Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cinta Bertepuk Sebelah Tangan? Demi Cinta, Dia Sanggup Membuat Apa Sahaja. Juga Kerana Cinta, Dia Boleh Jadi Pendendam.

Cinta bertepuk sebelah tangan? Demi cinta, dia sanggup membuat apa sahaja. Juga kerana cinta, dia boleh jadi pendendam.

"Bukan sebab aku ni pengecut atau aku ini terlalu naif tak pernah buat jahat. Tapi, sebab perkara ini suatu hal yang sangat besar." Sungguh aku tak sangka kau sanggup buat begini!

 

Mungkin selepas apa yang cerita ini akan buat kau tergamam. Buat kau terkedu selama lima minit. Lalu, terus kau capai kunci kereta, memandu selaju mungkin dan belok ke balai polis. Kau duduk menghadap pegawai polis yang ditag namanya tercatat 'ALEEZA'. Kau pun tertanya sendiri dalam hati adakah suaminya bernama Inspektor Haris yang ditangkap basah dengan gadis muda umur 23 tahun itu? Ahh.. makin serabut fikiran kau.

Inspektor Aleeza bertanya:

"Ya, cik. Boleh saya bantu?"

Kau pun jawab:

"Saya nak buat report."

Inspektor Aleeza pun balas:

"Report berkenaan apa tu, cik?"

Dengan gigil, kau jawab:

"Ada orang kena culik!"

Kau buat laporan, polis buat siasatan. Mereka berjaya kesan aku dan berkas aku. Mereka heret aku keluar dari rumah dengan tangan bergari naik ke landrover biru gelap yang ditepinya ada tulis perkataan "POLIS". Sekurang-kurangnya aku boleh berbangga, tak ramai yang pernah naik landrover biru gelap tu. Kau pun tak pernah kan?

Esoknya, sekali lagi aku naik landrover biru gelap itu dan pemandunya memandu deras arah bangunan tersergam megah nama Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Aku ditahan reman dua minggu. Genap dua minggu aku dibicarakan atas tuduhan menculik.

Pertuduhan itu dijalankan mengikut Seksyen 3, Akta Culik 1961 (Akta 365) yang dibacakan bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, aku boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup termasuk sebatan.

Sebelum setiap sesuatu itu berlaku, biar aku ceritakan dulu apa yang terjadi. Biar kau dapat bayangkannya dengan jelas apa yang sebenarnya terjadi.

Jumaat, 6 Februari 2009.
Mendung. Harap-harap tak hujan sebab kekuatan aku terbatas waktu hujan.

Jam 5.13 petang.

Aku dah siap sedia di tingkat tiga. Aku berdiri lima meter dari kereta itu. Kia Spectra biru laut nombor plat JGS 2593. Tinggal 17 minit lagi. Aku cuba menenangkan jiwa yang sedang galau. Sendi-sendi aku mula mencucuk. Perut senak. Ritma jantung lebih rancak dari selalu. Serius. Aku nervous, takut, seram sejuk, rasa macam nak meletup!

Bukan!
Bukan sebab aku ni pengecut atau aku ini terlalu naif tak pernah buat jahat. Tapi, sebab perkara ini suatu hal yang sangat besar. Hal yang samada akan buat kehidupan masa depan aku lebih bahagia atau aku terpaksa habiskan kehidupan masa depan aku di sebalik jeriji besi dengan seragam penjara warna oren. Tapi, warna kulit aku tak berapa sesuai dengan warna oren. Jadi, aku tiada pilihan lain selain dari pastikan perkara ini berakhir dengan cemerlang dan bahagia.

Lembab pulak masa berjalan hari ni.
Tak apa.
Aku nyalakan Dunhill 14 sebatang.

Jam 5.30 petang.
Tingkat tiga mula dipenuhi orang. Bunyi alarm kereta pun berselang-seli. Dah macam satu himpunan orkestra amatur. Konduktornya sudah tentulah pak cik guard yang mengorkestkan pergerakkan keluar semua kereta-kereta di sini.

JGS 2593 masih lagi di situ, lima meter dari aku. Masih tidak bergerak. Masih senyap. Apa JGS 2593 bukan ahli orkestra amatur ini? Atau JGS 2593 sudah dibuang keanggotaannya dari orkestra amatur ini? Ah.. pedulikan. Yang pasti, aku akan tetap tunggu.

Jam 5.54 petang.
Akhirnya, muzik alarm dari JGS 2593 dibunyikan! Aku betulkan baju dan rambut yang serabut dek kerana ditiup angin tadi. Lutut aku mula mengeletar. Jalan pun sedikit kengkang. Aku gagahkan juga diri. Ini demi masa depan yang lebih indah. Ini untuk hati aku yang dahagakan kebahagiaan!

"Nak balik dah ke?"

Dia toleh. Terus dengan sepantas kilat, aku tolak dia masuk ke dalam kereta, tempat duduk belakang. Dia rebah, cuba melawan tapi, aku tumbuk bahunya. Dia mengerang kesakitan. Aku tak peduli. Macam lipas kudung, aku ikat kaki dan tangan dia. Dia melawan lagi. Nampaknya aku terpaksa. Aku terpaksa untuk menumbuk mukanya walaupun aku tak sampai hati.

Stereng sekarang di tangan aku. Aku hidupkan enjin, tekan pedal minyak. Kia Spectra biru laut itu mengaum garang. Mungkin tak pernah dipandu laju. Aku pandu kereta itu keluar dari bangunan Pusat Profesional, pecut laju ke Jalan Syed Mufti, lalu memintas ke Jalan Yahya Awal.

Terus laju dan laju dan laju. Aku tak menoleh ke belakang lagi. Aku cuma pandang depan. Arah kehidupan masa depanku yang indah dan bahagia.

"Kenapa kau ni? Dah gila ke?"

Alamak. Aku lupa nak tutup mulut dia tadi. Sudahnya sekarang dia menjerit membebel. Minta dilepaskan. Rimas betul! Aku buka radio, volumenya aku tekan hingga 45. Bingit sangat. Tak apa. Sekurang-kurangnya, aku tak dengar suara dia menjerit-jerit meminta tolong seperti gadis kecil dibuli jiran sebelah rumah.

Jam 8.43 malam.
Aku sampai di destinasi. Batu Layar. Aku letak kereta di depan chalet-chalet kecil yang sekali pandang macam reban ayam serama. Perlahan, aku keluar dari kereta. Dunhill 14 aku nyalakan sebatang lagi. Sepatutnya nikotin itu bisa buat aku rasa nikmat. Tapi, tak. Malah, aku rasa lebih teruk. Lebih berat. Lebih loya.

Aku pandang dia dari luar. Dia tertidur. Mungkin keletihan bergelut hendak lepaskan diri. Matanya sedikit kebiruan. Kuat sangatkah aku tumbuk dia tadi?

Aku tarik nafas dalam-dalam. Berjalan arah dia. Belum sempat aku kejut dia, dia dah buka mata dulu. Mata kami bertentang. Sekali lagi, dia cuba melawan. Aku tiada pilihan.

"Kau kenal Samuel Colt?", tanya aku pada dia sambil tangan kiriku menyeluk kocek jaket militari jenama Converse yang aku beli di Aeon Tebrau City bulan lepas. Aku keluarkan Ian. Aku letak sebelah dia. Dia tiba-tiba diam. Mungkin juga dia takut pada Ian. Apa yang dia takutkan sangat? Ian cuma Enfield No. 2 Mk I Revolver. Bukannya malaikat maut atau gergasi hijau yang bisa kunyah dia hidup-hidup.

Aku potong tali yang mengikat kaki dia. Terkejut. Aku terkejut sebab dia tidak segera mahu lari. Sebaliknya, dia bangun dan berjalan perlahan arah tempat duduk bawah pokok rhu itu. Aku ambil Ian dan simpannya semula dalam kocek. Mungkin aku keterlaluan menakutkan dia.

"Kau takkan faham..", aku bersuara.

"Kau tak pernah cuba..", dia jawab. Sebenarnya, aku sangat terkejut dia sahut perbualan aku. Aku sangka dia akan caci maki aku sehina mungkin.

"Aku cuma memberanikan diri untuk kejar cinta aku. Salah ke?", suara aku agak bergetar. Air mata mahu tumpah tapi aku tahan.

"Kau nak kejar cinta kau. Tapi kau lupa, yang cinta kau tu melibatkan orang lain."

"Dan sebab itulah aku kata kau takkan faham! Aku tak mahu bangun setiap pagi sebab nak terus bermimpi tentang kau. Aku tak mahu mati sebab aku mahu terus hidup dan bermimpi memiliki kau! Setiap kali aku tengok mata kau, aku jatuh cinta. Setiap kali aku bau minyak wangi kau, aku bahagia. Aku tak kisah apa yang jadi pada dunia, asalkan aku punya kau dalam hati aku!"

Senyap. Giliran sang cengkerik pula yang bersuara. Menyanyi-nyanyi lagu sedih. Buat aku syahdu dan sendu.

"Jadi, apa tujuan kau culik aku? Kau nak duit?"

"Bukan duit yang aku mahu. Untuk sekejap saja, aku nak rasa bagaimana nikmatnya dapat berdua dengan kau. Bercakap dengan kau, pandang mata kau, duduk dekat dengan kau, dengar suara kau, rasa emosi kau. Itu saja...."

Dia terdiam.
Aku pun diam. Cuba menyeka air mata sebenarnya.

Dan untuk satu jam yang seterusnya, kami diam. Hanya suara ombak menghempas gigi pantai yang mengisi ruang kosong antara kami.

Sebelum segalanya ini jadi, aku telah senaraikan segala macam hal yang ingin aku bualkan dengan dia. Aku nak tanya di mana adik perempuan dia belajar, emak dia sudah keluar hospital ke belum, apa pendapat dia tentang Bandung dan banyak lagi. Tapi, nampaknya segalanya telah hilang dari logik aku dan sekarang, mulut aku terkunci rapat.

"Mari.. aku hantar kau balik...", aku akhirnya mengalah. Aku jeling jam di hanfon aku. Sudah jam 11.43 malam. Sudah lewat. Esok dia nak kerja dan pasti, keluarganya risau dia masih tak balik lagi.

"Aku minta maaf...", kata dia lemah.

"Sepatutnya aku yang minta maaf pada kau. Aku dah menyakitkan kau."

"Aku minta maaf sebab kau cuma boleh miliki aku dalam mimpi kau saja."

Dan selebihnya adalah sejarah.

Macam mana? Kau tetap juga mahu ke balai polis? Mahu melaporkan aku yang telah menculik lelaki yang aku cintai secara senyap sejak saat pertama aku pandang mata dia setahun yang lepas hanya kerana ingin merasa nikmat berduaan dengan dia? Untuk dengar suara dia, bercakap dengan dia dan merasa emosi dia? Untuk cuma sekali, bertentang mata dengannya secara nyata?

Sebelum kau sabitkan aku dengan tuduhan menculik, kau patut tambahkan lagi dua pertuduhan iaitu memandu tanpa lesen dan memiliki senjata api secara haram. Mungkin hukuman aku akan lebih berat dan kau boleh hidup dengan aman kerana tiada lagi orang gila seperti aku yang cuba mengejar cinta sejatinya. Kau boleh tidur nyenyak sebab tiada lagi orang macam aku yang berpotensi untuk rampas kekasih atau suami kau. Kau boleh rasa gembira sebab kau bukan aku yang hanya mampu bermimpi untuk memiliki cinta.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) BRIU ke..BIRU?
  • 2) hulubalang..kenapalah anda nie hebat sgt menulis...saya bg 10 bintang..
  • 3) ha ha
    demness.

    tulisan cik ni sangat unik.
    hai, lama saya menunggu orang macam cik ni muncul di sini.

    ketemu jua.
  • 4) aah!!! sy memang dengkila dengan hulubalang ni.. dah boleh angkat jadi laksamana ni... tapi mula2 td sy ingt lelaki yg culik pompuan... ehehe.. ok laksamana ni pandai twist..
  • 5) wohooo!!!best giler!!!saya kasi 10!!!
  • 6) er erm.
    bkn mmg laki culik pompan ke ni?
  • 7) okeh. dah paham!
    tengs ida.
  • 8) no big deal! belanja mcD je..
  • 9) uih
    ini adalah sgt cool
    memule rase mcm nakgelak
    lps tu rase sedih dan sayu
    lps tu rase nak gelak balik

    hulubalang, kau permainkan perasaanku!
  • 10) sy suka la penulisan awk..
  • 11) woohoooo
    tabek333

  • (Penulis)
    12) namakusara - biru sebenarnya. terlalu teruja menulis hingga ada typo error.

    rain - huish.. banyak sungguh bintangnya. terima kasih. tak adalah hebat mana. sederhana saja.

    cahatomic - terima kasih. rasanya berbaloi tak menunggu?

    shazmiey - hehehe. terima kasih. ya. cerita ini perempuan culik lelaki. asyik lelaki saja yang menculik perempuan. sekali-sekala perempuan mahu juga rebel kan?

    cherry93 - terima kasih. banyak sungguh bintangnya. tak muat poket saya ni!

    cahatomic - ini perempuan culik lelaki. ini perkara jahat pertama yang saya akan buat kalau saya cukup berani suatu hari nanti. hahaha.

    uculer - hahaha. terima kasih. mempermain emosi pembaca itu memang kerja nakal seorang penulis kan?

    aisyah1987 - terima kasih ya aisyah. terima kasih kerna sudi membaca dan menyokong.

    nurcahaya - terima kasih. saya tabek pada awak semula!
  • 13) hahha... nais! saya suka cerita ni
  • 14) jue pn ingt laki culik perempuan....anyway nice..
    daaaa

  • 15) dah macam anuar zain kene culik dgn peminat~~

    oke,sy takkan giler seperti itu. gila2 sy adelah brdiam diri dan stiap hr bercerita psl lelaki yg sy gilakan~

    "love isn't always to have,instead it is to give in"
  • 16) yupz..btol kata syud tuh...
    best giler citer nih

  • (Penulis)
    17) dayya - terima kasih ya.

    pinkygul - terima kasih.

    syud - oh ye ke? kalau saya, saya akan diam saja. pendam entah sampai bila. bila bertemu dengan dia, saya akan jadi speechless dan malu sangat. ya. itu tanda saya terlalu sukakan seseorang!

    cikaaluk - terima kasih ya.

  • 18)
  • 19) good story
  • 20) wow!! mmg hebat! caylah.. serius la.. saya bagi 11 bintang!
  • 21) saya selalu terpesona dengan gaya tulisan awak. ni yang nak kena menuntut ilmu ni. ada ke syarat yang nak dipatuhi? 7 dulang hati nyamuk? 7 tempayan air mata? Hehehe... =D
  • 22) seperti biasa (tepuk tangan dgn kuat)

  • (Penulis)
    23) namidot - terima kasih ya.

    safina17 - banyaknya bintang. terima kasih.

    ridhrohzai - tak ada syarat. terima kasih.

    warzone79 - terima kasih ya.


  • 24) HUAHAHAHAHHHHAHAHAHAHAHAHHAHA

    Dem! Pompuan????????????? CULIK????? LELAKI??????????

    HAHAHHA. Lelaki menjerit?

    Naif gile kott, ameklah kesempatan sikit. orang da suka.

  • (Penulis)
    25) zinggof - ambil kesempatan pada orang yang benar-benar aku cinta?
  • 26) terasa nak menculik la pulak..hehehe.

    karya yang bagus..walaupun mula-mula saya konfius sikit.

    tapi kan kalo buat report pun, mau kena gelak dengan encik polis dulu kan? laki kene culik ngn pempuan. haha

  • (Penulis)
    27) cika - dunia sekarang sudah tidak ikut normanya lagi. terima kasih kerana membaca.
  • 28) wah sangat hebat ni.
    perempuan culik laki-laki.
    best best.
    macam video clip lagu anuar zain, err tajuk tak ingat.
    sesucinya cintamu? kot. bukan lagu tema incek cahatomic ye.
    hahah. (jahat sempat lagi nak mengumpat)

    suka karya anda!
  • 29) kau memang saiko! muahahahahahaha!
  • 30) marvelous!!! hebat!! bravo!! cuma ade komen sendalan: prisoner kat mesia tak pakai jumpsuit oren rasenye. but other than that, marvelous!!! hebat!! bravo!! penuh dgn suspen dan twist..i like..i likkeee..i loiikkeee..(aku terlampau excited sbb dah lama x baca karya sebagus ini)
  • 31) saiko nyeee.. best~ Congrats.. 5stars for you..^_^
  • 32) okey kalau x bc komen xtau pompuan yg culik laki,huhuhu
    *baca lagi sekali

  • (Penulis)
    33) kosong - trimas.

    jojo - saiko memang middle name saya.

    fairuzar - trimas. melangit sungguh. saya cuma semut hitam yang hina.

    koizumi - trimas.

    qaqa - hehe. tak apa.
  • 34) video clip sesucinya cintamu mcm cite ni la.i like..begitu dalamnya cinta si gadis pada teruna kan?huh..kekuatan jin kot yang dia ade..salute ar hulubalang..best2!!heheheh

  • (Penulis)
    35) minahjenin - oh ye ke? saya tak pernah tonton video klip tu. ya. memang dalam dan hingga sekarang masih ada perasaannya. trimas ya!
  • 36) mari culik saya...lalalalaallala..
  • 37) saya suka cerita. memang bagus nukilan ini. kerja culik perempuan ini gila, dah tu punya senjata api secara haram dan memandu tanpa lesen pula. perempuan jb sekarang menakutkan. (tak semua tau!)

Cerpen-cerpen lain nukilan hulubalang

Read all stories by hulubalang