Masih Ada Yang Sayang

 

 

 

“Selamat Pagi,Syarikat Sinar Sari,Elly sedia membantu”.”Hai Sayang,abang rindulah nak jumpa sayang”. Elly sudah dapat mengagak gerangan pemilik suara yang keluar dari corong telefon itu. En.Amri pelanggan besar bosnya,Tuan Haji Azhari. Lelaki tersebut sering mengusiknya setiap kali datang berjumpa Tuan Haji Azhari. Pada mulanya Elly tidak mengendahkan layanan tersebut walaupun hatinya ada menyimpan perasaan suka akan perwatakan lelaki yang telah lewat 30-an itu. Elly sengaja bersikap sedemikiaan agar setiap lelaki yang ingin menagih kasihnya perlu pandai merayu dan memikat hatinya.Hatinya akan berbunga bangga jika setiap lelaki memberi perhatian padanya. Dia sangat bangga jika teman-teman sepejabatnya melihat kepopularitiannya. “Sayang…mengapa senyap ni..berangankan abang ke?”usik suara  lelaki tadi setelah sapaannya tidak dibalas oleh Elly. “Maaf sayang,memang Elly rindukan abang tau,hari tu kata nak datang office hari ini,jadi tak?” balas Elly dengan nada manja.Amri adalah pelanggan penting kepada En Azhari,tuan punya syarikat Sinar Sari.Amri memang terkenal dengan sikapnya yang gentleman dan pandai menggoda setiap wanita cantik.Baginya Elly tiada banyak bezanya dengan perempuan-perempuan yang dia kenali sebelum ini. Walaupun Elly kelihatan seperti jinak-jinak merpati tapi peribadi dirinya begitu rapuh dengan pujuk rayu dan terlalu dahagakan kasih sayang.Amri amat peka dengan sensitiviti setiap perempuan yang dia dampingi,kerana baginya mereka hanyalah tempatnya menagih kasih sayang sementara.Baginya walaupun dia bakal menghancurkan orang yang menyayangi ,dia tidak tergamak untuk melukakan hati isteri dan anak-anaknya.Walaupun Fatihah,i steri kesayangannya tidak pandai bergaya dan bersosial tapi, Fatihah memiliki peribadi yang sangat cantik dan baik.Kekadang dia sendiri agak malu dengan sikapnya yang agak bebas. Namun dia tidak dapat mengelak dari godaan dan lintuk liuk perempuan-perempuan yang dia kenali.


“Sayang,abang bukan tak nak datang,abang sibuk sikit,malam nanti abang ambil Sayang,boleh?”Amri memulakan bunga-bunga bahasanya.”Kalau sibuk tak perlulah call atau jumpa Elly” balas Elly dalam nada rajuk.”Sayang,sayang abang tak?Jumpa malam nanti,abang letak phone dulu okay sayang bye.”Elly tersenyum sendiri kerana setiap kali dia merajuk,Amri sentiasa pandai memujuk dan memanjakannya,tentu janji temu mereka malam ini,akan begitu romantik sekali.


“Hai, awat awak senyum cam kerang busuk jer nie.Elly,buang tabiat ker” sergah Dila. “Kus semangat,kau ni Dila boleh gugur jantung aku tau” balas Elly sambil tergelak. Dila turut sama tergelak sambil mengeleng kepala,kerana dia tahu,Elly tidak mungkin tersenyum dan segembira itu jika bukan disebabkan oleh pakwe-pakwenya yang sentiasa mencari kesempatan pada dirinya. Sudah puas Dila menasihati dan menyuruhnya berhati-hati bila berkawan dengan lelaki yang bermata keranjang. Namun bercakap dengan Elly ibarat mencurahkan air kedaun keladi.Namun Elly bukanlah seoarang perempuan yang jahat,dia hanya nak menunjukkan protesnya kepada ayahnya yang sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga setelah ibunya meninggal dunia.Elly terpaksa menjaga makan minum dan memberi perbelanjaan kepada adik-beradiknya yang seramai enam orang.Kerana itu Elly sering mencari kegembiraan dan keseronokkan diluar bagi melupakan beban yang ditanggungnya. Dila sangat kesian dengan perjalanan hidup Elly,dia hanya mampu untuk menjadi sahabatnya,dan dia tidak akan jemu memberi nasihat dan mendengar rintihan dan ceritanya walaupun Elly kekadang begitu membosankan.


“Kali dengan siapa pulak Elly,kamu tak takut ke kena tipu nanti.” Aju Dila kepada Elly,kerana dilihat Elly tidak seperti selalu begitu ghairah untuk bercerita hal yang berkaitan lelaki yang hadir dalam hidupnya.” Ala,si Amri tu lah,Elly sukalah kat dia.Dia pandai memujuk,romantik,hensem pulak.Dia kata nak jumpa malam ni,Emm seronoknya.Tentu dia kan hadiah berbagai benda”balas Elly dengan nada ceria.” Amri?En.Amri tu ker? Bukan ker dia tu dah berkahwin,dah ada anak pun.Kamu biar betul Elly”nasihat Dila,kerana terkejut dengan cerita yang diberitahukan oleh Elly. “Alah,dia cakap dia nak bercerai dengan isteri dia.lagi pun dia begitu baik sekali,kamu jangan risaulah esok Elly cerita apa yang berlaku” balas Elly memujuk kawannya. Bagi Elly Dila merupakan kawannya yang sangat dia percayai dan boleh mengadu masalah.Walaupun Dila kekadang bersikap seperti seorang ibu menasihat anak,dia tidak pernah terasa kerana dia tahu niat Dila adalah untuk kebaikannya.


“Ikut kamu lah Elly,janji kamu bahagia,jaga diri tau” tutur Dila setelah nasihatnya dipandang sepi oleh Elly,namun dia tidak pernah lupa untuk memesan agar Elly menjaga dirinya.

Elly tidak sabar menunggu kereta Marcedes biru tiba menjemputnya.Elly tidak mempunyai masalah untuk keluar malam dan balik lewat kerana tiada siapa yang melarang malah adik-adiknya juga telah besar dan boleh ditinggalkan. “Manis sekali Sayang malam ni” tutur Amri setelah mencium lembut dahi Elly. Elly hanya tersenyum sipu kerana diberi pujian sedemikian.

“Hai tuan puteri,Tuan Haji mahu berjumpa kamu dibilik” tutur Juriah kepada Elly dengan nada menyampah.Juriah sangat suka hati jika Elly di marahi bos,kerana baginya Elly bukan mengambil panggilan sebaliknya sering bergayut dengan pemanggil yang semuanya lelaki. Juriah sering merasa cemburu dengan tumpuan yang diberikan oleh pekerja lelaki kepada Elly.Memang tidak dinafikan Elly pandai mengambil hati dan pandai mengoda,kerana itu Juriah sering merasa sakit hati bila apa yang dia beritahu tidak diendahkan oleh pekerja lelaki disitu,tetapi sebaliknya jika Elly yang meminta.

“Elly,saya ada terima aduan mengenai awak,apa yang awak buat di luar saya tidak akan ambil kira,itu hak kamu.Tapi jika ia melibatkan hal-hal ditempat kerja saya perlu bertindak.Saya harap awak faham tu.”tegas Haji Azhari buat kali keduanya kepada Elly. Bagi Haji Azhari,Elly masih begitu mentah dalam menjalani hidup ini,dia tidak mahu Elly yang boleh dianggap sebagai anak perempuanya itu,tersilap langkah.”Maafkan saya Tuan Haji,apa kesalahan yang telah saya buat? Tutur Elly lembut sambil menunuduk.” Elly,kamu cantik,tidak saya nafikan.tapi janganlah kamu mempersiakan kecantikan yang diberi untuk tujuan yang salah.Kamu kan tahu, ramai pekerja di sini mengadu kamu sering bergayut di telefon dan tidak membuat panggilan yang diminta.Dan lagi kamu sering kelihatan dengan ramai pekerja lelaki disini.Malah kamu juga tahukan En.Amri itu pelanggan tetap kita,jika kamu ada hubungan dengannya tentu tidak elok,kerana beliau sudah berkeluarga.Saya harap kamu fikirkan.Dan jika masih mahu bekerja disini,kerjalah baik-baik.Kamu boleh pergi”.Tegas Haji Azhari selaku memberi amaran.


“Elly,mengapa nie,jangan lah menangis,Tuan Haji bukannya nak memecat kamu,dia cuma bagi amaran sahaja.sabarlah”pujuk Dila setelah dapat bertemu dengan Elly di bilik belakang stor syarikat tersebut. Elly masih tersedu-sedu,dia sangat sedih kerana sebelum ini belum pernah seorang lelaki yang dianggap sebagai ayah memberi teguran dan nasihat seumpama itu.Alangkah bagus jika kata-kata itu keluar dari mulut ayahnya,itulah yang difikirkan oleh Elly.Dia sangat marahkan ayahnya kerana mengabaikan mereka sekelurga,ditambah lagi bila ayahnya ada balik untuk memberitahu yang dia akan berkahwin dengan seorang anak dara. Kini ayahnya telah begiu jauh dari hidupnya adik beradik.Dia ingin laungkan ketidakpuasan hatinya itu namun dia tidak mampu.Hanya dengan teman-teman lelakinya dia dapat menagih kasih sayang yang cacat dalam hidupnya.”Elly kamu sihat ke?”tegur Dila bila dilihat Elly begitu pucat dan sering mengadu kebas kaki.” Elly tak apa-apalah Dila,Cuma demam sikit jer”tutur Elly lembut, bagi menghilangkan kerunsingan hati kawannya itu. “Kamu tak sedar ker Dila,Elly tu sekarang ni semakin berisi,berisi lain pulak tu.Bukannya gemuk makan pil seperti yang dia cakap.Entah-entah termengandung” celoteh Juriah kepada Dila ketika mereka hendak pergi membeli makanan di kafeteria.”Kamu ni Juriah,tak cerita buruk hal orang tak boleh ke?”Getus Dila dengan nada marah. Memang dia perasan dengan perubahan yang berlaku pada diri Elly namun dia tidak mahu membuat tanggapan yang buruk terhadap kawan yang dia percayai mampu menjaga dirinya.Malah dia tidak sanggup untuk memikirkan hal-hal buruk terhadap diri Elly. “Nah kuih yang kau pesan,banyak betul kau makan sekarang” tegur Dila ketika memberikan makanan yang dipesan oleh Elly. Elly hanya tersenyum dengan teguran kawannya itu.Dia tahu tentu Dila ada mendengar umpatan dan desas desus dari pekerja-pekerja disitu.Tapi seperti biasa Elly tidak pernah endah dengan cercian orang terhadapnya,dia telah lali dengan tuduhan tersebut.Namun kini dia terpaksa menutupi kesilapan yang dilakukan,mahupun dengan kawan baiknya sendiri. Dia tahu Dila tidak mungkin akan memulakan persoalan tersebut,kerana dia tahu Dila tidak mungkin menyakiti hatinya.

“Sayang,abang tak mungkin berpisah dengan isteri abang,Abang harap Elly faham,tapi abang rela bertanggungjawab jika betul benih yang ada dalam perut Elly itu dari darah daging abang”.tegas Amri setelah Elly menerangkan perubahan yang berlaku padanya.”Abang,sampai hati abang buat Elly macam ini.” Balas Elly dalam sendu sedan,dia sungguh tidak menyangka lelaki yang dia sayang,walaupun ramai lelaki yang dia kenali,tapi baginya Amri  adalah segalanya baginya sanggup mensyaki zuriat yang dikandunginya.”Abang ketahuilah,sememang Elly sering bebas dengan kaum sejenis kamu,tapi jiwa raga dan tubuh badan ini,Elly hanya serahkan kepada Abang.” Tutur Elly lemah dan pergi meninggalkan Amri terkulat sendiri.” Sayang,Abang minta maaf,abang janji akan bertanggungjawab, sayang,sayang” Elly hanya mendiamkan diri mendengar rayuan Amri dan terus memutuskan talian handphonenya.’Elly, Amri ada datang bertanyakan kamu hari ni,Dila cakap kamu tak kerja” Tutur Dila ketika datang melawatnya.

“Sayang,tunggu,kita perlu berbincang” tutur Amri ketika datang ke officenya,dimana dia baru sahaja nak menjauhkan diri. “Baiklah,apa yang hendak dibicangkan”tegas Elly selamba. “Sayang,abang dah berbincang dengan isteri abang,dia telah menerimanya,abang tidak mahu membuat kesilapan lagi”tutur Amri dengan nada kesal. “Abang tidak perlu menyesal,kerana Elly yang silap,abang kembalilah kepada isteri abang,biar Elly tanggung kesilapan ini’ tegas Elly dengan wajah yang selamba.Kini Elly nekad untuk meneruskan kandungannya kerana dia tidak ingin membuat kesalahan lebih besar,membunuh kandungan yang telah masuk 3 bulan itu.Namun oleh kerana tubuhnya yang kurus dan tinggi,memang agak sukar untuk menunjukkan yang dia telah mengandung. “Sayang,tidak malu ke pada masyarakat,lebih lebih lagi ditempat kerja,bukan ke Sayang masih belum bernikah?” ingat Amri kepada Elly.” Biarkan apa orang nak perkatakan,selama ni pun mereka telah banyak bercakap,Elly tak rasa apa-apa dah,Elly sanggup terima kenyataan,Elly tahu Elly mungkin akan diberhentikan.Namun Elly masih ada adik-adik  dan saudara mara yang dapat membantu,Kamu tidak perlu risau dan cari Elly lagi” tegas Elly buat sambil berlalu. Kini tahulah Amri, Elly bukanlah perempuan yang mudah dipujuk jika hatinya telah dilukai.Dia sangat kesal akan perbuatan yang dia lakukan,malah isterinya juga tidak lagi semesra dulu,Fatihah hanya melakonkan tanggungjawabnya semata-mata.Dia tahu Fatihah sangat terluka akan perangainya yang telah menyimpang dari hukum agama.

”Abang,laksanakan tanggungjawab abang,Fatihah tidak mahu abang terjerumus dengan perbutan dosa-dosa yang lebih besar.Fatihah rela dimadukan,abang tak perlu risau Fatihah tidak akan meninggalkan abang,janji pada Fatihah,abang akan berubah” kata Fatihah begitu menyentuh hatinya.Dia sangat terharu kerana begitu alpa dengan kesenangan dan lalai dengan tanggungjawab.Kini Elly telah pun menjauhkan diri darinya bersama kandungan benih haramnya.


“Elly,anak lelaki kamu kecilnya,comel macam maknya juga,”tutur Dila sewaktu melawat Elly di hospital bersalin.”Terima kasih kerana datang melawat Elly,”tutur Elly sambil tunduk hiba.”Elly, Tuan Haji,telah keluarkan surat berhenti kerja buat Elly” balas Dila lagi.Hatinya sungguh sedih kerana kawannya itu telah mengambil langkah yang amat sempit bagi menghadapi tekanan.Namun dia tidak mahu menyisihkan Elly,kerana kawanya itu sememangnya telah lama tersisih oleh masyarakat.Sekarang dia amat berharap Elly akan sedar dan kembali kepangkal jalan.” Elly, apa rancangan selepas ini?Kamu nak pelihara ke budak ni?”soal Dila lagi bila Elly kini kurang berminat untuk bercerita sepertimana selalu dia buat.” Mungkin tidak, Dila kan tahu saya masih belum kahwin,nanti jauh pulak saham,”balas Elly sambil tergelak. Dila sangat keliru dengan sikap Elly kini,adakah gelaknya lakonan semata-mata. Dila merasakan diri Elly telah jauh berubah,jika dulu Elly masih ada sifat kelurusan dalam dirinya,kini temanya itu begitu asing untuk difahami. ”Elly,Dila harap kamu jaga diri dan berfikir positif,kerana masih ada yang menyayangi diri kamu.Jangan cepat lemah dengan kata-kata manis dan janji kasih sayang yang palsu.” Nasihat Dila sebelum meninggalkan Elly untuk menyusukan anaknya.Dila tidak lupa untuk memberikan kata nasihat,walaupun dia tahu Elly tidak pernah hendak mendengarnya.Dila amat berharap masih ada nur keinsafan dalam diri Elly,dan peristiwa tersebut menjadi sempadan buat dirinya juga.


Telah masuk tiga bulan Elly diberhentikan,dan suara-suara cercaan pekerja disitu pun telah kurang didengarnya,jika dulu hanya topik Elly sahaja menjadi perbualan.Dila merasakan betapa mereka senang menaburkan cacian dan kesalahana orang dari mengambil langkah membimbing mereka. “Ring,ring,ring”,deringan telefon didepannya mematikan lamunannya terhadap Elly sebentar tadi. “Hello,Dila bercakap,”tutur Dila lembut. “ Hai,makcik,Sihat? Kita jumpa di tempat biasa boleh?” balas suara yang memanggil tersebut. Dila agak terkejut kerana baru kini Elly menelefonnya.

“Hai,dah lama tunggu,maaflah pakwe Elly pergi bengkel dulu hantar kereta”tutur Elly ceria,seperti perkara dulu tidak pernah berlaku dalam hidupnya.Dila masih temangu bila ditegur oleh Elly. “ Makcik,tak kenal orang ke?” tegur Elly bila dilihat Dila tidak mengendahkan sapaannya. “ Kamu nie,Elly,berubah benar sekarang,sampai tak berapa nak cam  dibuatnya” balas Dila semula,kerana hatinya begitu tersentuh kerana ,harapannya agar Elly akan berubah setelah peristiwa itu agak berbeza dari ramalannya. Kini Elly kelihatan lebih ranggi dan seksi bersama teman lelaki Cinanya yang masih menunggu didalam kereta Honda Accord mewahnya.” Terkejut tengok,Elly makin cantik ke?” balas Elly sambil tergelak.Dila hanya tersenyum pahit.Dia sungguh tidak menyangka,setelah sekian lama tidak berjumpa,Elly yang dia kenali dulu masih Elly yang dulu juga.Elly yang lincah,cantik dan suka dengan pujian serta perhatian ramai yang semuanya golongan lelaki buaya.Setelah berpisah tempoh hari, Dila kerap memikirkan perihal diri Elly,selaku seorang kawan Dila merasa adalah tanggungjawabnya untuk membimbing Elly agar peristiwa lama tidak berulang.Namun Dila pasrah kerana Elly bukanlah jenis yang menerima kata.


”Ya Allah,Hanya kepada Mu,aku memohon dan berserah, Ampunlah dosa-dosaku,ibu bapaku,Ya Allah Kau berikan lah petunjukMu kepada sahabat ku agar di buka pintu hatinya untuk menerima cahaya keinsafanMu, Semoga dia menemui kebahagian yang hakiki dari Mu ,Amin Ya Rabbila Alamin” Munajat Dila kehadrat Ilahi agar Elly,sahabatnya menemui nur kebahagian yang sejati yang sememang didambakannya.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) huh! ingatkn dh insaf..
  • 2) hmm, idea tu nampak. tapi penceritaan dan plotnya masih boleh banyak dibaiki.
    berusaha lagi ya! :)
  • 3) ley plak cm2 tp xmustahil bnde cm2 yg terjadi...
    teruskan usaha...
    daaa

Cerpen-cerpen lain nukilan AngelpeQan

Read all stories by AngelpeQan