Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
~Maafkan I~
Oh,aku mengaku. Aku memang tak tahu beza kaburator dengan
radiator tapi aku selamba macho menyebut "Bang, jangan lupa isi air sekali dalam
kaburator kereta saya ek." Aku senyum dan dengan selamba memalingkan badan
menuju ke arah sofa yang warna dia tak ubah macam warna kelabu asap.
Entah-entah dah berzillion bakteria beranak pinak dekat situ tapi takpela, sistem immunisasi akukan kelas pertama! Tip-top!
Aku duduk membelek 5
Tahun 5 Bulan karya Hlovate. Abang mekanik yang tadi merenung dengan tekun
waktu aku memberikan arahan ketawa sorang-sorang. Macam nak tahan kentut pun
ada sebab asyik tekan-tekan perut. Aku rasa kalau tak sebab ada glycerol sepah-sepah
atas lantai maunya dia dok golek-golek atas lantai. Apa yang lucu pun tak tahu.
Lantak ko lah labu.
Dengan jumpsuit merah dan cap terbalik, Abang mekanik tu
asyik pandang-pandang selang beberapa minit sambil tekup mulut. Aku terasa
seperti anak panda comel yang matanya sedang berkelip-kelip sambil makan pucuk
buluh. Sekejap-sekejap pipi aku kemerah-merahan lalu aku tersipu-sipu
malu tapi cuba diselindungi dengan memfokuskan diri pada novel bunga daisi tu. Aku
tak betah begini.
Bila Abang mekanik tu lalu depan aku je, cepat-cepat aku
tunduk kembali. Malu rasanya hendak
bertentang mata padahal kalau boleh saat ni nak aja aku ajak abang tu menari
Aap Ka Dil Hamare Paase Hai, Haamara Dil Aap Ke Paase Hai sambil membayangkan
akulah Aishwarya Raidan dialah Anil Kapoor. Oh, indah!
Baru tak sampai setengah jam aku parkirkan kereta aku dekat
bengkel Yap Seng ni. Lepas tu kedatangan aku disambut dengan girang oleh akak
berspek tebal dengan pendakap gigi Betty La Fea. Aku yang tak tahu apa-apa ni terus
membuntuti akak tu ke ofis. Langkah yang diatur kemas dan ayu mengalahkan
perempuan Melayu terakhir membuatkan aku tercicir lima belas langkah
dibelakang dan waktu tengah berjalan tulah aku terpandangkan dia. Ye, Abang
Mekanik tu.
Dengan muka ala Bront Palarae. Eh bukan, sebijik macam Bront
Palarae. Aku terasa seperti Zoela sebaik je terpandangkan dia.Walaupun kalau
ikutkan beza aku dengan Zoela tu macam ibarat membezakan Shrek dengan Snow
White tapi aku memang perasan. Begitulah ibaratnya.
"Sop, tolong akak amik stok oil filter ni jap!." Akak
berspek mata bulat dengan ketinggian seekor smurf tapi berkelebaran seperti
tembok kremlin itu tersengih manja. Ei,ini sudah lebih. Abang dagu lebar tu saya punyalah kak!
Walaupun saya tak pasti apekah nama beliau. Sop? Sopan? Sopia? Usop kot. Ada
sop sop gak. Walaupun saya tak pasti dia nak saya ke idak tapi saya kira hape.
Aku diam je sambil menyaksikan panorama Abang mekanik
membantu akak Betty. Padahal Abang Sop tu panjat tangga gak nak ambil oil
filter tu. Tak reti buat sendiri ek?. Marah aku setinggi gunung Everest tapi
tak sempat meletup lagi sebab aku bukan gunung Merapi . Ye, aku sangat cemburu.
Grr..grr.. Rasa nak gigit-gigit akak tu sambil piat telinga dia dan bagi amaran - Jangan gedik sangat boleh tak?
Sementara tunggu member dia buang minyak dari kereta, Abang
Sop datang dan melabuhkan punggung disebelah aku. Walaupun mengharapkan dia lebih
dekat tapi tak sanggup juga aku mendekat mengenangkan bau peluh jantan dia yang
semakin menusuk hidung. Aku tahan nafas sambil pura-pura senyum dengan muka
kelat.
Dia senyum balik. "Belajar ke dik?." Cuba berbasa-basi. Aku
tahu itu cubaan untuk mengorat.Aku kalihkan tangan dari novel dan mencari
sesuatu didalam beg. Sebaik sahaja terpandangkan plastik merah coklat tu, aku
tersenyum lega. Terus Hacks aku sumbat dalam rongga mulut. Biar terasa nyaman
dengan eucalyptus.
"A'ah." Aku menjawab sepatah. Kemudian tunduk kembali memandang
lantai. Ah,malu rasanya mahu bertentang mata dengannya. Suasana hening tiba-tiba.
Senyap. Sebaik sahaja aku angkat muka, rupa-rupanya Abang Sop tu dah blah. Cis!
Tak tunggu lama. Aku terus mengambil langkah drastik dengan
pergi ke arah kereta aku. Aku lentokkan kepala ditepi pintu. Harus progresif.
Harus! Rasanya, aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan mamat ni jadi aku
takkan lepaskan dia. Aku senyum yakin. Abang Mekanik mempunyai pakej yang cukup
lengkap.
Berdagu lebar
Berdada sasa
Senyum menawan
Pandang tak jemu. Oh pandang tak jemu.
Aku pasti kalau aku bawak Abang Sop ni kemana-mana pasti
semua mata tak berkedip memandang. Pasti semua akak-akak aku akan mengalami jaw drop dek penangan ketampanan dia.
Masalah bau badan? Oh,Rexona kan ada.
"Dik kaburator dekat mana dik?." Dia angkat cap yang
menutupi separuh kepala dia. Sampai mata dia yang coklat tu pun hampir hilang.
Bang, can I say something? You will look
more hot without that stupid cap. Aku cuba meluahkan tapi macam ada sesuatu
yang tersekat dikerongkong.
Aku blur ayam. Terus dengan yakin tunjuk ke arah hadapan
kereta. Selalunya dekat bahagian enjinlah wujudnya benda-benda macam tu. Ye
tak?. Abang Sop ketawa berdekah-dekah. Saya ni kelakar ke? Ah,ni yang malu lagi
ni. Aku rasa pembuluh darah semakin melebar. Darah merembes-rembes keluar
menuju ke pipi. Memberikan impak merah tanpa pemakaian blusher.
"Sayanggg.. kita isi air dekat radiator. Bukan kaburator."
Abang Mekanik ketawa berdekah-dekah. Hampir nak terkeluar kelenjar tiroid
sebab kuat sangat ketawa. Sayang? Oh, aku tak silap dengarkah?
Maka bertambah-tambah malu aku dibuatnya bila Abang Sop
menegur begitu. Sambil pusing-pusingkan jari jemari, aku mula bersuara.
"Saya tatau. Selalu Abah yang hantar pergi bengkel." Aku
cuba buat muka seayu mungkin sambil dalam hati berkira-kira untuk bertanya ‘Abang single tak? Kalau single boleh saya
masuk line'
Itu cuma monolog dalaman sebab hakikatnya aku tersangatlah
pemalu. Membesar dengan adik-beradik yang semuanya perempuan. Tak ada kawan
lelaki. Aku memang begini. Malu tapi mahu.
Aku duduk kembali dengan rasa malu yang amat. Tak berani dah
nak main-main mata dengan Abang Sop. Patutlah dari tadi dia dok gelak-gelak.
Haihhh..malu maluuu.
Aku sandarkan badan walaupun sofa tu tak empuk tapi bantai
jela. Tiba-tiba akak Betty memanggil. Aku bayar RM130.50. Kopaklah bulan ni.
Adess! Nasib baik aku bukan perempuan tipikal, tak ada bajet mekap bulanan mahupun
peruntukan shopping baju dan kasut. Maintenance saya memang moderate.
Waktu aku nak masuk dalam kereta. Abang Sop memanggil aku
lembut. Aku kalihkan pandangan. Tak jadi nak memboloskan diri ke dalam kereta.
"Dik..."
"Ye..?." Aku diam. Senyum manja.
"Err..nak nombor henfon bole?." Oh tadi macam jual mahal.
Seronok je gelakkan aku punya tahap pengetahuan am.
"Nak buat apa?." Tiba-tiba aku jadi berani. Jual mahal sikit.
Mahal sikit!.
"Nak masukkan dalam papan iklan. Lepas tu gantung tepi
jalan." Ces! Sempat lagi buat lawak loyar buruk. Aku terus protes, gertak nak
masuk dalam kereta.
Dah siap tutup pintu tapi tak gerak pun lagi.
"Eh eh. Merajuk?. " Dia mendekat. Tersenyum.
Aku buat muncung ala platipus. Sejak bila aku pandai
menggedik ni? Wah wah!
"Abang nak call..Bole?." Aku terus tersengih suka tapi
cepat-cepat cover dengan menekup mulut dengan kedua-dua belah tangan. Abang Sop
ketawa bedekah-dekah. Mata dia bersinar-sinar macam guli.
"Nah, 012-XXX XXXX." Kata aku sambil dia cepat-cepat menulis
pada lengan.
"Thanks. Drive elok-elok k." Dia berpesan. Aku tahu dia
bimbangkan bakal isterinya ini.
Aku senyum lalu mula memandu. Sambil-sambil tu aku pandang
dia melalui cermin pandang belakang. Member dia tadi menepuk-nepuk bahu dia
sambil menyakat. Lepas dah habis menepuk, diketuknya pulak kepala Abang Sop.
Weii..sakitlah kepala bakal bf aku tuuu!
Aku senyum lagi. Kereta aku bergerak selembab siput. Hati
rasa berbunga-bunga. Aku angkat kepala. Pandang lagi ke arah dia. Member dia
dah tarik cap atas kepala dia sambil berlari masuk dan dia terjerit-jerit.
Dan aku...
Terdiam..
Terpaku..
Aku nampak sindrom Alopecia didepan mata. Mungkin tidak
sepenuhnya tapi tetap Alopecia. Rambut Abang Sop separuh botak ditengah.
Mungkin tidak licin seperti Pak Selamat dalam Spanar Jaya tapi tetap botak.
Aku ketap bibir. Rasa macam nak jerit-jerit. Punah sudah
harapanku. Patutlah dia pakai cap. Ah,dimana hendak kuletak muka kalau orang
tahu? Aku masih cool atau cuba berlagak selamba padahal kaki dah acceleratekan
kereta.
Oh,maafkan I. Kita tak mungkin bersama Abang Sop.
Dalam otak sudah
berkira-kira. Balik karang kena beli simkad barulah nampak gayanya. Maafkan I.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) jap! ni citer syud ke citer orang? kalo citer syud... ups... tahan gelak... tahan gelak ida.. huhuu... hmmphhhhmmphh....
- shazmiey
- 14 years ago
-
2) hahaha.. seb baik cerpen... kehkehkeh
- shazmiey
- 14 years ago
-
3) hahahhahaa....syud2...apa salahnye kalu separa botak...tapi mcm bront palarae tuh.. kalu bau badan ade 'rexona'..kepala yg separa tu lak ade 'Yun Nam Hair Care'...huhuhu bleh adjust tu syud
- Darthside4
- 14 years ago
-
4) tak payah tukar sim card, buat2 wrong no je
- zInggOf
- 14 years ago
-
5) ahahahhahahah.. kelakar.. ini kisah rekaan ke kisah benar nih? *wink wink* ..
cakap jer salah no lenkali.. hihihi..- safina17
- 14 years ago
-
7) ok.. aku agak terasa! fine junior! hahahaha
- loca
- 14 years ago
-
8) mengenali syud,
ejaan pasar aside, tulisan yang ni antara paling kemas dan flow penceritaannya.
satu kemajuan.
penulis menggarap watak yang attitud dan personalitinya berlainan dari kebiasaan watak ciptaan beliau sebelum ini.
tidak begitu naif. buat masih naif.
mungkin, siapa tahu, akan ada moderator yang sudi membuat reviu panjang mengenainya bagi buletin Kapasitor MS bulan depan.
kipidap!- cahatomic
- 14 years ago
-
10) Okay, satu cerita yang menghiburkan. Cuma akak hairan kenapa Syud bermain dengan perkataan bahasa inggeris sebegitu bercampur aduk dengan cerita. Akak faham dengan 'flow' ceritanya, akak suka sangat tetapi contohnya 'immune system' boleh ditulis kepada 'sistem imun',' cuba dikaver' boleh ditulis kepada' cuba melindungi'. banyak lagilah kalau akak nak tulis satu persatu.
Terus terang akak rasa hendak menitiskan airmata, kerana cerita yang sebaik ini (menghiburkan) dirosakkan oleh perkataan-perkatan seperti 'dikaver'dan lain-lain. akak bukan mencari kesalahan, cuma ingin melihat cerita sebaik ini diangkat mutunya ke tahap yang lebih tinggi.
Ada masa tolonglah SYUD baca balik, renungkan apa yang SYUD persembahkan. akak tahu SYUD bukan calang-calang orang, jadi besarlah harapan akak untuk melihat sedikit pembetulan nanti. sekian.- mr_kajiwa
- 14 years ago
-
11) setuju dengan kak maria
syud pun dah kira penulis yang dah lama menulis. dah boleh garap dengan baik.
mungkin dah sampai masanya untuk up satu level?- cahatomic
- 14 years ago
-
12) mak ai! hoho..gara2 botak terus nak cabut eyh..tu la lenkali teliti dulu btl2. ngeh ngeh.
citer yg lucu..tp santai. =)- adra
- 14 years ago
-
13) ida: cite syud taip pagi td.tade keje
im: sponsorkanlah abg mekanik tuuuu
apun: ha'ah,btol gak.xpon xyah jwb. agagaga
sap: rekaan je sap. tah ble mase syud g ngorat abg mekanik..heee
ain: ek? nnti ain kawen dgn laki separa botak tau! huhu
acol: y snior y? u botakkah?
caha: hoho.looks like mmg patut dibuat reviu yang panjang lebar. jgn menaip sesuka hati n sesedap rasa~ wuwu
bayimilokebangsaan: really?tQ~
kak maria: okey, bakal saya betulkan petang nanti.
- syud
- 14 years ago
-
15) serius kelakar! so apa lagi syud..sambutlah cadangan imran...Yu Nam Hair Care. hehhehehe
- putri_alya
- 14 years ago
-
19) =D
Tahan gelak...tak kisah la apa org2 yg kat atas komen tp sbb your story made me smile di kala Teja tgh stress & penat, thanks byk2 to you, syud....
- Teja
- 14 years ago
-
20) lya: suh Abang Mekanik tulaa..rambut syud oke ek
nurcahaya: hehe.like I know~~ haha, saya berpura-pura tahu padahal saya pun tatau gak..
nurie:bz~ tade idea. menulis pun semakin hampeh.
mizz: tocei.tocei!~- syud
- 14 years ago
-
21) Teja: u're welcome~~
- syud
- 14 years ago
-
22) ahahahha...botak tu kn menawan
- kamalia
- 14 years ago
-
23) ok la 2...
sy pny mber pakai kereta dah lame..
tbe2 satu pg die suh g panaskan enjin kete sblm kuar..
dia suh isi air sekali takut kering..
saya tgu kat kete smpi die dtg sbb xtau kat mn nk isi air..
trun jew die,die tny dh isi air ke lum,sy ckp la blum sbb xtau nk isi kt ne..
tbe2 die ckap"xboleh hrp la ko ni,klu ko xtau aku lg la xtau".
agak selama ni dia isi air kat mn la agknya..- ceq_zue77
- 14 years ago
-
24) hohohoho
- Aniegma
- 14 years ago
-
25) syud!
sile ambil cth zidane, die hot ok?
sape kate org botak tak hot
cite ni sgt menghiburkan la syud!- uculer
- 14 years ago
-
28) kamalia: itam itu juge menawan~ ihiks
ceq:syud pn xreti isi air gak..haha
aniegma: huhuhuu
ucu: ye,sapa kate botak tidak hawt? sila ambil jason statham. i like him. hawt!! *sy suke transporter!*
- syud
- 14 years ago
-
30) Setahu saya, cerpen pda dasarnya hendaklah terdiri dari tiga bahagian, bahagian pertama pengenalan, bahagian ke 2, konflik cerita dan bahagian 3 penyelesaian konflik. Cerita syud ini boleh dikategorikaan sebagai satu catatan bukan cerpen.
Satu catatan yang baik dan menghiburkan.- Upenyu
- 14 years ago
-
31) ling: macam berdasarkan kisah sebenar jek.ups..hahaa
- marea_666
- 14 years ago
-
32) hahahaha...klaka la citer nih...dr awal smpi ke abes x benti gelak..adoyai...tp org kater org separa botak ni pndi math tau..huhu..
- kupu2(^_^)
- 14 years ago
-
33) pak Penyu: hehe..ni cite saje2 je..dah lama xmnulis
lalink: geget nak?ble mase i wat cmni..i setia oke? hoho
kupu2:haa..pe lagiii..moh carik laki botak!
- syud
- 14 years ago
-
34) aahahahahaha kelakarrr!!!! ai like!!
- NJay
- 14 years ago
-
36) sexy ape botak2 nih..
hahahaaa..- hatikidal
- 13 years ago