Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pembukaan

  • 2
  • Timur
  • 15 years ago
  • 2,966
  • FREE

 

Aku berdiri tegak dalam kegelapan malam. Penuh dengan kesabaran bercampur kemalasan. Namun aku harus tabah, dalam mengharunginya. Kerana ianya satu tanggungjawab bagiku, dan aku harus tunaikannya. Aku berdiri lurus menghadap ke kiblat. Fikiran ku hampir alpa, dibawa kesejukan malam. Namun aku gagahkan diri, perjalanan ku masih jauh. Aku gagahkan diri dan, dan mulutku perlahan-lahan bergerak untuk melafazkan kata-kata suci. Untuk menyebut ayat-ayat dari Surat Al-Fatihah yang bererti pembukaan. Surat ini juga dikenali sebagai “Tujuh yang diulang-ulang” seperti yang disebutkan dalam ayat 87 Surat 15(Al-Hijr). Menurut Ibnu Katsir, dinamakan Al-Fatihah begini kerana ketujuh ayatnya itu diulang-ulangi dalam tiap-tiap rakaat sembahyang, baik yang fardhu ataupun sunat. Aku memulakan Surat Al-Fatihah dengan membaca ayat permulaan surat. “Dengan nama Allah yang Maha Murah, Maha Penyayang”. Hati aku terus menusuk ke dalam makna disebalik ayat tercebut. Sungguh dalam tutur katanya, manis untuk disebutkan dan begitu suci nilainya. Indah untuk dirungkaikan. Aku meneruskan kalimah-kalimah suci dari Surat ini. Dan maknanya aku hayati dengan teliti dan berhati-hati.

(1)    Dengan nama Allah, Yang Maha Murah, Maha Penyayang. (2) Segala puji-pujiaan untuk Allah, Pemelihara semesta alam. (3) Maha Pemurah, Maha Penyayang. (4) Yang mempunyai  Hari Pembalasan. (5) Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau saja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniai nikmat atas mereka; bukan (jalan) orang-orang yang telah dimurkai atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

Surat Al-Fatihah ini jika direnungkan akan terasa surat ini bukan untuk ibadah semata-mata, tetapi terkandung dalamnya bimbingan untuk membentuk pandangan hidup muslim.  Selesai menyebut ayat yang pertama, aku rasai yang seluruh kepercayaan aku hanyalah kepada Allah dengan sifatNya yang Maha Murah dan Penyayang, disertai dengan keadilanNya yang berlaku sejak dari dunia lalu ke negeri yang abadi iaitu akhirat. Dan setelah aku akui yang aku sembah hanya Dia dan tempat aku memohon untuk sesuatu hanya DIA. Barulah aku rasakan nikmat Islam itu. Setelah aku membuat pengakuan demikian, kemudian barulah aku memohon dari Allah permohonan yang pertama dan utama, iaitu minta ditunjukkan jalan yang lurus. Kemudian aku memohon agar aku diselamatkan, tidak berada pada jalan yang salah, jalan yang sesat iaitu jalan yang dimurkai Allah. Aku bermohon aku memegang tali yang benar. Dalam hidup ini ada dua tali yang kita harus pegang. Tali dengan Allah, dan tali dengan Alam. Yang dimaksudkan Alam termasuklah manusia. Dan dua tali inilah yang aku pohon supaya dapat aku genggamnya hingga ke nafas terakhir. InsyaAllah, selagi nyawa dikandung badan, selagi aku berulang-ulang membaca Surat ini setiap hari. Dan sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam. Moga-moga Surat ini akan membuka hati sanubari, sehingga hilang ragu-ragu dan terbukalah pintu Hidayat untuk aku.

Aku sudahi Surat Al-Fatihah dengan kalimah Amin. Aku teruskannya dengan melakukan rukun-rukun lain dalam solat sehinggalah ke penghujung. Dan aku sudahinya dengan salam.

Rujukan: Tafsir Al-Azhar oleh Prof Dr Hamka.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) solat~

    :)

    sy konpius genrenya.ini ceritakah? atau info pengertian Al-Fatihah dalam solat?
  • 2) :)
    peringatan yang bagus.
    Al-Fatihah itu penghulu segala surah.

Cerpen-cerpen lain nukilan Timur

Read all stories by Timur