Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

“Sudah Jodoh”

 

“ Along,Along!! Cepatlah,nanti bank tutup pulak..”

“Yelah,yelah..,dah siap pun nie!…budak nie bebelnye mengalahkan mak,nenek”

rungut Jihah kepada adiknya Irah yang sememangnya bersiap lebih awal daripadanya.

“Hah, tu apa lagi yang tersengih kat situ, bawa lah kereta tu keluar”.

Irah lantas berlari anak kearah kereta bila sahaja dia di sergah oleh Jihah. Mak  Nani yang berada dihalaman rumah hanya mengeling kepala melihat telatah dua orang anaknya.Bagi Mak Nani, Jihah dan Irah sahajalah tempatnya menumpang kasih. Setelah suaminya meninggal dunia,Mak Nanilah yang berhempas pulas membesarkan dua orang anaknya. Dia sangat beruntung kerna keringatnya sedikit sebanyak dibantu oleh Jihah seorang anak yang bertanggungjawab. Mak Nani agak terharu bila memikirkan anak sulungnya yang telah banyak berkorban demi keluarga. Jihah dan Irah memang jauh berbeza perwatakannya,mungkin beza umur yang agak ketara,hampir dua belas tahun jaraknya.Semasa ayahnya meninggal, Irah baru berusia dua tahun, dan Jihah pulak baru menjejak kaki ke alam persekolahan menengah, tingkatan satu. Dalam usia yang muda Jihah telah tahu mencari duit sendiri membantu meringankan beban maknya.Malah setelah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM, Jihah berkeras tidak meneruskan pelajaran keperingkat lebih tinggi,sebaliknya menerima tawaran belajar ke Maktab Perguruan. Bagi Jihah elaun semasa di maktab bolehlah dia kirimkan buat mak dan adiknya yang kini telah memasuki alam persekolahan.Dia amat berharap hasrat arwah ayah dan maknya agar mereka berjaya kemenara gading di tunaikan oleh adiknya Kerana itu, dia sanggup mengorbankan cita-citanya agar beban maknya kurang unuk  menampung perbelanjaan persekolahan adiknya.

“ Mak,mak…mak tak apa-apa?Mak menangis ke?” Mak Nani tersentak bila Jihah memanggilnya.”Mak menangis ke?” Soal Jihah lagi,dengan nada agak cemas dan keliru. “ Tak,mak terkenangkan arwah ayah kamu sahaja”,balas Mak Nani. Pon!!pon!!”Irah menekan hon kereta kancil terpakai yang baru diambil oleh Along untuk kemudahan mereka sekeluarga. “ Astagfirullahal’azim…Irah,Irah…”Mak Nani melatah terkejut terdengar hon kereta. “ Irah,mengapa buat macam tu, tak kesian buat mak terkejut cam ni?” Marah Jihah kepada adiknya. Mak Nani tersenyum bila Irah membuat aksi nakalnya seolah-olah bangsawan dizaman dulu mengadap raja.Irah sememang seorang anak gadis berlagak tomboy yang comel, nakal dan lincah.Jihah pun hampir tergelak melihatkan perangai adiknya.” Maafkan patik tuan puteri dan bonda…,patik bukan sengaja,tapi sekarang masa begitu mencemburui kita yea!!”. “Yelah,hari ini hari Sabtu, bank buka setengah hari aje,!,Baiklah  mak kami pergi dulu”Jihah meyalami maknya.               ”Mak kami pergi dulu..!” jerit Irah sambil melambaikan sebelah tangan kepada maknya. “Baik-baik memandu tu Irah,jangan pandu laju-laju..” laung Mak Nani.

“Kita pergi mandi sungai,nak?”pujuk Irah kepada Jihah.Jihah hanya membisu,tidak menyahut ajakan adiknya.Fikirannya jauh menerawang kepada suara sinis beberapa orang guru disekolah tempatnya mengajar sebelum cuti bermula.”Najihah tu,berlagak pandai,mengarah orang buat kelas tusyen kat bebudak periksa,Dia ingat kita tak ada keluarga ke?Nak membodek ler tu.”Cetus geram Cikgu Dina “A’ah,dia tu lain ler andartu..apa Anak Dara Tua…hahaha”sampuk Cikgu Zakiah.Sakit hati  Jihah bila mendengarnya, mereka sengaja bercakap kuat supaya dia yang ada didalam bilik pengetua dapat mendengar umpatan mereka.”Kalau tidak disebabkan kata perangsang dari pengetua,sudah lama dia memohon bertukar, tapi dia merasa terhutang budi pada pengetua yang selama ini menjaga dia seperti ahli keluarganya sendiri.Hajah Hamidah,pengetua yang dia hormati sentiasa memberi galakan kepadanya,tapi hatinya benar-benar tersentuh bila pengetua yang dianggapnya sebagai kakaknya sendiri, mahu dia berkenalan dengan seorang anak kenalannya. “Jihah,memang jodoh pertemuan ditangan tuhan,tapi manusia perlu juga berusaha, jadi tak salah kalau Jihah cuba berkenalan dengan pemuda ni,kak kenal benar dengan pemuda ni.Dia seorang duda beranak seorang,dia bercerai dengan isterinya pun kerana isterinya telah ada pengganti dihati. Kak kasihan dengan pemuda tersebut,orangnya baik, harta ada,semua dia ada,Jihah fikirlah baik-baik,tapi jika Jihah tak berkenan,jangan pulak difikirkan kataan orang,Jihah perlu ingat, tuhan sentiasa ada disisi orang yang tabah”pesan Hajah Hamidah dihari terakhir penggal persekolahan.

Alunan melodi ‘Ada Apa Dengan Cinta’ dari handphone Nokia 3210 yang diset oleh Irah untuk Alongnya mematikan lamunan Jihah. Jihah tersentak mendengarnya,lantas tanpa memperdulikan Irah,segera ia mendapatkan handphone yang dibelikan oleh pengetua sebagai hadiah khidmat cemerlangnya.”Along nie, Irah cakap bukannya dengar,orang tengah angau ler tu”rajuk Irah setelah ajakannya tidak dilayan oleh kakaknya.       “ Irah, nanti,kita pergi sama ke sungai yea” laung Jihah kepada Irah,kerana ia rasa bersalah kerana tidak mengendahkan ajakan adiknya itu.Jihah agak cemas kerana nombor yang keluar dari telefonnya tidak pernah dia lihat. “Assalamualaikum,boleh saya bercakap dengan Cik Norjihah?”tutur sopan dari pemanggil tersebut. “Waalaikumussalam, yea Jihah disini.Boleh saya tahu siapa yang bercakap?” Balas Jihah pada si pemanggil tersebut. “ Jihah yea, saya Syam,Norhisyam.saya mendapat nombor ini dari Hajah Hamidah,harap panggilan saya tidak menganggu Jihah.”tutur pemuda yang bernama Syam dengan lembut dan tersusun bahasanya. Hati Jihah mula terusik,dia seolah-olah mendapat kekuatan bila mendengar tutur bicara pemuda tersebut.

Perkenalan Jihah dengan Syam dikhabarkan kepada ibu dan adiknya. Mak Nani sangat gembira mendengar perkhabaran Jihah tersebut,kerana selama ini Jihah hanya memandang sepi setiap ajakan perkenalan dari sebarang lelaki. Dia begitu berharap Jihah dapat menjalani hidup berumahtangga secepat mungkin. “Baguslah Along, Irah teringin sangat nak bermain dengan anak-anak saudara,kan mak kan?”usik Irah pada kakaknya. “Adoiii!!sakit lah Along.” Jerit Irah bila sahaja kakaknya mencubit perutnya.Mereka lantas tergelak bersama di beranda luar rumah.Sungguh damai dan harmoni sekali hubungan kekeluargaan yang terjalin.

“Assalamualaikum,Jihah apa khabar?Abang rindu lah.Mungkin lepas raya nanti,abang akan hantar rombongan merisik,boleh ker?”Tutur Syam sebaik sahaja panggilanya di angkat,tanpa mendengar dahulu balasan salam yang diberikan. “Nie,Abang Syam yea,maaflah, Along masuk bilik air,ni Irah cakap, maaf ye.”tutur Irah sopan dan sedikit berdebar bila mendengar suara pemuda yang dipanggilnya Abang Syam. “Ooo,Irah ke?tak apa lah,Abang ingatkan Jihah tadi.Irah macam mana? Belajar okay ke?Jika Irah tak faham dalam pelajaran ‘Math’Abang boleh ler ajar,subject expert tau”balas Syam ramah.

Semenjak perbualannya dengan Abang Syam,hati Irah seolah-olah dilanda rasa rindu dan kasih.Jika Alongnya berbual mesra di telefon yang sememangnya dia tahu pasti dengan Syam,hatinya seolah-olah ditekan perasaan cemburu yang amat sangat. “Astagfirullahalazim..”Irah beristigfar panjang,agar perasaan itu tidak  menganggu hubungannya dengan Along yang bukan sahaja setakat adik-beradik “Hah,Irah mengapa termenung dan mengeluh sahaja tu?”tegur Mak Nani,kerana dia merasakan Irah agak pendiam dan mudah menyendiri beberapa hari ini.”Tak der apa-apa mak,Irah risau keputusan peperiksaan yang akan keluar nanti”jawap Irah untuk menyelindungi perkara sebenar. “Ye ker, Irah?selama ni mak tengok Irah tidak sedikit pun bimbang, keputusan Irah sentiasa baik. Irah sakit yea?” tutur Mak Nani lembut. Tanda kebimbangan jelas terpancar diwajah ibunya yang telah begitu dimamah usia.Irah sungguh tersentuh,seboleh mungkin Irah tidak mahu melukakan hati siibu tua yang begitu meyanyanginya,begitu juga Alongnya yang telah banyak menabur budi membesarkannya.Walaupun Irah selalu dengan perangai nakalnya,belum pernah dia meninggikan suara atau bersikap biadap kepada mak dan kakaknya.Malah Mak Nani dan Along sering terhibur dengan aksi nakalnya,namun mereka tahu Irah tidak pernah melampaui batas perbuatan seorang anak dan adik,kerana itu dia begitu dimanjakan oleh keduanya. “Eh, ni Irah kan?”tegur seorang lelaki lewat 30-an kepadanya.“Maafkan saya,encik ni siapa?” Balas Irah agak gugup,kerana lelaki yang menegurnya agak asing dilihat di kampus tempatnya belajar.Kini jantungnya kuat sekali berdengup,kerana lelaki itu begitu segak dan berbudi bahasa. “Kenalkan saya Norhisyam,Abang Syam!kawan kakak kamu!”,Syam memperkenalkan diri.Dia dapat mengecam Irah berdasarkan gambar yang Jihah kirimkan beberapa hari sebelum dia dikehendaki mengajar dikampus yang sama dengan Irah belajar.Hatinya begitu tercuit,melihat wajah comel Irah,dan Irah begitu keanak-anakan dari permerhatiannya.Sudah berapa kali dia melihat Irah dan kawan-kawannya di kampus itu,tapi baru kini dia mempunyai kekuatan untuk menyapa adik kenalannya itu. “ Oo.Abang Syam,Abang buat apa disini?”,balas Irah dengan girang.jantungnya makin kuat berdegup bila sahaja lelaki itu memperkenalkan sebagai Abang Syam.Namun seboleh mungkin dia menyembunyikan perasaan itu,agar tidak ketara disedari oleh lelaki yang diminati sebelum ini walaupun hanya dengan perbualan telefon. Semenjak itu,Irah dan Abang Syam sering sahaja kelihatan berdua-duaan,kadang kala di temani oleh anaknya perempuannya yang berusia 3 tahun. “ Najuwa, nak makan apa hari nie,biar kak belanja nak?”tutur Irah lembut kepada anak Abang Syam. “Najuwa,nak makan burger lah kak”dengan petah Najuwa menjawab. “Jangan kamu layan sangat si Najuwa tu,Irah,nanti makin manja dia.”tutur Syam sambil melihat aksi manja anaknya dengan Irah. Hubungan mereka kini semakin intim,Najuwa sentiasa merengek mahu bertemu dengan Irah. “Abang Syam, Along ada telefon Irah,dia ada bertanyakan Abang,Abang dah lama tak berhubung dengan Along ke?soal Irah untuk memperolehi kepastian. Irah tidak mahu hati kakaknya terguris kerana  hubungan rapat dengan Abang Syam,Dia kini cuba memupuk perasaan suka tersebut setakat sayang seorang adik kepada seorang abang.Irah begitu berharap Abang Syam dapat membahagiakan kakaknya yang telah banyak berkorban demi masa depannya. Kini Irah mahu kakaknya mempunyai kehidupannya yang sendiri bersama seorang lelaki yang mampu memberi kasih sayang sebagai seorang suami. “Apa Irah cakap tadi?” soal Syam semula seolah-olah dia tidak mendengar pertanyaan daripada Irah sebentar tadi.Bagi Syam, Irah mampu membahagiakan dirinya dan anaknya juga. Walaupun Irah agak keanak-anakan, namun Irah juga begitu sensitif.Sifat ini telah lama dikaji oleh Syam semenjak perkenalan mereka.Perasaan Syam kini lebih terhadap Irah,berbanding dengan Jihah.Dengan Jihah,Syam perlu bersikap lebih matang dan agak janggal untuknya berkelakuan keanakan,ini kerana Jihah seorang yang agak serius, walaupun sifat keibuan sememangnya menepati ciri untuk mendidik Najuwa.Hatinya kini bercelaru. “Abang,..Irah tanya,Abang tidak ‘call’ Along ke?Along ada bertanyakan Abang tau?”balas Irah dengan nada geram tapi manja.Itulah yang membuatkan Syam merindui dirinya. “Mmmm..Abang memang dah lama tak ‘call’,Jihah,Abang minta maaf”Balas Syam dengan nada selamba.Syam tak pasti mengapa dengan perasaannya kini,malah dia juaga meragui perasaan Irah terhadapnya.Dia masih belum mempunyai kekuatan untuk menyatakan perasaannya terhadap Irah.Dia bimbang Irah hanya menganggapnya sebagai seorang abang dan meninggalkannya terus.Aaargh…berontak hatinya. “Along,boleh Irah bertanya.Along dengan Abang Syam bila lagi nak bersatu?soal Irah dengan tutur yang tersusun.Irah bimbang jika pertanyaannya itu menyinggung hati kakaknya. Tersentak Jihah mendengar pertanyaan adiknya yang kini telahpun memperolehi ijazah sarjana dengan kepujian.Di hari penyampaian ijazah Jihah dan Mak Nani adalah orang yang paling gembira sekali kerana hasrat mereka melihat Irah berjaya telah termakbul malah lebih daripada itu lagi. “Along,Irah minta maaf jika pertanyaan Irah tadi menyinggung hati Along.” Balas Irah semula setelah,kakaknya tidak menunjukkan reaksi atas pertanyaan tersebut. “Tidak, Irah,Along tidak berperasaan begitu dengan Irah,tapi Along sendiri tidak pasti dengan perhubungan tersebut.”balas Jihah dengan nada yang agak sayu. “Abang Syam tidak menyatakan ke,bila nak hantar rombongan?Kan dulu dia ada cakap nak masuk meminang lepas raya tahun dulu.Sudah dua tahun dia cakap kan.Takkan dia buat senyap jer” getus Irah dengan nada geram.Hatinya sakit bila kakaknya berada dalam keadaan sedih begitu. Dia begitu ingin berjumpa dengan Abang Syam dan meminta kepastiannya,ingin sahaja dia memarahinya memperlakukan Along sebegitu. “Irah,tak baik  cakap macam tu, Abang Syam tentu ada sebabnya yang tersendiri.”Bidas Jihah,seboleh mungkin dia  tidak mahu orang yang disayangi dipersalahkan. “Assalamualaikum, Abang Syam,boleh Irah berjumpa abang”, Hati Syam begitu memberontak seolah tidak sabar untuk berjumpa dengan Irah yang amat dirindui. Setelah Irah tamat pengajian dia merasa agak sunyi dan sering teringatkan senda gurau dan telatah nakal dari Irah yang memiliki wajah yang comel.Dia merasa ada kelainan dengan panggilan Irah kali ini,namun itu tidak penting kini,hatinya begitu kepingin menatap wajah perempuan yang dia sayangi. “Mengapa Abang Syam sanggup buat Along seperti itu? Abang tidak sayang lagi pada Along?Ujar Irah dalam nada sayu.Tersentak Syam bila dia di ajukan persolan yang bertubi dari Irah. “ Irah,..Irah, boleh abang tahu perasaan Irah,terhadap abang?Abang harap Irah jawab dengan jujur. Sememang Jihah datang awal dalam perkenalan dan abang terlalu cepat menyatakan perasaan untuk mengambilnya sebagai isteri abang.Tapi yang abang kasih kini bukan dia,abang mengakui salah abang menguris hatinya nanti,Irah,abang tidak dapat melupakan Irah.Abang tidak dapat menghalang Irah jika Irah membenci abang,tapi abang tidak mungkin menerima seseorang yang abang tidak ada perasaan.Maafkan Abang”terang Syam dengan penuh perasaan. Hati Irah bagaikan tersentak mendengar jawapan Abang Syam,kini tahulah dia yang bukan dia sahaja meyimpan perasaan sayang. “Abang,Irah hargai pengakuan jujur abang,dan Irah seberapa mungkin menghindar perasaan Irah sebenar terhadap abang.Irah tidak mungkin akan membina kebahagiaan diatas tangisan Along”Irah menyatakannya dalam keadaan sebak sebelum meninggalkan Abang Syam sendirian. Syam tahu,dia bukanlah bertepuk sebelah tangan, namun dia tahu Irah seorang adik yang baik dan sememang   itulah ciri yang dia suka terhadap Irah. “Jihah,maafkan Syam”ujar Syam setelah menerangkan hal sebenar kepada Jihah sewaktu mereka bertemu beberapa hari selepas pertemuannya dengan Irah.Syam tahu dia telah menghancurkan hati seorang wanita yang cukup baik,namun dia tidak mahu melayari bahtera rumahtangga yang hambar dengan kasih sayang.Dia tidak mahu bersikap tidak adil kepada Jihah.“Mak Nani,mana kamu nak letak bunga telur ni”laung Mak Limah jiran Mak Nani yang sibuk membuat persiapan kenduri dirumahnya. Mak Nani turut sama sibuk memastikan kenduri perlangsungan perkahwinan anak perempuannya berjalan lancar.Dia telah beberapa hari bersengkang mata membuat persiapan. “Mak,jangan buat kerja kuat sangat,biar lah orang muda yang buat,mak tengok sahaja lah.Irah tak sanggup lihat mak berpenat macam ni”Ujar Irah sewaktu melihat maknya sedang mengangkat bunga telur keruang tamu. “Yelah mak,Jihah tahulah kita nak menyambut orang baru, tapi mak jangan pulak lupa kesihatan mak”sampuk Jihah sambil memeluk Irah dan maknya.Mak Nani begitu tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh kedua orang anaknya. “Along,Irah minta maaf”ujar Irah sebak dalam dakapan Alongnya. “Sudah jodoh Irah,Along tumpang gembira.”Balas Jihah dalam nada memujuk dan penuh kasih sayang.Hatinya kini damai dan bahagia kerana tanggungjawabnya sebagai kakak tidak pernah kurang terhadap Irah. Dia tidak inginkan balasan,cukup sudah Irah memahami dan menjaga diri dan maruah keluarga. “Hai, pengantin, mengapa menangis ni,hari bahagia,orang bergembira ,ni dia menangis anak beranak” sergah Mak Limah yang datang  bertujuan nak memberitahu pengantin lelaki telah pun sampai. Syam segak berbaju melayu dan disisinya berdiri comel anaknya Najuwa yang manis berbaju kurung sedondong dengan ayahnya yang berwarna biru,sepertimana Irah. Jihah menadah tangan syukur kehadrat Ilahi kerana memberinya ketabahan dan kebahagiaan untuk adiknya.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) not bad...:-)

  • (Penulis)
    2) Thanks...setelah 6 tahun disimpan dalam koleksi peribadi,timbul keberanian untuk memaparkan dalam ruangan ini agar dpat memberi komen dan tunjuk ajar drpd penulis dan pembaca yg lebih 'pro'.Thanks
  • 3) huhu..ada penulis pro ek?

    nice story..tapi tade huraian yg detail pasal irah dan abang syam.. :D

    sekadar pendapat~

  • (Penulis)
    4) thanks all guy's..Question???camner kita nak garap 'real story' effectively???
  • 5) hai angel..
    ley x jarakan anta perenggan cz pening skit nk bace..
    cite ok n teruskan usaha anda..
    daaaa
  • 6) wahh..pedih mataku menghabiskan perenggan2 yang panjang itu..
  • 7) Di awal cerita,cara penulisannya ok tetapi bila diletak dalam satu perenggan panjang..mula kelabu mata nk baca dan menghilangkan mood. Maaf ya..sekadar memberi pendapat.

Cerpen-cerpen lain nukilan AngelpeQan

Read all stories by AngelpeQan