Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
BAYI
Hari ini datang kerja aku mendengar berita yang sayu pilu.Tergamak seorang ibu meninggalkan bayi secomel itu didalam kotak tanpa dibaluti sehelai kain pun,dimana letak nilai kemanusiaan.Ditinggalkan sendiri berhampiran pondok jaga tangisan bayi malang itu mengejutkan seisi bangunan.semua yang menerpa melihat tidak terkata apa-apa aku yang turut melihat tersayat hati rasanya mentelah pula aku pernah bergelar ibu walau seketika.Sayunya hati kenapalah bayi secomel ini yang putih bersih tanpa terpalit noda dan dosa diperlakukan begini? apalah nasibnya,bagaimana masa depannya?
Si ibu dan si bapa (jika layak digelar begitu) yang melakukan mungkar mengapa bayi itu yang menjadi mangsa.Apalah salahnya mereka membesarkan bayi tidak berdosa itu bagi menebus kesalahan dan janganlah menambahkan dosa lagi! Atau berikan sahaja pada mereka yang mahukan anak.Aku pun mahu tapi bila sudah dibuang begini kes polislah jawabnya dan dirumah anak yatimlah tempat bayi malang itu. mengapa kisah sebegini seolah-olah makanan kita sehari-hari? didada akhbar di peti televisyen cerita ini menjadi hidangan yang sudah lali bagi kita semua.Sudahnya kita hanya berkata "budak-budak sekarang macam tu lah" namum salah siapa ini terjadi? ibubapa,guru atau masyarakat? dimana silapnya? kurang perhatian,kurang didikan agama atau masyarakat yang sudah tidak mempedulikan sekeliling? akhirnya kita akan melahirkan manusia-manusia yang semakin hari semakin hilang kemanusiaannya.........