TIGA

 

1
Melembut hatinya bila terpandangkan wajah seorang lelaki yang sudah hampir enam tahun memikul predikat "suami".

Oh betapa wajah inilah yang telah buat dirinya tenang tiap kali tersedar dari mimpi ngeri.

Oh betapa bibir inilah dimana terluncurnya kata-kata indah yang buat dia sentiasa diawang-awangan.

Kemuliaan apa yang telah dia lakukan pada kehidupan lepas hingga dirahmati Tuhan sebegini terlampau luarbiasa?

2
Predikat "suami" ini sungguh terlalu berat untuk terus aku kendong.
Makin bertambah usia pernikahan ini, makinlah pikulan ini menekan jiwaku.

Maafkan aku, hatimu yang suci itu aku dustai.
Maafkan aku, perbuatan ini pasti membunuhmu.

Aku tidak layak untukmu.
Aku tidak layak berada di sisimu, di sebelahmu dan di belakangmu.

3
Apa aku peduli sama predikat "suami"?
Apa aku peduli sama akad nikah, mas kahwin dan hantaran?

Ah.. jauh mana simpulan suci yang kononnya dibina atas landasan hukum Tuhan dan sunnah nabi itu boleh pergi?

Paling jauh pun, mungkin, hingga saat si isteri mula menopaus atau saat ukuran badan mula melencong.

Atas dasar apa perlu menghambakan diri pada predikat "suami" yang belum pun tentu akan menunai janjinya untuk meneman hingga akhir hayat?

Jadi sajalah seperti aku.
Bujang, bebas.
 
Hari ini lelaki A tinggalkan aku, aku masih lagi punya lelaki B, C, D dan E.
Asalkan aku tidak perlu mengeluarkan wang, segalanya milik aku akan jadi punya mereka.
sebut saja jenis lelaki apa, semuanya sudah aku rasa cintanya.

Tapi, jika kau tanya cinta yang mana lebih nikmat, sudah tentulah cinta si pemegang predikat "suami orang".

1
Kurang apanya aku ini?
Jelek mananya aku ini hingga sanggup lelaki pemikul predikat "suami" ini menikam aku secara senyap?

Bukankah aku yang dia cintai?
Bukankah aku yang dia sanjungi dulu?

Bijak! Bijak dia sembunyi segala syaitan iblis yang merasuk jiwanya di sebalik wajah yang menenangkan itu.

Hebat sungguh lidahnya menyusun tiap patah pendustaan. Konon, semuanya demi menjaga hatiku.
Tolong Tuhan. Bunuh dia!

2
Dalam tempoh beberapa purnama lagi, predikat "suami" yang sudah hampir enam tahun aku pikul ini akan aku lepaskan.

Bukanlah salah kamu, isteriku.
Aku ini yang lupa pada Tuhan.
Aku ini yang hatinya sengaja dibiar buat digugah dia, walau aku tahu, aku cumalah satu dari berpuluh-puluh lelaki yang datang dan pergi dalam hidupnya saban hari.

Ingat isteriku, cinta dalam hidupku tetap milikmu. Dan, tidak akan aku koyakkan hanya semata untuk menunjuk marah.

Ambillah seberapa banyak waktu yang kau perlu.
Aku tetap setia menunggu.

3
Salah satu kenikmatan yang sering aku hadamkan dalam diri selain daripada berlian, wang, makan malam mewah dan beli-belah tanpa had, adalah bila si pemegang predikat "suami" itu mula menjauh dari isterinya.

Dengan itu, kerjaku akan lebih mudah diselesaikan.
Lebih bertuah lagi, jika si isteri minta diceraikan.
Ah.. itu bukti kemenangan mutlak aku!

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) si suami kne baca ni.hehe
  • 2) amboi..
    mendalam sekali mksudnya..
  • 3) seperti biasa, tiada masalah dengan cerita anda cik hulubalang. predikat suami ditonjolkan dengan baik. persepsi yang baik. hehehe...
  • 4) saya suka citer yang hulubalang buat..penuh maksud..
  • 5) dialog 3 manusia~

    oh cinta itu membutakan!
  • 6) huhuhu... mohon tuhan agar dijauhkan dari menjadi seperti no 1 dan 2...
  • 7) eh no 3.. hehehe..
  • 8) >dlm sngguh mksd 3 tu..
  • 9) Saya beri 5 bintang. Patutnya 4 1/2 sebab ada lagi *kebiasaan hulubalang*, bagaimanapun ia sungguh cantik.
  • 10) hoho.
    hohoohohohohoho.

    predikat suami ni memang menakutkan buat aku
  • 11) realiti kehidupan. suka ni.

Cerpen-cerpen lain nukilan hulubalang

Read all stories by hulubalang