Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

BECKHAM

 

          “Ina, Ina…tolong mak kejap. Tolong ambilkan serai,” laung Makcik Edah dari dapur.

         

          Ina yang sedari tadi terbaring di hadapan televisyen hanya membatukan diri, berpura-pura seperti dia tiada di situ.

         

          “Ingat mak tak tau Ina ada kat situ…dari pagi tadi menonton tv je kejenya. Datanglah sini kejap…mak nak mintak tolong kejap je,” laung Makcik Edah lagi.

          “Mana ada Ina kat sini,” ujar Ina selamba.

          “Ha ha…lawaknya,” sindir Makcik Edah. “Kalau Ina tak datang sekarang, nanti mak cakap dekat Makcik Minah yang Ina ni pemalas.”

          “Cakaplah, orang tak kisah…”

          “Tak kisah ye…nanti mak cakap kat dia. Lepas tu, Makcik Minah boleh cakap dekat anak dia, Umar. Umar yang Ina tergila-gilakan tu…”

          “Mak ni tak adillah. Mana boleh main sabotaj pakwe orang…”

         

          Tiba-tiba muncul kepala Ina di hadapan pintu dapur. Makcik Edah tidak mengendahkan.

         

          “Mak cepatlah…mak nak apa tadi?Sekarang ni Real Madrid tengah lawan Fulhamlah. Nanti kalau Beckham shoot masuk gol, melepaslah Ina…,” ujar Ina panjang lebar.

          “Tu dia…anak dara zaman sekarang. Petang Jumaat tengok bola, bukannya nak tengok khutbah solat Jumaat. Tapi bukan Beckham LA Galaxcy ke?”

          “Ha’ah…Ina tersalah sebut, LA Galaxcy tengah lawan Fulham. Mak nak Ina buat apa tadi?”

          “Elah…kata peminat setia Beckham. Mana team dia pun tak ingat. Ni haa…ambil pisau ni. Pergi ambil serai dakat tepi jalan besar sana tu. Ambil yang tua-tua sikit”

 

          Pisau yang dihulurkan oleh emaknya disambut Ina. Dengan pantas dia berjalan keluar dengan gaya malasnya sambil menyarung selipar Barbie yang berwarna pink. Sepanjang perjalanan ke jalan besar, dia mengomel sendirian. Tiba-tiba, sebuah kereta Wira berwarna hijau lumut bernombor plat WFW 5377 meluncur laju di sebelahnya membelok ke rumah yang berwarna kuning di hadapan rumahnya. Seingat Ina, pemilik rumah itu tidak menetap di situ. Rumah tu pun, baru sahaja siap diubah suai setelah lama disewa.

 

          Ina mengintai-intai ke arah kereta Wira tadi dari jauh. Dia nampak seorang lelaki yang agak berusia keluar dari kereta itu dari tempat duduk pemandu. Serentak dengan itu seorang perempuan yang juga agak berusia keluar dari tempat duduk sebelah pemandu. Tiba- tiba, jantung Ina berdegup kencang apabila pintu penumpang dibuka oleh penumpangnya iaitu seorang lelaki yang memakai jersi Beckham bernombor 23. Lelaki itu juga memakai topi Nike berwarna hitam. Lelaki itu tiba-tiba menoleh ke belakang lantas mata mereka bertemu.

 

          Buk! Ina terjatuh kerana terlanggar sebiji batu. Walaupun terasa sakittetapi Ina lebih berasa malu kerana terjatuh di hadapan seorang lelaki yang handsome. Dia terus berlari ke rumah. Setibanya di rumah, dia terus ke dapur bertemu dengan emaknya.

 

          “Mana serai?”, soal Makcik Idah.

          “Serai?” balas Ina. Dia baru teringat tentang serai. “Mak, Ina tak ambil serai sebab tak ada satu pun yang berjanggut kat situ.”

          “Apa yang kau merapu ni?”

          “Mak kata mak  nak yang tua-tua sikit, kalau tua mestilah berjanggut kan? Tak ada satu serai pun yang berjanggut kat situ…”

         

                   Mak cik Edah hanya diam. Malas dia nak melayan perangai Ina. Ina berjalan menghampiri emaknya. Dia mengurut-urut tangan dan bahu Mak cik Edah.

 

          “Mak mesti penat kan…”

          “Apa Ina nak sebenarnya ni?…”

          “Mana ada apa-apa mak… mak, siapa tuan rumah, rumah yang warna kuning depan rumah kita tu?”

          “Tak ada apa-apa konon…rumah tu Cik Hajar dengan Cikgu Mad punya…kenapa?”

          “Ina rasa… diorang nak duduk dekat rumah tu lah. Diorang datang.”

          “Datang? Bila datang?

          “Tadi,baru kejap tadi. Anak lelaki Cih Hajar tu hansem ye mak…”

          “Kenapa tak cakap…mak kawan baik dengan Cik Hajar tu…”

          “Kawan baik? Jomlah, mak, jom kita pergi rumah tu…”

          “Kenapa Ina yang excited pulak ni?”

 

          Ina terus berlari ke bilik. Dia menyalin pakaiannya. Lalu t-shirt berwarna pink disarung pada badannya. Dipadankan dengan kain labuh yang berwarna putih. Tak cukup dengan itu, hampir habis bedak diratakan pada wajahnya. Kemudian, Ina memerhatikan wajahnya pada cermin, “Cun jugak aku ni rupanya…” bisik hati kecilnya. Lalu dia keluar dari bilik, terus mendapatkan ibunya yang sudah menunggu di luar. Dalam perjalanan mereka ke sana…

 

          “Mak, nanti mak boraklah lama-lama dengan Makcik Hajar tu… bolehlah Ina borak lama-lama dengan anak dia.”

          “Handsome sangat ke anak dia tu?”

          “ Waktu Ina nampak tadi dia pakai jersi Beckham dengan cap Nike. Handsome gilaaa dia mak!”

          “Tamatlah harapan mak nak berbesan dengan Makcik Minah. Ina ni cepat sangat la minat kat orang”

          “Mak tengoklah dia nanti baru mak tahu.”

 

          Mereka pun tiba di halaman rumah lelaki idaman Ina. Makcik Edah memberi salam. Makcik Hajar yang dikatakan pun keluar dari rumahnya dengan senyuman yang lebar. Dia terus memeluk Makcik Edah. Memang sudah lama mereka tidak bersua. Ina juga bersalaman dengan Makcik Hajar.

 

          “Edah, dah lama kita tak jumpa. Makin cantik nampaknya…”, ujar Makcik Hajar.

          “Hajar pun apa kurangnya….”, balas Makcik Edah. “Rasanya anak Hajar dah nampak Ina tadi.”

          “Ina ni ke yang jatuh tadi tu ke?”, soal Makcik Hajar kepada Ina.

          “Saya tak jatuh sebenarnya… saya ambil barang yang terjatuh tadi,” balas Ina dengan rasa malu. “Anak mak cik mana?”

          “Dia ada kat dalam. Masuklah..boleh borak-borak,” ujar Makcik Hajar.

 

          Ina dengan penuh bersemangat masuk ke dalam rumah. Dia lihat jejaka idamannya sedang baring di ruang tamu sambil menonton televisyen.

 

          “Assalamualaikum…” ucap Ina. Tapi lelaki itu tidak menoleh. Ina sekali lagi memberi salam dan reaksi yang sama diberikan oleh lelaki itu. Ina terus duduk di sebelah lelaki itu. Lelaki itu baru menyedari kedatangan Ina lalu dia terus manarik earphone dari telinganya.

 

          “Patutlah tak dengar,dengar mp3 rupanya…” detik hati Ina.

“Assalamualaikum…”

          “Dah masuk baru bagi salam?” soal lelaki itu.

          “Saya dah lama bagi salam, awak je yang tak dengar.” balas Ina.

          “Awak ni siapa? Oh, awak ni yang jatuh depan rumah tadi kan?” soal lelaki itu lagi.

          “Ya…sayalah perempuan yang jatuh tadi…Nama saya Ina.” mengaku Ina dengan sedikit rasa malu.

          “Saya Zufry,” balas lelaki itu sambil menonton tv.

          “ Zufry form berapa? Sekolah mana?”

          “ Saya form 4 Sekolah Sains Kuala Selangor. Awak?”

          “Saya form 4 jugak, Sekolah Menengah Jeram…awak bermalam dekat sini ke?”

          “Tak adalah…singgap kejap je. Kejap lagi kiteorang balik rumah.”

          “Owh…awak minat Beckham ke?”

          “Boleh le jugak…tapi saya tak selalu tengok game dia. Kat asrama susah sikit nak tengok bola…”

          “Saya baru tengok Beckham main tadi…”

          “Tak sangka awak tengok bola…boleh tahan jugak ye awak ni..”

 

          Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi. Baik Ina ataupun Zufry masing-masing mendiamkan diri. Zufry kembali meletakkan earphone pada telinganya. Ina hanya melihat gelagat Zufry. Sesekali Zufry mengangguk-anggukkan kepalanya. Dalam hati Ina timbul pelbagai persoalan. Dia mahu mengenali Zufry dengan lebih rapat. Dia semakin tertarik kepada Zufry. Baginya, Zufry memang menepati cirri-ciri lelaki idamannya. Potongan rambut Zufry memang kena dengan raut wajahnya. Muka Zufry juga lembut, tidak brutal seperti kawan-kawan lelaki Ina di sekolah. Senang cakap, Zufry memang perfect le…

 

          “Awak nak tengok tv ke?”, tanya Zufry tiba-tiba.

          “Awak ni handsome”, balas Ina spontan.

          “Hah?...Erm, saya tanya, awak nak tengok tv? Kalau tak saya nak tutup,” kata Zufry sedikit kaget.

          “Owh…saya tak nak tengok,” ujar Ina dengan perasaan malu.

          “Awak ni kenapa?...Saya tengok macam pelik je”

          “Saya rasa…awak ni handsome le…”

          “Hah?! Handsome?...Awak ni biar betul…”

          “Saya nampak awak pakai jersi Beckham tadi, memang handsome habis.”

          “Ha???”

          “Dan saya rasa saya dah suka awak, saya tak tahu la...”

          “Nanti,nanti kejap…awak suka saya? Takkan le awak suka kat saya…”

          “Awak dah ada makwe ye?”

          “Bukan…saya memang takde makwe…Cuma…”

           “Saya ni macam perigi cari timba kan…”

          “Bukan,bukan…awak yang rasa macam tu. Awak bukan macam tu. Cuma… saya memang salute kat awak…Jarang nak jumpa perempuan macam awak ni. Straight forward betul…Saya tak tahu nak cakap apa lagi…”

 

          Zufry yang tadi sedang baring kini terus duduk lantas memasukkan barang-barangnya ke dalam beg. Dia hanya diam. Begitu juga Ina. Keadaan menjadi senyap semula. Kedengaran pula suara Makcik Edah yang rancak berbual dengan Makcik Hajar diluar rumah. Perasaan Ina ketika itu tidak menentu. Dia asyik memikirkan sama ada tindakan dia menyatakan perasaannya tadi betul atau salah. Sungguhpun begitu…Zufry nampaknya baik. Dengan cara dia bertutur tadi, sungguh gentlement!.

 

          Tiba-tiba, sebuah buku dari beg Zufry terjatuh ke lantai. Ina terus mengambil buku itu lalu dihulurkan kepada Zufry. Matanya terpandang pada nama yang tertulis pada buku itu. Fatin Zufrynna Binti Mohammad.

  

          “Buku kawan ke?” soal Ina sambil menunjukkan buku itu.

          “Tak”, jawab lelaki itu ringkas. “Tu buku saya”

 

          Ina tergamamam. Buku yang dipegangnya tadi terjatuh. Zufry? Fatin Zufrynna?...Oh my god…Ina bingkas bangun lalu keluar mendapatkan ibunya. Dia lansung tidak memandang Zufry. Dia terus mengajak ibunya balik. Dengan tergopoh-gapah Makcik Edah menamatkan perbualannya dengan Cik Hajar. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah, Ina hanya diam. Dia lansung tidak menjawab pertanyaan ibunya mengenai Zufry. Puas dia memikirkan bagaimana dia boleh menyukai seorang lelaki yang sebenarnya merupakan seorang perempuan. Dia rasa seperti ditipu. Masakan dia tidak boleh membezakan lelaki ataupun perempuan.  Namun akhirnya, dia dapat membuat kesimpulan, dia jatuh cinta pada Zufry hanyalah kerana insan itu memakai baju jersi Beckham bernombor 23.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) ..nie 1st tme tulis..hope ok...
    dozo yoroshiku!!
    ..(@_#),,
  • 2) kah kah kah!!!
    satu karya yg mmg boleh wat org gelak sensorang...!!!!
  • 3) hehehe..terkena gue =)
    klu org tu pakai jersi torres konpom adra jatuh cinta hehehe =)
  • 4) wahaa!! kwn aku dah mula ke dimensi maya 'kapasitor'!
    Ini la cerpen yg buat aku rse dipersendakan..haha..Good try!
    Bile novel KUSESS0408 or Psycho akan menggema dunia kapasitor?

    Hidup F4ORians! haha
  • 5) skarang ni mmg susah nk bezakn lelaki dgn p'puan...huh!
  • 6) Saya pun tergelak..tu lah jangan cepat jatuh hati..dengan sekali pandang,lebih-lebih di zaman sekarang..dah ramai yang sama aje .
  • 7) huhu,,
    nice work fatin,,
    hehe,,
    bak kte azix,,
    ble psycho??
  • 8) ha ha! terhibur saya di petang jumaat macam ni :)

    idea : sempoi
    penceritaan : chiclit
    penggunaan bahasa : nice.

    :)

    teruskan menulis ya!
  • 9) kuangkuangkuang..wakaka..lawak2. :D

  • 10) fatiiiiiiinnnn!besttttt!!!!!
  • 11) hehehe..best!
  • 12) lawak gile..mesti minah 2 hensem gile smpai ina xley beza laki n pompuan..hehehe
    best
  • 13) gempak habis... nasib bek x feling2 g
    hahaha...^_^

Cerpen-cerpen lain nukilan psycho_ben

Read all stories by psycho_ben