Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kasut,Famous Amos dan Zen

 

 

Ahad.hari yang sinonim dengan kebebasan tanpa batasan. Dan pada aku, kebebasan itu ialah tidur tanpa gangguan daripada sesiapapun termasuk alien. Tetapi, kawan-kawan yang bermuka toya ini tegar menganggu tidurku semata-mata untuk shopping. Maka, terpaksalah aku mengorbankan hari ahad yang indah ini untuk meletihkan kaki dan melenguhkan badan hanya untuk bershopping.

 

Setelah turun dari teksi yang cekik darah itu, kami singgah sebentar di SevenEleven.

“ cuba kau tengok dia tu? Ada ke patut mix 2 flavors dalam slurpee?” kata Shima sambil menunjukkan ke arah berdekatan dengan kaunter. Apabila aku melihat mamat itu, aku tak rasa dia pelik. Aku rasa macam…cute! Apabila dia memandang ke arahku, aku ingin tersenyum, tapi tak bergerak pulak otot muka aku. aku terus berpaling ke arah lain. Mengambil Cadbury dan terus membayarnya di kaunter. Shima sudah terpacak di luar 7 eleven.Nisa dan Leen juga di luar sana.

 

“weh, nak turun kat mana ni? Imbi ke Bukit Bintang?” soal Leen sebelum tiba di kaunter monorail.

“ Imbi.”

“Bukit Bintang.”

Serentak Nisa dan Shima menjawab. Leen hanya mengangkat kening dan memandang ke arahku seolah-olah pendapat Nisa dan Shima tidak berharga langsung.

“ Star hill.” Jawabku sambil menghulurkan dua keping RM 1. Leen hanya tersengih. Star Hill, nice name.

“Bukit Bintang. Empat.” Leen menghulurkan duit ke kaunter monorail yang ada tiga tapi hanya satu kaunter dibuka. Si penjaga kaunter pula yang tengah ralit sms terhegeh-hegeh menghulurkan tiket dan wang baki.

 

Dalam monorail yang agak sesak dengan manusia, aku hanya ralit memerhati pemandangan diluar, sedangkan otakku berfikir kebarangkalian monorail ini tergelincir. Apakah yang perlu aku lakukan? Adakah aku akan terjun atas bas seperti dalam action movie, ataupun menunggu pasukan penyelamat. Bagaimana kalau orang yang pakai skirt, tergantung di landasan monorail?bagaimana pula jika ada nenek tua yang sudah tidak larat berpaut di landasan?Ah, aku terlalu berfikir yang bukan-bukan.

 

“ kau nak beli apa?” soalan Nisa menarik aku kembali ke alam nyata. Aku terdiam sebentar sebelum menjawab.

“ entah. Saja je ambil angin.” Leen yang sedang khusyuk bercerita tentang kasut Vinci yang dilihatnya minggu lepas terdiam mendengarkan jawapanku.

“ biar benar kau ni? Langsung takde apa-apa nak beli? Duit jpa yang berlambak uh kau nak perap je ke?” Shima pula bertanya.

“ gurau je lah. Aku nak cari kasut, sandal, t-shirt and buns.” Terangkat pulak kening Leen.

“ budak ni memanglah. Tadi  kata takde apa nak beli, sekali nak shopping sakan pulak.” Nisa pula menyindir.Aku hanya tersenyum.

“ don’t worry, use my own money.”


Di pintu  masuk Sungei Wang, mereka bertiga excited untuk ke Vincci yang ada sale sampai 50%.

“ macam ni la, kita separate ok. Nanti, bila dah siap, i’ll call. Ok?” Aku memberi cadangan. Tak terdaya aku nak menunggu mereka mencuba setiap pasang kasut yang ada dalam kedai kasut tapi tak beli jugak!

“takpe ke kau jalan sorang?” soal Leen dengan nada prihatin.

“ ok je. Lagipun, aku nak beli banyak barang ni, nanti lambat pulak balik.”

“ok. Take care. Purse tu jaga elok-elok.” Pesan terakhir Leen sebelum melangkah ke dalam, mencari vincci. Aku masih lagi tercegat di entrance. Tiba-tiba terasa hendak ke Time Square. Tanpa sedar, kaki ni sudah menapak ke sana.

 

Sudah 1 jam aku berjalan dan meninjau kasut. Di kedai ini, sudah 20 minit aku membuang masa memilih antara 2 pasang sneakers. Satu warna hijau, satu lagi warna pink. Bukanlah aku seorang yang obses dengan pink, tetapi kasut pink ini nampak cantik. Yang hijau ini nampak unik. So, which one? Salesgirl pun tak berhenti-henti mempromote kasut itu. Kalau boleh, dia mahu aku beli dua-dua kot. Lagi untung kedainya.

 

“ i think on your left hand is cute.” Tiba-tiba sahaja terdengar suara yang memberi cadangan yang bernas dari belakang. Tika aku berpaling, mahu sahaja jantung ini gugur. “ your boyfriend pun kata that pink one is cute. You angkat je lah.” Pujuk salesgirl itu pula.

“ i’ll take this.” Ujarku pantas sambil menghulurkan kasut yang berwarna hijau. Salesgirl itu gembira kerana kasutnya terjual, sedangkan manusia yang bersuara tadi sekadar mengangkat kening.

“ i still think the pink one is cute.” Mamat itu masih mempertahankan pendapatnya.

“ yeah, suits you!” ujarku lantas berjalan ke kaunter untuk membayar. Sedang aku terkial-kial mencari purse dalam beg, mamat itu meletakkan kasut yang berwarna pink di kaunter.

“i’ll take this. She said it suits me.” Sarkastik sahaja suaranya. Cashier itu tersenyum sambil mengenyit mata kepadaku. Aku sekadar tersenyum sinis. Lantak kau, bukan duit aku pun. Selesai membayar, aku menapak keluar. Tanpa disangka, mamat itu sedang berjalan di sisiku. Aku memandangnya dengan pandangan maut (bayangkan mata sepet yang cuba dibesarkan dengan penuh bengis).

“ what?” soalnya tanpa wajah bersalah.

“ ini tempat public kan? Suka hati lah nak jalan kat mana-mana pun.” Aku terasa hendak menghayunkan plastik yang berisi kasut ini ke muka tembok itu. But, ini tempat public kan?ramai pulak saksi kejadian nanti.

“zen.” Mamat itu bersuara.

“Zink?” telingaku hanya dengar ‘zink’. Mungkin kerana anak tudungku agak tebal hari ini.

“my name. Zen.” Sekali lagi dia bersuara.

“huh..” aku tak tanya pun nama dia. Abaikan.

“and ur name lady?”

“huh..” dia terus berdiri di hadapanku. Menghalang langkahku. Kenapa?

“ ur name please?” masih belum berputus asa

“ didi” ringkas saja jawapanku. Pergh, nama siapa pulak yang aku hentam. Nasib la zen.

“ didi? Lady diana?”

Belum sempat aku menyembur mamat ni, cinderella by Plain white t sudah berlagu.

 

“ korang da setel ke?” aku bertanya pada Leen sambil melihat jam.

“ yup. Ko kat mana? Jom la pergi makan.” Kedengaran suara Nisa pula.

“aku belum setel lagi. Korang makan dulu la. then, jumpa kat Low Yat?” balasku.

“ wokeh. Nak tapau kan?” suara Shima pula. Main pass-pass handphone lak mereka ni.

“no need. Still have my choc.” Ujarku sebelum menamatkan panggilan.

 

“who’s that?” soal Zen meskipun dia sedar bahawa bukan haknya untuk bertanya soalan sedemikian.

“ my boyfriend.” Jawabku pantas.

“korang? Ramai jugak boyfriend.” Kantoi pulak curi-curi dengar tadi.

“huh..” tak terkata aku dengan mamat ini.

“next?” Zen bersuara setelah aku hanya berdiri di tengah laluan.

“what?”

“nak pergi mana pula?”

“hell” selamba aku menjawab. Sibuk sangat nak tahu. Amik kau!

“i’ll take u to heaven!” kata Zen dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya. Comel.

 

Perghh, memang heaven la Chocolate chip& macadamia nuts cookies. Zen mengambil plastik berisi kasut menyebabkan aku terpaksa menurut langkahnya ke Famous Amos. Cookies ni pun dia yang pilih. Aku hanya diam tika dia bertanya mahu yang mana satu. 100g Chocolate chip with macadamia cookies di tanganku dan double chocolate chip with pecans di tangannya. Tika dia mengulurkannya, aku hanya buat endah tak endah. Namun, melihat isyarat matanya ke arah kasut aku itu, terus aku mengambil cookies itu. Terasa double choc itu macam sedap je, tapi segan pulak aku  minta. Zen seolah-olah faham, dia menghulurkannya kepadaku. Aku cuma menggelengkan kepala. Lantas, zen mengeluarkan sekeping dan mahu menyuapkan ke mulutku. Pantas aku mengambil sendiri dan menyuapkan ke mulut.

“ heaven.” Spontan aku memuji keenakan cookies itu.

“ told u.” Zen pula tersenyum.

Sekali lagi Cinderella itu berlagu. {Leen_cumiltapisewel} tertera di skrin handphone.

 

“yup?

dah nak balik?ok.

Jumpa kat chow kit. Aku sekarang kat ts.

Dah beli, but nak singgah kat bread history jap.

Roger.”

 

“nak balik dah ke?” Zen yang masih setia berdiri sebelahku menyoal dengan muka sedih.

“yup. Give me that.” Jawabku sambil cuba mencapai beg plastik yang berisi kasut baru.

“balik sama. Jom.” Zen mempelawa dirinya untuk balik denganku. Aku membeli tiket monorail ke chow kit 2 keping. Sebelum menghulurkan sekeping lagi kepada zen, aku mahu kasutku dulu.

“nah.” Kasut dan tiket itu bertukar tangan.

“we have to talk.” Ujar zen dengan serius. Aku buat-buat tak dengar.

“ you will find me.” Yakin sekali dia berkata sebelum aku masuk ke dalam monorail yang sesak dengan ramai orang. Zen tidak naik. Sekadar memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

 

Di chow kit, aku dapat melihat tiga ke empat beg plastik di setiap tangan mereka. Memang sakan shopping la diorang ni. Di dalam teksi, aku melihat ke dalam beg plastik. Ada dua paket Famous Amos dan sekotak kasut. Aku membuka kotak itu. Pink? Zen ni memang nak kena balun!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) great storytelling, eh ada sambungan ke ni? pls say yes
  • 2) aha...! pink itu kn cantik!
  • 3) alalaa..comel~~

    ah,menci ah..mnde jmp laki comel tepi jalan pastu blanje mkn famos amos..sob..sob..

    piluuuuuuuuuuuuuu hehe
  • 4) HAHAHAH. Kejam gila mamat tu. Dia bagi balik kat kedai ke hape kasut tu?
  • 5) EH. aku selalu mix 2~3 flavour k! PAstu dengan xmalu, siap Ketuk2. Bg padat slurpee. :D
  • 6) hahaha....kiutnyer...mesti lps tu giler bayang kat zen...
  • 7) aaa.. mesti sgt cub sampai org blanje mcm2!!
  • 8) xde sambung ke?best~

  • (Penulis)
    9) kamalia~pink is cute.but too girly.hehe..

    syud~bestkan if it really happen to u!

    zinggof~dia x kasi kat tokeh, but keep the green for him.aku tak mix dua flava, tapi memang ketuk sampai padat dan melimpah.pastu cashier pandang slack..

    akusegan & naya~kena sambung ker?hehe..tunggu ilham datang..
  • 10) alamak
    suwitnya citer.
    pelis. saya mahukan sambungan!
    pelis pelis!

    idea : ok
    jalan cerita : sweet
    penceritaan : nice

    koolness!
  • 11) suwittt..

    tapi tak bahaya ke jalan ngan stranger??ihiks..
    btw..hensem tak zen tu??cam sapa ek?agagaga
  • 12) nak sambungan..
    jue suke mix flavors, lagi sedap....
    jue tunggu sambungannye...
    daaaaa

  • (Penulis)
    13) caha~tenks..

    alya~bahaya gak jalan ngan stranger, tp if kacak, x dapat la nak menolak.haha..hensem ke zen?hmm...kita tengok kat part2 nnt..

    pinkygurl~part 2..coming soon..kot..hehe
  • 14) misteri btul lelaki kacak berlesung pipit itu! hehe.. nway, i luv it, dear! nice n cute..
  • 15) best la,mcm misteri pla.hehe..
  • 16) oo..wujud lagi ke lelaki seperti ini di dunia?

    aku berharap.
  • 17) 2 jak ka crita dia..huhu x habis crita ni.ni yg x best ni..org syok2 uda bca last2 xda pnutup..pa jd lepas 2?anyway crita blh thn..tp lg bgus klu ada smbungan..
  • 18) macam blh disambung jek..sambunglah. nice story! luv it!
  • 19) suka sgt2 jalan citer dia..
    suka sgt2 watak hero dia,zen~~..
    hihi..
    nk sambungan!!
  • 20) nice plot n nice story,,,,,,
    keep it ups,,,,,,
    rse cam life story jer,,,,
    hehe
  • 21) wow! i like it! kalo sy, jgn sambung... biarkan pembaca terus berangan apa yg jd ngn zen dan..err. apa nama girl tu? cam xde nama je selain didi... takpe, yg tu tak penting.. yg penting, anda telah buat sy xleh nk tido nyenyak sbb pasti sy akan berangan pasal lelaki cam zen sblm tido... huhuhuhu... too good to be true...
  • 22) menghiburkan
  • 23) best!
  • 24) amender nie...suka suka jer...si zen
    eh awak
    boleh tak tukar jalan cerita
    bagi zan nie sebenarnya jahat gila, kidnap didi and jual kat thailand
    hahahahahahha...baru tragis
  • 25) schweeettt la citer ni.. sambung cpt la... nk baca apa jadi pastuh.
    (bayangkan mata sepet yang cuba dibesarkan dengan penuh bengis)--> i find tis
    statement sgt chumeeeiii.. slumber tp tersenyum bile baca..
  • 26) sweet seh cite,... patutla zen yakin "didi" dtg cari dia. sbb kasut ijau kat dia. siot tol...

    Nice story
  • 27) as sweet as slurpee & choc chip cookies.
    hahah. comel betul.

    pink & baby blue la cool.

    nak sambungan pleaseeeee....... (muka suci)
  • 28) best. so sweet~~

    "u will find me" - haha, sweet.
  • 29) arghhhhh....suwitnye...........tak de sambungan ke????

Cerpen-cerpen lain nukilan miszmextor

Read all stories by miszmextor