Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pak Eh dan Cik Yam

 

"Apa lagi yang dimenungkan tu Cik Yam?  Sudah-sudah la tu.  Yang dah pergi tu tetap pergi.  Tak adanya akan kembali lagi dah," ucap Pak Eh pada isterinya yang kelihatan termenung dijaring jendela rumahnya.  Cik Yam menoleh sekilas bersama satu keluhan berat.

"Awak apa tahu Pak Eh.  Saya ni.  Saya ni yang sakit nak keluarkan budak-budak tu.  Saya tak sangka hidup kita malang begini.  Anak-anak kita diculik dan dibunuh sesuka hati.  Zaman kanibal ke sekarang ni sampai anak-anak kita diperlakukan sebegitu sekali," bentak Cik Yam.  Sungguh hatinya rawan setiap kali mengenangkan nasib anak-anaknya yang dizalimi sesuka hati oleh insan-insan yang tidak berhati perut.

"Cik Yam, redhalah pada takdir.  Ingat pada janji Dia.  Sabar itu banyak ganjarannya.  Tambahan pula anak-anak kita tu pergi di awal usianya.  Belum sampai pun balighnya.  Balasan syurga yang akan kita dapat Cik Yam kalau kita sabar dan redha dengan takdir yang menimpa," nasihat Pak Eh pada isterinya.  Siapa kata hatinya tidak sedih?  Siapa bilang hatinya tidak terasa akan kehilangan anak-anaknya.  Saban hari dia menantikan saat anak-anaknya akan riang bermain dihadapan matanya.  Yang akan menyambut kepulangannya setiap kali dia pulang ke rumah.  Namun, dengan terus bersedih dan meratap begini apakah faedahnya?  Hidup tetap perlu diteruskan.

"Awak tak faham Pak Eh.  Awak langsung tak faham perasaan saya.  Cuba awak bayangkan, di depan mata saya ni saya nampak insan-insan durjana tu ambil anak-anak kita.  Diorang tu culik anak-anak kita depan mata saya.  Namun, saya langsung tak dapat buat apa-apa.  Saya tak berdaya.  Sedih hati saya ni Pak Eh.  Saya rasa macam saya ni ibu yang tak guna," luah Cik Yam lagi.  Teringat detik-detik perit tatkala melihat anak-anaknya dibawa pergi dengan tanpa rasa belas dan simpati.  Di depan dua biji matanya.  Sudah puas dia menjerit.  Sudah puas dia merayu agar anak-anaknya dilepaskan.  Namun tak satu pun usahanya berhasil malah anak-anaknya itu terus dibawa pergi.

"Entahlah Cik Yam.  Tak ada apa lagi yang boleh saya katakan pada awak.  Ayat yang tinggal hanyalah sabar.  Itu saja yang boleh saya katakan Cik Yam.  Ingat janji Dia, sabar itu ada ganjarannya," nasihat Pak Eh lagi ada isterinya.  Hatinya yang sedih kini menjadi perit.  Perit mengenangkan emosi isterinya yang tidak pernah stabil dan riak wajah yang tidak lagi ceria sejak pemergian anak-anaknya.

"Sabar?  Bukan satu anak kita hilang tapi lima Pak Eh. Lima!!" ucap Cik Yam penuh emosi sebelum dia berlalu masuk ke dalam rumah.  Sudah malas mahu terus berbicara dengan suaminya yang dirasakan tidak pernah hendak mengerti akan rasa hatinya.  Balik-balik sabar, sabar dan sabar.  Apa dia tahu tentang perasaan seorang ibu yang kehilangan anak?

"Eh Cik Yam, awak tahu tak awak sekarang ni dah glamour?" kata Pak Eh pada Cik Yam.  Sengaja ingin menceriakan hati isterinya yang sedang rawan.  Mendung yang terlakar diwajah isterinya turut menghalau bahagia dari hatinya.  Tidak sanggup lagi rasanya untuk terus hidup dalam suasana yang suram ini.  Suasana suram ini akan lebih menguatkan lagi ingatannya pada arwah anak-anaknya.  Walauapa pun yang berlaku, dia perlu menyedarkan isterinya bahawa hidup tetap perlu diteruskan.  Allah tak jadikan kita semua semata-mata untuk terus hanyut dalam kesedihan apabila dugaan datang.

Cik Yam hanya menjeling bosan pada suaminya yang sedang tersengih melihatnya.  Cik Yam tahu dan sedar akan usaha suaminya itu.  Namun dia tidak dapat menipu rasa hatinya.  Biar apa pun yang diperkatakan oleh Pak Eh hakikatnya tidak akan berubah.  Anak-anaknya kini sudah tiada lagi.  Anak-anaknya itu diambil dihadapan mata kepalanya sendiri.  Dia sebagai ibu gagal mempertahankan keselamatan anak-anaknya.  Itu yang membuatkan hatinya sedih dan tidak dapat menerima hakikat ini.  Dia malu.  Dia rasa berdosa kerana gagal menjadi ibu yang baik.  Gagal menjaga amanah yang Dia berikan.

"Betul ni Cik Yam.  Pagi tadi waktu saya keluar pergi kerja, saya jumpa gambar saya dan nama awak pada satu tin makanan.  Saya pasti, kat luar sana tu mesti banyak lagi tin-tin macam tu.  Glamour kita Cik Yam.  Hehe... tapi pelik juga saya macam mana gambar kahwin kita boleh terlepas pada diorang sebab gambar saya pada tin makanan tu sedang pakai baju pengantin kita.  Bila saya tengok lama-lama baru saya perasan, kacak juga saya ni ye Cik Yam.  Agaknya sebab tu kot awak terpikat dengan saya dulu?" giat Pak Eh pada isterinya.  Terubat juga hatinya apabila melihat senyuman yang mula terlakar diwajah isterinya.  Benar kata orang, seandainya kita sedang dalam kesedihan, kenanglah nostalgia indah tatkala bersama, insyaallah bahagia itu akan datang dengan sendirinya.

"Awak ni ada-ada jelah Pak Eh," ucap Cik Yam bersama ketawa nipis.  Tiba-tiba sahaja hatinya berbunga tatkala nostalgia indah ketika hari perkahwinan mereka dahulu kembali menjengah.  Teringat betapa galaknya Pak Eh ketawa sebaik sahaja mereka berdua sah sebagai suami isteri.  Sungguh memalukan.  Pengantin buat peragai gila-gila di majlis perkahwinannya.  Sungguh, saat itu merupakan salah satu detik terindah yang pernah berlaku dalam hidupnya.  Cik Yam terus-terusan tersenyum.  Dia semakin tenggelam dalam kenangan lalu.

Cupp!! Satu ciuman singgah di wajah mulus isterinya.  Wajah itu direnungnya lama.  Wajah itu masih indah dan mendamaikan.  Ingat lagi tekadnya ketika dia ingin mencari calon isteri.  Dirinya menginginkan seorang isteri yang mempunyai raut wajah yang mampu mendamaikan hatinya tatkala hatinya marah dan tidak keruan.  Akhirnya, wajah ini yang hadir dalam mimpinya.  Wajah yang sering menjemput damai dihatinya.  Wajah yang mempunyai segaris senyuman yang cukup sederhana tetapi sudah mampu  mengusir segulung taufan di dalam jiwa.  Dirinya cukup bersyukur akan jodohnya ini.

"Saya sayang awak Cik Yam," ucap Pak Eh dalam nada yang seakan-akan berbisik.  Ungkapan itu disebut bersama hantaran perasaan yang sarat dengan cinta, kasih dan sayang.  Biarlah apa pun halangan yang mendatang, namun dia sering berdoa agar jodohnya ini terus berkekalan.

Cik Yam tersenyum bahagia.

"Saya pun sayangkan awak Pak Eh," balas Cik Yam.  Tersentuh hatinya mendengar ucapan ikhlas dari bibir suaminya.

"Jom," ucap Pak Eh sambil mengenyitkan matanya.  Cik Yam tersipu malu.

"Nak ke mana Pak Eh?" tanya Cik Yam pula.

"Tak ke mana.  Duduk di beranda.  Dah lama kita tak berpacaran, kan?  Jom la Cik Yam," beriya-iya Pak Eh mengajak isterinya.  Seronok juga apabila dapat menghabiskan masa berdua begini sekali sekala.  Selama ini dirinya sibuk mencari rezeki.  Dirinya bukanlah orang berada yang boleh bersenang-lenang menggoyang kaki di rumah, dia perlu keluar mencari rezeki untuk isterinya yang tersayang.  Sungguh pun insan sekeliling sering mengatakan bahawa mereka ini daif.  Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Namun dia tidak kisah asalkan hatinya bahagia dengan kehidupannya.  Langsung tiada rungutan pada hidupnya.  Malah hatinya lebih bersyukur dengan segalanya.

"Yelah Pak Eh. Jom," Pak Eh dan Cik Yam berjalan seiringan menuju ke beranda.

 

***

 

"Eh Samad, kau perasan tak ayam kat reban nombor tiga tu mandom semacam je sejak minggu lepas?" tanya Malik pada sahabatnya yang sedang khusyuk mengangkat kotak-kotak yang berisi telur-telur ayam yang sudah sedia untuk dipasarkan.

"Aku perasan.  Alah biasalah tu, ayam tu kan ayam muda.  Baru pertama kali bertelur.  Agaknya dia terkejut kot tengok kita ambil telur-telur dia.  Lama-lama nanti biasa la dia tu," ucap Samad dengan selamba.

"Hmm... agaknya la.  Hari tu waktu aku nak kutip telur-telur dia, bukan main lagi dia berkokok.  Riuh sekampung," balas Malik pula.  Malik berpaling ke arah reban ayam yang tidak jauh dari tempat mereka bekerja.  Kelihatan sepasang ayam sedang khusyuk bertenggek di palang reban.

Psst!! Psstt!  Malik cuba mendapatkan perhatian sahabatnya.

"Apa?"

"Tu cuba kau tengok ayam kat reban nombor tiga tu, macam bahagia je aku tengok.  Tengah dating ke tu?" ucap Malik sambil ketawa.

"Hehe... Agaknya la kot," ucap Samad pula sambil ketawa.

"Dahlah.  Jom kita hantar telur-telur ni.  Nanti lambat pulak kita balik," ajak Samad.

"Jom," akhirnya lori yang berisi telur ayam itu terus berlalu meninggalkan Pak Eh dan Cik Yam bersama nostalgia mereka yang tersendiri.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahaha...
    terkena den.
    ingatkan manusia..serius kes culiknye smpi lima anak ilang.
    skali...ayam daa.

  • (Penulis)
    2) hehe...
    sorry ek adra, xsengaja wat citer ni
    tapi dari semalam idea ni dok kat kepala
    so, terpaksa gak la tulisnya :D
  • 3) mulanye tertanya lak, apsal diorang amik anak ayam... sekali telur ayam daa.....
    nice, mcm kite lak yg jd ayam bile baca citer nih.

  • (Penulis)
    4) alamak, rasa jadi ayam ke adnieyl? hehe...
  • 5) fresh idea,sedap membaca sebab tak meleret di online ni

  • (Penulis)
    6) terima kasih kak kerana sudi membaca :D
  • 7) hehehe... terkena juga sy. terkejut juga mulanya. terus berusaha ya lea! nice story... =)

  • (Penulis)
    8) terkena ridh? hehe... sorry ye :)
  • 9) wah ramai yang membaca tak komen pun. kejam!

    ha ha, cis mula dah agak dah ni kisah ayam. tapi pastu ragu2 sbb cakap pasal tuhan, baligh apa semua. macam ayam ni akan dihitung lak amalan bila mati.

    cis skali betul ayam
    cis kek!
    ha ha!

  • (Penulis)
    10) wahaha...
    cis kek? Nak, Lea suka cis kek
    thanx ye caha sebab sudi baca :D
  • 11) sabar jela den..huhu




  • 12) sengal! muahahaa

    ayemmm tol~~ wuwuwuww
  • 13) lama duk perati komen2 kt live feed... baru tergerak ati nk baca.. hmm... idea yg bagus... camne dpt idea nih?

    good job lea

  • (Penulis)
    14) nurcahaya >> a'ah la kan. Sabo jelah, hehe. =)

    syud >> hehe. kita tak tahu mgkinn itulah luahan hati ayam2 selama ini. keh... keh... keh..

    shazmiey >> sebenarnya idea ni datang after lea solat maghrib beberapa hr lepas. igt xnk tulis tp bila mcm2 yg dtg kat pale tu yg tulis gak. Tp citer simple biasa2 jek.

    to all >> thanx ye sebab sudi baca dan meninggalkan sedikit komen buat tatapan lea. lea sgt2 menghargainya. :D
  • 15) hahahha..selamat baca komen dulu..so taulah nie kisah ayam..huhu..nakal yerrr

  • (Penulis)
    16) hehe.. rain.. tgk komen dulu ek? hehe..
  • 17) wahhhhhhhhhh ince eh n puan yam...i nk bhgn peha seketul erk..sok sy amik k..:)
    bestnyer citer nih...
  • 18) nice...
    jue dh agak dah cite pasal ayam tp xbdjet pn telur ayam...
    ayam pn pandai dating ye??
    heheheheh...sweet sangat...
    keep it up...daaaa

  • (Penulis)
    19) cikaaluk >> u nak peha i.. tidak.. tidak.. pak eh kita kena pergi dr ni cepat coz ada org nak peha kita.. wahaha.. (jerit cik yam)

    pinkygul >> thanx kerana sudi baca citer ni..

Cerpen-cerpen lain nukilan LeaQistina

Read all stories by LeaQistina