Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Monologku Seorang A.A Bangsa Melayu

 

Nota Penulis: Cerita ini mempunyai unsur - unsur yang kurang baik dan perkataan perkataan yang kurang sopan digunakan untuk menggambarkan perasaan dan percakapan watak. Ambil yang positif, tinggalkan yang negatif. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada yang terpengaruh dengan unsur negatif yang digambarkan dalam cerpen ini.

Cerpen ini telah ditulis semula dalam bentuk sopan di sini:http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/1585

 

“Jika ada si kurap yang datang merangkak, adakah kau akan mengangkatnya duduk setara denganmu, atau kau lebih sanggup menyepak sejauhnya?”

        Malam Jumaat yang dingin ini hanya disulami bunyi ketukan jari – jemariku yang rancak bermain di atas papan kekunci komputer. Dalam keadaan sunyi pejabat ini, cuma ada aku seorang yang kini masih lagi berusaha untuk menyiapkan kerja yang bertimbun dan tak pernah berkurang. Apatah lagi sejak aku kini tinggal seorang diri di rumah bujangku, pengurusku seperti tahu – tahu bagaimana untuk memanipulasiku ke tahap tertinggi.

        Mentang mentanglah kini aku tiada lagi beban kewajipan lain selain diriku sendiri.

        “Ah, celaka sungguh boss ni. Suka betul memberi kerja last minute. Tetiba pulak bagi task suruh present hari Isnin. B**ilah!” bebelku seorang diri.

        Puas hatiku untuk meluahkan apa yang terpendam sejak petang tadi, walaupun cuma telingaku sendiri yang mendengar. Aku tertekan. Kepalaku berserabut. Dadaku terbeban. Jariku rasa sengal. Hatiku teramat geram. Namun tarian jariku masih laju tidak berhenti menyiapkan laporan.

        Dalam keganasan jariku menekan punat kekunci keyboard, fikiranku melayang mengenangkan kembali “one – to – one meeting” aku dan Bakar, pengurusku yang tak ubah seperti Hitler dalam pandanganku kini..

        “Taufik, beginilah. Itu masalah personal awak, saya tak dapat membantu dalam hal itu. Tapi saya nasihatkan awak tumpukan sahaja pada kerja supaya ia dapat menolong awak untuk berhenti. Boleh?” balas Bakar setelah habis lima belas minit aku bercerita.

        Terkesima aku dibuatnya. Tiada langsung simpati? Nasihat? Tunjuk ajar? Manager apa ni?

        Dan betapa bodohnya aku untuk menganggukkan kepala tanda setuju, walaupun hati kecilku sudah sedar yang dia hanya mahu memaksimakan genggaman kejinya terhadapku yang sudah sedia lemah. Keji sungguh watak korporat pengurusku!

        Menyesal aku meluahkan segala masalahku kepada Bakar, yang kini hanya pandang aku sebelah mata sahaja. Menyesal aku memberitahu keadaan aku yang kini dihalau keluar dari rumah ibubapaku. Menyesal aku memberitahu yang aku tidak lagi diiktiraf darah dagingku sendiri lagi. Menyesal aku memberitahu yang aku cuba untuk berhenti dari tabiat burukku itu. Menyesal aku membuka pekung busuk di dadaku – nyata ia hanya mereputkan kredibiliti diriku sendiri; teknik “come clean” langsung tidak berkesan dalam situasiku.

        Ia hanya menjadikan aku seekor anjing kurap. Menyesal!

        “ARGHHHHHHHHHH!!! F**K!! F**K!! F**K!! ”

        Aku terjerit menunjukkan protesku. Nasib baiklah sudah pukul 10 malam. Kalau tidak pasti aku akan dicop gila. Atau mungkin tidak sopan. Atau kedua duanya sekali.

       Atau mungkin juga aku akan dibuang kerja.

        Nafasku ditarik sedalam – dalam. Nafsuku untuk mengulangi kembali tabiat burukku itu menggelodak. Jantungku terlalu kencang, dan peluhku mengalir perlahan di dahi. Nafasku masih menderu menandakan adrenalinku masih belum berhenti disuapkan ke dalam arteri dan venaku. Ku angkat tanganku sedikit; ianya menggeletar. Menahan nafsu amarah yang tidak tahu untuk dilepaskan kepada siapa. Nafsu amarah yang aku sendiri tidak pasti mana puncanya.

        “Kau perlukan sesuatu untuk melepaskan tekanan, Taufik..”

        Bisikan syaitan durjana di telinga kiriku membuatkan ku tersenyum.

        “Jangan Taufik, kau sudah berhenti untuk dua bulan sekarang. Pandang ke kiri kau..”

        Bisikan malaikat suci di sebelah kanan membuatkan ku tertoleh. Buku berkulit keras berwarna biru gelap terkepit rapat di antara fail fail pejabatku yang lain.

        The Alcoholics Anonymous (AA) Big Book.

        Sambil mengeluh, aku mengambil buku yang telah menjadi panduan aku sejak dua bulan lalu dan menyelaknya secara rawak. Aku membaca ayat pertama yang singgah di hujung mataku.

        “His will power must be weak”.

        Bangsat. Kau tidak berjaya menenangkan aku kali ini, wahai malaikat suci.

        Dengan satu balingan, buku tebal itu menghentak komputer ribaku dan menutup skrinnya sekali; sambil aku terus melangkah keluar dari pejabat neraka itu menuju ke terowong penghubung yang menyambungkan neraka dan syurgaku ini. Syurga bernama “La Bogella”; yang selalu berjaya membuatkanku rasa tenang dan suci; mungkin sama suci seperti Nabi Adam yang satu ketika dahulu berbogel semasa dicampakkan ke dunia.

************************************************************************

        “Hey bro, long time no see? Apa cerita sekarang?” ramah Kumar menegurku bila aku melangkah masuk ke bar tersebut. Aku cuma tersenyum kecil tanpa berkata apa.

        Bisinglah kau Kumar, aku nak relax bukan nak cerita – cerita.

        “Macam biasa? Kad ada lagi?” tanya Kumar lagi dalam menjalankan tugasnya sebagai bartender.

        “Kad dah takde la Kumar, hilang. Kau simpan lagi botol aku?”

        “Ada ada. Brother punya pasal, tada kad pun saya kasik punya ini botol.” Pantas dia membuka almari di belakangnya dan menarik botol kristal yang mengandungi cecair jernih. Smirnoff Vodka. Masih ada tiga suku botol. Kegemaran orang Russia. Kegemaran aku yang tak sedar diri Melayu.

        “Mixer?”

        “Coke and Red Bull”.

        “2 sekali ka? Banyak depress ka bro?” petah lagi keling ini dalam loghat Tamilnya.

        “Banyak problemlah Kumar. Bawak satu gelas beer sekali; Tiger. Aku dah lama tak minum banyak.”

        “No problem!”

        Tak sampai lima minit, penuh kaunter kayu oak di hadapanku. Satu botol Vodka, dua jag mixer, satu jag kecil air batu, satu gelas besar bir, satu gelas kosong. Aku meneguk bir sejuk itu secepat tangan yang menyambar. Satu tegukan, dan setengah gelas kosong. Masih sama rasanya; sedikit rasa rangup, sedikit rasa masam, bau rumput kering, dan buih yang menyelerakan.

        “Ahhhhhhh....” aku mengeluh kenikmatan. Rasa seperti orgasme pun ada!

        Baru hendak dihirup tegukan kedua, tiba tiba aku tersedak akibat tepukan kuat di belakang badanku. KEDEPAP!

        “Hoi Taufik Munafik! Hidup lagi kau ye! Aku fikir kau dah mati!”

        Lahanat, hidup lagi mamat ni rupanya.

        Tak lain tak bukan, Danny yang menegur aku. Anak kelahiran Baba dan Nyonya ini memang kasar bahasanya; maklumlah anak jati Melaka. Walaupun berketurunan Cina, namun disebabkan selalu bergaul dengan orang Melayu, Danny amat fasih bercakap Melayu. Sekali tengok, memang orang akan fikir dia pelakon Korea atau Jepun; jambu, tapi boleh cakap Melayu.

        Mencarut pun dia guna Bahasa Melayu!

        “Hoi b**i kau! Tersembur beer aku! Bangsat!” balasku menepuk kembali belakang Danny sekuat hati. Menggelupur juga Danny bila kena penanganku. Danny cuma ketawa kecil dan duduk disebelah. Bersalaman, ketawa Danny masih lagi tidak lekang sambil tangan memberi isyarat memesan minuman biasa.

        Usai mendapat wiski Jack Daniel bercampur Coke kegemarannya, Danny terus menghadap aku sambil menghulurkan sebatang rokok. Tanpa lengah aku menyambut dan menyalakan penuh bergaya dengan Zippo tiruan yang aku rembat di Petaling Street.

        “So, apa cite lama tak nampak? 2 bulan ko hilang, gi taubat? Petir dah panah kau?” sindir Danny.

        “Celaka. Lahanat. K***k kau.”

        Gegak gempita langit ketujuh La Bogella dengan hilaian ketawa kami. Aku menyedut dalam rokok yang diberikan percuma, cuba mengambil nafas untuk bercerita panjang kepada Danny.

        “Lebih kuranglah. Tapi tak berjaya. Siap kena buang dari kampung lagi. Siap kena disinherit lagi. Siap kena torture dengan boss aku lagi. Life’s a b*tch”.

        “Huh? Kira kau betul taubat la ni? HAHAHA!” gelak Danny makin bersambung sambung.

        “Aku try stop minum la. Try slow slow. Dah dua bulan dah. Tu yang kau tak nampak aku dah dua bulan tu. Tapi.. kantoi la ari ni. Halal je la.”

        “Kepala hotak kau arak ni halal!”

        Bangsat betul kau Danny. Sempat lagi kenakan aku dalam mabuk mabuk kau tu.

        “Dah try AA program?” Tanya Danny lagi.

        “Pasal aku kantoi buku AA tu la aku kene buang daerah.”

        “Camne plak?”

        “Mak aku jumpa. Pastu puting beliung lah jadinya. Tak boleh terima aku seorang AA bai.. bekas pemabuk.”

        “Itu yang kena disinherit tu?”

        “Yeah, walaupun masa tu dah sebulan aku sober. Langsung takde support. Rasa macam jadik anjing kurap kau tau. Tak dapat langsung peluang untuk terangkan.”

        Danny cuma menepuk bahuku perlahan. Dia menuangkan Vodka dan Coke ke dalam gelas yang disediakan, dan menyerahkan kepada aku menggantikan gelas beer yang sudah licin. Aku meneguk Vodka yang dihulur perlahan. Rasa seperti Coke yang ditambah dengan ubat batuk. Kelat kelat pahit, dan rasa panas menyusul seperti menoreh – noreh tenggorok kerongkongku. Sekali lagi aku mengeluh kenikmatan. Kepanasan itu yang aku perlukan. Dadaku tidak lagi berombak kencang menahan marah yang tak menentu. Tenang. Damai. Tiada lagi serabut.

        Dua hirupan lagi dan kepalaku rasa kosong. Aku mula mengorak senyum tanpa dikawal. Ah, ini baru betul rasa di syurga! Tiada caci maki, tiada penghinaan, tiada kesedihan. Tiada pandangan penuh provokasi, tiada pandangan merendahkan integriti. Danny juga turut tersenyum dengan keadaan aku yang mula high.

        “Nape kau nak berhenti?” tanya Danny lagi.

        “Cuba kembali ke pangkal jalan. Cuba menenangkan diri cara betul. Cuba kembali Melayu dan kembali mengamalkan agama aku. Ko tahu kan aku dah lama tak sembahyang?”

        “Tahu.”

        “Itulah motivasi utama aku. Kembali pada agama aku. Nak sembahyang tak boleh minum bai.. Aku nak sangat kembali menjadi bangsa aku sendiri. Tapi bangsa aku dah tak terima aku lagi dah. Keluarga aku sendiri, darah daging mereka sendiri..” Sayu bunyi suara aku.

        Danny terdiam. Dia menghirup perlahan minuman saktinya.

        “Aku cuba, tapi tak berjaya. Aku dengan kau dah takde beza dah Danny. Kena la dengan gelaran Munafik yang ko bagi tu.” Makin perlahan bunyi suara aku.

        “Ada lagi beza la Munafik.”

        “Apa?”

        “Kau dah jadi anjing kurap, aku masih lagi jelita dan mantap” seloroh Danny.

        Satu lagi penangan tangan kananku hinggap di belakang Danny. Giliran Danny pula untuk tersembur. Sambil mengelap mulutnya yang masih meleleh air hitam, Danny ketawa tanpa henti lagi.

        “Betul apa falsampah aku tu!”

        “Banyak la ko punya falsampah, Apek! Kau tu bukan Melayu baii!...” gelak aku pula.

        “Haaa racist siot! Aku doa suruh Tuhan kau panah kau dengan petir kejap lagi. Jaga kau!”.

************************************************************************

        Selepas dua jam bergelak ketawa bersama Danny, tiba tiba Kumar datang membawa sepapan kayu berisi sepuluh gelas kecil mengandungi tequila. Dia meletakkan papan itu di hadapan kami sambil tersenyum manis mengalahkan Rajnikandh semasa muda.

        “Last customers – special gift! 10 shots of tequila, free; on the house!” umum Kumar.

        Aku dan Danny dah minum dengan banyak. Botol Vodkaku pun sudah habis. Kami asyik sendawa sambil terus terusan bergelak ketawa. Tawaran Kumar tidak kami tolak, tapi kami tetap sempat memperlinya dalam mabuk mabuk sekalipun.

        Biasalah, kalau dah setan tu setan la jugak kan?

        “Oooo Kumar, ini cara kau nak halau customer ye? Bagi aku mabuk lagi aa? Kalau aku mabuk lagi tak balik la aku! Hahaha! Hik!”

        “Itu la Kumar, mari sini kau, meh kita lawan sape boleh ambik lagi banyak shot dalam 10 shot ni, mau? Hik!”

        “Haa mari mari! Opss, sebelum tu kau gi pasang dulu lagu No Leaf Clover jadik background music. Hik!”.

        Dan kami berlawan minum sebagai acara terakhir malam itu. Aku menang tempat kedua, kerana Danny termuntah terbahak bahak selepas gelas kedua dihabiskan. Sudah pastilah Kumar si bartender itu menang. Enam gelas tanpa henti dia ambil. Jadi dari sepuluh gelas percuma, aku dan Danny masing masing cuma dapat dua seorang.

        Keji kan? So much for on the house.. hik!

        Kami mula mengorak langkah pulang selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Kumar yang telah berjaya mengumpulkan hampir RM300 seorang daripada aku dan Danny. Langkahku terhoyong hayang seperti ular kene palu, langkah Danny seperti emak ketam mengajar anaknya berjalan. Aku berpusing pusing ke kiri ke kanan, tapi Danny asyik mengiring ke kiri. Aku menggelakkan Danny, dan Danny menggelakkan aku. Amat gembira sekali kami.

        Baru dapat layanan syurga la katakan..

        “Kau nak aku hantar kau balik tak?” tawar Danny kepada aku.

        “Takpelah, aku nak jalan sikit bagi sober balik. Dekat je, lepas terowong tu dah sampai. Aku tidur kat dalam office kot hari ni.”

        “Okaylah, kalau camtu aku balik dulu ye bro! Bye!” Danny melangkah masuk ke dalam perut kereta Evo merahnya.

        Danny terus menghidupkan kereta dan berlalu pergi. Sempat lagi dia melambaikan tangannya ke arahku apabila dia lalu di sebelah semasa aku di bawah terowong. Sebaik saja Danny memecut keluar dari terowong itu, aku berhenti seketika. Perutku rasa bergelojak, mengganas seperti lava gunung berapi yang mahu meletus. Terus aku terduduk di tengah jalan; dan meletuslah segala lava isi perutku yang sudah bercampur baur; hanyir, cair, dan busuk. Rasa seperti nyawa ditarik oleh Malaikat Maut. Tegang segala urat urat leherku. Mengecut rasa kerongkongku. Tercalar rasa trakeaku. Basah seluarku dan bajuku dengan muntahku sendiri.

        Tapi apa yang terbayang dalam mindaku ketika itu hanyalah bait – bait lagu terakhir yang aku dengar di La Bogella tadi. No Leaf Clover nyanyian Metallica.

        Then it comes to be that the soothing light at the end of your tunnel..

        Was just a freight train coming your way..

        Aku mendongakkan kepala yang tertunduk. Ada cahaya di depan mataku. Dan bunyi hon kereta menusuk kaviti telingaku lima saat selepas itu. Dan aku tidak pernah menjangkakan bahawa perkataan suci yang sudah lama tidak aku sebutkan, terkeluar di lidah hinaku pada saat ini; walaupun dalam keadaan jeritan menakutkan..

        “ALLLLAAAAHHHHH!!!!”

        Dan itulah perkara terakhir yang aku ingat, selain monologku malam itu, dialogku dengan Danny dan Kumar, dan sumpah seranahku terhadap diriku dan hidupku sendiri sebelum itu.

        Then it comes to be hell, yeahh. Then it comes to be hell, yeah. Then it comes to be hell!


Penafian: Lirik lagu Metallica - No Leaf Clover ada digunakan di dalam cerpen ini. Kredit untuk mereka dalam menghasilkan lagu dan lirik yang penuh makna.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) cerita lain dr yg lain. cara penceritaan sgt best, oke.
    lagi2!
  • 2) great story. ketengahkan topik yg jarang2 org buat. btw, byknya mencarut. kimak pun masuk.

  • (Penulis)
    3) robot: mekasih2 nanti akan ditulis lagi bila idea menjelma.

    nurie: hehe. mekasih. maaf ya tentang pencarutan2 itu. cuma nak ketengahkan mood dan menunjukkan watak yang main lepas cakap saja bila fikiran dan minda tidak lagi stabil, tgh mabuk la katakan.

    (aiseh, baru perasan ada lagi words yang tertulis dalam shortform. isk. ni kalau rerun lagi mesti jumpa typo gak )
  • 4) best2..
  • 5) Walaupun ada dislaimer..Rearrange harus faham...harus ada tanggungjawab sosial sedikit.Ahli-ahli kapasitor bukannya semua sudah dewasa (anda lebih faham dari saya, anda tentu biasa bertepuk tampar dengan JOJO), jadi bagi saya walaupun ceritanya hebat namun saya sedikit terganggu dan maaf tidak dapat meneruskan pembacaan ke akhirnya sebab saya tidak selesa membaca patah-patah perkataan yng tidak mungkin terucap dari lidah saya. Jika terus dibenarkan ,saya bimbang akan menjadi ikutan dan satu trend menulis sesuka begini atas landasan kebebasan berkarya. Saya percaya pada kebolehan anda, cuma hormatilah kepercayaan saya yang lebih tua dan ahli-ahli yang semuda 14 tahun. Sekian.Harap maaf.
  • 6) Jalan cerita yang menarik!

  • (Penulis)
    7) sya: tq2

    kak maria: maaf atas penggunaan perkataan sebegitu. saya bercadang untuk merewrite kembali versi sopan nnt. terima kasih juga atas peringatan Maaf juga ya!

    mamau: tq2.
  • 8) saya amat kurang pengalaman dlm cerpen, apapun pd saya naratif yg menarik
  • 9) Salam sejahtera rearrange.

    Karya anda semakin hari semakin bertambah baik menunjukkan anda berusaha. Untuk cerpen kali ini, cerita yang dipersembahkan nyata berbeza dengan cerpen-cerpen anda sebelum ini. Saya yakin anda seorang yang punyai banyak pengalaman kerana saya perhatikan dalam setiap karya anda, bahasa dan struktur ayat yang anda gunakan tampak matang dan berlainan dari penulis yang lain.

    Saya hormati penulisan anda dalam cerpen ini. Memang setiap patah perkataan yang ditulis adalah untuk mempamerkan perasaan pada watak supaya pembaca dapat menghayati apa yang dirasai oleh watak itu.

    Namun begitu, sedikit-sebanyak saya menyokong Kak Maria. Cerpen ini mungkin sesuai bagi remaja seperti saya kerana saya faham akan bahasa yang selalu digunakan seharian. Anda juga perlu ingat bahawa pembaca terdiri dari pelbagai peringkat usia dan anda perlu tahu impaknya pada pembaca.

    Saya faham akan mesej yang cuba disampaikan melalui cerpen ini tetapi, berhati-hati dengan perkataan yang digunakan. Mungkin perkataan F**K boleh ditulis begini bagi mengelakkan menyentuh sensitiviti. Tambahan, perkataan "Ke..ng" tidak seharusnya wujud kerana bagaimana jika ada pembaca dari kaum itu? Sudah pasti ia akan jadi isu kontrovesi nanti.

    Anda bebas menulis namun jika di kapasitor ada mewujudkan kelaas-kelas genre seperti "U", "18PL", "18PA" dan sebagainya. Malangnya, di kapasitor tidak ada begitu kerana kami mahu penulis bebas berkarya tetapi tidak berharap kebebasan yang diberi itu dieksploitasikan.

    Saya tiada masalah dari segi POV dan perkembangan plot kerana ia diluahkan dengan baik. Cuma itulah, harus berhati-hati lain kali. Keseluruhan, satu percubaan yang baik. Teruskan menulis...

    *maaf atas sedikit teguran di atas*
  • 10) best!


    ini dr pengalaman sendiri ke dr pemerhatian rere?
  • 11) penggarapan yg baik dan teliti...jarang sy lihat penulisan sebegini terbuka..

    namun sy rasa tidak sesuai utk bacaan di bawah umur.. terlalu explicit.. walaupun mungkin diniatkan sbg penyampai mesej kebaikan.. namun tidak dpt tidak sy merasakan negativitynya lebih kuat drp mesej mencegah yg hendak disampaikan..

    minta maaf jika rearrange berasa terganggu dgn komen sy..
  • 12) sekali-sekala sy rasa perlu ada cerpen mcm ni w/pun penggunaan ayat n bahasanya kasar. sebabnya, mungkin dgn cara ini shj penulis dpt ekspresikn perasaannya. ada pelbagai cara org menulis. ada yg guna ayat yg lembut2. ada yg guna ayat2 yg kasar. tp walau apa cara dan gaya yg digunakan pun, tulisan msti dr hati kan? baru org yg membaca pun boleh rasa apa yg watak2 dlm tulisan itu rasa.

    cuma, ada beberapa perkataan yg agak mengganggu sensitiviti individu. perlu dijaga jugak tu. saya tau muda-mudi skarang ni mmg ramai yg guna ayat2 kt atas tu (ada yg lagi teruk) sbb sy pun muda jugak! hahaha! tp, kalau dlm penulisan perlu ditapis sedikit. yg lain tu ok.

    lagi satu, adakah si taufik tu kononnya sempat bertaubat sblm mati? (kalau dia matilah). huhu!
  • 13) Secara jujur,sara kurang senang dengan penggunaan bahasa sebegini padahal kita boleh sahaja memilih. Ia lebih sesuai dijadikan koleksi peribadi dan bukan tatapan umum.Ia bukan sahaja mencerminkan cerita malah pemikiran penulis sendiri. Sara kurang senang mungkin dari cara Sara dibesarkan dan persekitaran sara yang tidak menggunakan bahasa sebegini.
  • 14) sebab tu ada butang 'laporkan' di sebelah...
  • 15) mungkin sy terlalu asyik membaca cerpen ini dan sy rasa seperti sy sedang memerhatikan taufiq dari jauh... setiap gerak langkah dan perjalanannya, sy ekori.. jadi saya langsung tidak terkesan dengan carutan-carutan beliau.

    terserlah identiti taufiq yg sejati. lebih baik daripada berwatak jahat tp perkataan yg digunakan sopan sekali semata-mata utk menjaga etika bahasa...

    etika mmg wajib dijaga, tp utk watak taufiq, sy tak rasa ia melanggar etika... tahniah rere...
  • 16) Setelah beberapa hari menunggu, cerpen ini belum di rewrite maka saya angkat tangan. kamalia kata cerpen ini perlu ada, shazmiey kata tak melanggar etika...maka saya dengan rendah diri mengalah. terpulangkah kamu adik-adik....sayonara.
  • 17) Dalam mengalirkan perasaan dan semangat yang membuak-buak untuk penulisan, mesti ada tanggungjawab. menulis adalah satu cabang seni yang terpenting. Seni perlu ada kiasan. Perlu pada simbol-simbol yang menerangkan maksud tersirat. kalau sebagai orang Islam, perlu ada iman dan taqwa dalam menukilkan ayat-ayat. Simbol dan kias dalam seni; saya beri contoh: Satu watak yang tenat sakit, tidak semestinya memuntahkan nanah, najis dan darah. Cukup sekadar memberi tanda yang memedihkan hati; seperti gerak tangan, alis mata, dan getar suara. Ya, memang dalam memilih cara berekspresi, ada kebebasan. Kebebasan bukan bermakna membabi buta, Kebebasan bermakna, tanggungjawab memberi makna.
  • 18) cerita yg menarik......
    sangat menarik..
    kamu berani membawa cerita seperti ini..
    kamu menjadi diri sendiri..
    tidak perlu berkarya untuk kesenangan orang lain..
    itu pendapat saya...
  • 19) dude,

    this is freaking good! the devil is in the details.

  • 20) rere, aku dah filter sket carutan kau sementara ko tulis versi sopan.

  • (Penulis)
    21) sabar ya wahai kapasitor2 sekalian. saya baru balik bercuti selama 4 hari di kampung (termasuk weekendlah), tiada akses internet. ambik cuti ganti pasal wesak and 1 may saya bekerja.

    semua komen2 saya amat hargai. sabarlah. akan ada versi sopannya, tapi kenalah ditukar sedikit gaya penulisan supaya watak tidak pula mati. sabar ye. sabar. saya masih ada tanggungjawab lain untuk melakukan kerja yang saya dibayar untuk melakukannya.

    janganlah ada yang bergaduh2 pula. hehehe
  • 22) hohoo

    penulis nampak sungguh berpengalaman~ haha

  • 23) terima kasih caha atas filter yang dibuat. sedap mata memandangnya...

    rere, saya tunggu versi yang sopan. pasti menarik jadinya ni...
  • 24) hehehe..
    nmpaknye nt knela tulis yg sopan sket rere..
    yg ni pon dah ok..
    thanks to caha krn filternya..
  • 25) huhu...memg ganas ayat-ayatnya..tp mesej still ada

  • (Penulis)
    26) menjenguk kembali ke sini. hehe.

    syud: pengalaman? hahaha.

    riri: versi sopan dah ada tu, kejap ye nk linkkan.

    mamau: thanks to caha krn filternya.

    rain: hehe, sedikit ganas dan telah menimbulkan kekecohan jugaklah!
  • 27) haih...pelik sikit cite ni. la bogella tu gay club ke ape? sebab takde gambaran perempuan sikit pun. huahuahua. ape lagi, jom happy hour.
    • xr
    • 15 years ago
  • 28) kembali mengomen... sy bole rs jiwa taufik itu.. cite ini sgt bagos bg saya.. sy rate 5!

  • (Penulis)
    29) hehe...mengomen kembali.

    xr: hahahaha. cis lupa masukkan watak perempuan!
    rama2: wahhh mcm mana kamu rasa? ada rasa masin ke masam ke?
  • 30) masinn??? hmmmm..

Cerpen-cerpen lain nukilan rearrange

Read all stories by rearrange