Misterius

 

Mac 2000

“Kepada semua pelajar, diulang, kepada semua pelajar, anda dikehendaki berkumpul di gelanggang bola keranjang sekarang juga.” Kedengaran suara di corong semua pembesar suara.

Semua pelajar diarah berkumpul kerana situasi putusnya bekalan elektrik sewaktu kelas persediaan malam itu. Sesetengah pelajar merungut kerana masih belum sempat menyiapkan kerja rumah yang diberi, manakala kebanyakkannya menyorak keseronokan kerana kelas persediaan habis awal dari yang sepatutnya.

“Weh, jom aa gi basketball court. Kang warden round, kite dok dalam kelas lagi, sia-sia kena rotan,” Yie mengajak rakan-rakannya.

“Rileks la brader. Kalot pi mana. Kalau warden round pon, bukan buleh nampak kita pon,” seloroh Mas dengan loghat Kedahnya.

“Kalau hang hitam macam Putera, buleh la hang cakap lagu tu. Hahahaha” jawab Redz dan jawapan itu disambung dengan gelak tawa enam pelajar yang masih berada di dalam kelas 2 Usaha itu.

“Alaa, jom aa. Abeh awal, bleh blah awal,” sambung Yie lagi.

“Ye la, ye la” kesemua bersetuju untuk bergerak ke gelanggang bola keranjang.

*******************************************************

 “Ok, semua pelajar boleh bergerak ke dewan makan untuk minum malam dan kemudiannya ke surau untuk menunaikan solat Isya’ secara berjema’ah.” suara Ketua Pelajar kedengaran di dalam kegelapan malam yang hanya diterangi cahaya bulan.

“Jom, dewan makang!” ajak Dillah sambil berjalan laju.

“Hangpa pi dulu a. Aku nak pi semayang dulu. Malaih aa nak semayang jema’ah. Lepaih minum pulak tu. Potong stim nanti,” ujar Redz yang berpusing untuk ke arah surau.
“Tolong amek ayaq dengan biskut skit untuk aku no?” sambungnya lagi.

“Wokeh” sambut rakan-rakannya.

*******************************************************

Hmm, kosong surau nih. Suma pi dewan makan kot. Takpa, kosong lagi baguih. Bleh aku smayang dengan kusyuk. Aceh.

Aku bergerak menuju ke bahagian hadapan surau. (Untuk pengetahuan pembaca, surau di asrama tersebut adalah panjang seperti satu paras untuk blok tersebut)
Sesudah selesai menunaikan solat dan berdoa, aku bangun dan bergerak pantas untuk keluar supaya tiada pelajar lain yang sedar atau nampak bahawa aku sudah selesai bersolat kerana tidak mahu solat berjema’ah.

Sedang aku berjalan, aku tersedar seseorang yang berjalan di sebelah kananku di luar surau. Aku pun menoleh untuk melihat siapakah yang sedang berjalan. Hatiku berharap bukan warden atau mana-mana badan agama kerana aku pasti boleh didenda disebabkan keengganan menunaikan solat berjema’ah.

Eh, tadak sapa pon. Silap nampak kot.

Aku teruskan perjalanan ke bahagian belakang surau. Sekali-sekala aku menoleh ke kiri dan kanan dengan berhati-hati. Di hujung mataku masih ternampak seperti seseorang berjalan di sebelah kananku di luar surau tersebut. Aku menoleh sekali lagi untuk kepastian, namun seperti yang berlaku sebelum ini, tiada sesiapa di luar.

Hm, reflection aku kot. Tp, gelap gila ni, macam mana bleh nampak reflection pulak kan?

Kali ini aku berjalan dengan menyepetkan mataku untuk menumpukan perhatian di hujung mata.

Kena reling baru sedaq. Kalau pusing, haram tak nampak.

Seseorang yang berjalan di luar masih lagi aku nampak. Kelajuan pergerakannya sama dengan aku. Dia akan berhenti apabila aku berhenti dan akan sambung berjalan apabila aku juga sambung berjalan.

Aku sepetkan lagi mata, sesepet-sepetnya. Dan akhirnya aku nampak dengan jelas. Masya-Allah. Bukan seseorang. Tapi sesuatu benda. Suatu benda yang membuatkan bulu romaku berdiri tegak. Peluh sejuk mula membasahi seluruh badan. Langkahku termati di situ.

Ya Allah. Apa dia tu?!

Kelihatan dengan jelas sepasang kaki yang berbulu sedang berdiri tegak kerana aku jugak tidak bergerak. Kaki yang hanya boleh dilihat sehingga kawasan lutut.

Sah! Hantu galah! Aduuuu..

Aku cuba berundur namun seperti yang berlaku sebelum ini, ‘benda’ di luar turut mengikuti pergerakanku. Aku buntu kerana sekiranya aku keluar, aku pasti akan bersua muka dengan kaki atau lututnya. Berfikir tentangnya sudah cukup membuatkan semua organ di dalam badanku kecut. Inikan pula kalau betul-betul terjadi.

Ya Allah. Apa aku nak buat ni?
Dah baca ayat kursi pon tadak efek. Baca doa permudahkan hidup pon dia dok ada lagi. Ya Allah, tolonglah hambamu ini.


Aku terus berdiri tegak sambil cuba membaca ayat-ayat suci yang kuingat. Semua surah yang terlintas terus dibaca. Semua doa dan ayat hafazan juga dilafazkan. Namun ‘benda’ itu masih di situ, sekali sekala menggerakkan sebelah kaki. Mungkin lenguh berdiri terlalu lama.

Ha, Yassin!

Itulah kesimpulan terakhir aku capai. Aku terus menghampiri rak terdekat untuk mendapatkan Surah Yassin.

Namun, harapan yang nipis itu lenyap bersama angin. Tiada satu pun Surah Yassin di rak tersebut. Malah, tiada satu pun Surah Yassin di mana-mana rak yang aku cuba cari. Yang menghairankan lagi, Surah Yassin gagal aku temui walaupun aku cuba membuka kitab al-Quran. Menghairankan!

Ya Allah. Aku mohon perlindungan dari-Mu ya Allah. Berikanlah petunjuk kepada hamba-Mu ini. Sesungguhnya Kau-lah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani.

Aku beranikan diri kerana semua usaha telah aku cuba. Hanya berbekalkan hati yang sudah bertawakkal, aku terus melangkah laju menuju ke pintu hujung di bahagian belakang surau. ‘Benda’ itu turut melangkah laju mengikuti langkahku.

Namun, semakin hampir diriku dengan pintu hujung, ‘benda’ itu semakin jauh ke kanan (Nota: pintu di sebelah kanan, ‘benda’ di sebelah kanan badan, semakin dekat dengan pintu, benda itu semakin ke kanan , semakin jauh gap) Hatiku menjadi semakin berani. Mulutku masih melafazkan ayat-ayat suci yang terlintas.

Hah, sampai pon pintu. Keluaq ja laaaaa

..

..

..

“Sedap betul minum malam ni,” kedengaran suara seorang pelajar yang bersembang dengan rakannya ketika baru sampai di tempat wudhu’.

HAA?!

Ramai pelajar yang sedang mengambil wudhu’ ataupun sedang beratur. Ramai juga yang sedang meletakkan selipar di rak. Ada juga yang berlalu di sebelahku untuk masuk ke surau. Bunyi suara-suara mereka jelas kelihatan. Aku menoleh ke belakang dan hampir tidak boleh mempercayai apa yang kulihat. Surau sudah hampir separuh penuh dengan pelajar. Keadaan yang sunyi sebentar tadi bertukar seolah-olah butang mute ditekan semula. Surau kelihatan agak cerah dengan kehadiran cahaya bulan dan lilin-lilin yang diletakkan.

HAA???!!
Mana mai semua orang? Mana mai bulan ni? Mana mai bunyik-bunyik ni? Awat tadi takdak? Awat tadi kosong? Awat tadi sunyiiii???

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) fuyyooo.... deras jantung berdetak seiring dengan watak....
    nih yang seram sejuk nih.....
  • 2) hmm.. aku masih kurang paham dgn modus operandi hantu galah. boleh jelas kan? hoho

  • (Penulis)
    3) aku ekceli pon tak faham. tp dari pengalaman di atas ngan cite2 org, hantu galah ni biasa kacau-kacau mcm tu.. halang org dari lalu mcm tu.. aku ade tanye kat ustaz lepas kena, ustaz aku ckp, benda tu ekceli nak tumpang lalu, skali nampak mangsa, die mengusik aa kejap :p
  • 4) tu ler sbnrnyer keje setan, nak ganggu hidup anak cucu adam. tak kuat iman, tu yg jd kes histeria tuh....
  • 5) ha ha. pastu encik penulis pun melakukan solat jemaah tanpa kompromi dan sering ditemani 3 teman sedorm setiap mahu terkucil tengah-tengah malam.
  • 6) gile best cite ni..i like it...sweet gile....duk asrama mmg best..mcm2 bende ley jumpe...
  • 7) hmm..
    antu galah kalau kcu orang cmtu eh?*tulis - tulis*
    tpkan jue, xsemmestinya dok asrama je tau..
    dok umah sewa pon ade je..
    bende cmtu ade dimane2..
    huhuhu..
  • 8) owh.. uwaa...tidak! seram tu..terbyg2 kaki berbulu yg tinggi smpi paras lutut tu... huhu

  • (Penulis)
    9) caha : penulis dah solat dah kan.. takkan nak solat due kali plak .. lagipun penulis melupakan kejadian tersebut serta merta setelah melahap biskut meri dengan teh panas satu tupperware pada malam tersebut kofkof

    pinkygurl: sweet ke jumpe 'benda' tu hahah.. tp mmg bes a zaman asrama, rindu wohh

    mizz: a'ah, mmg mana-mana pon ada, time kite dok sorang, time tu la terpikir, time tu la 'benda' tu tunjuk rupa nak menyakat.. :p

    shazmiey : ekceli tak sampai lutut pon.. mcm kat betis aa.. mmg tak nampak lutut pasal tinggi sangat.. berbulu pulak tu.. hahah
  • 10) huhuu..

    xpenah kene n mntk2 xkene~~ ;)
  • 11) uuuu... hantu galah pon duk usha.. nais...

Cerpen-cerpen lain nukilan demityuh

Read all stories by demityuh