Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kawan

 

“JANGAN main dekat semak belakang rumah tu. Nanti disorok dek hantu baru tahu!” Mak Minah memberi peringatan pada anak lelakinya yang bernama Anas itu.

“Tak mak! Anas main dekat tepi longkang ni je,” jerit Anas.

Mak Minah yang melihat dari atas rumah menggelengkan kepala. Sudah beberapa kali ditegah anaknya dari bermain berhampiran belukar belakang rumah itu. Bukan apa, takut andai ada binatang merbahaya di situ. Mak minah sudah beberapa kali membuat pagar untuk menghalang anaknya dari bermain di situ namun pagar tersebut selalu sahaja dirempuh oleh lembu-lembu peliharaan Pak Dollah yang dibiarkan lepas bebas.

Sudahnya Mak Minah hanya membiarkan sahaja. Mak Minah tahu, di sebalik belukar itu ada hutan kecil. Itulah yang dia takutkan. Takut anaknya sesat seorang diri. Walau pun hutan itu tidak setebal mana kerana bersambung dengan jalan besar di hujungnya namun keresahan itu tetap ada. Anaknya masih kecil. Baru berumur enam tahun.

Kalau main berteman tidak mengapa tapi ini seorang diri. Macam mana kalau sesuatu yang tidak elok terjadi pada anaknya itu? Sudahlah mereka hidup hanya berdua. Suaminya telah menemui ajal dua tahun lalu kerana terjatuh dari memanjat pokok petai di dalam hutan kecil itu. Dia tidak mahu kejadian yang sama menimpa anaknya.

“Anas! Dah nak masuk maghrib ni! Sudah, mari masuk!” jerit Mak Minah.

“Kejap lagi mak! Anas tengah main dengan kawan Anas ni,” laung Anas sambil tangannya mengorek tanah merah yang lembut di hadapannya.

Mata Mak Minah membulat tatkala mendengar kata-kata anaknya tadi. Kawan? Mana kawannya? Sudah rabunkah Mak Minah kerana dia tidak nampak kelibat sesiapa pun di situ melainkan Anas. Sudah! Apa yang dilihat oleh anaknya itu?

“Dahlah tu... cepat masuk! Cerita Doraemon dah nak mula ni,” ajak Mak Minah lagi.

“Hari ni mana ada Doraemon mak! Doraemon hari Sabtu. Hari ni hari Jumaat,” jawab Anas lagi.

“Ada! Mak tengok iklan tadi! Dah, dah, cepat masuk! Mak cubit nanti!” Mak Minah mengugut anaknya.

Anas mencebikkan bibir tanda tidak puas hati. Dia sedang asyik bermain dengan kawan barunya itu. Dengan langkah yang malas, dia menuju ke rumahnya. Mak Minah sudah tercegat di muka pintu. Risau melihat anaknya yang berwajah muram itu. Kena sampukkah dia?

“Mak ni... kacau tau! Anas tengah seronok main dengan kawan Anas tu. Kitaorang tengah buat rumah dengan kolam...” ujar Anas membuatkan Mak Minah mengerutkan dahi.

“Kamu tak apa-apa Anas?”

Anas memandang wajah emaknya dengan hairan.

“Kenapa mak tanya macam tu?”

“Dengan siapa kamu bermain tadi?”

“Dengan kawan Anaslah,”

“Mak tahu tapi sapa?”

“Takkan mak tak nampak?”

“Ha’ah, memang mak tak nampak!”

“Patutlah... sebab dia kecil je,” balas Anas.

“Hish, kamu ni... siapa kawan kamu tu?”

“Semut hitamlah mak. Anas tengah buatkan rumah untuk dia,” jawab Anas lalu meninggalkan emaknya menuju ke ruang tamu.

Mak Minah tercengang. Semut? Biar betul!

“Mak tipu! Mana ada Doraemon! Ni cerita Tomato Man, Anas tak suka!” jerit Anas dari ruang tamu.

Mak Minah hanya mampu menggelengkan kepala. Hai, anaknya ini... macam-macam kerenahnya. Buat orang risau saja. Mak Minah melangkah ke arah anaknya dengan senyuman terukir di bibir. Dalam hati, dia tergelak kecil mendengar jawapan anaknya tadi. Semut pun semutlah, asalkan Anas tak buat sesuatu yang buruk, itu dah cukup...

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) sekadar hiburan...

    coretan bagi meredakan hati yang rawan...
  • 2) wahaha.. akhirnya lea pulak yang terkena.. igtkan anas main dengan makhluk halus.. tp betul2 'halus' rupanya.. keh.. keh.. keh.. best...
  • 3)

    menarik juga. hehe. kau mengingatkan aku pada cerita "hemut! hemut!" yang aku penah baca dulu
  • 4) ceh...korang ni mmg ske kan pedajal orang..
  • 5) so cute,
    tp ade canggungnya pada percakapan,
    anak kecil itu bercakap begitu formal..
    tp xmengapa,mungkin begitu cara penulisan anda..
    *sekadar pendapat yg ingin disuarakan*
  • 6) Akak pun tengah rawan ni, nasib baik ada cerita nih..boleh gak gelak-gelak...betul2 halus..bak kata lea..tahanks lah Ridh..hmm.

  • (Penulis)
    7) lea: sekadar suka2...

    rere: oh, cerita apa tu ya? macam seronok je...

    joni: usik-usik manja...

    ceq_zue77: oh, saya memang agak skema orangnya. tak begitu pandai menulis yang kurang formal. huhuhu...

    mr_kajiwa: usah dilayan hati yang rawan, takut menambah luka di hati...

    terima kasih sudi singgah membaca semua...
  • 8) humor di ptg hari...
    comel la anas tu.
  • 9) kepala hotak aku dah fikir lain tadi... ingatkan aper or siapa kawan anas? huh! besar leh jadi tarzan budak nie, kecik2 nampak dah ada bakat kawan ngan binatang..ekekeke
  • 10) hehehe..
    saya juga nyaris ditipu..
    aritu lea yg tipu,
    skg ni riri plak..
    esok2 sapela agaknye ek?
  • 11) hehehe.. besok2 aku nk try plak lah!
  • 12) ye,try la rere oiii!!!

  • (Penulis)
    13) adra: ya, humor untuk menghilangkan resah di hati...

    juliaM: ahahaha... betul mana tahu, kan? tarzan malaysia yang pertama...

    mizz_aszni: tipu sunat tak pe...

    rere: yosh!! cuba jangan tak cuba...
  • 14) hahaha!
    tertipu jugak.

    baru nak bangga2 nanti nak tulis komen "ah dah agak dah dia main dgn 'kwn'. sekali sampai ending.

    dem!
    lelaki suci tertipu.
  • 15) hahaha..selamat baca komen dulu..jd saya terselamat dr tertipu..
  • 16) ooo yang ni namanya Ridhrohzai...sara sebut rid rid tu.Funny la citer ko..aku suka citer lawak.yg ptg lagi citer cerdik.eh lupa..salam salam dulu.saya nina, bestfriend sara.single lagi.
  • 17) jue pun terkena gak..ingat makhluk halus yang tak dapat di lihat rupanya makhluk halus yang boleh di lihat..
    hehehe
    sweeet.....

  • (Penulis)
    18) caha: tertipu dan ditipu...

    rain: hihi... pandai ya...

    RoslynaDZ: patutlah kebelakangan ini saya asyik tersedak-sedak. rupanya ada yang menyebut-nyebut. hehehe... salam kenal juga...

    pinkygul: terima kasih...
  • 19) haha.. best2.. thnx rid..
  • 20) haha..
    siot je.dahlah baca ni kul 2.30 pagi.tak macam cuakla kan,dalam hati dah berkata-kata "oh,abes citer ni,nak terus tidolah" jap lg tibe past ending, hmmp.nak kena neh.
    *sambil piyat2 tinga riri!*

  • (Penulis)
    21) nadnad: ur welcome... terima kasih sudi singgah membaca...

    babymilo: wuyoo... baca tengah2 malam memang menakutkan. naisb baik bukan cerita seram. hehehe...
  • 22) twist yang menjadi! tapi cerita Tomato-Man memang best!
  • 23) hampeh!!.
    mati2 ingt "kwn"..
    isk3...
  • 24) sbnrnya kn...sbnrnya..sbnrnya....sbnrnya...aima la kwn anas tu...
    hehe...pnat pk td..ingtkn anas tu main korek2 tanah dgn keliwon..haha..
    btw..nice!!

Cerpen-cerpen lain nukilan ridhrohzai

Read all stories by ridhrohzai