Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tiada berjudul

 

Kelam kabut nak menghadiri interviu pertama selepas bergelar graduan. Perasaan kalut bercampur baur & terbayang gaji pertama yg bakal aku terima nanti. Aku pinjam kereta abah, apa kelas naik motor Yamaha aku ni. Ceh berlagak giler, Yamaha ni la yg angkut hang ke library tau.

 

“awat susah sangat cari parking ni. Pusing punya pusing,dapat juga aku parking bawah bangunan ni. Mak ai ni memang rezeki aku ni.Ada kon pulak. Hey aku pun bayar parking gak tau.

Aku keluar & mengalihkan kon . Senyum sendiri. SIapa la yg tak beretika meninggalkan kon kat tengah kotak parking ni. Letak kat tepi kan bagus” desis hati kecilku.

 

Cepat Nana, dah lambat dah ni. Aku bergegas naik lif, aci redah jer. Allah lupa lak. Tingkat berape erk? Aku pun buka surat panggilan interviu, 10.

 

“Nama saya Suzana Ismail, datang nak interviu” aku bersuara lunak, control giler

 

“ok tandatangan kat sini, awak boleh tunggu di situ” merujuk kepada satu sudut bersofa merah”kata penyambut tetamu.

 

Terima kasih...huhu lega, ada masa lagi aku ni. Aku kira 1,2,3,4,5.

 

Alamak, peluang aku tipis. yang datang, mekap mak ai tebal, lawa lak tu. Gaya sophistikated.

 

Aku dengan baju kurungnya, takat tepek jer lipstik, itu pun dah pudar agaknya, maklumla maybeline je.

 

Melintas seorang pemuda, tinggi jer yg aku perasan & bau minyak wanginya.

 

“Lagi 5 minit panggil candidate pertama” arahnya kepada penyambut tetamu.

 

“Baik Boss”

 

Aku rasa waktu bergerak begitu pantas.

 

“Suzana ,panggil satu suara” aku dah berdebar. Rileks buat-buat cool.

 

Aku melangkah masuk ke bilik yg disediakan. Soalannya adalah,

 

“ceritakan mengenai awak yg takde dalam resume awak ni”

 

“Apa ni? selalu org hafal je resume diri sendiri. Apa erk?Aku yg bengong ni pun cerita perangai buruk aku sikit-sikit.

 

“Awak takde pengalaman nak jadi PA , macamne awak nak kendalikan? Awak ambil biokimia. Not that bad”

 

Dalam hati aku dah menyumpah, habis tu panggil interviu buat pe? Asyik-asyik nak cakap graduan takde pengalaman.

“Macamni la encik, kalau graduan spt kami tak diberi peluang, macam mana kami nak ada pengalaman. Sampai 10 tahun pun kalau pergi interviu asyik nak cari yg ada pengalaman jer ape citer. Orang muda mcm kami tengah membara nak berbakti tau”.

 

Aku dah buat perangai dah, duduk pun dah macam kat rumah, syok bersandar”.

 

“empuk kan kerusi awak tu”

 

“oo”. Aku dah termalu sendiri.

 

“Saya nak minta pandangan awak, boleh?

 

“Boleh, tak jadi masalah, apa nye?”

 

“Apa awak akan buat jika ada kereta dah parking tempat keta awak” ujarnya

 

“Parking di tempat khas, maksud encik?mana la dia nak tahu tu parking encik ke tidak. Mungkin dia ada hal kecemasan kot cik, nak ke toilet ke, hantar barang ke; yela macam-macam kemungkinan”

 

“boleh jadi juga, Tapi petak tu petak khas, kon pun dah siap diletakkan”

 

ALAMAK....

 

“Kalau saya  jadi encik, saya tak la kisah sangat, kan banyak lagi parking kat bawah tu. Cari jer la parking lain. Hidup ni tak boleh nak selfish sangat. Dia dlm keadaan hurry kotnye.

 

“Mana boleh”dia berkata lagi

 

“atau dia orang baru yg kebetulan ada urusan kat bangunan ni.”

 

“Posible gak tu”

 

“Rasa2nya encik nak buat apa ngan dia”

 

“mana boleh cakap”

 

“encik akan maafkan di tak?

 

“saya bukan kisah sangat tapi sajer nak ajar je.org buat salah kena maafkan...budak-budak”

 

“sikap mcmni la perlu ada dlm diri seorang profesional!”aku jet lagi!

 

“ok lah, jawapan interviu dalam masa 2 minggu. Itu pun kalau awak berjaya. Awak parking kat mana?

 

“Basement” jawabku ringkas.

 

“Jomlah, awak nak tau saya nak buat apa kan? Mari kita sama-sama kita saksikan.

 

Aku senyum, matila aku kali ni. Itu la suka buat benda tak pikir. Langgar ikut suka kau jer.

 

Sebuah kerea BMW menghalang kereta abahku.

 

“Lawa BMW tu, encik punya yer?”

 

“aah, saya nak tunggu owner dia datang, confirm pompuan punya, tengok tu ada compact powder.”

 

“kalo encik punya, tolong alihkan”

 

“kita tunggu la owner keta ni dulu”

 

sengal la mamat ni, aku tekan punat alarm

 

“ni keta abah saya”

 

“awak? patut la

 

“hehe, nak hidup, budak-budak” aku mengulang ayat bakal boss aku


"agak-agak saya dapat tak keje ni?" eeeee gelojoh btul la aku nihh


Bakal boss aku hanya tersenyum "orang macam ni pun ada dalam dunia"

 

Agak-agak aku dalam cerita ni berjaya dapat kerja tak?

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) pst. huruf pertama tu kasi la huruf besar.
    sedih nengok
  • 2) Maaf awak, tolong betulkan penggunaan bahasa, tanda baca, huruf besar, dan besarkan sedikit saiz tulisan. Terima kasih.

  • (Penulis)
    3) orait babeh!
    saya perosak bahasa ke?
    sorry semua...
  • 4) hehe. ala, takmo la main label2 gitu pulak.
    tapi tu lah.
    kasi cun sket je huruf besar tu.
    sebagai tanda saling menghormati kat orang yg nak komen

    bleh kan?

  • (Penulis)
    5) Bisa saja
  • 6) Bagausbagusbagus

    Terus berkarya. Kesilapan dari segi bahasa sila perbetulkan.
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
  • 7) maaf suz_ana81, saya tidak bermaksud begitu. Anda ada cerita yang menarik cuma sesebuah karya itu tampak menarik kalau digarap dengan betul. Tentu kita nampak tak menarik kalau pakai pakaian yang compang-camping, bukan?

    Maksud saya, kalau ada banyak typo, tatabahasa yg salah, susunan ayat berterabur, walau ceritanya menarik, pembaca akan kurang minat untuk meneruskan pembacaan.

    Kehendak pembaca mesti diutamakan. Percubaan yang boleh dikatakan memuaskan. Masih ada yang perlu diperbaiki. Akhir kata, selamat berkarya dan terus menulis. Berusaha lagi!

  • (Penulis)
    8) ridhrohzai,
    Terima kasih atas nasihat awak. Saya mengambilnya secara positif. Takkan terasa hati. Saya gembira kalian sudi berkongsi & meninggalkan komen bernas kalian. Sekurang-kurangnya saya tahu, ada yg sudi membaca hasil tulisan saya. Cerita pendek ini saya sudah simpan lebih 8 tahun. Ini percubaan saya, masa zaman budak-budak dulu & kini bila menginjak dewasa, karyanya mungkin akan lain bunyinya.
    Saya bukan orang seni, baru mahu mengasah bakat untuk isi waktu lapang.Berikan waktu ya kawan-kawan.
    "Bisa saja" spt mesej yg sebelumnya adalah merujuk kepada "boleh saja", tidak bermaksud apa-apa
  • 9) emm,
    saya suke baca citer yang fontnya tidak kecil.
    hiii..
    teruskan usaha ye,

  • (Penulis)
    10) babymilo, jom saya belanja milo.
    terima kasih AFUNDISAYA!wakaka
  • 11) Adik Suzana sayang..rasanya ini cerpen yang pertama kan? rasanya seperti menghidangkan air di atas piring sayang..tolonglah betulkan...kalau tak tahu, baca cerpen orang lain dan bandingkan...nak nangis ni..waaaaaa!

  • (Penulis)
    12) mr kajiwa,
    saya pun nak nagis jugak
    huwaaaaa
    beri saya masa, saya tengah bz ngan labwork. Ada kelapangan saya betulkan
    PEACE
  • 13) suzana..jgn sedih2...betulkan bila ada masa..take this as a challenge, hasilkan citer yang lebih bagus lg...good luck..
  • 14) satu lagi...citer nie kelakar lar..pandai suzana buat saya gelak...hahahahahhaha...seyes saya terhibur..
  • 15) yap..saya suke..its funny

  • (Penulis)
    16) hidup mesti hepi...hepi...hepi
  • 17) Ternganga jap..dulu sara buat kesalahan lebih kurang macam ni..kaw-kaw orang hentam sara..
  • 18) namakusara: Perkara lepas usah dikenang Sara...Sekurang-kurangnya Sara bertuah kerana dari peristiwa itu, Sara bangkit dan mampu menulis dengan lebih baik. Terima kasih pada mereka yang memberi tunjuk ajar dan 'menghentam' Sara dulu.
  • 19) ya juga kan..but it still hurts.(kita orang seni memang sensitif)
  • 20) Hmm.. banyak boleh baiki nih... contohnya macam syahar cakap, huruf besar di permulaan ayat. lebih mesra pada pandangan mata. pastu pembuka dan penutup kata mcm tak sesuai tempatnya. contoh:

    “awat susah sangat cari parking ni. Pusing punya pusing,dapat juga aku parking bawah bangunan ni. Mak ai ni memang rezeki aku ni.Ada kon pulak. Hey aku pun bayar parking gak tau.

    Aku keluar & mengalihkan kon . Senyum sendiri. SIapa la yg tak beretika meninggalkan kon kat tengah kotak parking ni. Letak kat tepi kan bagus”


    Macam that whole ayat adalah dalam pembuka kata ke? boleh perbaiki lagi tang tu..

    pastu typo pun ada. contoh: sophistikated. kalau nak di bm kan mungkin jadi sofistikated (kot?) atau english nya sophisticated. itu macam gabungan tu..

    my suggestion would be: once dah ada idea tu, type je dulu. pastu tinggalkan utk beberapa hari, baru jenguk lagi dan baiki. selalunya waktu tu kita masih fresh dan boleh nampak kesalahan2 yg ada. pastu eram lagi, tengok lagi after a few days. bile dah betul2 puas ati, dah rase xtau cmne nak baiki lagi, baru post. then org2 boleh komen and dari komen2 tu boleh baiki lagi.

    itu nasihat syahar pada saya satu ketika dulu yg saya rasa sgt sgt berguna. try it. it really works. good luck!
  • 21) saya sangat bersetuju dengan NJay. suz_ana81 seharusnya tidak terburu-buru menghantar cerpen ini. seharusnya anda simpan dahulu dan bila ada masa lapang, betulkan semula.

    em, alang-alang mandi biar basah. sebelum awak mengolah semula cerpen ni, izinkan saya untuk memperbaiki serba sedikit kekurangan untuk kita pelajari bersama-sama. saya tidak akan sentuh soal kesalahan bahasa.

    pertama, cerita anda ada permulaan dan pertengahan tetapi tiada klimaks dan penutup. Sewajarnya anda tidak harus meninggalkan tanda tanya pada pembaca kerana pembaca tidak ada masa untuk memikirkannya. jalan cerita ini adalah hak anda. anda yang wajar menentukan penamatnya.


    kedua, soal pemindahan plot atau penyambungan situasi. contoh:
    [ “ok lah, jawapan interviu dalam masa 2 minggu. Itu pun kalau awak berjaya. Awak parking kat mana?
    “Basement” jawabku ringkas.
    “Jomlah, awak nak tau saya nak buat apa kan? Mari kita sama-sama kita saksikan.
    Aku senyum, matila aku kali ni. Itu la suka buat benda tak pikir. Langgar ikut suka kau jer.
    Sebuah kerea BMW menghalang kereta abahku.
    “Lawa BMW tu, encik punya yer?”
    “aah, saya nak tunggu owner dia datang, confirm pompuan punya, tengok tu ada compact powder.”
    “kalo encik punya, tolong alihkan”]

    sewajarnya anda meletak divider seperti "* * * * *" atau jika anda tidak mahu mewujudkan plot yang baru, anda boleh menulis begini;
    "Di mana awak parkir kereta?"
    "Basement'"
    "Kalau macam tu, sudi ikut saya ke sana? Saya nak tunjukkan pada awak jawapan kepada persoalan tadi"
    Aku mengukir senyum tawar. Peluh mula merenik di dahi. Ada gusar yang terbit di hati, bagai tahu apa yang bakal berlaku sebentar lagi. Aku bingkas bangun tatkala melihat penemuduga itu sudah pun berdiri di muka pintu, menungguku.
    Dengan langkah malas, aku mengekori jejaknya ke basement dan langkahku terhenti ketika melihat sebuah kereta BMW betul-betul diparkir di belakang kereta milik ayahku itu.
    Seraya ku pandang wajah lelaki di sebelahku. Dalam hati, debaran sudah menggila. Apa yang akan lelaki ini lakukan?
    ....." dan sambung ayat seterusnya.

    jelas menunjukkan yang watak itu bergerak ke basement dan bukannya tiba-tiba terpacul di situ.


    ketiga, anda seharusnya menunjukkan sedikit perawakan pada penemuduga juga pada suzana. bagaimana ciri-ciri penemuduga dan apakah namanya? ia lebih mudah bagi pembaca untuk mengenali watak itu.

    untuk contoh watak dan perwatakan, anda boleh lihat komen Upenyu dalam cerpen "kerana secebis kentang" nukilan rearrange.


    keempat, untuk mengembangkan plot. banyak plot yang boleh anda kembangkan. apa yang saya lihat, plot anda hanya ada tiga iaitu ketika di dalam pejabat, di dalam bilik temuduga dan di tempat parkir kereta.

    anda boleh memulakan cerita dengan persediaan anda sebelum pergi ke tempat temuduga. sebagai contoh, "Satu demi satu baju yang kuacu nampak tidak kena pada pandangan. Dari blaus merah jambu, kutukar ke kebaya hijau pucuk pisang. Ah, tidak sesuai pula dengan kulitku yang hitam manis ini. Aku menyelak lagi koleksi bajuku di dalam almari.... dan ayat seterusnya. Tunjukkan yang Suzana sedang kelam-kabut, huru-hara, berdebar-debar sejak dari rumah lagi hingga terbawa-bawa ke pejabat.

    untuk plot, anda boleh lihat juga komen dari Upenyu dalam cerpen "Segala yang kumahu" juga nukilan rearrange. Yang saya nyatakan tadi hanya sebahagian dari plot yang boleh dikembangkan.

    Secara keseluruhan, saya cadangkan anda melihat post Upenyu yang bertajuk "Petua Menulis Cerpen". Pasti banyak yang anda boleh pelajari. http://www.kapasitor.net/community/post/2635

    Suzana, saya tidak salahkan anda kerana menghantar cerpen ini bahkan saya gembira kerana ia dapat dijadikan contoh pada penulis yang lain. Saya minta maaf, tulus dari hati andai komen saya ini mengguris hati Suzana. Saya hanya inginkan Suzana menulis dnegan lebih baik dan saya yakin Suzana mampu lakukannya di masa akan datang. Saya tunggu karya anda yang seterusnya.

    Maaf sekali lagi. Saya juga masih banyak yang perlu dipelajari. Saya hanya berkongsi pendapat dan maaf kalau ia buat anda tidak selesa. Sekian, jumpa lagi...

    Dari yang masih hijau,
    ridhrohzai

  • (Penulis)
    22) Njay, terima kasih atas advice ya.

    Yg masih hijau...
    Terima kasih atas nasihat.
  • 23) haha..comel~~

    insyaAllah..tapi penyabar ek en.bos tu? bagus2

Cerpen-cerpen lain nukilan suz_ana81

Read all stories by suz_ana81
No stories.