Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
skrip komik: rempit-rempitan
Page 1 (3 panel) Panel 1. Seorang remaja, Rizal sedang terbongkok di sebelah
sebuah motor kapcai antara deretan beberapa buah motor di sebatang lorong yang
sunyi dan gelap sambil menarik beberapa utas wayar pada motor itu. Rizal: Ish… kalau ada kunci, kan senang. Kapsyen: Tanpa
keberanian, mimpi tidak bermakna. Itu slogan filem Soal Hati yang aku tonton di TV semasa musim raya
beberapa tahun lepas. Ah, jangan salah faham. Aku bukan mat jiwang. Nenek aku
yang buka cerita tu, jadi aku layan sajalah. Panel 2. Different angle. Rizal: Itulah… orang nasihat pakai Solex, tak nak.
Kunci tengkuk je, tolak engsel dalam ni… dah free! SFX: KLAK! Kapsyen: Tanpa aku sangka, filem itu memberi inspirasi pada
aku. Tak! Bukan sebab Afdlin Shauki yang kaya-raya dalam filem tu sanggup
berlakon menjadi orang biasa kerana hendak memikat Erra Fazira. Sebab bagi aku,
itu bodoh. Dah kaya tu, pergi sajalah mengurat Siti Nurhaliza! Dahlah cantik,
bersopan santun, kaya pula tu! Dah kahwin, boleh suruh nyanyi pagi petang siang
malam. Tapi takpela... dah melepas. Panel 3. Rizal memecut kapcai itu dengan laju meninggalkan
kawasan itu. Tayar hadapan terangkat sedikit. Ada seorang lelaki tidak jauh di
belakangnya kelihatan terkejut. Rizal: Bengkel Ah Tiaw! Aku datang ni~ Lelaki terkejut: Oi! Motor aku! Tak sempat aku
guna Solex baru beli! Cis! Kapsyen (diletakkan
di bawah/berhampiran belon Rizal): Aku
juga suka menonton anime alih suara di TV. Sehingga terbawa-bawa nadanya dalam
dialog aku. Kapsyen: Pembikin filem kita sentiasa bercakap kepada
wartawan yang filem mereka ada mesej dan bukan sekadar hiburan. Aku bersetuju
dengan itu. Filem Soal Hati ini mengajar masyarakat supaya berani mengejar
impian sebagaimana dalam slogannya. Jadi aku mencontohinya, tetapi bukan
setakat berani mengejar impian malah berani dalam semua aspek hidup aku… termasuklah mencuri motor! Page 2 (4 panel) Panel 1. Rizal kelihatan gembira sambil menerima sejumlah
wang daripada seorang mekanik. Motor yang dicuri kelihatan di dalam panel
tetapi motor itu sudah dibogelkan. Kapsyen: Pembikin filem akan mendapat wang daripada kutipan
tiket di pawagam. Begitu juga penontonnya yang mendapat manfaat daripada mesej
filem yang disampaikan, contohnya aku. Panel 2. Close-up wajah mekanik. Mekanik: Jai, motor lu aaa... gua sudah potong
seat. Panel 3. Rizal menepuk-nepuk seat kapcainya sambil
tersengih. Rizal: Baru la tak senak perut aku nak pacak
duyung. Mekanik (off panel): Nanti malam aku nak tengok lu
boleh celen itu Maya Kalin, ke tak. Panel 4. Rizal sedang merempit dengan aksi pacak duyung. Rizal (jerit): Ah Tiaw! Jangan lupa record masuk
youtube! Kapsyen: Aku rasa kalau Prof. Razak tengok aku buat pacak
duyung ni lebih awal, menangis gigit jari le Maya Karin tengok aku berlakon
dengan Saiful Apek. Page 3 (3 panel) Panel 1. Seorang polis trafik berkeledar sedang bercakap
dengan walkie-talkienya. Polis: Burung sudah terlepas, over! Burung sudah
terlepas! Kucing sedia menerkam! Panel 2. Beberapa buah motosikal polis memecut mengejar
mat-mat rempit di celah-celah kenderaan yang bergerak. Polis: Oi! Berhenti! Mat rempit: Tak mau! Tak mau jumpak Mazidul! Kapsyen: Namun kata orang, langit tak selalu cerah. Studio
Jalan Ampas yang gemilang suatu masa dulu pun boleh tutup, inikan pula
merempit. Panel 3. Close-up wajah Rizal yang terkejut dan cuak. Rizal: Alamak, Skuad 42 keluar sarang pula malam
ni! Page 4 (4 panel) Panel 1. Sebuah motosikal polis berjaya mengejar Rizal dan
bersaing dengannya. Rizal menoleh ke arah polis itu. Rizal: Encik boleh kejar saya? Pomen mana modified
motor encik? Boleh rekemen kat saya? Polis: Rizal? Kamu tak serik-serik lagi? Dah dua
kali aku tangkap kamu! Ada sekatan di depan. Kali ni hatrik! Panel 2. Medium shot Rizal tersengih selamba. Rizal: Zaman teknologi kultur tisu ni, pisang
berbuah dua kali, encik! Tapi… Kapsyen: Tiba-tiba wajah Afdlin Shauki dan Erra Fazira
terlintas dalam fikiran aku. Panel 3. Rizal memanjat divider dengan kapcainya dan meluru
menentang arus jalan yg bertentangan. Rizal: … pisang berbuah tiga kali tu susah sikit
la! Panel 4. Close-up wajah polis yang terkejut. Polis (jerit): Hoi! Kamu nak mati ke? Page 5 (4 panel) Panel 1. Rizal mencilok-cilok di celah-celah kereta melawan
arus trafik. Kapsyen: Aku seorang hero. Hero tidak mudah ditangkap. Biar
kantoi sekalipun macam Sarjan Hassan yang dikurung di kubu Jepun, dia tetap
boleh lepas lari. Panel 2. Seorang pemandu menekan hon kereta dengan marah Pemandu: #@%##! Panel 3. Beberapa buah kereta mengelak daripada melanggar
Rizal. SFX: SKREEETTT! Panel 4. Beberapa buah kereta termasuk sebuah MPV
berlanggar sesama sendiri. Page 6 (7 panel) Panel 1. Close-up. Rizal menoleh ke sebelah. Panel 2. Pandangan sisi sebuah MPV. Pada tingkap belakang,
samar-samar kelihatan susuk tubuh kecil. Panel 3. Close-up tingkap belakang MPV. Susuk tubuh yang
kelihatan adalah seorang budak perempuan comel yang berwajah ‘innocent’ sedang
memandang ke arah Rizal. Panel 4. Berlaku letupan pada kenderaan yang mengalami
kemalangan. Panel 5. Sama seperti panel 3. Panel 6. Komposisi sama seperti panel 5 di atas. Tetapi
wajah kanak-kanak itu ditelan api dan bahang letupan. Panel 7. Komposisi sama seperti panel 1. Cuma kali ini
wajah Rizal nampak terkejut, matanya terbeliak dan kelihatan amat menyesal. Kapsyen: Hero? Aku…? Hero… tidak akan membunuh orang yang
tidak berdosa… End
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen AksiCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) hohoo bagus sekali unjuran2 aksi yang digambarkan. mula2 sy ingat komik mcm ala2 'ujang' tp rupa2nya komik serius.. kalau diilustrasi dengn warna pasti menarik.. :)
- Nadnad
- 15 years ago
-
2) demit! best gila
- zInggOf
- 15 years ago
-
3) wow!!!
- shazmiey
- 15 years ago
-
5) Nadnad: malangnya sy tak pandai melukis.. hehe..
zInggOf, shazmiey, mosh: terima kasih kerana sudi membaca ;)- kangaq
- 15 years ago
-
6) woww, camni rupanya skrip buat komik. now i know!
- cahatomic
- 15 years ago
-
8) cahatomic: skrip komik ada pelbagai. ini cuma jenis ringkas tanpa terlalu detail pada jenis2 shot.
uculer: weee... (utk 2 minit setengah)- kangaq
- 15 years ago
-
11) kamalia: terpulang pada interpretasi masing2.. ngeh... ngeh...
_theRain_: amboi cakap utara no...? hihii- kangaq
- 15 years ago
-
12) cerita yang menarik... tahniah untuk anda! =)
- ridhrohzai
- 15 years ago
-
13) best..mindaku berjaya membayangkan shot-shot digambarkan..Malah kesan bunyi turut terngiang-ngiang.. Bravo! Paling suka ayat "Rizal: Zaman teknologi kultur tisu ni, pisang berbuah dua kali, encik!" haha..Sokong! Sokong!
- azix
- 15 years ago
-
14) mantap!! ahaha
- illy
- 15 years ago
-
15) jue agak blur pd mulanya tp bl difahami lama2 br paham....
lampi skit...
heheheh...
nice...daaaa
- pinkygul
- 15 years ago
-
16) gile ah...
best ar..
bley ar nak g shoot aksi ni..
leh kalahkan filem shamsul..
huhuu..
nice..
- ceq_zue77
- 15 years ago
-
17) dasat!
- Kurusawa
- 15 years ago
-
18) Oh, rupa-rupanya komik juga perlu dibuat skripnya dahulu. Hebat, teruskan berkarya Kangaq!
- Indrasakty
- 15 years ago
-
19) best! kalo dibuat secara storyboard lagi best! lagi senang nk m'hayati la kot..
- aida
- 15 years ago
-
20) kagum2..mexico wave bro..
- paktam85
- 15 years ago
-
22) babak-babak terakhir dengan MPV tu nampak mustahil berlaku dalam realiti antara 2 kenderaan yang bertentangan arah..the rest is good anyway..
- fairuzar
- 14 years ago
-
23) Kenapa setiap kali aku terjah ke dada2 moniter yang menyakitkan mata
membutakan telinga ni..
membuat dadaku sebak tanpa kata2
tetpi berakhir dengan bunyi
ADESS!- redsindro
- 14 years ago
-
24) huhu..da xtau nk kate ape..
- madiah
- 14 years ago
-
25) BEST!
- SilverFox
- 14 years ago