Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kopi Cinta Andalusia

 

Setiap detik yang berlalu bagaikan terlalu pantas mengubah pusingan saat jarum jam kepada minit langsung berganti jam demi jam.Kemudian, bersilih ganti hari, bulan dan tahun. Tapi, masih, dia masih belum sedar. Tak hairanlah mengapa dia tetap lagi disini.

Disini;ya,dia masih disini,seperti selalu. Seperti rutinnya. Menghirup udara segar ditemani secawan coffee of the day . Penuh rasa kesegaran, penuh dengan nilai luxury. Mewah,semewah status seorang wanita berkerjaya professional dengan pendapatan bulanan 6 angka. Seorang yang berkemahiran,namun dihambat kesunyian,kekosongan,keseorangan.

Selama hidup, dia tidak pernah tahu makna cinta. Dia benci dengan perkataan ‘C-I-N-T-A’. Yang dia tahu, berpegang pada teori. Katakan saja, teori  Nietzsche, Plato mahupun teori Socrates,  semuanya tersimpan kedap dalam mobile storagec dimana tak tertanding capacity RAMnya.

Semuanya sempurna,terlalu sempurna. Dalam usia yang muda,dia telah miliki doctorate. Dia pemegang saham terbesar sebuah company GLC. Katakan saja, apa saja jenis kereta,semuanya pernah dimiliki. Dari sebuah Perdana ekslusif kepada Harrier, kemudian BMW 6 series 645i  seterusnya Jaguar XFR. Kini,hatinya masih kekal dengan audi R8 yang dibelinya ketika conference perniagaan yang dihadirinya di Berlin tahun lalu. Mungkin untuk sementara,dia masih selesa dengan lengkapan kereta mewah itu. Dia masih belum jemu,barangkali.

Sebut sahaja namanya, siapa yang tidak kenal wanita korporat ini. Ikon wanita berkerjaya masa kini. Wajahnya terpampang di muka akhbar. Menjadi siulan media massa. Dia bangga. Dia bangga bila orang bercerita tentang kejayaan dia. Tapi dia tidak pernah lupa,biarpun penat dia cuba untuk melupakan ia. Semuanya hitam. Permulaannya hitam.

Zaman kecilnya pilu. Dia tidak segembira seperti anak-anak yang lain. Dia dibesarkan dengan kedaifan. Kemiskinan itu bagaikan sumpahan padanya. Dia anak yang sulung, tapi dia tidak pernah rasa senang. Tidak pernah rasa keistimewaan sebagai anak sulung. Tamat sessi persekolahan,dia perlu bantu ibu di kebun. Kemudian,urusan rumahtangga juga dia perlu selesaikan. Ayah telah lama mati. Mati dalam hidup dia bila ayahnya itu meninggalkan ibu kerana ingin mengahwini wanita lain. Padanya,ayah kejam. Anak berderet-deret, kerja tidak ada,tapi masih berhajat berbini muda. Dan wanita yang dikahwini ayahnya itu seorang perempuan pendatang tanpa izin yang tidak sedar diuntung. Sudahlah merempat negara orang mencari sesuap nasi,masih lagi mahu merampas suami orang.

Itu menjadi pendorong dia berusaha sehabis kudrat. Dia tidak pernah merungut,dia tidak menyesal bila dia terpaksa berkorban demi kehidupan mewah itu. Dia tidak pernah meminta pada orang. Dia tidak menjadi perempuan simpanan dato-dato atau menteri-menteri miang di negara ini. Dia berusaha dengan tulang empat-keratnya.Dia tidak pernah menyesal. Oh ya..barangkali ada. Ya,dia menyesal. Menyesal terhadap sesuatu yang mengubah hati kerasnya. Yang meruntuhkan perspektif dan tembok keegoannya suatu ketika dulu.Mujur, tidak terus roboh benteng asset utamanya itu.

Ketika itu dia masih muda remaja, masih cantik dan bergetah. Saat itu,dia masih belajar di Oxford. Buat pertama kalinya,dia terlupa bumi yang dipijak. Dia jatuh cinta. Jatuh cinta pada seorang lelaki yang dipandang pada kali pertama. Cinta pandang pertama untuk seorang gadis yang baru pertama kali mengenal cinta. Sepertinya ada rama-rama berterbangan dalam perut. Kesian,dia masih naïf kala itu. Lalu diserahkan seluruh hati,jiwa dan raga. Dia tulus mencintai lelaki itu hinggakan apa yang dijaga turut diberikan. Cinta itu membutakan dia yang masih buta. Cinta menjadikan dia bukan lagi gadis. Dia kini wanita!

Tapi akhirannya, dia dicampak ke tepi jalan oleh lelaki yang dicintai sepenuh hatinya. Alasannya mudah, “kita tidak sekufu!” Dia jatuh bagaikan terlalu sukar untuk dia terus bernafas Nyawanya bagaikan diragut. Dia tewas,lalu dengan linangan air mata dia membawa diri yang dipenuhi debu kotor kota inggeris bersama-sama kucing kurap dijalanan.

Mujur, saat dia tewas, laungan azan dari sudut kota London itu bagaikan meniup sumpahan dan kebencian pada lelaki.

Hatinya penuh kebencian. Kotor,hitam dengan dendam dan kebencian kepada lelaki.

Dia bangun kembali. Kini,sudah 10 tahun berlalu. Dia sudah berjaya dalam kehidupannya. Tapi di masih sunyi.Sepi dan kosong. Dia tidak rasa bahagia.

Minggu lalu,disini,ketika menikmati kopi mewah penuh kesegaran seperti kebiasaannya, dia bertemu kembali lelaki yang telah mencampaknya kehinaan dan membuatkan dia benci pada kaum yang bernama lelaki. Lelaki itu berpegangan tangan dengan sepasang kanak-kanak perempuan comel berblous pink dan bersepatu juga pink. Rambut panjang mereka ditocangkan satu ekor kuda. Comel dan persis lelaki itu. Barangkali kanak-kanak itu kembar,kata hatinya.

Panggilan ‘daddy’ yang keluar dari bibir mungil anak-anak comel itu membuatkan dia kepingin. Dia ingin mencintai dan dicintai. Dia perlukan peneman masa tua. Dia mahukan zuriatnya untuk mewarisi segala harta kekayannya. Dia juga mahukan seseorang yang mendoakan dia di alam barzakh bila dia sudah tiada kelak.

Semalam,ibu telefon dari kampung. Seperti biasa soalannya sama sejak bertahun dulu. Dia buntu. Dia kepingin. Dia mahu tapi malu. Namun, masihkah ada peluang untuknya dalam kelewatan senja usianya.

40 tahun hanyalah angka...

Dia berkira-kira. Dia yakin, dia masih ada peluang.

Dia tersenyum menghirup kopi yang telah sejuk terbentang dihadapan matanya. Hatinya bernyanyi riang.

“Oh Mama..aku mahu kawin…”

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) kalu ada jodoh, menikoh la die..
  • 2) inila realiti zaman sekarang..
    wanita bekerjaya,berat jodoh ye?
  • 3) Ada dua perkara ;

    1. Walau pun relatifnya, ini cerita sedih tapi pengakhiran (pasti penulis cuba mengakhiri dengan nada positif) yang berbunyi ;

    "Dia tersenyum menghirup kopi yang telah sejuk terbentang dihadapan matanya. Hatinya bernyanyi riang.

    “Oh Mama..aku mahu kawin…”

    agak menganggu, kesayuan pembaca di potong tiba-tiba. Ending cerita tu agak kurang selari dengan alunan cerita secara keseluruhan.

    2. Sayang juga apabila tidak diceritakan bagaimana perubahan berlaku dari kemiskinan tegar menjadi seorang yang berjaya dan mewah. Kalau penulis dapat masukan kisah ini, pasti ia menjadi satu motivasi yang berguna kepada pembaca.

    Keseluruhan, baik dan tidak mengecewakan.
  • 4) salam kak alya.

    cerita yang baik. cara penyampaian kali ini lebih tersusun cuma seperti kata pak penyu, jika plotnya dapat ditambah dan dikembangkan lagi, saya pasti cerita ini akan lebih kuat.

    seharusnya ditonjolkan dengan lebih kuat keinginan watak untuk bercinta dan mendirikan rumah tangga. sebagai contoh, kak alya ada mengatakan yang watak ingin berkahwin di akhir cerita. mungkin boleh ditambah dia sudah mengenali seseorang atau mungkin emaknya mengkhabarkan ada orang mahu masuk meminang dan watak itu menerima seperti terdesak.

    wah, saya mula berbicara panjang lagi. keseluruhan, cerita yang baik. sekian. teruskan menulis...

  • (Penulis)
    5) pak penyu dan ridhwan:
    cite ini bentuk neuro-semikal. maka, neuro semikal tak semestinya berpaksi pd kebenaran apa yg penting,bukakan minda utk bermembawa konsep penceritaan ini hingga penghujung. sayangnya,sesuatu yg cuba disampaikan tidak dpt disampaikan tapi element lain pulak yg diketengahkan. kecewa sungguh rasa.


    miss_azni : nak buat camana....itu reality..dan akibat reality tu..ramai pulak yg cuba mengambil kesempatan. kan?hehee

    kurusawa :awak nk pinang dia ke?hahahah
  • 6) hm
    neuro semikal?
    wow.
    (apakah itu? )

    jodoh di tangan yg esa. hehe.
  • 7) aku sekopi.. ok.. tata *lambai tangan* nanti bace ar.. hehhe..
  • 8) coffee luxury..harrier..huhu,,mewah2..

  • (Penulis)
    9) rain : audi R8 almost 600k sekarang. huhuhu
  • 10) hoho..stuju dgn pak penyu sbb dekat ending tu syud macam tiba2 nak menyanyi 'oh..mama saya mau kawen..kawen dgn siapa.." haa..lagu yg klakar tu~

    jadi macam terputus sekejap kesayuan tadi~
  • 11) Audi A6 Quattro r..980 k what..(lari tajuk ker?) maap sy org baru heheh.

  • (Penulis)
    12) roslynaDZ : no problemo...janji still audi.hahahhha
  • 13) hehe.
    best. tapi betulla, yang akhir tu potong lah.
    teruskan berkarya!
  • 14) ala duit dah banyak.
    tak kawen pon takpe.
    jap lg kawen,pastu laki tu tak bleh pakai,
    kan susah?


    *kena ban tak?*
  • 15) waahhh!!!! audi is my dream car.. style kan..
    n sy agak setuju apabila dikatakan perempuan yg berkerjaya n independent seperti watak 'wanita' ini, majority nyer berat jodoh.. wpon..selagi kita percaya pada ketentuannya.. InsyaAllah..pasti ada..
  • 16) yang pasti, awak seorang penulis yang berpengatahuan am yg agak luas... buktinya terulit dalam penggunaan nama-nama kereta (antara contoh yg dpt saya ketengahkan)..

    tapi, saya rasa penceritaannya harus lebih berwarna dengan menyelami lebih dalam lagi hati wanita itu.mungkin cara yang lebih baik adalah dengan menimbulkan konflik, bukan sekadar beralaskan kepada masa silamnya.

    Itu pendapat saya sahaja...happy writing!

  • (Penulis)
    17) hahaha...cerpen ni zaman sy sekolah dulu.dah lama giler tak menulis cerpen. haha..

Cerpen-cerpen lain nukilan putri_alya

Read all stories by putri_alya