Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hadiah dari Syurga

 

 

Hadiah dari Syurga

hds

Cerita ini adalah adaptasi dari sebuah komik bertajuk “Hadiah Dari Syurga”. Pertamanya ini bukan sekali sebuah cerita yang berkisar tentang puisi saya yang bertajuk “Hadiah dari Syurga”. Ceritanya berbeza sekali. Cerita ini tentang cinta, tentang pengorbanan. Cerita tentang kami. Ceritanya bermula begini….

 

Namaku Amira, umur 16 tahun. Aku baru mendapat tahu lelaki yang aku puja telah dimasukkan ke hospital kerana sakit lemah jantungnya. Dengan sepantas mungkin aku bergegas ke hospital. Aku mahu tahu segera keadaannya.

Di depan sebuah bilik. Tertera di luar pintu wad tersebut. NOHARA. Tanpa berlengah lagi tombol pintu dipulas.

“Kau tak apa-apa?” Bokk! Adeh..sakit kepala aku.

“Ah! Maafkan aku..”

“Ops..” Makin kemek lah hidung aku ni. Sambil aku menggosok hidung yang kemek. Aku lantas memandang lelaki yang terpacak di depan aku ni. Lelaki yang berlanggar dengan aku tadi. Serta merta senyumku terukir.

“Hai, Nohara” Dengan mata yang bersinar-sinar. Plastik pau yang ku bawa dipeluk rapat. Makin erat. Makin kuat. Sekuat kerinduan aku pada lelaki ini. Pau kaya dari Kedai Makcik Suri aku bawa khas untuk kami berdua. Aku tahu dia suka.

“Masuklah….” Dia senyum seperti selalu.

Aku turut mengangguk, tersenyum. Serta merta aku toleh kiri kanan. Sekitar wad itu lengang. Hanya kami berdua yang berdiri di luar wad itu. Aku tersenyum lagi. Aku tatap wajahnya. Ada tanda curiga di wajahnya dengan tindakanku itu. Aku lantas mendekatkan diri dengan dia.

“Pau kaya ni ada dua jer..Baik kita makan cepat sebelum ‘dia’ datang ke sini. Jom cepat!” Aku menjungkitkan kaki separuh berbisik ke telinga dia. Risau kalau-kalau ada orang yang curi dengar.

“Dia? Sapa?” Ish mamat ni tanya sapa pulak. Buat-buat tak tahu pulak tuh.

“Lelaki raksasa tu lah!” Tu pun tak boleh nak fikir ker. Aku berbisik dengan semangatnya.

“ Amira?” Eh..sapa pulak panggil nama aku ni. Aku lantas toleh ke belakang.

“Eyhh??” Seorang lelaki terpacak di belakangku dengan tersenyum riang. Lelaki yang aku cukup kenali. Lelaki yang aku puja selama ini.

“Kenapa berdiri di luar? Masuklah dalam,” Nohara?

“Eyhh??” Aku ketap bibir. Peluh mula menitik. Alamak aku dah salah orang ke? Mampus..mampus!

“Amira, lelaki yang raksasa yang kau maksudkan tadi tuh…” Laki tadi mula menegur. Ada sedikit ketegasan dalam suaranya. Suara tak puas hati.

“Uhh..” Alamak!!! Aku tersilap lagi. Habislah. Aku lantas berpaling kembali. Memandang wajah lelaki yang aku semangat berbisik dari tadi. “Nahara!!!?” Memang sah dia!!! Matilah….

“Oit..jangan bisinglah!!” Dengan pantas tangan anak muda tu menekup mulut aku.

Hoi!! Apa main tekup-tekup mulut ni. Tak boleh bernafaslah!!!

*****

“Nah!!” Nahara meletakkan sebiji pau di tangan Nohara yang duduk di birai katil. “Satu untuk kau, satu untuk aku,” Selumber je dia ambil satu kasi Nohara, dan lagi sebiji dia ambil, tanpa sedikit pun perasaan malu. Nohara pula masih terkebil-kebil tak paham.

“Eh? Eh?” Apa pasal aku tak dapat pulak ni. Bukan pau tu aku yang pergi beli ker? Aku telan air liur kecewa. Terbayang keenakkan pau Suri yang terkenal dengan kesedapannya. Melihatkan luar pau yang gebu sahaja sudah membuatkan aku kecur liur.

“Kau dihukum sebab panggil orang ‘raksasa’,” Apsal pulak? Sesuka hati jer mamat ni nak hukum aku. Aku ketap bibir geram. Menyampah betul tengok budak raksasa ni.

“Kenapa ni?” Nohara pandang aku sambil tersenyum lembut.

“Sebenarnya….Err..Err….” Nak bagitau ke? Salah aku juga. Sapa suruh gatal mulut cakap yang bukan-bukan. Aku cuma diam. Tak jadi nak mengadu.

“Aku tak naklah. Nah, kau makanlah dengan abang aku,” Eh..Eh..aku bukan berebut pasal pau tu lah. Kau ni Nohara memang baik hatilah! Aku sambut pau yang Nohara kasi dengan serba salah. Aku pandang wajahnya. Dengan rambut yang terjurai jatuh menutupi mata sepetnya. Aku dapat rasa keikhlasan yang terpancar dari dalam hatinya.

Nohara Aimi. Umurnya 16 tahun. Sebaya dengan aku. Nohara memang baik hati. Dia kawan aku dari kecil lagi. Tetapi Nohara menghidap penyakit lemah jantung sejak lahir. Sejak kecil lagi dia sering dimasukkan ke hospital. Nohara mempunyai seorang saudara kembar. Kembar seiras! Nahara Aiman cuma lebih tua beberapa minit darinya. Nahara sentiasa berada di sisi Nohara. Sebab tu aku selalu tertukar identiti mereka berdua. Wajah mereka memang 100% seiras cuma perangai mereka yang berbeza. Dan aku lagi sukakan Nohara!

“Kau makan tak setiap kali waktu makan?” Aku dengar si Nahara bertanya dengan adik kesayangannya. Mereka berdua duduk menghadap di atas katil. Nohara di kepala katil. Nahara di kaki katil. Sementara aku masih tercegat berdiri di hujung katil, di belakang Nahara. Mendengar dua beradik tu bersembang.

“Makan,” Lemah benar jawapan Nohara. Aku dapat rasa kesakitan yang ditanggung dalam setiap kata-katanya.

“Kau nampak makin kurus je,” tegur Nahara lagi. Aku tahu dia risau dengan keadaan kembarnya itu.

“Sebab aku kurang selera makan sejak akhir-akhir ini,” keluh Nohara.

“Rasalah sikit,” Nahara pantas menghulurkan pau kaya miliknya yang masih belum terusik.

“Err…Nohara..Kau ambillah aku punya pau kaya ni,” Aku hulurkan pau kaya yang dipulangkan oleh Nohara tadi.

“Tak apa Amira. Kau makanlah. Aku boleh kongsi dengan Nahara,” Aku mengeluh berat. Serba salah.

“Kalau tak nak, kasi aku je. Terima kasih,” Serta merta Nahara yang duduk di kaki katil merampas pau aku. Pau Kaya Suri lantas bertukar tangan.

“Ha..NGAP!” Selumber budak raksasa tu makan pau kaya aku.

“Eii….geramnya aku dengan perangai kau ni!!!” Siaplah kau! Aku rasa nak cekik je mamat tu sekarang. Merah padam muka aku tahan marah.

“Uihh…hodohnya muka! Baik kau jangan tunjuk muka macam tu, nanti tak pasal-pasal Nohara makin sakit,” Kurang ajarnya budak! Dahla makan pau aku, boleh pulak mengutuk aku depan-depan. Depan Nohara pulak tu.

“Hodoh, hodoh! Perangai kau tu yang hodoh!” Hah…kan dah dapat dari aku. Kau tak tahu aku sapa kan. Ini Amira lah!

“Rasa nak demam tengok muka hodoh kat sini,” Eeiii..boleh dia cakap lagi. Mamat raksasa ni memang sengaja cari pasal dengan aku!

“Amira tak hodohlah. Dia kan comel,” Erk? Serta merta darjah kemarahan aku turun ke 0°C. Aku pandang Nohara. Dia hanya tersenyum. Manis. Arghh..kau memang terlalu baik. Tak macam raksasa yang seekor ni! Huh! Aku jeling ke arah Nahara.

“Hah? Kat mana yang comelnya?” Dengan selumber Nahara cubit kedua-dua pipi aku. Dibelek-belek wajah aku dengan penuh serius.

“Oit…sakitlah mangkuk!!” Bodoh betul mamat ni. Sakit pipi aku ni ha kena cubit macam ni. Dahla tangan kasar!! “Adoii…lepaslah!!!”

“Tengok korang gembira, aku jadi cemburu. Aku tak pernah keluar berjalan-jalan di taman. Nak keluar dengan kawan-kawan pun tak boleh sebab aku sakit,” Serta merta cubitan Nahara terlerai dari pipi aku. Rasa kebas kejap. “Hampeh betul la si Nahara ni,” Aku usap-usap pipi yang masih sakit.

“Aku harap dapat merasa hidup macam orang lain. Aku nak merasa keluar berdating dengan Amira…” Aku terkedu sekejap. Aku tenung wajah Nohara. Dia mengeluh perlahan. Mungkin kesal dengan keadaan dirinya begitu. Kesian Nohara!

“Errr..jap..aku..?” Betul ke budak ni nak keluar dengan aku? Yeay!! Ada pesta kembang api dalam hati aku. Aku melangkah duduk rapat menghadap Nohara.

“Betul ke kau nak keluar dengan aku?” Aku soal lagi. Minta kepastian. Biar aku tak silap dengar. Dan aku perasan Nahara turun dari katil dan berjalan keluar.

“Ya, tapi aku kan sakit, mana boleh keluar,” balas Nohara tergelak kecil. “Ah?” Ala..aku tahu dia cuba menyembunyikan kekecewaannya itu. Kau tak boleh tipu aku Nohara!

“Nahara…” panggil Nohara sebelum sempat mamat tu keluar dari wad. “Kau gantikan tempat aku boleh? Bawa Amira keluar dating. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak. Aku dapat tengok gambar pun cukuplah!” ucap Nohara tiba-tiba. Tersenyum dengan puas hati. Automatik aku dan Nahara saling berpandangan.

“Eeyyhhh….?!!!!” Nahara dengan muka terkejutnya. Dan aku…

“Tak nak! Tak nak! Tak nak!!” Eii..apa pasal kena keluar dengan raksasa ni pulak. AKU TAK NAK!!!

*****

Bersambung…..

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Woooiit, mana aci cerita pendek bersambung...
  • 2) wah..
    knape ade sambungan?
    huhuu..
    apdet cpt plisss...
    btw, jika ianya adaptasi,
    adakah bermaksud cerita ini sama seperti novel grafik di atas tu?
    sekadar bertanya..
  • 3) bersambung..ikut stail hulubalang...adakah kesalahan ejaan itu disengajakan seperti maap dan bukan maaf..perkara kecil sahaja .jgn ambil hati.bukan satu cerpen yang mengikut format cerpen tetapi cukuplah sebagai bacaan online..cuma bila ending tak ada terasa cam terpinga-pinga..

  • (Penulis)
    4) abg upenyu::
    hehe..aci kat estet
    bot dalam proses menyiapkan.cerita ni pendek.xsesuai kot dalam kategori novel.

    as::
    yup! cerita ni sama dari segi idea nya. dan mungkin ada persamaan dalam beberapa dialognya juga. bot cuba mengolahnya dalam bentuk cerita.maaf kalau cara ni salah dari segi penulisan. sekadar ingin berkongsi. sebab cerita ni best.[yg dlm komik tu lah, yg bot tulih ni, nth paper jer]

    kak marea::
    haah ade salah ejaan, bot dah betulkan. terima kasih kak. cerita ni memang xikut format penulisan pun. sekadar suka2. banyak bahasa pasar yg digunakan.

    harap semua terhibur membacanya (:
  • 5) erkk?
    bersambung pulak daaa...
    cpt333..
    sambung333
  • 6) tengah best2 bace bersambung pulak..
    sambut cepat2 ye...

  • (Penulis)
    7) nurcahaya & iqah::
    terima kasih membaca (:
  • 8) haha~ cpt le smbung ye~
  • 9) hahaha... saya tahu cerita komik ni~~~~ dah baca.. memang best citer ni.. hupdet cepat~~~~ ehhehe
  • 10) haha comel~~

    hurm..I used to have twin as my bestfren..

    ape khabarlah dia gamaknyerr..

Cerpen-cerpen lain nukilan rObOt

Read all stories by rObOt