Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Aiman

 

"Sayang, abang janji lepas ni kita kahwin. Jangan risau k sayang, abang sanggup bertanggungjawab. Sepenuh hati abang cintakan sayang." aku memandang wajah kekasihku tepat ke dalam anak matanya. Terasa seperti melayang terus ke dalam angkasa cintanya.

"Tapi,kalau..." belumpun sempat sebaris keraguan kuucapkan, bibirnya terlebih dahulu menjamah bibirku. Aku terdiam. Tepisanku kian ringan lalu lengan tegarnya menjelajah seluruh pelusuk tubuhku. Dan malam itu aku kehilangan mahkota diriku kepada insan yang sangat-sangat aku cintai. Ikhwan Hafiz.

Terngiang-ngiang lagi bisikan keramat itu ditelingaku. Aku memekup kedua-dua belah telingaku dengan telapak tangan. Mahu rasanya aku menjerit agar suara lembut itu tidak lagi menghantui aku. Sejak bila air mataku mengalir membasahi pipi gebuku, tidak aku endahkan. Hingus di dalam hidung sudah tidak dapat menampung kuantitinya, lalu mengalir keluar. Pun aku tidak hiraukan juga. Segalanya sudah menjadi tidak bermakna. Sia-sia sahaja untuk aku kenang. Yang pecah, tak mungkin dapat aku tampal semula. Yang ternoda manakan mungkinkan suci semula.

Aku memandang siling, kipas berputar perlahan bagai tak berdaya seperti aku. Lampu kuning di dinding sudah tidak cerah seperti semalam, sudah malap seperti kehidupanku. Aku memandang sisi. Sekujur tubuh itu masih lagi kejar di sebelahku. Lena dibuai mimpi, bagaikan tidak pernah ada dosa yang berlaku. Sangat selesa melayan kantuk sedangkan mungkin esok panggilan maut bakal menjelma. Masih belum sedar ada salah yang perlu dipohon ampun. Sesekali, lenanya berselang dengkur. Sangat damai bagaikan si kecil yang tak perlu memikirkan apa-apa.

Aku bangun dari pembaringanku. Melangkah perlahan terus menuju ke bilik air. Aku bersihkan diri. Aku berus setiap inci tubuhku sekuat mungkin. Kemerah-merahan jadinya, bagai mahu tercabut kulit. Berkali-kali aku bilas dengan air sabun, tapi masih loya tekakku. Bau busuk entah dari mana aku tak tahu. Lagi aku simbah air sabun ke badanku, lagi hanyir baunya. Lagi sesak nafasku. Sudahnya, aku terduduk kepenatan sedangkan air masih lagi menyembah bumi, menyirami sekujur tubuhku yang menggigil kesejukan. Aku meratap sendiri, dan air mataku berpadu bersama limpahan air. Hilang. Sirna. Bagai hilangnya kegadisanku semalam.

*****

"Lin, apa kenanya dengan kau ni? Kau makan apa tadi?" Syikin terkejut melihat aku termuntah-monggek di longkang tepi jalan. Sudah beberapa kali isi perutku keluar. Wajahku pucat, bagaikan hilang semua darah.

"Aku rasa masuk angin kot." Aku cuba berlagak biasa. Cuba menyembunyikan rasa gementar yang berlegar di dada. Sudahku kira, hampir-hampir empat bulan aku tidak datang bulan. Sepanjang empat bulan ini solatku penuh. Setiap malam aku bertafakur memohon keampunan dari Yang Esa. Begitu takut aku bila terkenangkan dosaku itu. Dosa besar yang begitu azab siksaannya. Aku takut, sangat takut.

"Dah, jom kita pergi klinik. Risaulah aku tengok keadaan kau macam ni. Nanti tak pasal-pasal gastrik kau datang balik. Kau tu, kalau dah sakit bukan tau sekejap-sekejap. Melarat-larat jadinya." Bebelan Syikin entah mengapa mendatangkan sebak di dadaku. Terus mengalir air mataku laju. Syikin yang melihat perubahan emosiku secara mendadak itu tiba-tiba sahaja tergamam. Wajahku di pandangnya penuh curiga.

"Kau ni kenapa? Apa masalah kau sebenarnya Lin? Cuba cerita dengan aku." Lembut sekali ucapan yang terluah, bagaikan sedang memujuk kanak-kanak kecil yang menangis mahukan gula-gula. Kalaulah Syikin tahu bebanan yang tergalas di bahuku, tentu bukan begini ucapannya. Syikin, tangisan aku bukan kerana derita yang sedikit-sedikit. Aku terseksa, ada nyawa yang bersemadi dalam rahimku kini. Aku akan menjadi seorang ibu, melahirkan seorang anak yang tidak berketurunan. Aku manusia yang alpa, hilang arah dan tuju, tenggelam dalam hasutan syaitan juga berkawan dengan nafsu. Kau faham tak Syikin derita aku? Derita seorang bakal ibu tanpa akad dan nikah. Aku malu! Aku buntu!

Namun, aku cuma menggeleng sahaja menjawab soalan yang sama diulang tanya oleh Syikin kepadaku. Tidak terkeluar dek kata-kata siksaan yangku tanggung kini. Tambahan pula, sejak penolakan hak seorang bapa dari Ikhwan. Semenjak itu, aku sudahpun sendirian tak berteman. Sudah menjadi seorang ibu tunggal tanpa sempat mendengar lafaz akad sah dalam majlis keramaian perkahwinanku.

Sudahnya, petang itu aku terlantar di bilik sendirian. Sengaja aku kunci pintu bilikku agar tidak diganggu. Aku memencilkan diriku untuk kesekian kalinya.

***** 

Aku terdiam mendengar permintaan emak dan abah saat aku pulang ke kampung minggu lalu. Abah beritakan kepadaku tentang majlis perkahwinan aku bulan depan. Semuanya sudah siap diatur katanya. Menurut abah lagi, pihak lelaki yang mahukan begitu. Kepala aku buntu, serabut mengenangkan masalah yang sentiasa kunjung tiba. Mungkin inilah bayaran terhadap kelakuan sumbangku. Mungkin.

Bagaikan hilang rentak pernafasanku. Telefon bimbit di tangan aku genggam sekuat mungkin demi mencari semangat dalam kegoyahan hati. Aku sudah bertekad untuk menceritakan kebenaran kepada bakal suamiku. Menurut emak, namanya Saiful, seorang guru agama di sebuah sekolah pondok berdekatan kawasan rumahku.

Nombor telefon bimbitnya aku dail. Dan saat suara di sebelah sana membalas panggilanku, aku hilang kata. Terdiam seketika. Suasana pada ketika itu terasa sangat terasing. Namun, pihaknya cepat mencari tapak.

"Lin? Ada apa telefon saya ni? Ada perkara yang nak dibincangkan ke?" Lembut suaranya mendamaikan perasaanku. Sebaris ucapannya itu bagaikan meniup semangat kepadaku.

"Saya nak bagitahu sesuatu." dan ayatku tergantung di situ.

"Bagitahulah, saya dengar ni."

"Kita batalkan perkahwinan ni boleh tak? Saya dah tak suci. Saya tengah mengandung." Air mataku dan tangisanku selepas itu sudah cukup menceritakan segalanya. Masing-masing mendiamkan diri. Cuma tangisan dan senduku yang melagukan suasana pada waktu itu.

Hampir sejam keadaan begitu. Saat senduku semakin surut, aku memohon untuk memutuskan talian. Namun, terasa begitu berat. Aku malu tapi dalam masa yang sama aku mahu berkongsi cerita lukaku. Sudah tak tertahan rasanya bebanan yang kutanggung ini.

"Lin, tunggu dulu. Jangan matikan panggilan. Ada sesuatu yang Saiful nak cakap sikit." Aku menarik nafas dalam-dalam, bersedia mendengar ceritanya.

"Lin percaya pada qada' dan qadar?" aku mengangguk walau aku tahu dia tidakpun dapat melihat anggukanku itu.

"Lin, sebelum saya datang ke rumah awak, saya dah pun buat solat hajat mohon kepada Allah agar ditunjukkan kepada saya seorang isteri yang dapat menjaga iman saya. Alhamdulillah, saya bermimpi melihat seorang gadis. Sangat anggun orangnya. Saya telahpun terpikat padanya sejak kali pertama terpandang wajahnya. Tapi, dalam mimpi saya gadis tu bukan berseorangan. Dia mendukung seorang bayi. Comel. Saya mendengar ketawa bayi itu, seolah-olah dia bahagia bersama gadis itu. Mendengar ketawa si bayi itu menambahkan lagi rasa sayang saya kepada mereka. Saya merasakan seolah-olah ingin menumpang kasih dan cinta mereka. Saya ingin hidup di antara mereka.Saya terlalu ingin menikmati cinta mereka. Dan seminggu sebelum ke rumah Lin, saya terlihat gambar Lin dalam album keluarga Pak Saat, bapa saudara Lin. Terus saya teruja. Rupanya jodoh saya sudah sampai. Saya bahagia dan teruja." ceritanya terhenti di situ. Lambat-lambat, Saiful menyambung lagi. Kali ini suaranya sedikit mendayu.

"Lin, sudikah Lin berkongsi kasih Lin dan bayi dalam kandungan Lin tu bersama-sama saya?Izinkanlah saya menikmati cinta itu."

Aku tergamam. Air mataku tak sudah-sudah mengalir. Sudahnya,panggilan telefon aku matikan begitu sahaja. Sudah hilang segala kata untuk aku tuturkan. Sejak itu, Saiful sentiasa menelefonku, memujuk agar aku dapat menerima kehadirannya dalam kehidupanku.

*****

Seperti kata orang tua-tua, sekeras-keras seorang wanita, kerasnya seperti kerak nasi. Disiram air, lama-lama lembut kembali. Akhirnya, aku yakin akan keputusanku. Aku berkahwin dengan Saiful dan menjalani kehidupan yang bahagia. Kini, beberapa hari sahaja lagi merupakan hari kelahiran anak di dalam rahimku. Anak ini seorang lelaki. Baguslah, dapat juga dia menjaga aku dan adik-adiknya bila besar nanti. Kebahagiaan aku dan Saiful bagaikan cinta di padang sahara kemarukkan air. Berlimpahan rasa cinta antara kami. Sesungguhnya, aku bersyukur terhadap nikmat cinta ini.

"Ma, Pa nak pergi kerja ni. Jaga diri tau. Kirim salam dekat Aiman.Cakap dekat Aiman, Pa sayang dia sangat-sangat, sama macam Pa sayang Ma." sebuah kucupan hinggap di dahiku. Aku tersenyum bahagia. Aku melihat Saiful, suamiku masuk ke dalam kereta lalu berlalu pergi ke tempat kerja. Aku masih lagi berdiri di halaman rumah, memandang kejauhan seolah-olah masih terlihat Saiful di dalam kereta. Aku tersenyum.

Aku usap perutku. Perlahan-lahan aku bisikkan,"Aiman dah bangun ke sayang? Papa dah pergi kerja. Papa kirim salam pada Aiman. Papa pesan, Papa sayang Aiman sangat-sangat macam Papa sayang Mama." Lembut sekali baris-baris ucapan itu aku bisikkan berharap agar Aiman tahu betapa cintanya aku dan Saiful kepadanya.

"Lagi satu, Mamapun sayang Aiman sangat-sangat. Aiman jangan lupa tau!"

Tiba-tiba aku terasa air ketuban pecah. Rasa sakit tidak tapi tiba-tiba air ketuban mengalir. Aku hilang arah. Aku cuba berjalan masuk ke rumah, berniat mahu menelefon ambulans. Namun, tiba-tiba kakiku tersadung pada pasu bunga. Aku terjatuh. Entah bila, aku semakin longlai. Mataku berpinar-pinar. Kelabu. Gelap. Hitam.

*****

"Aiman, sedekahkan al-fatihah pada arwah papa dan mama." Aiman mengangguk. Bagaikan mengerti kehilangan kedua orang tuanya. Sudah enam tahun hidupnya bersama Atuk dan Opah, menumpang kasih setelah Mama meninggal ketika melahirkannya. Papa juga pergi bersama-sama Mama, pada hari yang sama. Papa mengalami kemalangan jalan raya ketika mahu pergi ke tempat kerja. Begitulah cerita yang diberitahu oleh Atuk. Setiap minggu dia ke tanah perkuburan bersama-sama Atuk dan Opah. Tapi, Aiman tahu Mama dan Papa sangat sayang pada Aiman macam Atuk dan Opah.

Aiman menggaru-garu kegatalan. Sudah beberapa ekor nyamuk ditamparnya sehingga mati. Berbirat merah badannya dupulun nyamuk-nyamuk jahat itu.

"Atuk, nyamuk banyaklah. Jom kita balik." Atuk mengangguk lalu mereka bersama-sama beriringan ke kereta. Sayup-sayup ada air mata yang bergenang dipelupuk dua pasang mata tua. Aiman dipandang dengan sayu tapi penuh dengan kasih sayang. 'Berbahagialah anak-anakku. Aiman selamat bersama kami di sini.'

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) err ada lagi ke lelaki mcm saiful tu sekarang ni?
    kalau ada,tolong copkan utk saya plis..

    em besh cite ni..cian Aiman..sob sob sob

  • (Penulis)
    2) nurcahaya: hehheh, kalau ada saya pun nak... tak beri peluang! saya amek terus bawa lari... hehehhe...
  • 3) wah! best citer awk ni dayya. sy terharu..
  • 4) huhuhuhu... nanges! nanges!

    sy suka kata2 saiful...
    "Lin, sudikah Lin berkongsi kasih Lin dan bayi dalam kandungan Lin tu bersama-sama saya?Izinkanlah saya menikmati cinta itu."

    tapi kan dayya..tapi kan... lin tu cam lin dlm novel sy plak... hahaha.. hamil anak luar nikah... hehehe... kebetulan plak..kan?
  • 5) lelaki cam saiful ni da semakin pupus.sebelum anda berdua bawak lari,saya rembat dulu!hoho! =P

  • (Penulis)
    6) adra: terima kasih =p
    shazmiey: biasalah, cerita cintakan biasanya mmg klise.. hehheh...
    cherry93:tak boooollllllleeeeehhhh!!!! saya dulu.. q plz... hahha
  • 7) anyway,nice story.cuma part ikhwan tu xdiceritakan dengan lebih detail.ape jadi kat mamat tu?
  • 8) takde takde..saya dulu.. ;p
    ceri mmg tak boleh sbb ceri bwh umur hakhak
  • 9) Kakak mungkin ketinggalan beberapa zamanlah..termuntah-monggek tu apa?maaf.
    Cerita yang ada pengajaran..kalau diextremekan beberapa sudut tentu lebih menyentap hati pembaca perempuan dan lelaki.itu aje.
  • 10) takpe.cop dulu.bila da cukup umo trus kawen.(eh?)
    saya cop dulu!!huehuehue
  • 11) bagus cerita ni.
    mesejnya jelas. cintanya ikhlas.
    thanks sbb menulis ya, dayya!

    "Lin, sebelum saya datang ke rumah awak, saya dah pun buat solat hajat mohon kepada Allah agar ditunjukkan kepada saya seorang isteri yang dapat menjaga iman saya." sudah jatuh cinta sama saiful.. huhu.


  • 12) saya..nak gak org mcm saifulllllllllllllll

    plissssssssssssss!! :D

    nice story dayya~~ chiokkkkk! ;)

  • 13) hmm bile lah saya nak buat solat hajat macam ni pula. hee hee. umur dah lanjut :p

    hehe lama tak nampak tulisan dayya :)
    bizi belaja + silat eh? (ke bf sekali. *batuk*)

    hm, yg org kata pasal, org yg berzina akan kawin dgn org berzina gak tu, betul ke tak eh? ke ada clause2 dia (say, if dah bertaubat ke apa ke akan jadi bla bla bla ke)

    anyone?
  • 14) Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. (An-Nuur 24:3)

    Wallahu a'lam.
    dan Allah Maha Adil lagi Maha Mengampuni.
  • 15) kalau dia zina tangan, zina mata, zina hati .. akan kawin dgn org yg camtu gak la eh?
    *sorok tangan*
  • 16) jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Dia lebih tahu..tak mustahil kalau diberikanNya jodoh yang akan bantu kita pulang ke pangkal jalan, bertaubat dan juga sama2 bertatih di jalan mahmudah.. kan?

    tengok atas sampai bawah..mana tangan caha nih?

  • (Penulis)
    17) mr_kajiwa: heheh, kat perak:kuala kangsar, kalau muntah yang teruk sangat kitorang panggil muntah-monggek... hehhe, sory2 tercampur aduk bahasa melayu dengan loghat mengada.. hhoohhoh....terima kasih sebab sudi komen.. yup, saya pun rasa jalan cerita longgar. maaf, masa tulis ni saya ada masa sejam je... huhhu, kena habiskan juga jalan cerita sebab saya tak tau bila lagi saya sempat menulis balik... act takut lari mood.. hhuuh, my bad sorry =)

    cherry93: hehehhe, ikhwan? we'll see later k? =p

    cika: heheh, welcome =p

    syud: please queue k? ramai dah yang cop ni... heheh

    caha: bz study, baru pas habis xm ni... hahha, pas ni cam rasa nak balas dendam menulis balik la.. hehehh...silat da 2 x ponteng... bf? nope, i'm an independent gf! tak main ah sebuk nak tau sumer =p hoohhooh

    cika:thanx tolong jawabkan =)
  • 18) huhu....
    sedih nye baca cite awk ni...
    sy pn nk gak jumpe laki cam saiful...
    mulia nye hati die...
  • 19) Permulaan cerita dan pertengahan agak bagus, cuma part ending, saya rasa penulisnya nak cepat habis. Malas kot. Flow cerita yang menjurus klimak tiba-tiba dihabiskan macam tu je. Sedangkab banyak peristiwa yang berlaku hingga menjurus kepada kematian ibu bapa.

    Satu yang tak logik bagi saya ialah pencerita dalam cerita ini adalah "Aku" tapi kemudiaannya mati, jadi siapa yang habaiskan cerita ini, siapa pula yang jadi pencerita. Mana boleh si pencerita yang dah mati bercerita sampai akhir. "Aku" sepatutnya masih hidup untuk menceritakan tentang Aiman. Sepatutnya "Aku" di tukar kepada gantinama ke 3.

    Atau ini mungkin teknik penceritaan yang baru, saya ketinggalan kot.
  • 20) "Permulaan cerita dan pertengahan agak bagus, cuma part ending, saya rasa penulisnya nak cepat habis" ======> kurangkan idea/part yang tidak membangun, ini bukan novel, jgn malu memotong benda yang boleh dipotong, jadi ending xnampak sudden.

    haa, komen xlogik Upenyu disokong.

    Ada tiga benda penting dalam sastera, ilmu - kreativiti - pengalaman.

    Jadi xdigalakkan orang yang tidak berkahwin, cerita tentang orang dah kawin, orang belum beranak, cerita tentang beranak, orang belum rasa "malam pertama", bercakap tentang rasanya, ia akan menjadi persepsi luaran yang mengundang salah faham kadang-kadang. Rekaan. :P

    Cereka benar.~
  • 21) ALAH...NAPA MAMA NG PAPA DIA DAH MATI?
  • 22) sara nak komen tapi takut,sebab sara sendiri bukan penulis yang cukup ilmu.sara datang beri sokongan pada dayya

  • (Penulis)
    23) upenyu: alamak, saya terlupa nak check dari sudut pandangan penulisan. huhuu, ampun2, salah saya. kemudian saya betulkan. sebenarnya, masa pertengahan cerita saya perlu ke tempat lain. jadi saya habiskan juga cerita ni sebab masih berada dalam mood tersebut. Jika saya menulis sekerat jalan, alamatnya tak akan habis cerita ni. back up untuk bahagian yang lack sedang saya usahakan. =p

    zinggof: oh, memang tak boleh eh? sory tak tau plak sebelum ni. huhuhuhu

    rain: sebab watak utama dia aiman =p hehehe

    namakusara: la, kenapa pulak? silalah komen. saya masih belajar jadi saya tak pernah kesah untuk menerima kritikan. mungkin ada something yang sara nampak tapi terlepas pandang dari yang lain? sila2.... sila komen =p
  • 24) macam nak nanges je bace citer nie..
    ada lg ke lelaki macam saiful tu?
    terlalu tulus hatinya..



  • (Penulis)
    25) babymilo: percayalah, tak ada apa yang mustahil. heheh

Cerpen-cerpen lain nukilan dayya

Read all stories by dayya