Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kerana Secebis Kentang

 

"Komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi.”

Aku memanggilnya KKK. Bukan Ku Klux Klan maksudku; tapi ianya hanyalah versi dan mainan perkataan aku sendiri. Komplikasi, komunikasi, konfrontasi. Frasa itu selalu menjadi siulan mulutku sendiri setiap kali aku berasa marah. Sudah menjadi tabiat aku untuk mengawal rasa marah. Perasaan yang sengaja kutekan. Mungkin juga lebih kepada keganasan yang disimpan, bak harimau terkurung di zoo.

Aku selalunya kelihatan seperti seorang yang pendiam. Aku selalunya kelihatan seperti seorang yang gembira; “happy-go-lucky”. Sengih, walau selalunya tiada perkataan yang keluar. Senyum, walau tiada komen yang diberi. Gelak, tapi tidak kutambah kutukan punca gelak yang keluar. Kenalan aku memanggilku “cool”, “slumber”, “lepak”, “gerek”. Tenang, bahasa formalnya.

Tapi masih ada fakta yang tidak menjadi pengetahuan umum. Aku seorang yang pemendam. Mungkin ianya kena dengan sifat pendiam aku. Aku selalu pendamkan apa yang aku rasa. Marah, aku senyap. Geram, aku diam. Sedih, aku pura pura letih. Tidak akan ada riak yang timbul. Tidak akan ada kerutan dahi yang membuka rahsia aku. Paling tidak, hanya mulutku berkumat kamit membisikkan frasa kata ajaibku. Atau sekurang kurangnya tiga perkataan ajaib itu.

Cuma bisikan tiga perkataan ajaib itu yang mampu menenangkan aku. Mengingatkan aku betapa pentingnya untuk tidak menimbulkan konfrontasi. Mengingatkan aku betapa bahayanya jika aku gagal menahan gelodak amarah.

“Mus.. komplikasi.. dalam komunikasi.. jadi konfrontasi..” bisikku lagi kepada diriku sendiri. Nafas kutarik sedalam - dalam yang boleh. Percubaan yang entah kali ke berapa untuk aku mengosongkan mindaku. Aku melepaskan nafas perlahan lahan.

Tidak berjaya. Magik ini sudah tidak berjaya lagi. Aku tetap tidak merasa tenang. Aku geleng-gelengkan kepalaku. Bukan. Bukan ini apa yang ku harapkan. Bukan perasaan ini yang ku minta mintakan. Bukan perkataan ini yang selalunya diberikan oleh kenalan.

Sedih? Dalam keadaan begini?

Aku sedih? Pada saat ini? Pada masa ini?

Amarahku membara kembali. Aku tidak menjangkakan aku boleh sedih dalam keadaan begini. Aku menghenyakkan punggungku ke sofa kulit empuk di ruang tamu itu. Aku merenung ke siling; ke lantai di hadapanku; silih berganti. Tanganku berteleku menongkat daguku.

Tiada perasaan puas. Ada perasaan sedih. Jangkaan aku salah. Lari – melencong harapan aku. Sial. Keji sungguh kau, hati.

Mataku melirik ke jam tangan yang terikat di pergelangan kiriku. Permukaan jam itu menonjolkan nombor digital untuk menentukan masa, dan ia lengkap berserta tarikh untuk hari ini..

04:24 pm, 8/4/2009.

*******************************************************************************

6 Februari 2009, Nasi Lemak Antarabangsa, Kg. Baru..

“Faz, camne kau dengan Mus sekarang?” tanya Amir yang masih mengunyah nasi lemak sebagai santapan makan malam.

Faz tersedak. Teh yang dihirupnya tersembur sedikit. Diambilnya tisu dan dia mengelap bibir mongelnya yang berjujuran dengan teh yang tak sempat ditelan. Tangannya membetulkan sedikit cermin mata yang dipakainya. Amir tergelak melihat telatah Faz yang terkejut dengan soalannya itu.

“Sorry. Erm, aku macam tu jugaklah dengan Mus. Dia okay je, cukup la kasih sayang dia bagi kat aku” seloroh Faz. Matanya redup seperti menyembunyikan sesuatu walaupun mulutnya masih mengukir senyuman. Faizal yang duduk di hadapannya sedar akan riak wajah Faz.

“Tak ada tapi?” ujar Faizal.

“Tapi?”

“Iyalah, dia okay.. tapi?”

Muka Faz berubah. Jelas yang dia tidak mampu menyembunyikan lagi perkara sebenar yang tersimpan rapi dalam hatinya. Namun untuk menuturkan apa yang dia sendiri tidak puas hati, atau seperti apa yang dikatakan Faizal, “tapi”; dia sendiri tidak tahu dan tidak pasti apa yang kurangnya Mus. Faz berpura-pura membetulkan tudungnya yang tidak senget. Dia mengeluh.

“Tapi dia lagi muda dari aku. Bukan setahun dua, tapi empat!” kata Faz separuh menjerit.

“Hey relaxlah. Kitorg tanya je” tegur Nasir yang senyap sejak dari mula mereka sampai.

“Then kenapa kau terima dia on the first place?” tanya Faizal lagi.

“Entahlah. He’s okay, perfect. Perhatian untuk aku cukup dia bagi. Sekarang ni pun dia dah mula kumpul duit walaupun tengah study lagi. Tang tu memang nampak la dia bersungguh – sungguh nakkan aku.”

“Tapi?”

“Tapi entahlah. Mungkin aku je terlalu fikirkan faktor umur tu kot sekarang. Lagi satu, dia macam kurang suka aku lepak dengan korang. Mungkin perasaan aku je la kot yang tu, pasal dia tak pernah cakap lagi dia tak suka aku keluar dengan korang.”

“Kau rasa dia terlalu mengongkong?”

“Lebih kuranglah. Dia tu ada baran sendiri gak walaupun nampak macam pendiam. Pernah sekali dia marah aku pasal aku asyik cerita pasal korang kat dia”.

“Time korang dating? Salah kau gak tuh!” tempelak Nasir.

“Kenapa salah aku pulak?”

“Iyelah, korang dah lah jarang berjumpa. Bila jumpa kau bukak cerita pasal orang lain yang takde kena mengena dengan dia. Kalau dia jumpa kau tapi dia duk bercerita pasal perempuan lain agak agak kau bengang tak?”

Faz terdiam.

“Tapi, aku bukan cerita apa pun. Cerita aku lepak lepak dengan korang je. Takkan itu pun tak boleh? Memang la aku bengang kalau dia bercerita pasal perempuan lain, tapi aku dengan korang bukan ada apa-apa pun.” terang Faz panjang lebar, cuba menegakkan benang yang basah.

Nasir cuma menggeleng-gelengkan kepala. Faizal dan Amir cuma mampu tersenyum penuh makna.

“Jadi kau nak mintak break dengan dia?” tanya Amir.

“Entah. Aku takde sebab yang kuat untuk buat camtu lagi.”

“Oh. Kalau kau dah break nanti bagitau kat aku.”

“Kenapa?”

“Boleh lah aku pulak masuk line. Aku lagi tua dari kau, jadi lepas la syarat kan?” seloroh Amir.

Gelak ketawa mereka panjang membelah malam. Ketawa Amir yang paling kuat. Dalam hilai ketawa mereka itu, mata Amir masih melirik manja ke arah Faz, yang kelihatan comel dan manis bila dia ketawa.

*******************************************************************************

6 April 2009, di pejabat Faz..

Telefon bimbit Sony Ericsson yang dalam mode silent milik Faz tiba tiba bergetar di atas meja. Faz cepat cepat mengambilnya. Satu SMS yang tiba.

“Sayang, boleh tolong belikan I McD tak? I terlambat sikit masuk ofis hari ni, tak sempat nak lunch. Tolong ye? Love you.” SMS dari Mus.

Mus kini telah menamatkan pelajarannya dan kini kembali ke pejabat Faz bekerja sebagai seorang pekerja baru. Dahulunya, pejabat ini merupakan tempat Mus melakukan latihan praktikalnya. Semasa latihan praktikalnya itulah mereka berkenalan, dan dari situlah bibit – bibit cinta mula berputik antara mereka.

Mus sepatutnya bertugas dalam shift petang hari ini, tapi nampaknya dia terlambat buat kali kedua dalam minggu ini. Faz mengeluh pendek. Tidak dapatlah dia untuk makan tengahari bersama – sama Mus hari ini. Faz terus bangun dan melangkah keluar untuk makan seorang diri seperti semalam. Selesai makan, Faz membelikan sebungkus McDonalds seperti apa yang diminta. Dia meletakkan bungkusan itu di atas meja Mus yang masih kosong dan kembali ke kubikelnya sendiri.

Setengah jam kemudian, tiba tiba Yahoo Messengernya berkelip kelip menandakan ada orang yang cuba menghubunginya. Terdetik dalam hati Faz, “mesti Mus baru sampai ni.”

Mus: Hi yang, thanks for the McD. Sorry eh tak dapat temankan you lunch hari ni.

Faz: It’s okay. Dah makan belum McD tu?

Mus: Tengah. Baru makan kentang je ni.

Faz: Hey, makanlah kat pantry tu. Nanti kang ada boss bising pasal makan kat dalam opis.

Mus: Eh, nape lak?

Faz: Kan bau. Sampai sini I bau tau.

Mus: Alah, bukan bau busuk macam durian ke. Takde pelah.

Panas hati Faz bila Mus cakap begitu. “Susah sangatkah hendak keluar ke pantry untuk makan?” bentak Faz. Terus ditutupnya program Yahoo Messenger. Terus dia berpura-pura untuk sibuk membuat kerja.

Masa berlalu pantas; sedar-sedar hari sudah petang dan masa bekerja sudah tamat untuk Faz. Dia mengemas barang barangnya dan terus melangkah keluar dari pejabat. Dalam perjalanannya untuk ke kereta, dia nekad menghantar satu SMS kepada Mus.

“I want to breakup with you.”

Selepas SMS dihantar, Faz terus menutup telefonnya dan mengorak langkah masuk ke kereta Kelisa birunya untuk pulang ke rumah.

*******************************************************************************

8 April 2009, 02:00 pm.

Sudah dua hari aku tidak berjumpa dengan Faz. Sudah dua hari aku tidak mendengar sebarang khabar berita dari Faz. Dia tidak langsung mengaktifkan telefon bimbitnya. Sudah dua hari juga dia tidak datang kerja. Sudah berhentikah dia?

Aku amat tertanya-tanya mengapa dia buat begini pada aku. Tanpa penutupan yang sempurna, dia terus menghilangkan diri. Minta putuskan hubungan. Apakah salah aku? Makan kentang goreng di masa kerja?

Amat tidak logik. Amat tidak munasabah. Amat tidak memuaskan hati. Sungguh celaka.

Aku resah dan gelisah. Makan tidak kenyang, tidur tidak lena. Jiwaku langsung tidak tenteram. Marah. Keliru. Hal – hal lain langsung aku tidak pedulikan lagi. Aku terus berjumpa dengan pengurusku dan terus meminta cuti, mengatakan aku kurang sihat untuk bekerja hari ini.

Aku mesti mendapatkan jawapan sebenar. Aku terus ke keretaku dan memecut laju ke rumah Faz. Malam sebelumnya, aku sudah pergi ke rumahnya tapi tiada balasan apabila aku ketuk pintu rumahnya. Keji, bukan?

Aku memberhentikan keretaku di kawasan parkir selang tiga blok yang jauh sedikit dari rumahnya. Aku bercadang untuk berjalan kaki ke rumahnya. Dengan tiadanya bunyi enjin keretaku, dia tidak akan tahu aku yang tiba. Elemen kejutan amat kuperlukan sekarang.

Pintu rumahnya kuketuk.

Dia membuka pintu dan terkejut melihat aku. Sebelum dia sempat menutup kembali pintu rumahnya, aku menahan dengan tanganku dan menolak pintu itu supaya terkangkang luas. Faz kelihatan terkejut dengan tindakan berani aku. Aku terus masuk ke rumahnya, dan meletakkan bagasi aku ke atas sofa kulit empuk miliknya.

“Faz, why are you doing this to me? Kenapa? Apa sebabnya tetiba you nak mintak breakup? You ada orang lain? I ada buat salah?” soalku bertalu talu.

Faz mengambil tempat duduk di hadapanku. Kakinya disilangkan. Rambutnya nampak cantik mengurai, lembut merangka wajah putihnya.

“Apa yang you nak sebenarnya, Mus?” Faz bertanya aku kembali. Bunyi soalan itu amat menyindir. Perasaan amarahku membuak buak secara tiba-tiba.

Dan aku berbisik perlahan terhadap diriku sendiri. Tanganku menggapai bagasi hitam yang terletak disebelahku.

“Faz, I need a closure. Not a sudden thing like this. Bukan ini caranya. You sepatutnya dah faham I. Selagi I tidak puas hati, I takkan berganjak”.

“I don’t have anything to explain to you, Mus. I dah nekad. I nak putus dengan you. I tak rasa kita serasi lagi.”

Aku cuba menahan marah dan masih bersabar. Dadaku berombak kecil menahan marah. Aku tetap berbisik dengan diri sendiri. Nafasku perlahan. Tanganku menggengam bagasi hitam disebelahku, genggamanku kuat membuatkan kepalan tanganku berubah putih.

“Marah? You don’t have the rights, Mus. This is my house. You better leave now. Or you nak I telefon polis?” sindir Faz lagi.

Cukup.

Amarahku membuak-buak.

Aku tidak tahan lagi.

Aku tidak dapat berfikir rasional lagi.

Kosong.

Mindaku kosong.

Aku tidak kenal siapa perempuan didepanku ini.

Dan itu membuatkan naluri haiwan aku terlepas dari sangkar. Aku terus menjerit kuat dan menerkam ke arah Faz. Tangan kananku yang tadinya kosong menggenggam bagasi kini terhunus pisau kecil – pisau pembuka surat yang tersisip di tepi bagasiku. Entah bila tanganku dapat menggapai pisau itu, aku sendiri pun tidak tahu.

Satu libasan yang terkena leher; dan arteri Faz memancutkan darah merah membuak-buak. Tanganku merah. Tompok tompok merah terkena mukaku. Terasa panas darah Faz.

*******************************************************************************

Jam berdenting. Satu, dua, tiga, empat, lima kali.

Aku tersedar dari lamunanku. Sudah pukul lima. Diam tak diam setengah jam masaku terbuang. Melayan perasaan hatiku sendiri. Hanyut, dalam kesedihan yang tidak sepatutnya hadir. Aku sepatutnya berasa puas. Bukan sedih.

Tapi kini sudah pukul lima. Aku tidak banyak masa.

Aku bangun dan pergi mencari sinki. Jumpa. Ada sabun sekali. Aku membasuh tanganku yang merah bergelimpangan dengan darah keji perempuan kutuk itu. Aku basuh sekali senjata pembunuhanku. Penuh berhati – hati. Aku tidak mahu meninggalkan kesan jari.

Pisau yang kini bersih ku sisipkan kembali ke dalam bagasi hitamku. Aku mengambil sehelai tuala kecil dan mengelap segala permukaan yang mungkin aku sentuh. Aku selerakkan ruang tamu yang tersusun kemas itu. Aku kembuh laci laci yang rapat dan menjatuhkannya ke lantai.

Puas. Harap tiada jejak aku yang tertinggal. Aku mengambil bagasiku dan mula menuju ke pintu. Aku pandang ke atas siling. Ada kesan darah. Ku toleh ke arah mayat yang terbujur kaku dengan mata terbeliak. Ada sekelompok darah.

Faz mati. Aku yang membunuhnya.

Senyuman jahat terukir di wajahku. Terlintas satu frasa baru yang bersesuaian dengan keadaan ini. Tiada lagi KKK. Frasa itu tidak berguna lagi. Hanya frasa ini yang menerangkan perasaanku sekarang..

“Akhirnya, kau tetap ku yang punya...”

 

Penafian: Cerita ini hanyalah fantasi dan khayalan nakal penulis di hujung minggu. Tiada yang hidup atau yang mati terlibat dalam penceritaan cerpen ini. Jika ada yang terlibat, ianya hanyalah kebetulan semata-mata.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Tepat seperti harimau menyembunyikan kuku...saya gembira telahan saya tepat.Saya suka cerpen ini.Terus menulis.Saya akan komen yang lain-lain kemudian.Disclaimer tu patut ditulis: Tiada yang mati atau dicederakan dalam cerita ini ! hi hi.
  • 2) wowwww .. liar benar fantasi ni hahahaha.
    teringat tagline seseorang yang digunakan untuk novel beliau satu tika dulu..

    "realiti yang pahit hanya dapat disembuhkan dengan fantasi yang membukit"

    hehe.

    memang amarah harimau ni. takut den.
  • 3) mcm pernah dengarlah tagline tu.. bukan cinta sang ratu ke? ke? ke?

    btw, wow! itu je..
  • 4) ending yg mengejutkan, walaupun mmg boleh dijangka..
    still, nice..
  • 5) Kak maria, sara ada masalah dgn dia punya POV! Betul tak?
  • 6) Ehem... Saya terkejut membaca pengakhiran cerita ini. Benarlah kadang-kala kalau amarah sudah memuncak, kita akan jadi lupa diri. Masih lagi berkisar tentang perempuan minta putus seperti cerpen yang terdahulu cuma berbeza latar dan plotnya. Cuma ada beberapa frasa yang menganggu saya sedikit tapi secara keseluruhan tiada masalah.

    Ada pembaharuan. Penceritaan yang baik. Bermakna awak mengambil teladan akan komen-komen yang diberi dahulu. Tahniah untuk awak. Terus menghasilkan karya-karya yang lebih baik lagi.

    p/s: Wah, kenapa dengan saya kebelakangan ini? Berbicara tentang sesuatu di luar bidang saya.
  • 7) cerita simple tp screenplay boleh tahan. boleh adaptasi ke layar perak! huhhu!

  • (Penulis)
    8) @mr_kajiwa: hehe. disclaimer yg tepat tuh. setakat ni tiada lg la yang mati atau dicederakan. hihi. dah boleh diteka eh cerita? aiseh. haha

    @cahatomic: hehe. fantasi sahaja yg liar. tagline yg amat tepat sekali! relax2, rimau tuh dah balik masuk hutan. haha.

    @shazmiey: first time sy dgr tagline itu. tq for the wow! (err..bukan world of warcraft kan? )

    @mizz_aszni: ah. masih boleh dijangka eh.. haish.

    @Namakusara: err ada masalah dgn POV? marila terangkan, boleh sama2 belajar. hehe.

    @ridhrohzai: ada beberapa frasa yang mengganggu? boleh share2 yang mana satu tak? mengganggu dari segi tatabahasa ke.. dari segi penggunaan perkataan? hehe.

    @kamalia: uih. tak smpi tahap tu lg kot. wat drama melayu bole la

    thanks all for reading. siapa2 yang ada nak komen, sile2kanlah. tadak kisah punya, sama2 belajar.
  • 9) sgt saiko siot! mcmana pulak akhirnya dia punya?? dah mati pun, kembali pada yang empunya yang sebenar

  • (Penulis)
    10) @mosh: cerita sahaja yg saiko. hehe.

    dia yang bunuh = dia yang ambil nyawa = nyawa mangsa dirampas = nyawanya dia yg punya? oh ini hanya tafsiran saya untuk org2 psiko. hehe. org2 psiko pk cmtu lah kot.. (agakan sahaja).
  • 11) tak nak bf yg saiko cam tu......takut~
  • 12) Rearrange:Saya bukan teka cerita tetapi meneka yang lain...
    Saraov masih ok sebab dia dah letakkan divider dan time setting yang berbeza,lainlah kalau tak ada divider dan penjelasan memang agak mengelirukan.
    Satu soalan: perenggan pertama adakah berlaku di ruang tamu setelah pembunuhan??

  • (Penulis)
    13) @putri_alya: ehem. bf yg saiko terhasil dari gf yg kerek kot. HAHA. jgn la menyalahkan kaum lelaki shj

    @mr_kajiwa: oh meneka yg lain. apekah tekaan itu? and yep, perenggan pertama berlaku setelah pembunuhan.
  • 14) Ok,perenggan pertama menepati struktur 90/100.Di mana anda berada hampir di garisan penamat, sayangnya perenggan/babak pertama itu tidak dapat "grab" pembaca sebab anda terlalu tekankan KKK berbanding angle yang lebih penting iaitu emosinya selepas melakukan pembunuhan.Sebab itu sekali baca, permulaan itu kabur.Sehingga baca ke bawah baru pembaca rasa tense, jika tak baca? anda sudah terlepas peluang yang begitu baik..(sekadar pendapat)

  • (Penulis)
    15) @mr_kajiwa: ohh...cmtu. hmmm.. ok2. got ur point. thanks!

    (membaca balik babak pertama berkali2..)
  • 16) Ok satu lagi..pada bahagian klimaks/krisis, elok jika ditekankan lagi.Pembunuhan akibat kemarahan begini memang sadis,tonjolkan kegilaan itu betul2,lepaskan kemarahan anda cukup-cukup...maksud saya tidak cukup ummp!
  • 17) Frasa yang saya maksudkan sudah dijelaskan oleh mr_kajiwa. Terima kasih kak kerana saya tak tahu nak menerangkan bagaimana. Satu penjelasan yang tepat. Mulanya saya juga kurang perasan pada perenggan pertama, ia berlaku selepas pembunuhan.

    Kak Maria, tumpang tanya, POV tu apa?
  • 18) POV -point of view
  • 19) oh, terima kasih ida... jadi, saya semakin jelas kini apa yang sara cuba sampaikan. hmm...
  • 20) hehe
    tajam sungguh mata kak maria
    beruntung tointoin tau.

  • (Penulis)
    21) @mr_kajiwa: erm.. jadi permulaan yang tidak grab, dan penutup yg tidak cukup ummp. yeay! baru la nmpk di mana kelemahan sendiri. thanks kak maria! (selalu terkonpius psl nick mr_kajiwa sounds like a male tak tersangka ianya seorang perempuan).

    that details are very much appreciated. sy sll terlepas mende2 details nih. hehe

    @ridhrohzai: kalau diamati masanya, br perasan ianya berlaku selepas pembunuhan. hehe. but yep, nmpknya KKK itu mcm tak memberi kesan dalam penceritaan.

    (itu la kan, tulis cerita smbl dgr lagu. Dengar lirik lagu best je trus nak ambik masuk dlm cerita. kan dah tak kene hehe peringatan berguna untuk diri sendiri)

    part POV tu, sy masih kurang jelas dgn apa yg sara cuba smpikan. boleh tolong terangkan? adakah POV orang pertama (aku) dgn POV org ketiga (penceritaan Faz) tidak jelas?

    @cahatomic: hehe. untung gak rasa ada yg membaca karya dengan detail, br boleh berkembang rasanya.

    (haha, nama tointoin ke yg lekat? adeh.)
  • 22) Salam rearrange,

    Sebaiknya saya puji dulu hasil karya anda. Sehingga cerpen yang kedua ini, pada saya anda sedang membentuk satu identiti gaya penceritaan anda sendiri. Saya melihat gaya penceritaan ada perbezaan dari penulis lain. Pilihan kata-kata dalam cerita anda boleh saya kategorikan sebagai amat segar.

    and now, back tu business.

    Ada dua perkara yang ingin saya sentuh disini iaitu
    1. Sudut pandangan (mungkin ini yang dimaksudkan POV oleh sara)
    2. Perwatakan dan perawakan Watak.

    Mari kita bincang dulu yang nombor 1, Sudut pandangan adalah perspektif daripada arah mana cerita itu disampaikan. Kita mungkin akan memilih untuk menyampaikannya dari Sudut Pandangan;

    Orang Pertama = Saya, aku atau kami.

    Orang Kedua = Awak, engkau, kau.

    Orang Ketiga = Dia, ia

    Dalan cerita anda, anda menggunakan sudut pandangan pertama iaitu aku (Mus) pada bahagian pertama dan menggunakan sudut pandangan ketiga melalui Faz pada bahagian ke dua dan anda kembali menggunakan sudut pandangan orang pertama pada bahagian ketiga dan keempat. Saya belum pernah menemui cerita yang menggunakan dua sudut pandangan sekali gus dalam satu cerpen. Minyak dan air tak boleh bercampur, kalau bercampur jugak ia kelihatan pelik. Inilah yang anda lakukan.

    Sudut pandangan Orang Pertama biasanya membenarkan khalayak pembaca berasa dekat dengan watak tertentu dalam karya itu (Aku / penulisnya), ia juga membatasi kpd satu perspektif itu saja. Pembaca hanya tahu APA YANG WATAK ITU TAHU SAHAJA. Segelintir penulis, terutama sekali penulis baru, ada kecenderungan utk `tersangkut/terbuntu' apabila menggunakan kaedah sudut pandangan Orang Pertama ini. Perkara sebegini sering saya temui di Kapasitor, penulis seringkali keliru antara dua sudut penceritaan ini. Inilah yang berlaku dalam cerita anda. Apabila anda memilih menggunkan pandangan orang pertama, teruskan menggunakan sudut pandangan itu hingga tamat cerita.

    Sudut pandangan Orang Ketiga memberikan lebih kebebasan dibandingkan dengan sudut pandangan Orang Pertama. Lebih baik dan luas jangkauan penulisnya. Cerita anda pada saya sesuai menggunakan sudut pandangan orang ketiga (dan anda boleh biarkan watak-watak itu bebas bercerita dan tidak terkongkong dengan anda,penulis).

    Sebagai penulis, anda perlu berfikir secara strategik untuk memilih sudut pandangan yang boleh memudahkan anda membina karektor anda dengan lebih berkesan. Saya sendiri lebih senang menggunakan sudut pandangan Orang Ketiga dlm setiap karya saya, kerana rasanya ia kurang bersifat peribadi (dan agak mengganggu emosi) dan membolehkan saya lebih ruang utk berkreatif.

    Bagi nombor 2 pulak, anda terlupa berceritakan tentang perwatakan dan perawakan Faz dalam cerita ini. Jadi saya tak kenal watak Faz. Ini membuatkan saya bertanya-tanya, agak tidak logik, takanlah kerana makan kentang di tempat kerja boleh meyebabkan Faz mahu putuskan cinta dengan Mas pada darjah kemarahan yang amat sangat, kecuali anda terlebih dulu menceritakan watak dan perawakan Faz terlebih kepada saya (pembaca) maka baru saya boleh menerimanya. Begitu juga dengan perwatakan dan perawakan aku (Mus)tidak ditunjukkan dengan jelas dan mendalam kerana di sini pembaca agak waswas menerima logik tindakan Aku (Mus) sanggup membunuh Faz.

    Well, thats it. Harap sedikit sebanyak dapat membantu.

    Selamat Berkarya.
  • 23) wah takutnya lelaki tu
    huh,sanggup je bunuh semata-mata untuk sebab itu?
    waa takut2.
  • 24) Tointoin, pak penyu dah jelaskan cukup detail bukan saja utk anda seorang bahkan untuk kita semua soal POV. Ada kekeliruan di situ, saya katakan soal babak Klimaks/krisis ya bukan penutup!
    Titik krisis di sini:
    "Aku terus menjerit kuat dan menerkam ke arah Faz. Tangan kananku yang tadinya kosong menggenggam bagasi kini terhunus pisau kecil – pisau pembuka surat yang tersisip di tepi bagasiku. Entah bila tanganku dapat menggapai pisau itu, aku sendiri pun tidak tahu.
    Satu libasan yang terkena leher; dan arteri Faz memancutkan darah merah membuak-buak. Tanganku merah. Tompok tompok merah terkena mukaku. Terasa panas darah Faz."

    -Tidak cukup sadis.Sebab seperti sy katakan sebelum ini, gila kerana kemarahan memang sadis.Tidak akan cukup sekadar memotong arteri Faz, paling kurang Faz ditikam 50 kali,dirobek2...kemarahan dilampiaskan semuanya.
    contoh" Aku tikam.Aku tikam, aku tikam,tikam..tikam!Aku robek-robek! Aku hancurkan segalanya seperti dia menghancurkan hatiku."
    (ini contohlah, buatlah lebih baik ya dik).
    -sessi bedah sisat cerpen sebegini hanya untuk kita sama-sama belajar dan memperbaiki karya kita ok,jangan ambil hati.
  • 25) Wah, wah, wah... ini memang bedah siasat namanya. Semua dikupas satu per satu. Saya sangat cemburu dengan anda rearrange kerana karya anda mendapat penilaian yang sebegini dari dua orang yang amat berpengalaman iaitu Upenyu dan mr_kajiwa.

    Anda sangat bertuah. Ucapkan terima kasih anda pada mereka. Banyak yang boleh anda, saya dan semua penulis di sini pelajari. Saya juga sedang mencatat semua pandangan yang dilontarkan. Saya menantikan karya anda yang seterusnya.
  • 26) Sara pun dah jeles ni (nak ngadu dgn abg nad)..mana aci kakak.

  • (Penulis)
    27) alhamdullilah, dapat bedah siasat yang amat berguna sekali. terima kasih sifu sifu!

    @Upenyu: tentang POV, adakah memang tidak boleh dicampur pandangan POV org pertama dan orang ketiga? yang itu mmg sebenarnya percubaan saya - untuk memberikan emosi Mus yang tidak stabil di sini, dan memberikan pelepasan untuk menerangkan watak Faz.

    Hmm.. perlu berusaha lagi dengan perwatakan dan perawakan ni.

    @mr_kajiwa: oh klimaks yang itu. hehe mekasih! kini barulah jelas apa yang dimaksudkan. hehe.

    @ridhrohzai dan @namakusara: ehe, sama2 la kita belajar. Sara jgn ler jeles2.. (tak masuk campur bab ngadu2 tu yer )
  • 28) Jangan panggil saya sifu atau amat berpengalaman..saya cuma insan yang menumpang lalu di sini. Lepas ini saya akan melalui semuanya dengan diam-diam..
  • 29) lupa nak tambah, sara..gi lah ngadu..gi lah.
  • 30) rearrange,

    Soalan yang menarik dari anda. Bolehkah sudut pandangan pertama dicampurkan dengan sudut pandangan orang ke tiga dalam cerpen?

    Dalam apa juga bidang, ia akan mempunyai disiplinnya sendiri. tidak kira dalam apa bidang, menulis, memaksak dan sebagainya.

    Umpamakan anda memasak nasi lemak, maka anda perlu memasakan lemak itu mengikut disiplinnya seperti nasih hendaklah dimasakan dengan santan dicampur daun pandsn, dan lauknya sambal, telur, ikan bilis , sayur kangkung dan yang lain-lain, maka ini adalah nasi lemak. Berilah kepada sesiapa pun, mereka yang tahu akan berkata ini nasi lemak. Jika anda melanggar disiplin cara memasak nasi lemak, orang yang tahu tidak akan mengatakan ini nasi lemak. Kecuali nasi lemak yang anda masak itu hanya untuk anda sahaja, maka tiada siapa yang peduli.

    Berbalik kepada cerita anda, anda menggunakan sudut pandangan orang pertama aku. Aku itu adalah anda. Ini bererti anda adalah watak dalam cerita itu (aku) dan ada dalam cerita itu. Anda bukan sahaja menggunakan aku didalam dailog juga didalam naratif anda. Maka anda menulis sesuatu peristiwa itu berdasarkan apa yang anda nampak sahaja. Pasti anda tidak nampak peristiwa Faz makan bersama rakan-rakannya dan apa yang mereka perbualkan. Jadi anda tak dapat bercerita jika anda tidak nampak perkara itu. Logik? Jadi untuk bahagian kedua logiknya ialah anda kena menulis watak Faz menurut perseftif anda atau apa yang anda nampak kerana anda perlu berada disitu. Cth, "aku hanya memesan secawan teh manakal Faz memsan kopi susu panas. Memang kopi panas itu kegemaran Faz. Kawan-kawanya yang lain hanya memesan teh tarik. (Sudut pandangan orang pertama. Untuk membetulakn cerita ini anda perlu samada menukar keseluruah cerita dari sudut pandangan orang pertama atau dari sudut pandangan orang ke tiga.

    Jika anda mengguna sudut pandangan orang ke tiga, bererti anda hanyalah pencerita dalam cerita ini tentang Faz dan Mus dan anda tiada dalam cerita ini, jadi anda bebas untuk bercerita tentang Mus dan Faz secara berasingan. Bagaimana anda mengolah, itu terpulang kepada kreativiti anda.

    Seperkara lagi anda mungkin tidak sedar apabila menjelmakan frasa ini, "Gelak ketawa mereka panjang membelah malam. Ketawa Amir yang paling kuat. Dalam hilai ketawa mereka itu, mata Amir masih melirik manja ke arah Faz, yang kelihatan comel dan manis bila dia ketawa." anda seolah sedang mewujudkan satu lagi plot (cerita)tapi cerita ini tidak dikembangkan dan ia hilang terus. Kalau dibuang, tidak merosakan jalan cerita pun..


    Wah! mengada betul pak penyu ni. Dah jadi macam bengkel penulisan cerpen pulak cerita anda ni rearrange.

    Selamat Berkarya.






    Saya harap anda dapat memahami apa yang saya nyatakan di atas.
  • 31) bot, mungkin terlambat baca, tapi cerita ni best sgt!

    terima kasih kat abg sham gn kak maria, kupasan pasal cerita ni, mmg banyak membantu (:
  • 32) sontot gile ending nye...
    hehehehe... leh wat cerita ni
    superb story...

  • (Penulis)
    33) ehe.. masih lg ada komen selepas lama ditulis eh? mekasih robot, mekasih ecam.
  • 34) mari mengomen. si faz tu mmg patot di dikerat 18, di belah otaknye, dibungkus dlm plastic smpah itam, dan diletakkan dibawah katil..
    dan sila ubah:
    "Hari-hari kau aku yang punya". gagagga.

Cerpen-cerpen lain nukilan rearrange

Read all stories by rearrange