada asma....
    eh...!!

    nice story laa sis!!
  • 6) hafiz pergi dengan bahagia kerana cinta mengubahnya ke arah kebaikan.
  • 7) Setiap kajadian yang tertulis past ada hikmah disebaliknya..
  • 8) bagus penceritaannya. kemas dan tersusun. ramai je orang yg post dalam ni semberono dalalm aspek ni. well done!

    jalan cerita ok, but kalau boleh diwildkan lagi. ahaa! sure lagi dabomb!
  • 9) hafiz...........................
  • 10) cinta tak semestinya memiliki...huhu
  • 11) huhuhu....nice story..
  • 12) ending sedihh.. iskk

Cerpen-cerpen lain nukilan putri_alya

Read all stories by putri_alya