Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

~Maafkan I~

  • 36
  • syud
  • 14 years ago
  • 3,999
  • FREE

 

Oh,aku mengaku. Aku memang tak tahu beza kaburator dengan radiator tapi aku selamba macho menyebut "Bang, jangan lupa isi air sekali dalam kaburator kereta saya ek." Aku senyum dan dengan selamba memalingkan badan menuju ke arah sofa yang warna dia tak ubah macam warna kelabu asap. Entah-entah dah berzillion bakteria beranak pinak dekat situ tapi takpela, sistem immunisasi akukan kelas pertama! Tip-top!

 Aku duduk membelek 5 Tahun 5 Bulan karya Hlovate. Abang mekanik yang tadi merenung dengan tekun waktu aku memberikan arahan ketawa sorang-sorang. Macam nak tahan kentut pun ada sebab asyik tekan-tekan perut. Aku rasa kalau tak sebab ada glycerol sepah-sepah atas lantai maunya dia dok golek-golek atas lantai. Apa yang lucu pun tak tahu. Lantak ko lah labu.

Dengan jumpsuit merah dan cap terbalik, Abang mekanik tu asyik pandang-pandang selang beberapa minit sambil tekup mulut. Aku terasa seperti anak panda comel yang matanya sedang berkelip-kelip sambil makan pucuk buluh. Sekejap-sekejap pipi aku kemerah-merahan lalu aku tersipu-sipu malu tapi cuba diselindungi dengan memfokuskan diri pada novel bunga daisi tu. Aku tak betah begini.

Bila Abang mekanik tu lalu depan aku je, cepat-cepat aku tunduk kembali.  Malu rasanya hendak bertentang mata padahal kalau boleh saat ni nak aja aku ajak abang tu menari Aap Ka Dil Hamare Paase Hai, Haamara Dil Aap Ke Paase Hai sambil membayangkan akulah Aishwarya Raidan dialah Anil Kapoor. Oh, indah!

Baru tak sampai setengah jam aku parkirkan kereta aku dekat bengkel Yap Seng ni. Lepas tu kedatangan aku disambut dengan girang oleh akak berspek tebal dengan pendakap gigi Betty La Fea. Aku yang tak tahu apa-apa ni terus membuntuti akak tu ke ofis. Langkah yang diatur kemas dan ayu mengalahkan perempuan Melayu terakhir membuatkan aku tercicir lima belas langkah dibelakang dan waktu tengah berjalan tulah aku terpandangkan dia. Ye, Abang Mekanik tu.

Dengan muka ala Bront Palarae. Eh bukan, sebijik macam Bront Palarae. Aku terasa seperti Zoela sebaik je terpandangkan dia.Walaupun kalau ikutkan beza aku dengan Zoela tu macam ibarat membezakan Shrek dengan Snow White tapi aku memang perasan. Begitulah ibaratnya.

"Sop, tolong akak amik stok oil filter ni jap!." Akak berspek mata bulat dengan ketinggian seekor smurf tapi berkelebaran seperti tembok kremlin itu tersengih manja. Ei,ini sudah lebih.  Abang dagu lebar tu saya punyalah kak! Walaupun saya tak pasti apekah nama beliau. Sop? Sopan? Sopia? Usop kot. Ada sop sop gak. Walaupun saya tak pasti dia nak saya ke idak tapi saya kira hape.

Aku diam je sambil menyaksikan panorama Abang mekanik membantu akak Betty. Padahal Abang Sop tu panjat tangga gak nak ambil oil filter tu. Tak reti buat sendiri ek?. Marah aku setinggi gunung Everest tapi tak sempat meletup lagi sebab aku bukan gunung Merapi . Ye, aku sangat cemburu. Grr..grr.. Rasa nak gigit-gigit akak tu sambil piat telinga dia dan bagi amaran - Jangan gedik sangat boleh tak?

Sementara tunggu member dia buang minyak dari kereta, Abang Sop datang dan melabuhkan punggung disebelah aku. Walaupun mengharapkan dia lebih dekat tapi tak sanggup juga aku mendekat mengenangkan bau peluh jantan dia yang semakin menusuk hidung. Aku tahan nafas sambil pura-pura senyum dengan muka kelat.

Dia senyum balik. "Belajar ke dik?." Cuba berbasa-basi. Aku tahu itu cubaan untuk mengorat.Aku kalihkan tangan dari novel dan mencari sesuatu didalam beg. Sebaik sahaja terpandangkan plastik merah coklat tu, aku tersenyum lega. Terus Hacks aku sumbat dalam rongga mulut. Biar terasa nyaman dengan eucalyptus.

"A'ah." Aku menjawab sepatah. Kemudian tunduk kembali memandang lantai. Ah,malu rasanya mahu bertentang mata dengannya. Suasana hening tiba-tiba. Senyap. Sebaik sahaja aku angkat muka, rupa-rupanya Abang Sop tu dah blah. Cis!

Tak tunggu lama. Aku terus mengambil langkah drastik dengan pergi ke arah kereta aku. Aku lentokkan kepala ditepi pintu. Harus progresif. Harus! Rasanya, aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan mamat ni jadi aku takkan lepaskan dia. Aku senyum yakin. Abang Mekanik mempunyai pakej yang cukup lengkap.

Berdagu lebar

Berdada sasa

Senyum menawan

Pandang tak jemu. Oh pandang tak jemu.

Aku pasti kalau aku bawak Abang Sop ni kemana-mana pasti semua mata tak berkedip memandang. Pasti semua akak-akak aku akan mengalami jaw drop dek penangan ketampanan dia. Masalah bau badan? Oh,Rexona kan ada.

"Dik kaburator dekat mana dik?." Dia angkat cap yang menutupi separuh kepala dia. Sampai mata dia yang coklat tu pun hampir hilang. Bang, can I say something? You will look more hot without that stupid cap. Aku cuba meluahkan tapi macam ada sesuatu yang tersekat dikerongkong.

Aku blur ayam. Terus dengan yakin tunjuk ke arah hadapan kereta. Selalunya dekat bahagian enjinlah wujudnya benda-benda macam tu. Ye tak?. Abang Sop ketawa berdekah-dekah. Saya ni kelakar ke? Ah,ni yang malu lagi ni. Aku rasa pembuluh darah semakin melebar. Darah merembes-rembes keluar menuju ke pipi. Memberikan impak merah tanpa pemakaian blusher.

"Sayanggg.. kita isi air dekat radiator. Bukan kaburator." Abang Mekanik ketawa berdekah-dekah. Hampir nak terkeluar kelenjar tiroid sebab kuat sangat ketawa. Sayang? Oh, aku tak silap dengarkah?

Maka bertambah-tambah malu aku dibuatnya bila Abang Sop menegur begitu. Sambil pusing-pusingkan jari jemari, aku mula bersuara.

"Saya tatau. Selalu Abah yang hantar pergi bengkel." Aku cuba buat muka seayu mungkin sambil dalam hati berkira-kira untuk bertanya ‘Abang single tak? Kalau single boleh saya masuk line'

Itu cuma monolog dalaman sebab hakikatnya aku tersangatlah pemalu. Membesar dengan adik-beradik yang semuanya perempuan. Tak ada kawan lelaki. Aku memang begini. Malu tapi mahu.

Aku duduk kembali dengan rasa malu yang amat. Tak berani dah nak main-main mata dengan Abang Sop. Patutlah dari tadi dia dok gelak-gelak. Haihhh..malu maluuu.

Aku sandarkan badan walaupun sofa tu tak empuk tapi bantai jela. Tiba-tiba akak Betty memanggil. Aku bayar RM130.50. Kopaklah bulan ni. Adess! Nasib baik aku bukan perempuan tipikal, tak ada bajet mekap bulanan mahupun peruntukan shopping baju dan kasut. Maintenance saya memang moderate.

Waktu aku nak masuk dalam kereta. Abang Sop memanggil aku lembut. Aku kalihkan pandangan. Tak jadi nak memboloskan diri ke dalam kereta.

"Dik..."

"Ye..?." Aku diam. Senyum manja.

"Err..nak nombor henfon bole?." Oh tadi macam jual mahal. Seronok je gelakkan aku punya tahap pengetahuan am.

"Nak buat apa?." Tiba-tiba aku jadi berani. Jual mahal sikit. Mahal sikit!.

"Nak masukkan dalam papan iklan. Lepas tu gantung tepi jalan." Ces! Sempat lagi buat lawak loyar buruk. Aku terus protes, gertak nak masuk dalam kereta.

Dah siap tutup pintu tapi tak gerak pun lagi.

"Eh eh. Merajuk?. " Dia mendekat. Tersenyum.

Aku buat muncung ala platipus. Sejak bila aku pandai menggedik ni? Wah wah!

"Abang nak call..Bole?." Aku terus tersengih suka tapi cepat-cepat cover dengan menekup mulut dengan kedua-dua belah tangan. Abang Sop ketawa bedekah-dekah. Mata dia bersinar-sinar macam guli.

"Nah, 012-XXX XXXX." Kata aku sambil dia cepat-cepat menulis pada lengan.

"Thanks. Drive elok-elok k." Dia berpesan. Aku tahu dia bimbangkan bakal isterinya ini.

Aku senyum lalu mula memandu. Sambil-sambil tu aku pandang dia melalui cermin pandang belakang. Member dia tadi menepuk-nepuk bahu dia sambil menyakat. Lepas dah habis menepuk, diketuknya pulak kepala Abang Sop. Weii..sakitlah kepala bakal bf aku tuuu!

Aku senyum lagi. Kereta aku bergerak selembab siput. Hati rasa berbunga-bunga. Aku angkat kepala. Pandang lagi ke arah dia. Member dia dah tarik cap atas kepala dia sambil berlari masuk dan dia terjerit-jerit.

Dan aku...

Terdiam..

Terpaku..

Aku nampak sindrom Alopecia didepan mata. Mungkin tidak sepenuhnya tapi tetap Alopecia. Rambut Abang Sop separuh botak ditengah. Mungkin tidak licin seperti Pak Selamat dalam Spanar Jaya tapi tetap botak.

Aku ketap bibir. Rasa macam nak jerit-jerit. Punah sudah harapanku. Patutlah dia pakai cap. Ah,dimana hendak kuletak muka kalau orang tahu? Aku masih cool atau cuba berlagak selamba padahal kaki dah acceleratekan kereta.

Oh,maafkan I. Kita tak mungkin bersama Abang Sop.

Dalam otak  sudah berkira-kira. Balik karang kena beli simkad barulah nampak gayanya. Maafkan I.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) jap! ni citer syud ke citer orang? kalo citer syud... ups... tahan gelak... tahan gelak ida.. huhuu... hmmphhhhmmphh....
  • 2) hahaha.. seb baik cerpen... kehkehkeh
  • 3) hahahhahaa....syud2...apa salahnye kalu separa botak...tapi mcm bront palarae tuh.. kalu bau badan ade 'rexona'..kepala yg separa tu lak ade 'Yun Nam Hair Care'...huhuhu bleh adjust tu syud
  • 4) tak payah tukar sim card, buat2 wrong no je
  • 5) ahahahhahahah.. kelakar.. ini kisah rekaan ke kisah benar nih? *wink wink* ..

    cakap jer salah no lenkali.. hihihi..
  • 6) syud..
    org ckp kalu separa botak murah rezeki
    orite laaa tu..
  • 7) ok.. aku agak terasa! fine junior! hahahaha
  • 8) mengenali syud,

    ejaan pasar aside, tulisan yang ni antara paling kemas dan flow penceritaannya.
    satu kemajuan.

    penulis menggarap watak yang attitud dan personalitinya berlainan dari kebiasaan watak ciptaan beliau sebelum ini.
    tidak begitu naif. buat masih naif.

    mungkin, siapa tahu, akan ada moderator yang sudi membuat reviu panjang mengenainya bagi buletin Kapasitor MS bulan depan.

    kipidap!
  • 9) hahaha..
    klaka laa..
    best!
    sy suka!

  • 10) Okay, satu cerita yang menghiburkan. Cuma akak hairan kenapa Syud bermain dengan perkataan bahasa inggeris sebegitu bercampur aduk dengan cerita. Akak faham dengan 'flow' ceritanya, akak suka sangat tetapi contohnya 'immune system' boleh ditulis kepada 'sistem imun',' cuba dikaver' boleh ditulis kepada' cuba melindungi'. banyak lagilah kalau akak nak tulis satu persatu.
    Terus terang akak rasa hendak menitiskan airmata, kerana cerita yang sebaik ini (menghiburkan) dirosakkan oleh perkataan-perkatan seperti 'dikaver'dan lain-lain. akak bukan mencari kesalahan, cuma ingin melihat cerita sebaik ini diangkat mutunya ke tahap yang lebih tinggi.
    Ada masa tolonglah SYUD baca balik, renungkan apa yang SYUD persembahkan. akak tahu SYUD bukan calang-calang orang, jadi besarlah harapan akak untuk melihat sedikit pembetulan nanti. sekian.
  • 11) setuju dengan kak maria

    syud pun dah kira penulis yang dah lama menulis. dah boleh garap dengan baik.
    mungkin dah sampai masanya untuk up satu level?
  • 12) mak ai! hoho..gara2 botak terus nak cabut eyh..tu la lenkali teliti dulu btl2. ngeh ngeh.

    citer yg lucu..tp santai. =)

  • (Penulis)
    13) ida: cite syud taip pagi td.tade keje

    im: sponsorkanlah abg mekanik tuuuu

    apun: ha'ah,btol gak.xpon xyah jwb. agagaga

    sap: rekaan je sap. tah ble mase syud g ngorat abg mekanik..heee

    ain: ek? nnti ain kawen dgn laki separa botak tau! huhu

    acol: y snior y? u botakkah?

    caha: hoho.looks like mmg patut dibuat reviu yang panjang lebar. jgn menaip sesuka hati n sesedap rasa~ wuwu

    bayimilokebangsaan: really?tQ~

    kak maria: okey, bakal saya betulkan petang nanti.

  • 14) bayimilo kebangsaan?
    haha.ok.
  • 15) serius kelakar! so apa lagi syud..sambutlah cadangan imran...Yu Nam Hair Care. hehhehehe
  • 16) hakhak
    kelakar la..
    em sy pn br tau beza radiator n kaburator

  • 17) haha..xleh blah yun nam hair care..klakar..

    lama x menulis syud..huhu
  • 18) wah..
    saya suke cite anda..
    keep it up!
  • 19) =D
    Tahan gelak...tak kisah la apa org2 yg kat atas komen tp sbb your story made me smile di kala Teja tgh stress & penat, thanks byk2 to you, syud....

  • (Penulis)
    20) lya: suh Abang Mekanik tulaa..rambut syud oke ek

    nurcahaya: hehe.like I know~~ haha, saya berpura-pura tahu padahal saya pun tatau gak..

    nurie: bz~ tade idea. menulis pun semakin hampeh.

    mizz: tocei.tocei!~

  • (Penulis)
    21) Teja: u're welcome~~
  • 22) ahahahha...botak tu kn menawan
  • 23) ok la 2...
    sy pny mber pakai kereta dah lame..
    tbe2 satu pg die suh g panaskan enjin kete sblm kuar..
    dia suh isi air sekali takut kering..
    saya tgu kat kete smpi die dtg sbb xtau kat mn nk isi air..
    trun jew die,die tny dh isi air ke lum,sy ckp la blum sbb xtau nk isi kt ne..
    tbe2 die ckap"xboleh hrp la ko ni,klu ko xtau aku lg la xtau".
    agak selama ni dia isi air kat mn la agknya..
  • 24) hohohoho
  • 25) syud!
    sile ambil cth zidane, die hot ok?
    sape kate org botak tak hot
    cite ni sgt menghiburkan la syud!
  • 26) tu dia. ucu sebut zidane.
    wow!
  • 27) what? die mmg hawt what?
    tgk mate die plis
    plis plis *drools

  • (Penulis)
    28) kamalia: itam itu juge menawan~ ihiks

    ceq: syud pn xreti isi air gak..haha

    aniegma: huhuhuu

    ucu: ye,sapa kate botak tidak hawt? sila ambil jason statham. i like him. hawt!! *sy suke transporter!*
  • 29) klu x mampu yun nam, wig kn ade..
  • 30) Setahu saya, cerpen pda dasarnya hendaklah terdiri dari tiga bahagian, bahagian pertama pengenalan, bahagian ke 2, konflik cerita dan bahagian 3 penyelesaian konflik. Cerita syud ini boleh dikategorikaan sebagai satu catatan bukan cerpen.

    Satu catatan yang baik dan menghiburkan.
  • 31) ling: macam berdasarkan kisah sebenar jek.ups..hahaa
  • 32) hahahaha...klaka la citer nih...dr awal smpi ke abes x benti gelak..adoyai...tp org kater org separa botak ni pndi math tau..huhu..

  • (Penulis)
    33) pak Penyu: hehe..ni cite saje2 je..dah lama xmnulis

    lalink: geget nak? ble mase i wat cmni..i setia oke? hoho

    kupu2: haa..pe lagiii..moh carik laki botak!
  • 34) aahahahahaha kelakarrr!!!! ai like!!
  • 35) >ehehehe.... no komen
  • 36) sexy ape botak2 nih..
    hahahaaa..

Cerpen-cerpen lain nukilan syud

Read all stories by syud