Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kisah Cinta Tak Berwajah

 

 

Sekian lama aku memperhatikan gelagatnya, gadis itu masih juga di situ, tidak ada tanda-tanda untuk dia beranjak pergi. Sesekali aku mencuri pandang rintik putih yang gugur menuruni lurah pipi yang gebu itu. Tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang, gadis itu terus menangis. Cantik juga, ada gelombang merambat di dalam dadaku. Namun kecantikannya pudar dihanyutkan oleh airmata.

Aku terasa ada getaran halus menyentuh dawai-dawai hatiku. Lantas, gadis manis itu kuhampiri.

Sedikit tersentak gadis itu, bila menyedari kehadiranku. Seperti seorang kakak yang mengerti naluri adik kecintaannya, aku membelai rambut gadis itu. Tiba-tiba dia menghantar sendu yang semakin dalam ke ruang dada.

“Mengapa menangis dik? Apakah yang telah membuat hatimu tercalar begini?” Gadis itu mengangkat mukanya perlahan-lahan. Jelas memperlihatkan wajah yang cukup muda untuk menanggung penderitaan yang cukup berat. Matanya yang comel seperti mata kelinci itu juga mula membengkak. Gadis itu menjawab dengan suara perlahan namun dapat juga kutangkap kata-katanya.

“Adik, telah putus cinta kak.” Jawapan yang telah kusedia maklum dari awal walau intipati ceritanya belum aku ketahui

“Adik amat mencintai dia. Dia adalah cinta pertama adik. Namun akhirnya adik terpaksa meninggalkan dia. Adik tinggalkan dia kak.”

“Mengapa begitu dik? Mengapa membiarkan sahaja cinta itu berlalu sedangkan hati merasa amat sakit sekali.” Gadis itu memandang jauh ke depan seperti ada jawapan pada lantera di hujung kaki langit. Lama dia berdiam dengan ekor mata yang amat redup. Aku tetap tidak beranjak dari tangga batu itu. Inginku selongkar selingkar kisah yang menjerut tangkai hati gadis ini. Akhirnya dia kembali bercerita kisah dukanya.

“Kak, adik tinggalkan dia kerana adik merasakan usia adik terlalu mentah untuk bercinta. Adik takut juga jika dia tidak mampu membahagiakan adik. Maka atas alasan kosong itu adik tinggalkan dia. Mulanya adik fikir adik kuat menghadapi perpisahan ini. Adik ingat adik boleh hidup tanpa rasa cinta. Tapi lihatlah apa yang terjadi, adik menyesali perpisahan dan mula kenal erti rindu. Alangkah egonya diri adik ini.” Aku mendengar dengan teliti butir bicara gadis itu. Aku mengerti dia sebenarnya berada di hujung kekeliruan. Masih belum cukup kenal apa maknanya cinta.

“Dik, mahukah adik mendengar satu kisah cinta tak berwajah?" Aku bertanya.

“Kisah apakah itu kak? Ya, adik ingin mendengarnya.” Gadis itu mengiyakan.

"Beberapa tahun lalu ada seorang gadis bernama Farisha. Dia telah berkenalan dengan Fikri, seorang yang menarik dan unik sifatnya melalui chatting dalam internet. Mereka sama-sama gemar berpuisi, menulis dan suka bergurau . Mereka menjadi sahabat yang sedia berkongsi apa juga masalah."

“Kemudian bagaimana kak? Bercintakah si Farisha itu dengan Fikri?” Gadis itu tiba-tiba menyampuk kerancakanku bercerita. Kulihat matanya tidak lagi banjir oleh manik putih. Malah penuh tanda tanya dan sifat ingin tahu yang memuncak. Seketika, aku biarkan gadis itu dengan persoalannya. Kusambung kembali kisah cinta ini.

"Kian tahun persahabatan mereka kian akrab. Segala cerita suka dan duka dikongsi bersama. Namun dalam tempoh itu, mereka tidak pernah bertemu walau sekali. Sekadar berhubung melalui sms, email atau chating. Mereka sama-sama memutuskan untuk tidak ingin berjumpa. Kerana pertemuan hanyalah mengundang sakit hati saat masing-masing ingin pamitan. Namun rupanya persahabatan itu bertukar menjadi cerita lain pula."

Aku menghela nafas dan meneguk sisa air liur yang tertakung. Kulihat gadis itu tidak berpuas hati dan meminta aku menyambung cerita lagi.

“Kak, teruskan bercerita. Adik ingin tahu apa yang terjadi pada mereka.”

"Persahabatan itu telah mengundang rasa cinta pada diri Fikri. Dia tenggelam timbul dalam lautan asmara yang memanah naluri lelakinya. Rasa cinta itu membuat dia berani menyuarakan hasrat menyunting bunga bernama Farisha. Lalu petang yang sepi itu dia menghubungi Farisha."

“Farisha, aku ingin bersemuka denganmu, kita jumpa.” Fikri meluahkan hasratnya.

“Untuk apa Fikri? Bukankah kita telah memutuskan untuk tidak bertemu. Kau juga pernah mengatakan bahawa persahabatan boleh hidup tanpa pertemuan.” Kata Farisha.

"Maafkan aku. Tapi kali ini aku merasakan amat perlu menemuimu. Ada sesuatu yang ingin kuluahkan.” kata Fikri terus dengan hasratnya.

“Luahkan saja di sini. Selama ini pun kita hanya berbicara di sini." Tegas Farisha.

Aku meneguk air mineral yang masih berbaki di dalam botol. Aku jadi dahaga pula setelah kian banyak berbicara. Kali ini gadis itu lebih sabar menunggu kisah itu disambung. Aku menarik nafas cukup panjang sekadar untuk mencari kekuatan. Sesaat kemudian kisah itu kusambung lagi.

“Farisha aku jatuh cinta padamu. Jatuh cinta pada ketinggian budimu. Kau banyak memberikan aku semangat setelah percintaanku dulu lebur. Kau katakan padaku bahawa hidup bukan sekadar untuk diteruskan tapi harus diperjuangkan. Katamu, relakan saja jika cinta itu memilih untuk pergi. Kerana cinta yang ikhlas tidak akan membuat jiwa merasa menangis dan terhiris. Cinta adalah untuk membangkitkan kekuatan dan bukan untuk menghinakan diri sendiri. Itu yang kau katakan Farisha, saat aku berduka ketika orang yang aku cintai mengikut lelaki lain. Akhirnya aku mengerti, Tuhan telah sembunyikan mentari semata-mata untuk menghadiahkanku pelangi. Kaulah pelangi itu Farisha.” Fikri terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“Wah, Fikri seorang yang sangat romatik kak. Pasti Farisha menerimanya kan.” Belum sempat aku menyambung cerita, gadis itu lebih dulu memotong dengan senyum di bibir. Mungkin dia terbayang cerita Hindustan yang bermula dengan persengketaan dan berakhir dengan peleraian yang cukup manis. Menari dari satu lembah ke satu lembah dengan ratusan gubahan lagu yang asyik.

“Tidak dik. Farisha menolak cintanya mentah-mentah. Seperti dirimu juga, dia terlalu egois kerana dia menyangka dia boleh hidup tanpa cinta. Dia takut bercinta, takut jika tidak menemukan kebahagiaan. Maka atas alasan remeh itu dia tinggalkan saja ikatan itu tanpa bersambut.

Hari demi hari persahabatan mereka kian renggang. Farisha tidak pernah lagi menyambut panggilan, membalas sms dan juga email dari Fikri. Dia biarkan saja lelaki itu terkapai-kapai dihanyutkan gelombang emosi yang sakit. Dia nekad memutuskan persahabatan itu. Akhirnya persahabatan itu lenyap sama sekali dari muka bumi.

Tahun demi tahun berlalu dengan usia yang kian beranjak. Esok genap tiga tahun perpisahan antara mereka. Setelah Fikri pergi dari hidupnya, Farisha merasa sunyi sekali. Dia merasa rindu yang teramat hingga membuat batinnya menangis. Siang malam dia berdoa semoga persahabatan itu kembali terjalin. Kini, dia pula benar-benar jatuh cinta pada Fikri."

“Benarkah Farisha jatuh cinta? Kalau begitu, kenapa dia tidak menghubungi Fikri saja kak?" Soal gadis itu.

“Sudah dik, berkali-kali dia menghubungi Fikri namun gagal. Nombor telefonnya tidak aktif lagi.” Kataku.

“Kan dia punya alamat email Fikri kak. Kenapa dia tidak mengirim email saja?” Soal gadis itu lagi.

“Farisha telah memadam semua email Fikri yang tersimpan di dalam emailnya termasuk alamat email Fikri juga.” Aku menjawab.

“Lantas kisah ini tamat di sini saja?” Gadis itu menyoal seolah-olah tidak berpuas hati dengan peleraian cerita tersebut.

“Tidak dik, kisah ini belum tamat.” Kulihat mata gadis itu kembali bersinar seperti cahaya mentari yang sedang tegak di atas kepala dan mengundang banjir peluh yang cukup banyak. Aku meneruskan cerita.

"Tiga tahun Farisha mencari Fikri namun pencariannya gagal. Akhirnya pada saat dia benar-benar putus asa, dia mendapat sebuah hadiah yang tak ternilai harganya. Pagi itu Farisha membuka kotak emailnya. Tertera nama pengirim yang pernah sebati dalam hidupnya. Email itu dibuka dengan penuh debaran.

Farisha, maafkan aku kerana tiba-tiba sahaja mengirim email ini buatmu. Aku merinduimu Farisha. Tiga tahun aku belajar untuk melupakanmu dengan mengembara ke negara asing, namun aku gagal. Ingatan dan rindu itu menjadi satu hingga membuat aku kaku untuk melangkah. Sudah berumah tanggakah kau Farisha? Semoga sahaja kau bahagia dan ceria menghadapi hidup ini. Aku masih seperti dulu. Masih Fikri yang sama dengan impian dan cita-cita melangit untuk memiliki seorang gadis bernama Farisha. Balaslah email ini Farisha, walau hanya sepatah perkataan kau tulis aku cukup bahagia.”

Gadis itu tergelak. Aku hampir terlupa bahawa ada gadis manis yang duduk di sisiku kerana terlalu asyik bercerita.

“Teruskan ceritanya kak.” Pinta gadis manja itu.

"Email itu membuat hati Farisha kembali berbunga mekar dan mewangi. Kali ini dia tidak berfikir lama untuk meluahkan isi hatinya. Penantian selama tiga tahun itu membuahkan hasil yang cukup manis. Dia menerima kehadiran Fikri dengan seluruh rasa syukur dan gembira. Bermula episod baru, dengan ikatan cinta yang kian mendalam. Kemudian mereka memutuskan untuk mengatur pertemuan pertama hujung bulan tersebut.

Cinta telah membuat hidup Farisha berubah. Dia menjadi ceria dan ringan mulut untuk bertegur sapa dengan semua orang walaupun ada di antaranya yang tidak dia kenali sama sekali. Seperti ingin dia jeritkan di telinga mereka tentang kebahagiaan yang dia rasakan. Dia ingin berkongsi tentang rasa itu pada semua orang. Tidurnya tidak pernah lena kerana ada saja khayalan indah yang datang menyucuk-nyucuk akalnya.

Alangkah bahagianya Farisha saat itu. Sebolehnya dia ingin memiliki sepasang sayap yang boleh membawanya terbang menemui teruna hatinya. Menghantar rindu yang kian kuat bertamu. Memuntahkan lahar sayang disulami mutiara-mutiara cinta yang akhirnya menjelmakan sebuah kenangan manis. Namun impian hanya impian belaka jika takdir memintas segalanya.

Malam itu Farisha menerima sebuah panggilan kecemasan dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai sepupu Fikri.

“Fikri ditimpa kemalangan jalan raya. Sekarang dia dalam keadaan kritikal.” Kedengaran suara seorang lelaki dalam telepon.

Malam itu juga Farisha mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur dengan doa yang tak putus semoga Fikri melepasi saat-saat kritikal.

“Ya Tuhan, ini adalah pertemuan kami yang pertama, jangan jadikannya yang terakhir.” Air matanya kian deras dan sendu yang kian meninggi.

Kaku, bisu dan cedera parah hanya itu gambaran yang dapat dia berikan sesaat melihat tubuh Fikri. Amat lemah sekali hinggakan dia tidak segan menangis, teresak-esak. Jari-jari Fikri digenggam erat. Dikucupnya jemari itu dengan harapan Fikri menyedari kehadirannya. Namun, tubuh yang tak berdaya itu akhirnya akur dan menyerah pada suratan azali menyahut panggilan kubur. Fikri telah pergi dengan membawa cintanya."

“Dik, kisah ini sudah tamat. Maafkan kakak kerana membuatmu sedih. Ambillah iktibar dari cerita ini dik. Jangan menolak jika cinta itu memilih untuk singgah di hatimu jika sesungguhnya jiwamu tidak merelakan cinta itu pergi. Terimalah dia seadanya.” Seperti tersekat-sekat suaraku berkata.

Aku lihat gadis itu menangis dengan penuh dramatik. Dia merenungku cukup dalam dan kemudian memelukku erat. Aku membalas pelukannya.

"Terima kasih kak kerana menceritakan sebuah kisah yang memberikan kesan abadi dalam diri adik.” Gadis itu menghulur tangan untuk bersalaman. Aku menggangguk dan meminta izin untuk pergi setelah kisah itu tamat kuhikayatkan. Aku melangkah menuruni tangga batu itu dengan hadirnya suara di hujung kuping telingaku. Cukup jelas pengucapannya.

“Kau kisahkan lagi cerita kita pada gadis itu Farisha?”

“Ya Fikri, aku akan terus menceritakan kisah kita itu pada sesiapapun juga yang sudi mendengarnya."

Angin bertiup membelai tubuhku dan aku menikmatinya seolah-olah itu adalah dakapan dari seorang lelaki yang mengajar aku menulis puisi dan mengenalkan aku makna rindu. Fikri, semoga damai menemani kau di sana. Aku berganjak pergi, lantas airmataku gugur satu satu.



TAMAT.

 

*Kisah benar....

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) jalan cerita yang menarik.. aniegma suka ttg ideanya berkonsepkan cerita dalam penceritaan..(seseorang bercerita ttg pengalaman drnya kepada orang lain).. pengahkiran cerita itu pun aniegma suka...Cerpen boleh dikembang kan boleh diperbaiki lagik dari segi kesinambungan atau penyambungan satu cerita ke satu cerita.. fahamkan maksud aniegma...

    Jalan ceritanya juga memberi kesan kepada aniegma.. cerita yang menarik kesungguhan kasih sayang yang ditunjukkan oleh kedua dua watak...
  • 2) nice...
  • 3) ehm... kak mas bercerita tentang cinta...
  • 4) Sang Ratu Cinta mula bercerita tentang cinta.

    Saya tak nak komen tentang cerita, kalau ini kisah benar, maka itulah ceritanya.

    Cuma yang ingin saya kongsikan adalah pemilihan tajuk cerita ini, "Kisah Cinta Tak Berwajah". Apakah maksud cinta tak berwajah. Saya menyusuri cerita ini sambil mencari makna cinta tak berjaya. Soalannya di mana relevannya cerita ini dengan tajuknya.

    Tajuk memainkan peranan penting sebagai daya tarikan kepada pembaca membaca sesebuah karya. Pada dasarnya tajuk mestilah, ada kaitan dengan cerita, ada unsur-unsur suspen (membuat pembaca tertanya-tanya, tentang apa cerita ini sebenarnya), elakkan dari tajuk yang klise, cth, Sebuah cerita duka, cinta ku yang terluka (pembaca dah dapat agak cerita mesti pasal kedukaan), sebaik-baiknya hanya dua atau tiga perkataan sahaja untuk dijadikan tajuk.

    Mungkin myelina boleh jelaskan sedikit kenapa memilih tajuk ini.

  • 5) aneigma, cerita ni tak boleh disambung lagi dah kerana myelina dah matikan watak hero! kecuali dia nak buat cerita "Kisah Hantu Tak Berwajah - The Love Story"
  • 6) peh.kmas suda mula menulis cerpen sekarang. wah kagum sekali lagi... best!
    erk bang sham, komen la sikit kat cerpen zu gak, nak gak belajo, serius neh.
  • 7) huhuhu pak penyu.. maaf ttg komen aniegma tu.. mybe pak penyu keliru sedikit.. maksud aniegma ttg penyambungan tu adalah penyambungan satu babak ke satu babak pak penyu... mungkin ayat aniegma itu salah....

    hantu tak berwajah huhuuhuuhuh betul jugak tu pak penyu.. cinta kasih n sayang kan tak berwajah sehngga tak terlihat oleh kita... kita hanya merasainya kan kan kan.. ..
  • 8) wah,sedih~
  • 9) sy sbnrnya sependapat ngn pak penyu.. uhuhuhu.. sy xnmpk kesinambungan antara tajuk dan cerita.. mungkin kak mas boleh jelaskan lagi.. tp sy tetap respek kak mas..
  • 10) Zu, abg sham segan nak komen cerita Zu, terlalu... errrr camne nak cakap, macammana puisi Zu, camtu la cerpen Zu, terlalu.. apa ye, abg Sham tak de ayat yang sesuailah. kalau nak komen juga kena take time, baca yang tersurat dan yang tersirat. Kekaburanya itu pada tahap yg sukar juga.
  • 11) btul2 tu pak penyu... anegma pun sukar untuk mengkomen puisi zu tu.. huhuhuuhhuu ayat ayatnya pergh..... huhhhuuhhuhuu
  • 12) Mungkin bukan saya yang tulis cerpen ini, tapi rasanya kesinambungan antara tajuk dan cerita amat jelas dah bagi saya.

    Cinta tak berwajah kerana mereka bercinta jarak jauh dan tak pernah langsung berjumpa kecuali bila Fikri dah nak mati. Tak nampak langsung lah wajahnya kan? Mungkin itu la maksud penulis, kecuali jika ianya lain, mintak penulis terangkan

    penyambungan antara satu babak ke satu babak tu, kerana cara penyampaian yang dipilih adalah untuk "menceritakan dari pandangan aku kepada orang lain", bagaimana untuk menyambungkannya? Pada pemahaman saya, ini cuma satu babak sahaja == penceritaan kepada gadis itu.
  • 13) Cinta tak berwajah, satu filosofi cinta yang agar besar. Tapi dikecilkan hanya kepada cinta dua orang yang tidak pernah bertemu. Inikan cerpen dari Ratu Cinta. Maka definasinya harus lebih meluas. Kalau dimaksudkan sebagai cinta tak berwajah seperti yg rearrange nyatakan, saya sedikit kecewalah.

  • (Penulis)
    14) Aniegma, tkasih sbb sentiasa beri sokongan.
    joni, tkasih.
    shaz, iya, ttg cinta...
    Upenyu, mas maksudkan cinta tak berwajah kepada dua insan yang tak pernah bersua muka, relevankan?
    zu, satu percubaan saja sih, tkasih.
    mizz_aszni, tkasih.
    rearrange, iya, itu yg saya maksudkan, cinta jarak jauh. Tkasih sbb rekomen cerpen ini.
  • 15) rearrange: Aniegma faham cerita ini mempunyai satu babak sahaja.. erm macm mana nak bg tau ek.. aniegma ne tak pendai nak menterjemahkan atau menerangkan tapi... ok mcm nie.. cthnya

    myelina:


    Malam itu Farisha menerima sebuah panggilan kecemasan dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai sepupu Fikri.

    “Fikri ditimpa kemalangan jalan raya. Sekarang dia dalam keadaan kritikal.” Kedengaran suara seorang lelaki dalam telepon.

    pendapat aniegma;

    ketika farisha melayan perasaannya bahgianya cinta, kasih n rindunya terhadap kekasih hatinya fikri, tiba tiba ..
    "kring kring kring....." panggilan taliphone itu memecahkan suasana romantis farisha... farisha mengangkat taliphonnya diatas meja... tertera nombor yang tidak dikenali olehnya... farisha mengangkat n menjawap....

    air muka farisha mula berubah.... cinta kash sayang n juga rindu nya itu tadi hilang n terus hilang dari riak wajahnya.... pipi nya mulai basah..... air mata.... cinta kasih n sayangnya......rindu? dan... sambungam dot dot dot dot.......bla bla.. "

    huh mcm tulah.. hehehe myelina maaf ek... harap mr.rearrange faham.... huhuhu susah tul nak cakap.. heheheheheh maaf klu anegma terlampau....

  • (Penulis)
    16) Upenyu, pd dasarnya cinta mmg tidak berwajah, cinta dpt dilihat melalui tanda atau syarat, spt angin cinta hanya dpt dirasa.
  • 17) tolong beri contoh cerpen saya yang sukar difahami itu?
    tak pernah lagi saya guna ayat2 sukar, simple padahal. komposisi ayat sering pendek dan berbentuk detail dan huraian saja. hmm takpelah... *sedar diri*

    saya masih merasakan cerpen kmas ini sampai isi dan maksudnya. kita semua masih belajar kan. tetap menulis.
  • 18) kak mas dan pak penyu.. pantang bertemu..agaknya kalo bertemu wajah, camne ek? tihihihi....
  • 19) terima kasih kak.
  • 20) aku sanggup menyusup ke dlm kekosongan dan mencairkan kebekuan hatimu..ahaks

    cerpen lain dr yg lain..myelina farisha..farisha myelina?? ada saper tau?

  • 21) kalau kita betul2 cintakan seseorang, tanpa melihat wajah pun cinta itu tetap kuat

    cerita yg baik
  • 22) Pendapat saya pula:
    Setuju dengan aniegma tetapi mungkin Mylina lebih tertumpu kepada penceritaannya sehingga mengabaikan unsur dramatik.Tentang tajuk..saya masih anggap relevan, saya faham maksudnya.
    Kisah benar...terus terang saya katakan saya kenal sepasang kekasih yang begini...apa pengakhirannya masih belum tahu..semoga mereka berdua membacnya dan dapat ikhtibar. Sekian.

  • (Penulis)
    23) Aniegma, tkasih sekali lg, saya amat hargai setiap patah kata2 kamu
    zu, iye btul...kita semua masih belajar. tetap menulis
    shaz, ntahlah camne....shaz saja la jd wakil kak mas jumpa pak penyu...hehe..
    nurie, tkasih juga
    ?, siapa pun kamu, tkasih sbb dtg membaca, penceritaan dlm cerita ini yg saya rasa menjdkan cerpen ini agak lain dr yg lain.
    meqa75, meqa mohd aqem...mohd aqem meqa? ada siapa tahu?
    kamalia, iye btul, tkasih
    mr.kajiwa, tkasih krn membaca, tkasih krn faham maksud cerpen ini, sungguh saya masih belajar menulis, apa saja pendpt serta pandangan amat saya alukan dan hargai...akan saya kutip satu satu jadikan 'mutiara', tkasih sekali lg.
  • 24) Salam sejahtera.

    Bunga-bunga bahasa anda sangat bagus. Perasaan saya terbuai membaca ayat demi ayat yang saya kira kadang-kala mempunyai ritma yang tersendiri.

    Namun, jiwa saya kurang menyelinap dalam susur jalan ceritanya. Anda membuai perasaan saya dalam struktur ayat tetapi tidak dalam penghayatan. Mungkin kerana anda terlalu fokus pada penceritaan kerana penceritaannya berjalan dengan lancar dan baik.

    Tentang tajuk, saya faham maksud yang anda cuba sampaikan dan saya juga mengerti apa yang Aniegma tafsirkan dalam cerita ini. Mungkin apa yang Aniegma cuba sampaikan ialah menerapkan lebih unsur perasaan yang boleh menguatkan lagi jalan cerita. Maaf kalau saya silap menafsir.

    Keseluruhan, cerita yang baik. Saya tersentuh...
  • 25) Saya tersentuh..
    teruskan menulis tau..

  • (Penulis)
    26) ridhrohzai, saya masih baru dlm penulisan cerpen dan masih terbawa-bawa cara menulis puisi. Apapun terima kasih krn komen yg membina ini.

    hanieqa, sungguh saya lg tersentuh, iye akan terus menulis selagi terdaya, tkasih.
  • 27) ooOOooOooOOOo

    patutlah kak....
    now saya tahu..
    oo
    oooo
    patutlah kak.
    isk.
    takpe.

    bersabarlah farisha.
    isk.

    *clap clap*
    penceritaan dia memang penuh kesantunan bahasa. nice one kak!

  • (Penulis)
    28) huishhh...caha caha *geleng2x*

    apapun, tkasih..
  • 29) kak mas!!



    cite benar siapa? oke,syud suke sebab penah alami tapi tadela tak brwajah. zaman dh canggih.webcamkan ada.haha

    sedikit komen: mencintai seseorang akan membuatkan kita dekat pada dia. biar hanya satu angka, biar hanya satu perkataan, kita tahu itu dia~ - maka...

    “Farisha telah memadam semua email Fikri yang tersimpan di dalam emailnya termasuk alamat email Fikri juga.” Aku menjawab.----> ini adalah sungguh tak patut. lupa no tepon ble trime lg tp klo lupe id email je?

    yg hr2 dichatting..yg saban waktu diemail~

    apapun cite ni sangat best Kak Mas!! *sungguh,daku tersentuh~~*

  • (Penulis)
    30) iye syud!, terkejut kak mas tau

    citer benar Farisha la, sape lg (sure ramai yg konfius nie)

    sebenarnya, itu saja tahap kemampuan minda kak mas utk mencari idea, jd camtuh la citernya...sungguh kak mas masih belum ade pengalaman dlm melontar cerpen...syud ade pengalaman kongsi la dgn kak mas eh.
  • 31) eh,kak mas menulis sangat hebatlaaa!

    cuma idea pasal id emel tu jela..he he~
  • 32) sy suker sy suker..... tulis la lagi...
    gaya bahasa akak puitis... terasa mcm ngah face to face ngan akak jek.. adesss

  • (Penulis)
    33) syud, idea tu mmg nmpk tak logik kan, akak akui...huhuhu....ok, tkasih byk di atas teguran

    cahya_aina, krn sering beri perhatian pd puisi, gaya bhs kat sini pun seakan puisi...aa mcm face to face, akak nmpk cahya tkasih
  • 34) ermm...sedih...
  • 35) *kisah benar..???

    ermmm..sgt menyentuh hati.. leka sekejap bile membaca cerpen ini. semoga tabah menghadapi dugaan hidup farisha..
  • 36) menyentuh perasaan jue yg sedang dlm mood sedih..
    nice...
  • 37) setuju dgn riri, bunga2 bahasa yang indah memamng unsur kuat dalam novel ini. pasal komen aniegma pun saya bersetuju, penceritaan terasa sedikit jumpy.

    apa-apapun, ayat ni memang menggamit saya. 'Tuhan telah sembunyikan mentari semata-mata untuk menghadiahkanku pelangi.'

    nak guna jadikan status twitter. buleh? haha
  • 38) logik sbnrnya lupe id emel...bkn semua org blh ingt..segelintr mmg lpa tmsk saya..even 5 thn kapel pn blh lupe..asyk tyer gne hpon
  • 39) ceritanya bgus .tpi awak smpet bngung bgian awal .
  • 40) waa best lahh kak....now i know why people so busy with these kind of things...haha....mula ketagih le...

    am not a master to comment but once sy baca not bad lahh...touching...layan kena time....fuhhh....5stars for u sis...

Cerpen-cerpen lain nukilan myelina

Read all stories by myelina