Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Asal-usul Sebenar Perkataan Insaf

 



Jika ditanya sesiapa sahaja Melayu-muslim di negara kita ini, mestilah mereka mengenal akan definisi 'insaf'. Untuk golongan yang kurang mengetahui, 'insaf' itu dengan mudahnya adalah menyedari sesuatu kesilapan yang telah dilakukan, dan seboleh-bolehnya berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan itu. Contoh-contoh penggunaan 'insaf' adalah:

"Sebelum ini aku seorang kaki botol, kaki judi, dan kaki perempuan. Tetapi setelah aku hilang semua harta dan keluarga dan terpaksa hidup di kaki lima, barulah aku berasa insaf."

"Dulu masa aku kerje di CIMB, aku selalu pecah amanah. Setelah aku ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun berserta denda RM50 ribu, barulah aku insaf."

"Semasa Mawi masih bertanding di AF dahulu, aku selalu AFUNDI dia sampai habis beratus-ratus ringgit semata-mata untuk dia menang. Sekarang, harta dia dah berjuta-juta ringgit, ada kereta besar, rumah besar, majlis kahwin pon besar, tapi aku tak dapat apa-apa pun. Aku telah menginsafi perbuatan aku."

Hah, begitulah penggunaan perkataan 'insaf' dalam Bahasa Melayu baku. Tetapi kan, adakah kalian mengetahui akan asal-usul perkataan 'insaf'? Hah, tu diam dan terpinga-pinga tu memang konfem lah tak tau kan?

*****


Adalah cerita sekitar 1940 di sebuah madrasah yang masyhur di mana 3 pelajar terbaik sedang menuntut ilmu agama. Mereka adalah Atan, Ali, dan Abdul. Pada suatu hari, Tok Guru mereka memberi sebuah tugasan yang terakhir sebelum melepaskan mereka.

"Tugasan yang terakhir ini akan membuktikan ketabahan dan kecekalan kamu semua dalam mencari ilmu pengetahuan," kata si Tok Guru. "Saya hendak setiap seorang dari kamu membuat penyelidikan mengenai erti kata 'insaf' dan asal-usul sebenar perkataan tersebut. Tempoh tugasan ini hanyalah seminggu sahaja."

Jadi, selama satu minggu, ketiga-tiga pelajar tersebut bertungkus-lumuslah pergi kesana-kemari dan melapah buku-buku di perpustakaan dan kedai buku. Erti kata insaf semua orang tahu, tetapi yang peliknya tiada mana-mana unsur yang mengetahui akan asal-usul perkataan tersebut. Tetapi mereka tetap memperhebatkan kajian mereka, dan seminggu kemudian tibalah masanya untuk mereka mempersembahkan hasil kajian mereka di depan Tok Guru.

"Hah, Atan, kamu boleh mula dahulu," kata Tok Guru.

"Baiklah," jawab Atan. "Berdasarkan kajian saya, insaf bermaksud 'menyesali perbuatan kita yang salah'. Mengenai asal-usulnya, saya telah menjumpai sepatah perkataan yang hampir sama bunyinya di dalam tulisan Sanskrit yang berasal dari kerajaan Srivijaya pada kurun ke-13." Atan kemudian menunjukkan sebuah tablet batu yang terukir beberapa tulisan Sanskrit bersertakan perkataan yang dimaksudkan itu.

"Hmm, mungkin ada kebenaran dalam kajian kamu itu," kata Tok Guru. "Ali, kini giliran kamu pula."

"Ya, Tok Guru," kata Ali. "Mengikut kajian saya, 'insaf' bermaksud 'mengetahui dan mengakui akan kesilapan diri sendiri'. Saya telah menjumpai sebuah perkataan yang hampir sama bunyi dan maknanya dalam segulung papyrus yang berasal dari Tanah Arab dan berumur hampir 750 Masihi." Ali kemudian menghulurkan segulung papyrus itu kepada Tok Guru, dan dia pun meneliti tulisan Arab di dalam.

"Kemungkinan besarnya itulah," kata Tok Guru. "Hah, Abdul, sudah tiba masa kamu untuk membentangkan hasil kajian kamu."

"Iya, Tok Guru," kata Abdul. "Setelah seminggu membuat kajian, saya mendapat tahu bahawa 'insaf' itu sebenarnya bermaksud 'menyerah diri (kepada Tuhan) setelah melakukan kejahatan', dan perkataan tersebut berasal dari Bahasa Inggeris!"

Tok Guru terkejut setelah mendengar penjelasan si Abdul. "Bahasa Inggeris? Kamu biar betul Abdul. Takkanlah perkataan yang mulia seperti 'insaf' datang dari kultur barat yang kafir itu."

Dua pelajar yang lain dengan cepat mengeluarkan kamus Oxford untuk menyemak kebenaran Abdul. "Kamu janganlah menipu kami Abdul. Tiada dalam kamus ini satu perkataan pun yang bunyi dan ertinya sama dengan 'insaf'. Malahan, mereka mempunyai perkataan mereka sendiri, iaitu 'repent'!"

"Sabar, pelajar-pelajar sekalian," kat Tok Guru. "Abdul, adakah kamu apa-apa bukti untuk menyokong jawapan kamu?"

"Mestilah ada," kata Abdul. Lantas dia mengeluarkan sebuah pita video dari beg galasnya. "Mari kita kita tonton video ini bersama-sama."

Mereka pun berkumpul di bilik video, dan Abdul memasukkan pita video tersebut kedalam slot VCR. Terpaparlah di skrin tajuk "TALES OF THE WILD, WILD WEST."

"Ish kamu ni Abdul," kata Tok Guru, "kamu nak kami tonton cerita koboi apa fasal?"

"Cis," kata Ali dan Atan, "buang masa sahaja kita menonton filem kafir laknat ini."

"Kamu semua mintalah bersabar sedikit," kata Abdul sambil mem-fast-forward-kan video tersebut ke satu babak dalam filem tersebut.

Babak itu memaparkan sebuah perkampungan koboi di mana penduduknya sedang menjalani kehidupan seperti biasa apabila segerombolan pencuri dan algojo datang dengan menaiki kuda dengan tujuan untuk menyamun perkampungan itu. Mereka menembak pistol-pistol mereka ke udara untuk menakut-nakutkan penduduk perkampungan tersebut. Tiba-tiba, terdengar sebuah letupan yang lebih kuat dari pistol-pistol mereka, dan salah seorang penjahat dalam gerombolan itu jatuh ke tanah dengan dadanya berlumuran darah akibat ditembak.

Rupanya-rupanya Sheriff dan konco-konconya telah tiba berbekalkan senapang gajah. Selepas melihat penjahat-penjahat terketar-ketar ketakutan, Sheriff tersebut mengarahkan muncung senapang pada kepala ketua gerombolan tersebut lalu meneriak:




HANDS UP! (INSAF!)




Lantas gerombolan tersebut menjatuhkan pistol-pistol mereka dan mengangkat tangan mereka di atas kepala sebagai tanda menyerah diri selepas melakukan kejahatan.


TAMAT



PENGAJARAN: Janganlah kita tunggu sampai dah mati baru nak insaf. Kalau dah mati, macam mana nak angkat tangan, yer tak?

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) citer ini adalah cool! lawak gile part insaf tu.. muahahahah!

  • (Penulis)
    2) tengkiu :)
  • 3) dah agak dah ceritanya akan jd cenggini... hahaha
  • 4) ha ha, demien duff je kan ending dia.
  • 5) hens sap= insap??

    hoho :)
  • 6) demmit....ini macam pun ada...abdul ni mmg terbaik. atau sinonim nye terbagus...
  • 7) Best, best... pengakhirannye mmg sgt 'sengal'

Cerpen-cerpen lain nukilan Rashid

Read all stories by Rashid
No stories.