Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dendam

 

Tubuhnya tidak mengendahkan jeritan mindanya yang menyuruhnya berhenti. Air matanya mula mengalir. Hanya itu yang mampu tubuhnya lakukan. Pandangannya jadi kabur. Namun tangannya tetap menggenggam kuat tidak lepas. Dadanya berombak turun naik tidak terkawal.

Di hadapannya berdiri sesusuk tubuh. Tegak tergamam dan menggeletar seluruh tubuh itu. Lesi wajah bagai tiada setitis darah pun yang mengalir di dalamnya. Ketar lutut bagai tiada tenaga yang dapat menetapkannya dirinya. Kumat kamit mulut bagai ingin menyampai sesuatu yang tiada terucap.

Namun semua itu tiada erti lagi baginya. Kesumat di hatinya telah menutup segala simpati mahupun perikemanusiaan terhadap susuk di hadapannya itu. Saat-saat ini telah dinantikannya bertahun lamanya. Dan selama itulah juga salut dendam yang tebal telah melitupi hatinya dari sebarang rasa kemaafan.

Susuk tubuh itu yang basah ditimpa hujan kini terlutut ke tanah. Nampaknya tiada tersisa lagi tenaga yang dapat menampung dirinya. Basah hujan tiada beza lagi dengan basah lain yang tiada terkawal lagi. Susuk itu teresak-esak menangis yang tiada menambah basah kepada apa-apa.

Tangannya yang menggenggam terketar-ketar. Bukan kerana takut, tetapi kerana kewarasan yang berhempas pulas bertarung dengan perasaan yang menguasai diri. Dia melangkah setapak ke hadapan, ingin lebih dekat dengan susuk itu. Dia tidak mahu gagal. Dan lagi dia ingin menikmati kepuasan sebagai pihak yang memegang kuasa.

Susuk itu merapatkan kedua tapak tangannya meminta belas. Wajahnya sudah hilang segala ego dan riak di dalam derai airmata. Kini hanya tinggal penyesalan. Samada sesal atas pelakuan yang menjadi punca segala ini, atau menyesal atas kelekaan sehingga diri terjerumus sebegini, hanya empunya susuk yang tahu. Bagaimanapun dilihat, yang jelas sesalnya tiada guna lagi.

Hujan semakin lebat. Bunyi curahan air dari langit yang mengenai segala di bumi semakin bingit. Bunyi petir berselang bagaikan sorakan alam yang menyaksikan kedua susuk tubuh ini. Kedua susuk tubuh yang masing-masingnya berketar namun dengan maksud yang berbeza.

Dan pada satu saat yang bagai telah ditentukan, segala bunyi alam bagaikan hilang tiba-tiba. Sunyi sepi. Dan ketar kedua susuk turut reda. Dan pada saat itulah sang susuk yang berlutut melonglai tangan dan menurunkan matanya tanda bersedia menerima. Pada saat itulah juga dia yang berdiri menarik picu di dalam genggamannya.

Serentak itu petir berdentum dan alam kembali meneruskan lumrahnya. Susuk tubuh yang berlutut terus tersembam menyembah bumi. Genggaman tangannya terlerai, dan kembali menggeletar dalam sesalan bercampur puas. Tanah yang basah dek hujan kini menjadi kemerahan. Hujan terus turun mencurah-curah.




Hujan malam (foto hiasan)          

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hola nad~ simple..klu watak diberi name lg ok. kalau boleh perincikan knp dia nk bls dendam..tp cubaan yg baik =)

    aja2 fighting!
  • 2) Kata Adra tu ada betulnya sebab mereka tak kenal sapa NAD dan tak pernah ikuti cerpen2 NAD sebelum2 ni.So tiba-tiba je keluar cerpen ni tentu mereka terpinga2 tetapi bagi 'pengikut' nad..mula2 kena cari tips hihi..mana point yg kena mengena dengan ZETA..kemudian baru boleh faham...but I cant find any..so I demand ur explaination,please.
  • 3) Hmm..ya sara pun sokong ulasan kakak!kita yang dah biasa,faham dah..yang belum biasa..mesti terasa macam baca di bahagian tengah cerita..tak tahu pangkal tapi dah sampai hujung..dan tak tahu sapa yang bergaduh ni..orang ke..nyamuk?Nak kata Zeta..macam bukan..sapa pula yang susuk tu..we want more..we want more he3.habislah abang..

  • (Penulis)
    4) adra : hola adra.. terima kasih di atas nasihat adra. sy nak perincikan tp sy pun taktau knp dia nak balas dendam sbnrnye.. walau cmne pun saya akan berusaha lagi..

    mr kajiwa : terima kasih krn sudi baca cerita sy yg ntah apa2 ni.. tp kak, kali ni tiada kena mengena dgn ZETA.. kali ni totally random.. alamak akak dah sebut2 zeta ni kenalah sy bubuh.. segan tau..

  • (Penulis)
    5) sara : mm sara abg dh seminggu tak menulis apa2.. so abg tulisnya secara rawak saja. mungkin ada makna, mungkin tiada, mungkin ada permulaan, mungkin ada sambungan.. anyway terima kasih di atas komen dan nasihat sara pada abg. abg nak tdur kejap ya zzZzzz..
  • 6) :)

    errr ... wow!
    hehe oh! komen-komen di atas dah pun menerangkan.
    but a really good writing tho!

    jom encik nadnad. marilah tulis sedikit sebanyak tentang diri di blog kapasitor :D supaya pembaca2 lain dapat mengenali.

    :)

  • 7) emm sape zeta act?
    okey! aja2 fighting!
    cube perincikan lg ye..awk create more conflict with each your character. don't be too rush.
    sy nantikan.
  • 8) menjejak ke sini. cuma saya terperasan sesuatu. terlalu banyak nya dalam ayat kamu. kadang2 sampai 2 dalam 2 ayat. mungkin boleh kurangkan sikit? heheh, yang lain best ni!

  • (Penulis)
    9) caha : sori lama tk jengah post ni..baru nk reply ni pasal kenalkan diri tu.. masih seganlah.. biarlah org kenal tulisan kita je..

    adra : zeta tu karakter saya dlm citer lain.. ini cuma conteng2 saja.. thanks for the advise

    dayya : haahlah mmg bnyk -nya.. baru sy perasan, terima kasih tegur, insyaAllah saya variasikan lagi..
  • 10) alaaa

Cerpen-cerpen lain nukilan Nadnad

Read all stories by Nadnad