Kenapa Kau Tak Solat Meon Semput? Kau Lupa Siapa Yang Mencipta Kau,keluarga Kau, Kebahagiaan Kau, Rezeki Kau? Jawapan Yang Diterima Amat Menyakitkan

Kenapa kau tak solat Meon Semput? Kau lupa siapa yang mencipta kau,keluarga kau, kebahagiaan kau, rezeki kau? Jawapan yang diterima amat menyakitkan

Kau nak bagi anak bini makan apa? Dari pagi sampai ke malam, tersengguk-sengguk tak hirau dunia. Kau ingat kau bagus sangat? Makanpun mahu bersuap?

 

Lebai Noh duduk di ceruk rumah, terhenjut-henjut kepalanya seiring rentak zikir yang sejak Subuh tadi tak lekang dari bibir tuanya. Sejak awal Subuh tadi cuaca sudah mendung buat Lebai Noh tak jadi turun menoreh. Hasil kecil-kecilan sebegitu mahu menampung hiduppun tak cukup, tapi Lebai Noh yakin Tuhan itu Maha Pemurah. Rezeki bukankah ada di mana-mana sahaja? Sedangkan ulat dalam batupun boleh hidup, inikan manusia yang dianugerahi dengan akal dan fikiran.

Lebai Noh khusyuk berzikir. Awan di luar rumah sudah mula memutih langsung tidak disedarinya. Kepalanya masih lagi terhenjut-henjut, begitu tawaduk menghambakan diri di hadapan Penciptanya, Tuhan di langit dan di bumi, Tuhan yang mencipta segala segalanya.

“Allah… Allah… Allah…” sesungguhnya hati tua itu begitu sayu memanggil-manggil Penciptanya. Sedang usia melanjut, hati sudah tak tertahan menahan rindu pada Tuan segala manusia. Rindu juga pada Pencinta Agama yang tersanjung, pada Rasullullah yang teragung. Lebai Noh terasa lenguh pada sendi-sendi lutut. Sudah agak lama bersila, sudah hilang kudrat kerana usia yang tua.

Lebai Noh betulkan lagi letak duduknya. Bersandar pada dinding reput pula. Lebih tenang dan lebih selesa. Badan dan kepalanya masih seiring berayun mengikut rentak zikir yang masih belum mahu berhenti, masih mendayu berlagu. Lebai Noh bagaikan terpaku dalam dunia cintanya, dunia keasyikan yang tak terhingga.

Lebai Noh cukup zuhud. Kata orang, sifatnya umpama para sahabat seangkatan dan sezaman Rasullullah. Lebai Noh umpama Abu Bakar yang setia, tidak pernah berganjak terhadap kecintaan terhadap agama Allah. Entah sudah berapa kali Lebai Noh dicerca dan dihina, di pekakkan sahaja telinga. Hatinya meyakini bahawa Allah itu lebih mendengar, lebih mengetahui kecintaannya.

“Kau nak bagi anak bini makan apa? Dari pagi sampai ke malam, tersengguk-sengguk tak hirau dunia. Kau ingat kau bagus sangat? Makanpun mahu bersuap?” Kata-kata Meon Semput diingatinya sampai sekarang. Sejak muda hingga rambut dah putih beruban, Meon Semput tak pernah kisah tentang akhirat. Jangankan mahu berzikir, bersolat setahun sekalipun liat.

Cakap-cakap orang, Lebai Noh ada membela. Lebai Noh diamkan sahaja. Beristighfar dan berdoa sahaja agar manusia-manusia yang memfitnahnya diberikan hidayah. Biar hati mereka putih boleh kenal erti syurga dan neraka. Hati sudah hitam legam sampai tak tahu jalan apa membawa dosa mahupun pahala.

Kepala Lebai Noh semakin rancak bergoyang ke kanan dan ke kiri, semakin laju, semakin khusyuk dan semakin rindu. Zikirnya bersulam tangisan, sebak yang membelengu setiap rasa dalam benak Lebai Noh hamburkan dalam bentuk tangisan. Tangisan yang bukan kerana sakit dihentam lidah-lidah tajam orang, tapi tangisan sebab rasa syukur yang membukit dan menggunung di dada. Syukur yang sampai lidah tak mampu nak luah selain zikir yang meruah-ruah.

Selama hidupnya yang dah menjangkau 60 tahun ini, tidak sekalipun dia lupa ajaran arwah datuknya. Tentang ilmu alam yang tidak diajar pada sebarang manusia, tentang gelombang minda yang punya kuasa tak terhingga. Tentang segala rahsia yang tak ternampak oleh mata kasar tapi jelas di pandangan mata hati yang tenang. Kerana itu, Lebai Noh diamkan lagi bila ada orang mengata. Mereka tidak faham, biarkan.

Agaknya, manusia lupa di bahagian otak setiap manusia itu tercipta satu bahagian kecil yang meransang nilai-nilai yang menjurus kepada kepercayaan kepada agama. Manusia mudah lupa, mudah leka, hanya akan sedar bila maut makin tiba, bila ada kengkangan dan duka. Waktu lain, manusia lebih senang bergelak ketawa, lebih senang lupa pada Tuhan daripada ingat keEsaannya. Manusia sememangnya punya dugaan yang besar untuk mengharungi nafsu dan hasutan syaitan. Kedua-duanya merupakan dugaan dan rintangan berat hingga buat manusia sesat dan alpa. Dan kedua-dua rintangan itu menjadi alasan paling munasabah yang diberi bila ada yang bertanya.

“Kenapa kau tak solat Meon Semput? Kau lupa siapa yang mencipta kau,keluarga kau, kebahagiaan kau, rezeki kau?”pernah sekali ketika zaman kanak-kanak mereka Lebai Noh bertanyakan soalan itu pada Meon Semput. Jawabnya, seketul penumbuk di muka. Seminggu tak bertegur sapa tapi cepat-cepat Lebai Noh leraikan dendam itu dengan meminta kemaafan. Lebai Noh akur, walaupun bukan salah di pihaknya mahu menegur namun silaturrahim antara seorang Islam dengan yang lain harus dijaga jangan sampai terputus. Betapa Islam itu indah, mengajar untuk menyayangi sesama makhluk.

Namun, sampai sekarang soalan itu bagaikan racun yang membuatkan Meon Semput benci pada Lebai Noh. Dah bermacam-macam cara digunakan oleh Lebai Noh untuk menghapus dendam dan melembutkan seketul hati tersebut tapi segala usaha itu bagaikan sia-sia. Meon Semput bagaikan takbur dengan rezeki pinjaman yang dikurniakan kepadanya. Dia lupa malah berani mengatakan semua kekayaannya itu adalah kerana usahanya semata. Sungguh riak dan bongkak Meon Semput. Dia lupa letak duduknya di mana sebagai hamba.

Lebai Noh teruskan berzikir memuji-muji kekuasaan Allah. Entah kenapa, sebaknya bagai meroyan di dada. Bergelora bagaikan dilanda garuda. Lebai Noh kuatkan zikir biar sampai dengar dek telinga, biar sampai hadam masuk dalam hati meresap terus dalam jiwa. Lebai Noh masih teroleng-oleng membuai tubuhnya dalam nada zikir yang beralun merdu. Makin khusyuk, makin tawadduk.

Tiba-tiba bacaan zikirnya terhenti. Laungan seseorang di beranda rumah buruknya mengganggu konsentrasinya, mengganggu khusyuknya. Lebai Noh bagaikan dipanggil-panggil juga untuk menjengah tingkap yang separuh ternganga.

“Lebai Noh, oh Lebai Noh! Assalammualaikum… Lebai Noh! Mana ke agaknya orang dalam rumah ni, sunyi sepi je. Keluar ke?” ada rungut di hujung bicara bila salam tak bersambut. Salam bersambut lambat sikit dari kebiasaannya.

“Waalaikummussalam. Ha, kamu Ayob ada apa halnye datang rumah aku pagi-pagi buta ni? Aku tak menoreh hari ini, hari mendung je macam nak hujan.  Apa ke halnye kamu datang ni? Nak tumpang motor buruk aku tu ke?” ucap Lebai Noh sambil tersenyum. Memang selalunya begitu bila bersua muka dengan Ayob. Ada saja seloroh dan gurau buat pengikat ukhwah sesama mereka.

“Ha, ada pun Lebai di rumah. Saya ingatkan dah keluar ke mana tadi. Ini ha si Meon Semput…” tergantung ayatnya di situ. Ayob memandang muka Lebai Noh bagaikan ada berita berat mahu disampaikan.

“Ada apa dengan si Meon Semput tu? Apa pula masalah yang dia buat kali ni?” ucap Lebai Noh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun, Lebai Noh diam sebentar. Jauh di sudut hati dia menyesali juga tindakannya yang berburuk sangka kepada Meon Semput. Cepat-cepat Lebai Noh beristighfar, menginsafi kelemahan lidahnya itu. Lidah, tajamnya macam pisau cukur. Kalau tak dijaga itulah akibatnya.

“Meon Semput dah arwah. Pagi tadi lepas Subuh. Milah bininya si Meon Semput cakap, awal-awal Subuh Meon Semput bangun mandi, bersolat jemaah satu keluarga. Lepas solat dia bagitahu Milah, kalau sampai ajalnya panggil Lebai Noh datang uruskan. Ini yang saya datang nak menjemput ni.” Terang Ayob dari awal hingga ke akhirnya.

“Innalillahiwainnailahirajiun” Lebai Noh tercegat sejenak mendengar berita mengejut itu, namun berlahan-lahan berzikir lagi, bersyukur akhirnya di hujung umur, si Meon Semput sempat juga bertaubat. Alhamdulillah.

Dalam kereta, tubuh Lebai Noh terhenjut-henjut lagi, berzikir. Kali ini lebih khusyuk, lebih tenang, lebih bersyukur.

“Subhanallah…Subhanallah… Subhanallah…”

“Alhamdulillah… Alhamdulillah…Alhamdulillah…”

“Allah hu Akbar… Allah hu Akbar… Allah hu Akbar…”

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) nice one..
  • 2) ala jd komen hantu lagi....

    huhu


  • (Penulis)
    3) misz_azni: tq
    nurcahaya: hahha, tak pe, itupon komen juga
  • 4) "bersolat setahun sekalipun liat."
    sekali setahun ke?

    peh sempoi dayya.
    bermain-main dengan perincian ya. nice nice.

  • (Penulis)
    5) cahatomic: ye sekali setahun. sengaja tulis setahun sekali, kalau sekali setahun jadi konsisten sangat itu pandangan saya. huuhu,tapi masih bukan yang terbaik lagi~~~~ apa lagi yang saya kena gali ni? huuhuhhu
  • 6) cara dayya tulis tu dah betul, itu memang cara orang lama bercakap.lebih real dari segi dialog sebagai orang tua yang berumur 60 kan.Keseluruhannya sangat baik dayya.

  • (Penulis)
    7) mr_kajiwa: terima kasih sebab membaca tapi kan, saya rasa macam ada yang kurang lagi. Dah penat cari, tapi tak tahulah apa
  • 8) bagus cerita ni dayya.. perincian yang teliti tentang zuhud dan kewarakan..

    cuma satu je yg pd pndpt sy kurang sesuai..
    "
    “Ada apa dengan si Meon Semput tu? Apa pula masalah yang dia buat kali ni?” ucap Lebai Noh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. "

    hehe maybe sy je kot yg rasa, tp setelah penerangan pasal kewarakan lebai noh, rsnya mungkin kurang sesuai jika dia berburuk sangka terhadap meon sebaik ayob menyebut namanya..

    dan mungkin boleh cerita pasal sbb meon meninggal ke?

    hehe bnyk pulak bunyik sy ni.. maaf ya sy cuma menyuarakan pndpt walaupun tidak dipinta..


  • (Penulis)
    9) nadnad: hehehhe, terima kasih sebab sudi mencemar duli ke sini .

    “Ada apa dengan si Meon Semput tu? Apa pula masalah yang dia buat kali ni?” ucap Lebai Noh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. "
    ====> bagi saya ini adalah tindakan refleks manusia. hehhe, tapi ada betulnya pandangan nadnad. tajam sungguh mata anda. terima kasih ya! hehehe
  • 10) syg..~~ i tatau mau komen ape..
    tp siyes cite ni ble bg manusia yg daa lupa, leka n yg sewaktu dgn nya ingt balik kat penciptanya yg satu..

    btw..very nice..
    bila nak ajar i bikin cerpen plak..
  • 11) singgah di sini sebentar. kagum dayya dapat selami cara orang2 tua bercakap. selalu bergaul dengan golongan ini ke? hehehe... gurau saja. keseluruhan, cerita yang baik. =D

  • (Penulis)
    12) enarif: u~~~ i pon masih belajar lagi, tapi kalu u tak rasa malu nak blaja ngan i, jom ah! kita wat study group, maw? hikhikhik
    ridhrohzai: ye, saya suka bersembang dengan org tua2. cerita mereka ada isi. sbb tu mak guard, pak guard, mak cik kantin, pakcik kanti sumer pening kepala layan saya! hahaha )
  • 13) Hmm... mmg menginsafkan.. w'ppon pendek tp apa yg nk disampaikn tu cukup padat...

    terasa2.. terasa2...

    hihihi.. nicely done!

  • (Penulis)
    14) la_ways: tq ;p wah, seronok pulak dapat komen dari photographer nih hebat polok tuh! hahhaha
  • 15) citer yg bagus...sarat intipati. mengajak manusia menginsafi diri..segalanya tetap berbalik pada Dia.

  • (Penulis)
    16) adra: terima kasih betul tu, manusia lari jauh manapun tetap akan pergi padaNya kan?kan?kan?
  • 17) 'permainan' naratif yang baik. Ada 'rima'nya. tapi saya rasa perlu hati-hati pada beberapa tempat yang menggunakan perkataan singkatan kerana ia mengganggu 'rima/alunan' naratif. elok tulis dengan ayat penuh. contoh, dah = sudah.

    juga, jaga-jaga bila menulis naratif yang terlalu panjang tanpa sebarang aksi, ataupun aksi yang tidak berubah-ubah boleh menyebabkan pembaca jemu. orait! yippa~

  • (Penulis)
    18) kangaq: heheh~~~ ye, mekasih ya menunjuk ajar saya~~~
  • 19) terima kasih krn m'jemput sy m'baca karya awk..

    xtau/xreti nk komen ape..bez!

    ^^"
  • 20) btl sgt tu dayya. kite takkan terlepas dr pemerhatianNya.
  • 21) Saya terluppa nak ulas cerpen dayya ni. Tak pe kejap lagi. Banyak yang nak diulas ni. kena baca satu persatu dulu.

  • (Penulis)
    22) Adra: ha, betul3. hihhi
    upenyu: tu lah dia, lama saya tunggu pak penyu sampai. baik2, dah sedia tunggu ngan pen dan kertas ni

  • (Penulis)
    23) syukri: terima kasih juga sbb sudi baca
  • 24) “Waalaikummussalam. Ha, kamu Ayob ada apa halnye datang rumah aku pagi-pagi buta ni? Aku tak menoreh hari ini, hari mendung je macam nak hujan. Apa ke halnye kamu datang ni? Nak tumpang motor buruk aku tu ke?”

    Setuju dengan nadnad, dialog di atas tidak mencerminkan watak zuhud lebai Noh, dailog ni lebih sesuai dituturkan oleh Meon Semput (berdasarkan perwatakan Meon). Sungguh tak sesuai bila Lebai Noh kata, "Apa ke halnye kamu datang ni? Nak tumpang motor buruk aku tu ke?” (Tak kira la walau bagaimana nada sebutan Lebai Noh).

    "Lebai Noh cukup zuhud. Kata orang, sifatnya umpama para sahabat seangkatan dan sezaman Rasullullah." Pada saya ayat ini terlalu besar impaknya menyamakan zuhudnya Lebai No dengan para sahabat seangkatan dan sezaman Rasullullah saya agak berlebihan. Bagaimana anda boleh menyamakan zuhud lebai Noh yang hanya menoreh getah untuk hidup dan sekadar berzikir dari pagi hingga ke malam berbanding dengan para sahabat nabi yang berjuang mengadai nyawa dan harta untuk Islam hingga islam tersebar diseluruh dunia. Lebai Noh hanya berdakwah kepada Meon Semput, jiran sekampung yang dah memang beragama islam, itu pun bermasalah.

    Pada saya cerpen ini boleh pergi lebih mendalam sekiranya konflik antara Lebai Noh dan Meon ditonjolkan lebih, bukan menonjolkan sifat "Zuhud" Lebai Noh.

    Cerpen ni masih punya banyak ruang untuk digarap. Tonjolkan secara detail konflik Lebai Noh dengan Meon Semput.
  • 25) tu diaaaa.
    wow tengs bang sham.
    saya pun dapat belajar sekali. hehe

    tengs to kangaq juga.
  • 26) caya la abg syam. baru best cani. komen yang sgt berilmu dan dalam. huhu...

    *catat*

  • 27) Zu,
    komen-komen macam ni, biasanya sang penulis tak berapa suka, silap-silap ada yang bermasam muka. Abg
    Sham sekadar jalankan tugas setakat berpandukan ilmu yang ada je.

  • (Penulis)
    28) upenyu: wah~~~ seronoknyer saya, rasa nak melompat2. hikhikhik, ini la yg saya tunggu2. hurm, baru jelas.
    cahatomic:*sambil jeling2 notes* hikhikhik, en caha bila nak menambah komen plak?
    _theRain_: ye, tu saya setuju! macam ni baru lagi semangatlah nampaknya saya nak menjelajah lagi. hehehe
    upenyu: jangan risau, jika mahu pancung pon saya rela. masih belajar, masih banyak yang saya kena tahu. kalau melenting macammana org lain nak bantu saya?

    terima kasih sangat2 ye ? ",
  • 29) saya setuju dengan apa yang dikatakan nadnad sebelum ni dan juga upenyu betul. tetapi perkara yang disebutkan ini boleh 'dipergunakan' oleh dayya dengan mengubah sedikit penjelasan selepas dialog ini dipertuturkan.

    contohnya dialog: “Ada apa dengan si Meon Semput tu? Apa pula masalah yang dia buat kali ni?”

    mungkin selepas dialog ini, dayya boleh menulis Lebai Noh diam seketika, wajahnya berubah kesal dan dia beristighfar kerana menyesal menuturkan kata-kata tersebut.

    juga selepas dialog: "... Apa ke halnye kamu datang ni? Nak tumpang motor buruk aku tu ke?”

    dayya boleh menambah Lebai Noh tersenyum dan terangkan apa yang dituturnya adalah gurauan kerana Rasulullah juga bergurau (ada disebut dalam hadis).

    apa yang terjadi di sini boleh dikatakan sebagai kecacatan karekter/watak. Apa yang istimewanya mengenai kecacatan watak ini, ia boleh membawa sesuatu watak fiksi itu lebih kepada 'manusia' atau senang cakap, lebih hidup. tetapi perlu ada penjelasan (secara jelas) ataupun hint (secara tersirat) akan kesilapan yang dilakukan kerekter itu supaya 'kesilapan' watak itu boleh diterima pembaca.

    erk.. sori.. panjang sangat... harap saya tak over.. hahaha...

  • (Penulis)
    30) kangaq: hahah, tak per~~~ saya ni suka baca komen2 yang panjang berjela sbb banyak isi! hihiih~~~~ okeh, saya akan betulkan semula dengan kadar segera

  • (Penulis)
    31) okeh, saya dah edit.
  • 32) wah lajunye.. bersemangat ni! hehe..

  • (Penulis)
    33) kangaq: ye, semangat nih. hehhe
  • 34) jelesnya pak penyu dan kangaq komen kt dayya... huhuhu... *mode jeles tahap cipan*

  • (Penulis)
    35) shazmiey: heheheh, janganlah jeles jom2 saya banje lollipop! hikhikhik
  • 36) hai kangaq, dayya ni mmg super rajin. ingt lagi dulu, taon 07-08 kot. peh jam tu saye komen puisi die, jam tu gak die revisi dekat dua-tiga kali.

    fast learner! gerimis's top student nih dulu. haha

  • (Penulis)
    37) _theRain_: hehehhe~~~ tetiba ingatan saya melayang balik pada waktu itu. hiiihihhii,saat mula2 masuk sini best~~~~ hehehe.

    sayangnyer saya tak masuk gerimis. eh? gerimis tu aper?*huuhhu, kantoi tak tau*
  • 38) Macamn eh boleh dapat rating 4 neh? Jalan citer ada tapi ringkas sangat. Pembaca dibangangkan dengan penamat yang cukup mudah lagi ringkas. Isi ada tapi tak padat. Lepas tu citer ni baca macam sepintas lalu je, tak terkesan pun. Macam ada sesuatu yang hilang. Kena cari yang hilang tu. Patut kasi rating 3 je nih. Apsal eh banyak komen-komen kat atas tuh macam kurang jujur, komen macam menjaga hati jek.

    Neway, bgs3, berarak ke citer agama w/pun intipatinya kurang.
  • 39) erm...
    sy suka cre kamu menulis...
    ade mesej yg disampaikan....
    kamu seorang yg fresh dgn idea...
    sy akan selalu singgah melihat karya kamu selepas ni..'
  • 40) hati-hati bila membuat analogi. TAk tercapai sesiapa pun dengan tahap sahabat Rasullullah SAW. Menyebut gelaran mereka juga adalah penting. tidak boleh sekadar menyebut nama, martabat mereka tersangat tinggi untuk sekadar di panggil nama sahaja. Itu saja teguran. yang lain best!

  • (Penulis)
    41) ceq_zue77: wah~~~ bahagia saya. terima kasih untuk penghargaan tersebut
    kurusawa: baik, saya mencatit ni. terima kasih untuk teguran tersebut ye?
  • 42) nice....terasa pun ye gak!!!

Cerpen-cerpen lain nukilan dayya

Read all stories by dayya