Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Di Belakang Ku

 

Ting! Ting! Hanset aku berbunyi sms. ‘Lydia, jumpa jap. Daus ada hal nak cakap. Kita jumpa di depan library, ok? Jam 5 nanti. see you.

 

Aku terdiam. Satu hari ini, aku merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Namun, aku cuba juga mengelak untuk tidak fikirkannya. Aku melihat jam. Kini jam 4.30pm. Aku solat asar dan memanjatkan doa agar tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun keadaan kami agak dingin sejak kebelakangan ini, namun seboleh-bolehnya aku ingin menyelamatkan perhubungan ini. Aku perasan pun hanya bila kami jarang untuk bersama walaupun satu fakulti.


*****

 
“Daus, dah habih kelas dah ke?” aku bertanya padanya setelah dia mengangkat panggilan aku.


“Belum, lepas ni ada lagi kelas,” jawabnya.

Aku terdiam. Di depan mata aku ini terpapar jadual kelasnya. Masa ini adalah masa dia telah tamat kelas dan kelas seterusnya adalah 4 jam kemudian.

 
“Erm, bukan ke Daus baru habis kelas?”

 
Tiada suara yang kedengaran. Seketika kemudian dia menjawab, “Ada kelas ganti, Lia...”

 
Aku diam. Cuba untuk tidak memikirkan apa-apa. “Erm, ok. Belajarla elok-elok, ok? Lia makan sorang-sorang lagi la hari ni ye?” aku mengeluh. Tiada respon di sebelah sana hanya sepi.

 
“Oklah Lia, Daus nak ke kelas.” Suara nya agak keras.

 
“Hmm..”

 
“Assalamualaikum.”

 
“Waalaikumussalam...”

 

 

Aku menanti sehingga dia menamatkan panggilan aku. Entah kenapa, aku terdengar suara seseorang seolah-olah Firdaus bersama seseorang. ‘Mungkin juga rakan sekelasnya...’

 
Akhirnya, pada hari tersebut, aku lunch keseorangan. Bahkan, hari-hari seterusnya juga aku keseorangan. Tengahari, malam... jarang benar kami dapat bersama.

 
“Assalamualaikum,” tegur ku berbisik pada Firdaus apabila terserempak dengannya di dalam perpustakaan.

 
“Eh, Lia. Err... Waalaikumussalam... buat apa kat sini?” ‘Kenapa Daus terkejut lihat aku di sini?’

 
“Study la. Dah lama tak study kat sini. Kalau belajar dalam bilik, tak masuk kepala... erm... Daus tak ajak pun nak ke mari...” tanya ku sambil menarik kerusi di sebelah kirinya. Aku duduk dan merenung wajah yang aku rindui. Lama sungguh kami tidak bertemu. Mungkin sebab masing-masing ingin belajar dan menumpukan pada pelajaran.

 
“Erm... study group,” jawabnya sambil melihat pada buku di hadapannya.

 
“Owh...” aku lihat pada meja yang diduduknya. Seolah-olah hanya berdua. Hanya terdapat dua bekas pensil. Buku yg ada pula tersusun rapi pada satu sudut. Sikitnya orang untuk sutdy group. Erm, mungkin tak datng lagi kut. Aku mengeluh kecil. Tiba-tiba aku terdengar Daus berbisik... aku tak dengar....

 
“Apa dia Daus? Daus cakap apa tadi?” aku lihat Daus yang sedang menoleh pada belah kanannya. Pelik.

 
“Err... takde apa-apa. Lia tak pergi study ke? Nanti kawan-kawan Daus nak buat discussion. Takkan Lia nak join sekali kut...”

 
‘Eh eh dia nie. Bukannya aku tak pernah belajar pelajaran yang dia belajar sekarang ni, siap advance agik? Boleh pulak dia cakap camtu? Pastu, bukan nak ajak aku study sekali pulak tu.... apa kena Daus nie...?’

 
“Ermm... yelah... Lia nak cari buku jap. Erm, mungkin Lia belajar kat bilik kut. Dah lama Lia kat sini. oklah... eh.. erm... nanti, lepas Daus habis belajar, kita makan sama yeah? Makan petang, nak?”

 
“Ah... apa ni Lia. Asyik makan je... mana tak gemuk!”

 
‘Ades.. pedihnya... salah ke aku nak makan?’

Aku diam.... “Erm... takpela kalau Daus tak nak tapi tak payah la nak perli sampai camtu sekali.. Assalamualaikum.....” aku bangun dari kerusi aku dan berlalu. Tiada langsung reaksi serba salahnya. Mungkin.... mungkin salah aku tapi... Salah aku gemuk ke? 

*****

 
Kali ini... apabila Daus mengatakan dia mahu bertemu, aku merasakan seolah-olah dunia ini aku yang punya. Setelah sekian lamanya dia terlalu sibuk akhirnya ada juga masa untuk aku walaupun sementara. Namun, aku takut juga, andainya dunia yang aku anggapkan aku yang punya, rupa-rupanya hanya seketika..... bagaimana?

 

Setelah menunaikan solat Asar, aku melangkah keluar dari bilik. Melangkah lemah menuju ke arah perpustakaan. Di depan perpustakaan terdapat tempat duduk yang disediakan. Di sana nanti la kami bakal bertemu. Di sana jua lah tempat kami pernah belajar bersama-sama. Andainya perpustakaan terlalu ramai orang, kami lebih selesa belajar di luar perpustakaan. Namun, kali ini... pertemuan ini aku merasakan bakal memberi impak pada diri aku, tapi apa?

 
Langkah yang membawa aku ke tempat yang ditujui telah pun tiba. Aku mencari tempat yang agak jauh dari orang ramai. Aku membawa sekali buku, manalah tau... ajakannya sebenarnya mahu belajar bersama-sama. Ku duduk di satu sudut yang agak jauh. Jauh dari orang ramai, dan juga... tempat ini adalah tempat yang kami selalu belajar. Aku cuba untuk membelek buku ekonomi aku ini. Pening sememangnya pening. Tambah lagi subjek ini adalah subjek major aku. Sambil aku membelek buku, aku terlihat kelibat Firdaus berjalan menuju ke arah aku. Aku tersenyum melihatnya ke arah aku. Namun,.... Tangan kosong.

 
“Assalamualaikum,” katanya setelah sampai di tempat aku duduk. Aku menjawab. Tersenyum. Dia? dingin... kenapa?

 
“Tangan kosong je ke Daus?”

 
“Ah, habis... Lia nak Daus bawa apa? makanan?”

 
‘er... itu perli ke apa tu?’

 
“Takde la.. ingatkan nak belajar sama.....” kataku sambil menunduk ke bawah. Kecil hati aku.

 
Kami diam seketika. Dia tidak berkata apa-apa. aku pula menunggu pujukan dia, namun... sepi. Akhirnya....

 
“Lydia… saya…” Firdaus cuba mengatakan sesuatu... aku merasakan kelainan dari layanannya. Sungguh berbeza apabila aku bertemu dengannya kali ini namun aku sendiri tidak tahu apakah masalah nya. Tiba-tiba aku merasakan sepi, sunyi... terasa kekosongan di hati ini walaupun dia kini berada di depan aku... Namun... apakan daya ku, dia berbeza... tapi kenapa?

 
“Apa dia daus?”

 
“Daus rasa... kita tak sehaluan lagi, Lydia...”

 
.....

 
Aku terkedu mendiamkan diri...

 
“Eh... apa ni Daus... hehe, jangan main-main...”

 
“Tak.. Daus serius nieh, Lia. Daus... Daus dah bosan.”

 
“Bosan?”

 
Daus angguk. Tunduk. Aku? Aku dalam keliru.

 
“Sejak bila?”

 
Dia hanya mengangkat bahu.

 
Hati aku terasa sakit. Seolah-olah... dipijak oleh gajah. Seolah-olah... ditarik-tarik membuatkan aku sesak nafas. Aku terasa, dada aku ketat menahan sebak. Aku umpama... sedang dibedah tanpa bius. Mataku berkaca.

 
“Hurm.. Daus...” aku melihat matanya. Ternyata, tiada kasih sayang lagi yang tinggal untuk aku. Hati aku kuat mengatakan sebenarnya dia sayang lagi pada aku namun... ini tidak mungkin berlaku.

 
Firdaus hanya diam apabila aku memanggilnya. Melihatkan responnya begitu, aku tiada tenaga untuk mengatakan yang aku masih sayangkan dia.

 
“Daus.. bagi Lia peluang....”

 
“Daus dah banyak bagi peluang pada Lia. Lia tu yang masih tak nak berubah.” Ah, kerasnya suaranya. Perlahan tapi amat keras. Menusuk sembilu pada hati aku. Kata-katanya.... berubah? Aku perlu berubah? Aku jahat ke? Aku kongkong dia ke? Tidak! Aku curang pada dia ke? Tidak! Apa salah aku Firdaus....?! Mana silap aku...

 
“Ubah?”

 
“Lia... cerminkan la diri awak tu Lia. Bilik air dekat aje!”

 
Aku terkejut. Menyandarkan diri aku pada tempat duduk. Aku diam. Tunduk. Mata aku pecah berkaca mengalirkan air mata di pipi ku. Hati aku... hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasai sekarang. Hancur kerana aku tahu... apa kesalahan aku.... kerana aku tahu.... apa salah aku.... kerana aku tahu.... ini punca kami berpisah.

 
Firdaus melangkah pergi dari aku tanpa kata-kata lain. ‘Cerminkan diri awak tu Lia...’ itu la kata-kata terakhir darinya. Pertemuan kami pada hari ini rupa-rupanya adalah kali terakhir. Alasannya, ringkas tapi amat pedih. Aku sangkakan hubungan kami selama ini baik saja. Tapi,... Aku sedar... perubahan ini berlaku sejak dua semester yang lepas. Sejak dia beberapa kali gagal dalam peperiksaan, dia terpaksa mengulangi beberapa kertas dan kami terpaksa berada di berlainan kelas. Aku fikir walaupun kami berlainan kelas, kami masih lagi kukuh namun... tapi rupa-rupanya.... bukan itu puncanya....


Aku menuju ke arah tandas berhampiran. Melihat diri ku di cermin. ‘Cerminkan la diri awak tu, Lia....’

 
Apa yang aku lihat... seorang muslimah yang bertudung, inginkan kasih sayang dari seorang kaum adam. Apa yang aku lihat..., mata yang merah masih bergenangan air mata ini adalah mata yang pernah dipuji oleh Firdaus. Apa yang aku lihat... suraman muka mengatakan aku sedih, senyuman yang pernah dipuji oleh Firdaus namun...

 
Mata aku menjalar ke bawah. Badanku.... ~sigh~

 
‘Gemuk sangatkah aku ini?’

 
Aku melangkah keluar dari tandas dan mencari kelibat Firdaus. Aku ingin bertanyakan pada dia, adakah apa yang aku fikirkan ini benar?? Bila aku temui kelibatnya, aku melihat dia sedang melangkah pergi lebih jauh meninggalkan aku keseorangan. Firdaus makin mengecil di pandangan aku. Makin jauh makin kecil sehingga la aku terlihat seorang kelibat seseorang mengiringinya bersama menuju ke arah fakulti Ekonomi. Aku merasai pipi ku dibasahi air mata lagi. Kabur pandangan melihat mereka berdua bersama.

 
‘Tak mungkin ini salah aku.’
 

 

Kau peluk aku

Sebelum membunuhku

Tersenyum melihatku

Melamun melihatmu

Kau menunggu ku

Menungguku terjatuh

Setiap langkah tertuju

Setiada dalam renungku

Aku menunggumu,

Menunggumu,

Menunggumu,

Mati di depanku,

Didepanku,

Didepanku, ohh...

Apa yang kau lakukan dibelakangku

Mengapa tak kau tunjukkan dihadapanku

Apa yang kau lakukan dibelakangku

Dibelakangku, dibelakangku, dibelakangku

Dibelakangku

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) lama dah post apa2 kat kapasitor nie... dek pujuk rayu encik cahatomic.. sy pun, post laa... bleh tahan gak ek enchik caha memujuk.. hehehe.... anyway, sorry lama tak apdet novel. ala, cam ada org follow jek.. hehe
  • 2) tak apdet, mana nak tahu ada org folo ke tak ;))

    sian lydia tu. mcm bdk kecik je bf dia. lawa letak di aras paling penting. aih. jo, kasi khutbah sket kat daus tu. geram pulak nengoknye. koh koh.

    tapi lame jugak ek si lydia tu nak perasan yang daus tu dah berubah hati. terlalu naif?

  • (Penulis)
    3) lydia percaya kan si daus...
  • 4) kuatnyeeeee alasan die nk break. rase nk breakkan kepala daus pun ada gak
  • 5) ni nak break sbb gmuk la..iskkk...x berakhlak btul la si daus 2...hihihihi...p keseluruhan cite ni ok....hihi

  • (Penulis)
    6) x jugak.. mukin alasan si daus tu nk break up. nk tunjukkan yg bkn salah daus, salah lydia. walhal, dah sah2 si daus tu ada awek lain, curang. so, konon nak cover arr... die carik la alasan gemuk tu as a reason to break up.. biasa la kan..
  • 7)

    tak salah gemuk..tak salah langsung. =)

    mungkin untuk watak bercakap kepada diri sendiri boleh di italic kan instead of letak '..'. bukan apa, konfius la.thehehe

  • 8) mungkin .. semuanya mungkin. koh koh
  • 9) excuse utk break up plg lame!! huhuhu..
    • sha
    • 16 years ago
  • 10) memula tgk kat ruangan cerpen ade cerpen dari mizzterygurl... urmm.. "tak btau pon ade cerpen baru" detik hatiku.. bile baca perenggan pertama, "mcm penah baca"... baca tgh2 plak.. "confirm dah penah baca".. hahahaha.. nampaknye I tukang baca cerpen u sblm u publish kat mana2 hek mizzterygurl? huhuhuhu...Laughing
  • 11) bak sini daus tu. inginku lempang2 mukanya agar dia mengerti perempuan gemuk juga punya hati!
  • 12) aha..terasanyerr gemukk..huhuhuuu..tp xpe.. klo daus xmo lydia, bersepah agi guys outside there!! yeah3..basha!

Cerpen-cerpen lain nukilan mizzteryGurl

Read all stories by mizzteryGurl