Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

2K...(kasih kembar)

  • 4
  • j_ana
  • 15 years ago
  • 3,310
  • FREE

 

   Pagi itu,sunyi sepi menyelubungi ruang tamu.Udara nyaman terasa bagaikan dingin menggigit kulit.Ahh,malas!Itulah perasaan yang membuai Zaid hanyut dalam lenanya.Mimpi mengulit indah,namun tak sampai sedetik dia kembali terjaga.Bahunya disentuh lembut,namun tiada nyata persis manusia atau apapun yang di hadapannya.Musykil dan hairan mengerumuni mindanya.

 

Aku yakin,memang tadi ada yang menyentuhku!Tangannya halus,lembut..Sungguh mempesona...

 

   Gedebuk!!Begitu kuat dentuman yang kedengaran.Zaid terjatuh dari katil.Sungguh tak tersangka mimpinya membuatkan dia asyik walaupun sudah terjaga.Mujur dia bersendiri di kamar itu,kalau tidak...

 

   Syaid mengetuk-ngetuk pintu bilik itu.Nak dipulas tombol di daun pintu itu,dah dikunci.Nak dirempuh,nanti tak berpintu pula bilik budak seorang ini.Itulah yang selalu dikatakan pada dirinya apabila mengenangkan kembarnya itu,satu-satunya adik yang menyakitkan hati,juga penawar hatinya.Kadang-kadang mereka bergaduh hanya kerana perkara enteng,perkara remeh.Namun,mereka jugalah yang bersatu suara apabila ada orang cuba memisahkan mereka,walaupun untuk tinggal bersama ibu saudara yang berbeza.

   Syaid terus mengetuk pintu sehinggalah Zaid membukanya.Rebah di depan pintu,Syaid tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang.Sudah dua kali Zaid pengsan dalam minggu ini.Syaid juga perasan,semakin hari Zaid semakin pucat,semakin kurus.Dia bukan lagi Zaid yang dulu,kini dia hanya mengikut sahaja perintah abangnya.Memang Syaid risau.Telefon dicapai dan Syaid terus menelefon ambulan.

 

   Kebakaran pula membakar habis rumah itu.Syaid dan Zaid hilang dalam kemarakan api.Zaid tidak mampu lagi bersuara walaupun sudah tersedar.Keadaannya yang lemah juga tak mengizinkannya untuk melakukan apa-apa,baik untuk dirinya sendiri mahupun kembarnya.Syaid pula sudah mati akal untuk bertindak.Akhirnya,mereka pasrah sahaja kepada Yang Maha Esa.Pun begitu,mereka masih meninjau sekeliling,manalah tahu ada ruang bagi mereka menyelamatkan diri.

 

   Kelibat-kelibat yang berwarna putih mula mengeliling Syaid.Syaid membiarkan mereka memegang tangannya dan membawanya pergi.Zaid cuba menjerit dan bergarak,namun dia tidak berdaya.Kayu yang sedang menyala dengan api yang marak jatuh ke kakinya.Lebih teruk,dia kini sudah terbakar.panas membahang dirasakannya.

---------------------------------------------------------------------

   Syaid masih lagi mengetuk pintu.Tapi kini,Zaid berlari-lari anak membukanya sebelum memeluk Syaid.Syaid juga membalas pelukan itu.Tetapi kini,Zaid dapat merasakan kelainannya.Pelukan yang erat itu,bagaikan tiada lagi dakapan selepas ini.Penuh emosi,penuh kerinduan,penuh tangisan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) er..xphm~

    kejap ketuk pintu..kejap umah terbakar~

    saya konpius!
  • 2) xpaham !!!!!!!!!
    wuaaa............
  • 3) selamat datang dan selamat mula menulis j_ana :)
    rajin2 la menulis ye. PMR dah habis. pasni SPM pulak.
    kena la selalu berlatih menulis2 ni :)
    lama2 hebat la.

    chaiyok!
  • 4) adeh..susahnya nak paham dik..tai tak kesah la sekurang2nya kamu boleh menulis..kan? ada jugak cerita tu cuma tak tersusun. selamat menulis. :)

Cerpen-cerpen lain nukilan j_ana

Read all stories by j_ana