Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Jaguh

 

JAGUH

Oleh : Farid Jasni (macai suci)

 

 

 

“Cak ! Pung ! Cak ! Pung!” jeritan  alunan gendang bertingkah mencemar  malam. Barisan pemuda berpakaian serba hitam bergugus memenuhi kawasan lapang di hadapan pemain-pemain gendang. Mereka kemudiannya beratur membentuk 4 barisan berdiri tegak bagaikan laksamana menunggu arahan menggempur peperangan. Paluan gendang semakin rancak menghangatkan suasana malam . Desiran angin bertiup menerobosi tiap pakaian yang membaluti tubuh.

Sesusuk tubuh  yang sedari tadi asyik bersembang di barisan pemain gendang itu bangun dan berjalan melewati barisan pemuda-pemuda itu , wajahnya serius sambil merenung satu-persatu akan wajah dihadapannya.           

            “Assalamualaikum semua, malam ini kita akan melakukan latihan seperti biasa. Sekali lagi saya mohon kamu semua sentiasa perlu merasa bangga dengan warisan yang kita ada hari ini.  Meskipun tidak sempurna namun berbanggalah kerana kita adalah penyambung warisan.” Senyap dan sunyi menghiasi dada malam, irama gendang yang berlagu tadi telah lama hilang.

            “Jadinya, teruskanlah latihan anda malam ini.” Shamsul melangkah meninggalkan barisan pesilat-pesilat itu. Kemudian muncul pula seorang pemuda yang lain memimpin pasukan. Gendang pun berirama lagi saling tingkah-meningkah alunannya. Sorakan bergema mengiringi setiap langkah. Shamsul beredar menuju ke anjung rumah di mana Pak Guru Hj Salleh sedang bersila menghadap sesuatu. Perlahan-lahan Shamsul duduk mendepani Pak Guru. Lensa pandangnya menangkap perlakuan Pak Guru dengan penuh minat.  Naluri mudanya ingin bertanya namun disimpan niat itu agar tidak mencemar adat berguru.

            “Maafkan saya Pak Guru…,” akhirnya dia menyahut desakan kata hati. Malu bertanya sesat jalan. Dia nekad mengatur kata bertanya.

            “Ya Shamsul…,apa yang kau mahu tahu?” Lazim seorang guru dapat meneka gelodak jiwa anak didiknya, biarpun kurang tepat namun kiasannya  serupa. Matanya masih melirik bilah keris yang sedang bermandikan limau. Harum semerbak menghiasi ruang seketika.

            “Pak Guru sedang buat apa ini?”

            “Yang ini namanya melangir keris”

            “Kenapa perlu keris ini di lakukan begini? Apa istimewanya keris ini?” Tersentak Pak Guru Haji Salleh namun bibirnya menguntum senyum. Seraya disudahi upacara melangir dan kemudiannya disarungkan kembali keris itu lalu diletakkannya di atas talam beralaskan kain kuning.  

            “Shamsul…,di dalam hidup kita adakalanya kita perlu menerima sesuatu yang akal kita tidak mampu mentafsirnya apatah lagi perkara tertentu yang tidak kita perolehi dimana-mana.”

            “Apa maksudnya Pak Guru? Saya kurang faham,” Shamsul merasa bodoh tiba-tiba . Akalnya gagal menangkap maksud kata-kata Pak Guru sebentar tadi.

            Pak Guru Haji Salleh mencabut kembali keris dari sarungnya kemudian, dihunus dan ditarinya ke kiri dan ke kanan. Shamsul memandang dengan seribu siaga. Dia amat bimbang andai keris itu mencari sasaran di tubuhnya.

            “Cuba perhatikan keris ini, bilahnya berlekuk, hulunya berbentuk. Semuanya punya maksud yang tertentu. Bukankah ia nampak cantik bila kesemuanya di adun menjadi satu,” Shamsul hanya mampu menunduk memandang lantai sedang ruang fikirnya keras mencari maksud yang berselindung.

            “Nah sekarang, cuba kau pegang keris ini Shamsul,” dengan teragak-agak Shamsul cuba untuk memegang keris tersebut. Bukan kerana dia tidak biasa menghunus keris di dalam persembahan silat cuma kali ini situasinya agak berbeza.

            “Salah cara kau pegang keris tu Shamsul,”

            “Yang betulnya bagaimana Pak Guru”

            “Ibu jari kau letakkan di belakang bilah dan gengam rapat hulunya,”

            “Kau tahu mengapa begitu?”

            Shamsul hanya menggelengkan kepala. Dia agak kekok menghunus keris begitu. Selama ini dia hanya memikirkan kaedah dan aturannya lah yang terbaik. Dia terpinga-pinga apabila ada teknik yang sebenar menurut adatnya.

            “Ini membawa maksud kita menjaga keasliannya. Hulunya yang cantik itu kita sembunyikan bila berperang sebaliknya, cantik bila di pamerkan. Begitu jua kehidupan andai kita berusaha menjaga kesucian hidup kita maka, akan tampaklah kesempurnaanya. Indah bila damai. Ganas bila nafsu menguasai fikir.”

            “Tetapi Pak Guru..,mengapa tidak di ajarkan kepada mereka teknik memegang keris dengan betul menurut adatnya?” 

            “Sebabnya andai kita mahu sesuatu yang lebih, haruslah kita bertanya pada yang ahli. Lagipun tanpa penghayatan dan semangat ingin mengetahui, mana mungkin ianya akan menjadi. Kita perlu besyukur dengan apa yang kita milikki namun harus pula mendalami dasarnya,”

            Shamsul mengangguk tanpa sedar. Besar sungguh falsafah keris dalam kehidupan masyarakat Melayu.  Disebalik adat yang diwarisi disulamkan akan falsafah yang beruntaikan kehalusan budi pekerti.

            “Akan tetapi, orang melayu kita..,” satu kuntuman senyum mekar di bibir Haji Salleh. Seraya menyambung kembali.

            “Ada keris bukan untuk berjuang, apatah lagi memerliharanya. Sebaliknya digunakan untuk menikam orang lain. Malah ia hanya sekadar perlambangan kekuasaan diri bilamana sarwajasadnya tercabar.”

            “Seharusnya kita menjaga keagungannya, inilah satu-satunya lambang ketuanan kita. Harus kita sentiasa menjaganya.” Pak Guru Haji Salleh bangun dan meniti anak tangga anjung menuju ke halaman berpasir. Pandangan Shamsul membuntutinya.

            Shamsul termanggu sendiri seluruh roh fikirnya menjadi aktif. Aktif menangkap kata-kata Pak Guru dan maksudnya. Benar,  mungkin dia kurang memahami kata di dalam kata namun, sedikit sebanyak dia mula mengerti akan hikmah sesuatu kejadian Allah.             

Sepertimana kata Pak Guru dia mengakui orang melayu hanya gah pada kata sedang perilakunya bercanggah.  Yang berkuasa beraja di mata  bersultan di hati, yang tidak berkuasa mencari kuasa. Gerak dan langkah mereka bukan lagi membela pertiwi.

            “Ah! Biarlah…asalkan aku tidak seperti mereka,”

            Setelah kesemua para pesilat pulang. Shamsul menghampiri Pak Guru Haji Salleh. Banyak benar simpulan-simpulan khilaf yang perlu di rungkai.

            “Shamsul.., sesungguhnya bertanya itu penunjuk jalan. Jangan jadi orang yang bodoh sombong,” Pak Guru Haji Salleh mengurut janggut putih yang mencecah ke dadanya. Dia bagaikan membaca tiap baris kemusykilan yang mendiami fikir Shamsul.        

            “Pak Guru, apa maksud kata-kata Pak Guru tadi?”

            “Carilah yang hidup pada yang hidup,”

            “Maafkan saya Pak Guru…, payah benar saya nak faham,”

            Pak Guru Haji Salleh menguntum senyum. Shamsul diburu kebingungan. Apakah pertanyaan nya itu salah. Atau mungkin dia terlalu dunggu untuk menerima pengertian akan kata-kata Pak Guru itu. Sudahnya seperti biasa dia hanya setia memandang lantai.

            “Shamsul…,setiap gerak langkah yang kita atur ini punyai satu kesempurnaan. Tanpa kesempurnaan pasti ia akan sumbang…,” Shamsul mengangguk kan kepalanya.

            “Begitu jualah kehidupan. Allah telah ciptakan kita dengan seribu satu kesempurnaan. Terpulanglah kepada kita untuk berfikir menghargainya.”

            “Nah, kita fikir..,untuk apa kita belajar silat? Nak jadi kuat? Nak jadi sombong atau kita menggangkat martabat ilmu, andai jawapannya bukan yang terakhir nescaya sia-sialah penganjian kau. Tetapi andai sebaliknya rahmat Allah sentiasa memayungi. Ingatlah menuntut ilmu itu wajib pada tiap-tiap mukalaf dari dalam buaian hingga ke liang lahad.”          

            “Tapi Pak Guru..,bukankah setiap orang punya takdir sendiri yang tertulis sejak azali. Mengapa pula kita perlu fikir tentang mereka?” Tidak adil bagi Shamsul untuk meletakkan sesuatu kesalahan pada orang selain yang empunya diri,”

            “Benar..,tetapi kita juga punya tanggungjawab. Setiap yang mungkar harus di cegah, paling tidak pun cukup dengan menentangnya di dalam hati dan itulah serendah-rendah iman.”

            Tatkala tirai perpisahan di labuhkan. Shamsul menyimpul ilham yang terbit dari kotak fikirnya. Kata yang lahir dari hatinya mempersetujui bahawa hidup ini adalah saling memerlukan. Tiada yang lebih mahupun kurang. Semuanya punya misi yang tersendiri.  

           

           

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) >sGt bermOtivasi:)
  • 2) lebih pada nasihat pesilat utk kehidupan dari kisah seorang jaguh~ :)
  • 3) hehe, format ni, macam pernah tengok la. serunaifaqir nye kut.
    hmmm
    tah.
    but penceritaan is nice.
  • 4) hehehehe.... i like......simple je jalan citer...tp mesej yg nak disampaikan bagus :)


  • (Penulis)
    5) terima kasih kepada semua yang membaca dan yang memberi komen

Cerpen-cerpen lain nukilan Macaisuci

Read all stories by Macaisuci