Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Bila Rasaku Rasamu...
- 11
- putri_alya
- 15 years ago
- 3,618
- FREE
Aku buntu. Kebuntuanku telah melepasi tahap normal aku
seorang manusia. Antara kemahuan, keinginan. Antara cita-cita dan kewajipan. Sesungguhnya
aku buntu. Jelas sekali kerunsingan dihatiku.
Aku ingin didekati, aku ingin dibelai. Tapi aku tak harus
biarkan perasaan ini menguasai aku. Aku harus nekad. Tekad dengan setiap yang
aku lakukan. Jalan ini pilihan aku.
"sayang, I'm sorry, " ungkapan itu masih bergiang di
telinga aku. Pedih! Sakit!
"just go...I won't stop you!"
Betulkah aku tidak akan menghalang dia? Betulkah aku rela
dia pergi?
Bohong! Satu pendustaan maha hebat aku katakan pada hati.
Aku tak mahu kamu pergi. Jangan pergi! Tolong...jangan tinggalkan aku. Jangan
pergi! Aku tak tahu, aku mampu untuk hidup tanpa kamu. Tapi, aku juga tidak mampu
mengatakan tidak pada masa hadapan.
Masa hadapan? Masa hadapan engkau? Aku?atau kita? Ye..masa
depan kita.
"Mira.." bahu aku dipegang lembut. Aku kesat airmata yang mengalir.
"Jaja..kenapa?"aku bertanya.
"Ja masak nasi dari tadi. Tapi Mira tak jamah sikit pun. Kenapa?"
dia bertanya aku, lembut sekali.
Aku peluk bantal sekuat mungkin. "Mira tak lapar la Jaja.
Thanks masakkan untuk Mira . Ja makan la. Jangan tunggu Mira," hanya itu mampu
aku katakan.
Lapar? Tiada istilah lapar sejak senja semalam.
Kelmarin, selepas kelas, aku dan Hanif menuju ke Bukit
Bintang. Kebosanan! Lalu aku ajak Hanif temankan aku ke BB Plaza. Sekadar window
shopping. Nak shopping tengah-tengah semester ini..hahha..yassalam la. Tengah
sengkek tahap gaban ni. Nak minta mama, memang la boleh. kang bising plak pulak mama. Bulan ni je aku dah spend over the budget. Last month dah kena warning sebab terlebih-lebih bershopping. isk..tak kuasa aku nak dengar ceramah free lagi bulan ni.
"hei you....wah! senang hati jalan lenggang kangkung. Nah angkat
beg aku ni. Berat sial!" aku campakkan beg yang mengandungi kitab-kitab ilmu
yang jarang sekali ku buka melainkan dalam kelas sekali setiap minggu.
Tenang, dia mengambil beg aku. Lalu, beg bertukar tangan.
Ku cekup mulut cuba menyembunyikan tawaku yang mula hendak meledak.
"Beb! Jambu la lu bawa handbag gua! " aku gelak. Dia
senyum menampakkan lesung pipitnya kemudian menggelengkan kepala.
Kami berjalan beriringan melintasi Tower Record. Ketika
melintasi Tower Record, kedengaran lagu penyanyi Rossa, Pudar sedang di
putarkan. Aku bagaikan terkena kejutan elektrik, dengan spontan menyanyikan lagu
tersebut sambil cuba meniru tarian
penyanyi kecil molek itu tanpa menghiraukan pandangan khalayak ramai yang sedang
memerhatikan kami.
"Sharifah Syahidatul Amirah Syed Othman..." dia memanggil
namaku. Penuh dan panjang.
Langkah tarianku terhenti.
Aku menjeling kepadanya. "Apadia?"
"tak senonoh la..." senyuman terukir di wajahnya.
"ala..tak senonoh pun..you tetap sayangkan!!?!?! Kan....???
Betul tak??" aku menjelirkan lidah kepadanya.
Dia menggelengkan kepala. "yelah..sayang!" dia tetap mengatur langkah
beriringan denganku.
Aku ketawa kecil. Seperti biasa, aku pasti menang. Seingat
aku, sejak kami berkenalan, dia tidak
pernah meninggikan suaranya padaku. Setiap permintaan aku diturutkannya sedaya upayanya.
Hanif. Aku kenal lelaki ini dengan tidak sengaja. Ketika
itu, aku mengikuti mama ke satu pertunjukan fesyen di Hotel Crown Princess KL.
Kebetulan, dia pulak ketika itu berkerja sebagai pelayan sambilan atau part-time waiter untuk event
itu. Perwatakannya yang sederhana dan
sentiasa tersenyum membuatkan aku senang mendekatinya. Walaupun aku sering
membuli dia saat itu, dia tetap sabar. Lalu, aku hulurkan salam perkenalan
padanya.
Dengan malu-malu, salam perkenalan aku di sambutnya. Pantas
benar masa berlalu, dah setahun kami berkenalan, berkawan dan juga bercinta.
Aku masih dan tetap akan ingat, bila Sarah, kawan baik
aku mentertawakan Hanif. Jelek pada pandangan Sarah bila dia melihat aku
berpacaran dengan Hanif. Anak seorang usahawan dan hartawan di Kuala Lumpur
bercinta dengan seorang lelaki yang tidak ada pekerjaan tetap. Bahkan hanya
memiliki Sijil Tinggi Pengajian Malaysia, sedangkan aku di tahun akhir sarjana
muda.
Entah kenapa, Hanif ajar aku menjadi lebih kuat dan tabah.Ajarkan aku tentang kesusahan, tentang erti kehidupan sebenar. Tidak semua manusia di muka bumi ini dilahirkan betuah sepeti aku. Hidup senang dan tidak pernah rasa apa itu kesusahan. Hanif sentiasa buat aku ketawa.
Hanif layan karenah aku.
Aku cintakan dia. Aku tidak perlu risaukan perkara
lain. Bukankah,cinta yang sejati akan memenagi segala halangan. Justeru itu,
aku tidak kisah kehilangan Sarah. Aku tidak peduli walaupun di marah papa.Sarah
kawan aku dai kecil. Anak kepada business partner papa. Biarpun papa tidak
menghalang aku memilih Hanif, tapi dia
tidak mahu aku kehilangan kawan baik aku dari kecil. Tapi, Sarah dah
berikan aku kata putus. Pilih Hanif atau Sarah. Aku tidak boleh memiliki
keduanya.
Lantas aku pilih Hanif.
Aku kesat airmata lagi. Setiap imbasan kenangan yang
menjelma diingatan aku akan membuatkan aku menitiskan airmata. Aku khayal dalam
perasaan aku hinggakan aku tidak menyedari sejak bila Jaja meninggalkan aku. Barangkali
Jaja dah malas melayan karenah anak manja yang cenggeng ini. Atau barangkali Jaja
cuba memberikan aku ruang untuk bersendiri.
Aku capai handphone ku. Aku lihat sejak semalam, sudah
345 panggilan dari Hanif yang tidak aku angkat dan 78 mesej memenuhi kotak
inbox dari Hanif yang tidak aku baca.
Aku lihat jam di skrin telefon. 7.45 malam. Aku bangun ke
bilik air. Memperkemaskan diri dan mengambil wuduk. Mataku yang merah dan
sembab amat ketara di cermin bilik mandi.
Usai berwuduk, aku bersolat maghrib . Kemudian bacaan
yassin ku perlabuhkan menghiasi hati yang luka diikuti solat isya. Selesai
solat isya, aku langsungkan dengaan solat sunat hajat dan solat sunat
istikharah. Ya Allah..berikan lah aku kekuatan hati. Ketenangan dalam
mengharungi cabaran ini.
Sudah bertahiyat akhir dan berdoa, air mata ini masih enggan berhenti.
Aku duduk di atas sejadah dengan telekung yang kian basah dengan airmata.
Kata-kata Hanif ketika di hentian bas sewaktu menemani
aku sementara menaiki bas pulang ke kampus menjelma lagi diingatan aku.
"eh ..takpe ke Nif tak g keje rini?"aku bertanya.
"hihihi..soalan ni bukan kena tanya mula-mula jumpa ke? Dah
nak balik baru nak tanya? Takpe..Mirah punya pasal. Nif kan sayang Mirah!" dia
senyum. Senyuman yang paling aku suka.
Aku tersengih.
Suasana diam.
"Mira...."
"eh..Nif nak balik ni ada duit tak?" aku mencantas
kata-katanya.
"Ada.."jawapnya singkat dengan raut muka yang berubah
sedikit. Aku mengganguk.
"Mira..Nif nak beritahu sesuatu..."
" apa dia?"
"Hanif dapat offer sambung pengajian di Portsmouth, UK. Tajaan
TNB..." dia diam.
Aku terkejut.
"Nif nak pergi. Nif nak jadi orang yang berjaya. Nif tak
nak susahkan Mira lagi! Cukuplah selama ni Mira yang tampung Nif.." raut
matanya sangat sedih.
Aku pegang besi tempat duduk di hentian bas itu sekuat
hati. Aku palingkan wajah kearah bertetangan. Air mataku dah mula berjurai.
"Miraaa...."dia panggil ku.
Aku diam tidak mengendahkan panggilannya.
"sayang, I'm sorry!"
"just go...I won't stop you!"
Ketika itu, aku Nampak bas ke kampus tiba. Aku bangun
lalu menahan bas tersebut. Just on time!
"Mira balik dulu Nif..dah sampai nanti Mira call!" kataku
padanya sambil memandang wajahnya. Mungkin buat kali terakhir.
"Miraaaa...." Aku tidak lagi memperdulikan panggilannya. Terus
melangkah dengan laju menaiki bas sambil dibasahi air mata.
"Mira..." aku terkejut dari lamunan yang panjang di atas
sejadah bila rakan serumahku memanggil namaku.
"Ya, kayron,"aku menjawab pendek.
"ada surat ni sampai tengahari tadi. Kayron lupa nak
letak atas meja Mira. Terbawa pula surat ni ke kelas tadi, "terang Kayron
sambil menghulurkan sepucuk surat bersaiz A4 bersampul cokelat.
Aku sambut dan ku lihat setem di sampul surat tersebut.
Hatiku berdebar-debar. Aku cuba membuka surat itu
dengan sepantas mungkin untuk melihat isi kandungannya. Kelakuanku membuatkan
Kayron dan juga Jaja yang entah bila berada di dalam bilik ku kepelikkan.
"Ya Allah...." Air mataku mengalir. Aku cium surat tesebut.
Kayron dan Jaja saling berpandangan. Kemudian pandangan
mereka jatuh ke wajahku menagih penjelasan.
Aku senyum.
" Mira dapat sambung master kat Portsmouth!! " aku kesat
airmataku.
Aku perlu menghubungi Hanif. Pasti dia risaukan aku. Juga,pastinya
dia akan gembira dengan perkhabaran ini.
Awak, jangan mimpi
awak boleh tinggalkan saya!
Syukur Ya Allah...!
(Starbuck, Times Square : 09.29 pm)
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) some typos...nnt akan di edit semula. for the moment..jeng3..nk g konsert Jason Mraz. enjoy reading!
- putri_alya
- 15 years ago
-
2) Banyak sgt typos,baik cepat betulkan selepas balik konsert!Ada yg tak logik,bagaimana anak usahawan terkenal di kl boleh sengkek di tengah semester..better simpan draft dahulu..saya mengesan ia sebagai kesah benar (maybe sedikit).
- mr_kajiwa
- 15 years ago
-
3) erk..kebetulan atau suratan?
kalau dah jodoh, tak ke mana..- nurcahaya
- 15 years ago
-
4) >jgn mimpi tinggalkan aku..kwang..kwang..kwang..:)
- eDieca_88
- 15 years ago
-
5) ha ha.
1. tahniah nep, tahniah mirah, dapat ke portsmouth! (tetiba?)
2. usahawan tu nak didik anak dia, tak diberinya duit. ha ha. dia suruh anak dia keje part time sendiri kalau nak duit.
3. stabak? keh keh.
4. penceritaan jenis ayat pendek-pendek memang antara yang enak dibaca. i like :)
5. seperti kak maria, yea, cerita ini ada sentimental attach sikit.- cahatomic
- 15 years ago
-
6) oh ya, mujur takde adegan rompak bank. koh koh!
- cahatomic
- 15 years ago
-
7) Mana orangnya ni..belum buat pembetulan!
- mr_kajiwa
- 15 years ago
-
8) so..so what..i'm stil the rock star....(nyanyi lagu pink)
bzzz tgk konsert lain plak! uhhuh
sarah brightman..uhuhu...wei...- putri_alya
- 15 years ago
-
9) simple n nice story
- sarahbest
- 15 years ago
-
10) haha..ala..u ni,xsnggup lepaskn boipren ke portsmouth? pastu kene ikut skali?
alalala..comel~~~ :)
- syud
- 15 years ago
-
11) i like this one!!
hehehehe...- mizz_aszni
- 15 years ago