Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Apabila Lemon Menggoda

  • 14
  • azix
  • 15 years ago
  • 4,406
  • FREE

 

Aziq mengusap-ngusap kucing berwarna oren yang melintas di depannya. Sesekali dia menggeletek kucing yang kelihatan agak malas itu. Berguling-guling mamalia “berbulu-mudah-gugur” itu menahan kegelian. Cakarannya dikeluarkan apabila kegelian tahap melampau dan tidak dapat ditahan lagi. Tulang rusuk sang kucing yang kurus itu terserlah apabila perutnya digeletek. Kasihan kucing itu. Kurus benar badannya, bulunya juga mudah gugur. Kucing liar agaknya.

“Padan muka kau! Siapa suruh kau menggesel-gesel kat kaki aku. Free-free gersang kena geletek. Ingat kau je yang pandai nak goda aku?” Kata Aziq. Dia memang seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang perasan dirinya sebagai jejaka kacak yang penyayang kerana sangat menggemari kucing. Dia juga suka menggeletek kucing yang datang menggoda dan ber’gesel-gesel’an dengannya. Sikap kasih dan sayangnya terserlah terhadap haiwan. Kasih sayang terhadap manusia? Terlalu muda membuktikannya.

“Boleh awak pulangkan balik kucing saya tu?” Suara halus meminta penuh sopan.

Aziq mendongakkan kepalanya. Mulutnya sedikit ternganga. Matanya menjelajah figura manusia yang berdiri di hadapannya.

“Kucing bulu gugur ni awak yang punya?” Tanya Aziq kepada gadis sebayanya itu yang memakai baju kurung sedikit lusuh di hadapannya.

“Awak hina saya ke?” Soal si gadis dengan nada perlahan.

“Tak. Saya tak bermaksud macam tu. Saya ingatkan kucing ini tidak bertuan. Kenapa awak tak jaga betul-betul? Kesian kucing ni.” Kata Aziq sambil mengusap-ngusap manja sang kucing kurus kering.

“Bukan saya tak jaga elok-elok. Cuma saya tak mampu nak belikan makanan yang berkhasiat untuknya.” Jawab si gadis. Dia membetulkan kedudukan bajunya setelah melabuhkan punggungnya di sebelah Aziq.

“Oh, iya ke? Saya sangat suka kucing. Tapi saya tak berpeluang nak menjaganya.” Ujar Aziq bersahaja. Dia sedang leka bermain-main dengan kucing itu.

“Kenapa pula?” Soal si gadis ringkas.

“Mama saya takut kalau kucing yang dibela akan berak di sekitar rumah.” Tanggannya kini menggaru-garu bawah dagu sang kucing. Sang kucing kelihatan memejamkan matanya. Khusyuk menghayati keindahan dimanjakan sebegitu.

“Mak saya suka akan kucing. Tapi hanya Lemon je yang mak bagi bela.” Kata si gadis sambil mengambil ranting dan mengukir sesuatu di atas pasir.

“Oh Lemon ke namanya? Comel. Mak awak suka kucing, tapi kenapa tak bagi awak bela banyak-banyak?” Balas Aziq sambil bermain dengan ekor Lemon.

“Sedangkan makanan kami sekeluarga pun belum tentu cukup lagi. Inikan pula nak bagi makan kepada kucing banyak-banyak. Sebab itu, bulu Lemon mudah gugur. Kami tak mampu nak berinya makanan yang berkhasiat dan tak mampu nak mandikannya dengan syampu yang berkualiti.” Sugul sahaja si gadis membalas. Sesekali dia memadamkan lakarannya di atas pasir menggunakan selipar jepunnya yang uzur dan diikat menggunakan tali rafia bagi menyambungkan selipar yang telah putus itu.

“Apa kata kalau saya belikan makanan dan syampu untuk kucing ni?” Cadang Aziq. Dia memandang muka si gadis secara spontan.

“Betul ke ni?!!” Tanya si gadis sedikit menjerit. Mungkin dia terlalu teruja dengan tawaran hebat yang diberikan oleh jejaka yang sibuk mengusap-ngusap Lemon.

“Betul. Tapi ada syarat…” Aziq menyambung.

“Apa dia?” Si gadis menyoal ringkas. Asalkan boleh dipenuhinya impian itu, dia akan menurutinya sahaja.

“Awak dan Lemon kena datang ke taman permainan ni setiap petang.” Sambung Aziq. Dia mengangkat dan menjulang Lemon. Beberapa helai bulu Lemon melayang perlahan lalu jatuh ke tanah kerana tidak mampu melawan hukum graviti bumi yang ditakdirkan oleh Yang Maha Esa.

“Boleh. Takda hal la tu!” Muka si gadis ceria dan berseri. Dia bingkas bangun lalu merampas Lemon daripada tangan Aziq. Dia menjulang Lemon ke udara sambil berpusing-pusing kegirangan. Hatinya berlagu riang.

“Okay. Kalau macam tu, saya akan bagi makanan dan syampu untuk Lemon petang esok. Awak tunggu saya kat sini petang esok tau.” Jelas Aziq panjang lebar. Dia tersenyum melihat si gadis yang sangat girang apabila dia berhasrat untuk membantu meng’gemuk’kan dan meng’anti-gugur’kan bulu si kucing bernama manja, Lemon.

“Dah nak senja ni. Jom balik.” Ajak Aziq kepada si gadis yang memeluk kucing. Mereka berjalan seiring. Si gadis mengendong Lemon bak mengendong bayi yang comel. Secara tidak sengaja, tangan Aziq tersentuh tangan si gadis. Sebagai respon spontan, mereka berjalan pulang sambil berpegangan tangan sambil Lemon dikendong penuh kasih sayang.

“Oh, terlupa pula. Nama saya Aziq. Nama awak?”

“Saya Miza. Awak panggil je saya Mama Lemon.”

“Eh, saya Papa Lemon!”

Mereka ketawa bermandikan cahaya mentari senja yang menjadi saksi perkenalan dua insan. Lemon mengenyitkan matanya kepada Miza. Miza membalas kenyitan mata sang Lemon. Rancangan mereka menjadi! HOORAYY!!

“Apabila Lemon menggoda!” Fikirnya…

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) tadaa! sorry..agak pendek..yg panjang dah lame start tp xsiap lg..

    komen..kutuk..kritik..puji..dan nilaikan!
    bersedia sentiasa! (menggenggam tangan dgn muka penuh yakin!)
  • 2) smbg lg la..pendek sgt
  • 3) hahaha..
    perh!..
    dasyat seh!....
    agak sastera di situ..
    miza tuh sper??!!!..amboih!
  • 4) best!
  • 5) sudut yang bersahaja,kemas,cantik
  • 6) knape endingnya aku x fhm...ke aku sorang yg x fhm???
    miza tu nk ngorat si aizat ke by using lemon??
  • 7) miza??
    bukankah??
    ermm,,
    nvrmind,,
    hahahaha,,
  • 8) cool, apabila lemon menggoda. AUCH
  • 9) hehe sesekali azix menulis!

    idea : 3 jalan ceritanya boleh dikuatkan lagi :)
    penceritaan : 3.2

    teruskan lagi azix :D
  • 10) cerita yang cute,happy,teringat masa kecil.
  • 11) aah..
    cinta monyet zaman kecik2 dulu..:p
    cinta di taman permainan..

  • (Penulis)
    12) terima kasih atas komen anda semua..smakin bersemangat utk mengasah bakat menulis! YEAH!
    (ngeh~ ter'sepam'...)
  • 13) aku nak kena cari seekor lemon gak la, nak buat umpan..huhuhu.:P

    cerita yg cool, gaya bahasa ringkas namun boleh diperkemaskan kot. apa2 pun, ni besh k!;)
  • 14) ..nice story...tp ziq, ko leh wat better..
    chaiyok2..

Cerpen-cerpen lain nukilan azix

Read all stories by azix