Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lovebug(Epilog Cinta)

  • 19
  • adra
  • 15 years ago
  • 4,424
  • FREE

 

-lalu lovebug pun berterbangan tanpa haluan setelah membungakan cinta-

Antasya Natalia, inilah nama aku. Semua orang menyangka aku insan yang bertuah. Bertuah sebab ada nama yang cantik, paras rupa aku biasa sahaja. Namun aku memiliki keluarga yang amat menyayangi aku. Tapi, di sebalik semua tu mereka tak tahu. Yang indah pada zahirnya tak semestinya bahagia. Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku menyelit kat sini kan? Sebenarnya bukan menyelit, aku adalah watak utama yang berada di sini kerana cerita yang tersendiri. Cerita yang mungkin saja akan mencuit hati, mungkin juga meruntun rasa. Bersedia untuk meneroka kisah aku dan dirinya.

***

1 Jun 2002
Pagi itu aku bergegas untuk ke kelas. Tengah kelam kabut, baru sedar rupanya aku tertinggal dompet. Mahu tak mahu bergegas semula untuk naik ke rumah sewa di tingkat tiga. Nak naik lif bimbang terlambat. Aku dah takde pilihan lain. Nampaknya berpeluh jugalah pada pagi yang indah ni. Masa aku tengah bergegas naik tangga, sempat pulak kertas yang ada dalam pegangan melayang. Paling tak disangka, seorang jejaka membantu aku mengutip kertas tu. Tapi yang hairannya, dia pandang kertas tu kerut-kerut kening. Entah berapa kali. Sampai aku pun naik hairan. Lalu terlontarlah satu persoalan dari mulut kepoh aku ni.

“Saudara, ada masalah ke dengan kertas saya tu?” Aku bertanya dengan muka yakin. Dia dah tersengih-sengih. Aku naik bengang. Bukan ke itu tugasan C++ yang aku siapkan semalam? Rasanya penuh dengan coding je. Buat apa dia macam tahan gelak? Ada benda yang lucu ke?

“Eh, takdelah. Just nice. Bagus,” katanya dengan sopan lalu menghulurkan kertas tersebut kepada aku. Sebaik sahaja mataku tertancap pada kertas tadi, rasa hampir terjojol biji mata ini. Nyaris keluar dari soket.

“Adoyai! Malunya aku. Ini muka Ben Barnes tak jadi. Yang aku lukis untuk released tension semalam. Kalau Prince Caspian tu tengok muka dia, mahunya dia pun gelak guling-guling. Mana taknya, aku sorang je yang tahu wajah dalam lukisan tu adalah Ben Barnes. Patutlah mamat tadi tahan gelak. Entah-entah, dah sakit perut dia ketawakan aku. Mesti nak pecah kepala dia fikir gambar siapa tu. Ceh! Muka aku dah naik merah. Dengan kepanasan dan keletihan tahap melampau, jenuh juga aku senaman kaki.

 
9 Jun 2002
Dah seminggu berlalu. Hari ni aku rasa semangat betul. Maklumlah Isnin lepas, penuh dengan dugaan. Dompet teringgal, lukisan tak menjadi aku melayang sampai kena perli. Walaupun dia tak cakap, aku tahu dari cara dia memandang. Dan tak semena-mana aku diketawakan oleh kawan-kawan sebab pakai tudung terbalik. Ada ke patut bahagian bersulam aku lipat ke dalam? Apa lagi, diorang pun bantai gelak sampai sakit telinga aku.

Lembap sungguh wahai encik tren hari ni. Aku punyalah beria bangun awal-awal. Takut jugak kena berdiri luar kelas sebab datang lambat. Inilah rutin sebagai pelajar Diploma Teknologi Multimedia yang tak memiliki kenderaan sendiri. Gunalah pengangkutan awam. Lebih mudah dan menjimatkan. Ikhlas ke kata-kata aku ni? Korang fikirlah sendiri.

Sewaktu aku rasa nak lemas kena himpit dengan manusia yang bermacam ragam, tak reti bersabar untuk masuk ke dalam perut tren telinga ini telah mendengar satu suara yang sungguh lunak. Cukup mendamaikan dengan kata-katanya yang melambangkan toleransi yang tinggi.

Ladies first,” oleh kerana asakan orang ramai yang berpusu-pusu hendak menaiki tren, aku tak sempat mengucapkan terima kasih. Hanya sempat memerhatikan wajah-wajah yang berpotensi untuk mengucapkan kata-kata itu. Tiada motif lain, aku hanya mahu berterima kasih atas keprihatinan yang dia tunjukkan. Tapi malangnya, manusia-manusia yang berdiri mahupun duduk berhampiran denganku langsung tidak membantu. Masing-masing sibuk dengan perihal masing-masing. Untuk mengukir sebaris senyuman pun kedekut. Ada kemungkinan ke mereka yang berkata demikian? Akhirnya aku putuskan dia tiada dekat denganku. Nak buat macam mana. Takde jodoh nak jumpa.

14 Jun 2002
Waaaaaaaa! Hati aku menjerit kesukaan sepuluh kali ganda dari hari biasa. Sebabnya aku akan berlibur dengan sepuasnya hari ni. Nak pergi lepak melegakan otak yang serabut dengan kawan-kawan serumah. Pergi mana lagi kalau bukan Sunway Pyramid. Tengok wayang, makan-makan sampai lebam.

Sekarang ni masa untuk membeli dan membelah dulu. Bak kata kawan-kawan akulah. Haha. Sengal kan diorang? Okey lupakan. Berbalik pada kisah aku. Aku memang seorang gadis sopan yang sangat gemar mengumpul kasut, selipar dan sandal. Suka betul menyinggah ke butik Nose. Banyak pilihan selipar, harga pun berpatutan. Reka bentuk keluarannya jarang gagal memikat hati aku. Tapi beli kasut bukan motif utama hari ni.

Aku nak beli baju atau pun seluar. Tengoklah mana yang berkenan. Naik lenguh jugak kaki berjalan, sampai mata ni terpesona dengan koleksi yang bergantung kat dalam butik Giordano. Memang rezeki aku agaknya, seluar slack idaman ada depan mata. Warna coklat lembutnya memang cantik. Selesa dipakai. Aku bersiap sedia untuk bayar. Dengan bahagia, meninggalkan kaunter begitu sahaja. Sekali terlupa nak ambik seluar tadi.

“Cik, barang awak tertinggal,” Aduh! Suara itu! Aku kenal! Kenal! Takkan dia pekerja Giordano? Aku cepat-cepat memalingkan muka. Hah?! Rasanya nak terduduk kat situ jugak. Kenapalah jumpa dia lagi. Malunya! Muka aku dah merah padam. Cukuplah rahsia besar aku dia tahu, takyahlah sampai tahu kecuaian aku pulak. Adeh! Ungkapan ladies first tak henti berputar pada pendengaran aku. Sedangkan mamat ni tersenyum je, berlagak macam takde apa-apa. Tergigil jugak jari aku nak sambut huluran dia. Mata dia tu dah mula buat hal. Pandang je sampai aku serba salah. Kawan serumah pun dah mula buat isyarat.

Dan sekali lagi aku jadi kalut. Nak keluar sampai terpijak kasut dia. Tapi dia asyik senyum je. Tak pandai marah ke?

Ladies first,” sekali lagi dia cakap. Aku rasa cair sungguh.

1 Julai 2002
Kenapalah hidup mesti macam ni? Kenapa mesti saat-saat akhir baru ada keputusan? Ni yang aku nak marah ni. Sakit betul hati aku. Nak marah lebih-lebih, dia pensyarah. Aku pun ceduk ilmu dari dia jugak. Hmm…. Patutnya beritahulah awal-awal. Ini tidak, tengah tunggu tren jugaklah dia nak sms kelas batal. Geramnya! Aku jadi takde mood nak buat apa-apa. Turun semula lagi bagus. Balik rumah, membuta. Jimat tenaga aku. Letih sangat rasanya. Tetapi sebaik sahaja aku membuat keputusan nekad untuk pulang ke rumah, telefon bimbit tiba-tiba berbunyi menandakan ada panggilan yang perlu dijawab.

Rupanya mak telefon. Suruh balik. Berkumpul sempena cuti hujung minggu dengan adik beradikku yang lain. Diorang rancang nak buat berbeku. Sambil berjalan, aku merungut. Kena cepat-cepat beli tiket ni. Lagi berapa hari je lagi. Terpaksalah aku meredah Pudu Raya yang sesak dengan pelbagai ragam manusia. Tapi selipar ni macam nak putus sangat. Aduhai selipar ku sayang, tolonglah bertahan demi tuan mu yang comel…

Nampaknya, selipar aku ni dah tak setia. Tali depannya dah merajuk. Aku pun mulalah berjalan terjengket-jengket. Macam mana nak pergi beli tiket? Jauh lagi nak berjalan. Dari Pasar Seni aku biasa berjalan kaki. Perjalanan tu sekejap je sebenarnya tapi bila selipar dah putus, semangat berkobar untuk balik kampung tinggal zero pulak. Hmm… Letih betul rasanya. Aku pun dengan muka tebal sepuluh inci, duduk menyinggah dekat tepi bangku kosong. Mulut pun terkumat kamit membebel sambil tangan kiri memegang selipar bertuah itu.

“Hai, buat apa kat sini?” Aku ‘hangin satu badan’ betul waktu genting macam ni ada orang nak kacau. Ulat tiket ke apa?

“Berniaga. Berniaga selipar,” balasku dingin. Namun alangkah terkejut bila mendongakkan kepala. Mamat tu? Lagi?

“Garangnya cik adik ni. Saya rasa selipar awak dah putus kan? Kejap saya hantar kepada tukang kasut,” dia terus mengambil selipar yang sedang aku pegang. Haih..aku mengeluh. Suka hati je dia nak bawak lari harta aku. Mungkin menyedari keterlanjuran perbuatannya, dia pun berpaling semula.

“Jangan bimbang. Dia kawan saya. Dijamin percuma saja,” ujarnya lagi memberi penerangan.

Seolah memahami apa yang sedang aku fikirkan. Sudahnya aku tersenyum melayan gelagatnya. Seorang jejaka yang berpenampilan unik. Rambutnya dilepas melepasi leher, dan hanya memakai jeans lusuh dengan baju T polos. Tangannya nampak comot dengan corengan. Namun tidak aku ketahui apakah pekerjaan dia? Makenik? Tapi mana bengkelnya? Saat fikiranku mula melilau, bercabang memikirkan bidang kerjanya, si jejaka ini telah kembali tercegat di depanku.

“Nah,” hulurnya. Tergaris senyuman nipis pada seraut wajah tenang itu. Aku membalas senyumannya.

“Berapa ni?” soalku. Berkira-kira hendak membayar semula caj perkhidmatan yang dikenakan oleh tukang kasut.

“Kan dah saya cakap tadi. Percuma. Dia kawan saya,” aku membulatkan mata. Dihalakan ibu jarinya ke suatu arah. Aku tercengang. Dia benar-benar memaksudkannya. Tukang kasut itu tersengih memandang kami.

“Terima kasih,” dan saat itu membuka lembaran baru dalam hidupku. Bermulanya perkenalan dengan seorang pelukis jalanan bernama Ammar. Namun aku lebih suka menggelarnya seniman. Dia hanya tersenyum. Belum layak katanya. Walapun telah memiliki ijazah Seni Halus dari salah sebuah IPTS. Lelaki ini amat meminati bidang seni lukis. Jika tidak, masakan dia mahu membuka sebuah galeri dan memenuhi undangan untuk mengadakan pameran solo.

Ammar Lutfi, seorang pemuda berhati tulus dan berbudi bahasa orangnya. Membuatkan aku menyenangi setiap tingkah lakunya. Berkawan tanpa mengira kekurangan insan lain. Aku cukup menghormati prinsipnya. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan manusia itu sendiri yang meletakkan kesempurnaan atas dirinya.

Paling menyentuh hatiku, saat dia memperkenalkan rakan seperjuangannya yang cacat penglihatan. Perlakuan lelaki itu yang sering menyentuh-nyentuh muka Ammar membuatkan aku terharu. Mungkin dengan cara demikian dia mampu membayangkan seraut wajah sahabat yang setia mendampinginya. Ammar juga bijak mengambil hati. Dan kerana kerendahan hatinya juga, dia berjaya memikat hati wanitaku.

***
Aku mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja solek. Perlahan jari menekan menu, mencari rakaman suara yang menjadi azimat buat diri ini. Kata-kata perangsang untuk terus menghimpun kekuatan.

“Semalam saya dengar lagu Lovebug. Tiba-tiba dapat idea untuk cakap something kat awak. Emm… Macam ni. Dengar ya. Mungkin bukan sekali lovebug akan hinggap pada hati kita. Tapi, lovebug sebenar tak semestinya lovebug yang pertama. Macam kita, beruntung sebab berjaya mendapatkan lovebug yang menghadirkan cinta sejati. Tapi, saya tetap nak pesan pada awak. Andainya lovebug ni akan terbang semula nanti, jangan salahkan ia. Jangan salahkan sesiapa. Mungkin lovebug yang sebenar belum muncul,” dan pantas aku memadam rakaman suara itu.

Bersama titisan air mata, aku menatap potret Ben Barnes lukisan tangannya yang dihadiahkan kepadaku sempena hari jadi pada tahun lepas. Sebagai ganti lukisan Ben Barnes tak menjadi yang aku lukis. Ketukan pintu bilik membuatkan aku kembali semula ke alam nyata. Teraba-raba aku mencari ruang yang sesuai untuk menyorokkan potret itu. Terjengul wajah mak bersama mak andam yang bertanggungjawab untuk menyolek wajah sugulku untuk majlis pernikahan.

“Bakal pengantin ni muram je. Tak elok dik. Nanti berkedut urat-urat muka,” terjungkit sedikit keningku bila mendengar kata-kata mak andam itu. Anehnya, aku langsung tiada hati untuk mengambil peduli apa yang telah dia cakapkan. Hanya mendiamkan diri.

“Dia kurang tidur semalam. Letih agaknya tu,” jawapan mak memberi kelegaan buatku. Semoga lepas ini tak perlulah mak andam bermulut becok ini mengomel lagi. Tak larat telinga aku hendak mendengar.

Sepanjang tempoh mak andam ini melakukan kerjanya aku lebih senang mendiamkan diri. Sepatah ditanya sepatahlah yang aku jawab. Banyak sungguh yang dia nak tanya. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku sembur. Akak ni nak menyolek orang ke nak jaga tepi kain orang? Huh!

“Dah siap. Awak boleh pakai baju pengantin sekarang,” arahnya. Aku akur. Selepas selesai mengenakan persalinan putih, dia melengkapkan penampilan aku dengan memakaikan tudung. Tiara mutiara bermotif flora dijadikan penyeri setelah dia berpuas hati dengan dandanan tundung dan selendangku.

Aku bangun dari kerusi meja solek. Menghampiri tujuh dulang hantaran yang berhias cantik. Jariku yang berinai merah menyentuh hantaran itu satu persatu. Sepatutnya hati ini gembira, namun sebaliknya yang berlaku. Dalam diriku langsung tiada perasaan teruja.

Mataku tertancap pada segenap ruang bilik bujang yang sudah bertukar rupa. Katil dilengkapi cadar berwarna merah hati dan putih. Keharuman bunga mawar merah tak mampu mententeramkan diri ini. Sentuhan klasik kontemporari untuk majlis perkahwinan ku seakan tidak membawa apa-apa erti. Adik-adik, sepupu-sepupu perempuanku serta ibu saudara masuk ke dalam bilik. Abang Long hanya menanti di luar untuk menyambut kedatangan pihak keluarga pengantin lelaki.

“Cantiklah kak ngah hari ni,” kedengaran suara adik bongsuku melemparkan pujian bila melihat diriku yang nampak berseri.

“Terima kasih, dik,” Aku menjawab juga meski dilanda kehairanan. Dari mana datangnya seri ini pun tak tahulah aku. Tapi, aku tak boleh terlalu ikutkan perasaan. Macam baru menyedari kedatangan sepupu yang sememangnya akrab denganku. Mereka datang dari jauh semata-mata untuk memenuhi undangan di hari bahagiaku ini. Aku harus memaniskan muka melayan mereka, cuba sedaya upaya mengikhlaskan hati.

“Kak ngah, pengantin lelaki dah sampai,” kata-kata mak secara tiba-tiba membuatkan jantungku berdegup kencang. Mengapa bila tiba saat ini, aku mula gusar dan gelisah? Sedangkan sejak lama beberapa bulan lalu aku mampu berlagak selamba.
“Semua dah selamat, alhamdulillah. Kak ngah dah boleh keluar,” lembut suara emak menyapa pendengaranku. Aku terkelu. Hanya menuruti langkah emak. Buat kali terakhir, aku membiarkan bayangan Ammar menjelma di ruang mata.

Saat dahiku dikucup oleh suami, aku gagal mengawal perasaan. Murah benar air mata mengalir. Ada bicara yang tak terungkap di bibir. Hanya terpendam di dasar hati. Biarlah mereka tidak mengetahui.

Ammar Lutfi telah pergi tujuh tahun lalu setelah skuter yang dinaikinya terbabas melanggar pembahagi jalan. Kemalangan itu telah menyebabkan dia mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan tulang belakang. Insan yang aku cintai itu meninggal dunia serta merta di tempat kejadian. Patutlah dia meninggalkan rakaman suara bernada begitu kepadaku. Petanda yang dia akan meninggalkan aku buat selamanya.

“Tapi, saya tetap nak pesan pada awak. Andainya lovebug ni akan terbang semula nanti, jangan salahkan ia. Jangan salahkan sesiapa. Mungkin lovebug yang sebenar belum muncul,” suaranya masih terngiang-ngiang di telingaku.

‘Ammar, semoga awak bersemadi dengan tenang di sana. Lima tahun saya ambil masa untuk kembalikan semangat yang hilang. Untuk terima kenyataan yang awak dah meninggal. Dan lovebug yang berterbangan tanpa haluan, singgah semula di hati saya untuk kesekian kalinya. Saya mengharapkan kemunculan lovebug yang sebenar pada kali ini. Terima kasih kerana meminjamkan lovebug cinta sejati walaupun semua itu hanya untuk dua tahun. Walaupun lovebug ini masih belum membungakan cinta, saya berjanji akan memeliharanya dengan baik,’ aku redha dengan segala ketentuanNya.

***

Mata redup itu menjamah seraut wajahku. Dia melemparkan senyuman. Aku membalas dalam sendu yang ditahan. Jemari kasarnya menyeka manik jernih yang masih mencemar pipi.

“Alia, abang akan jaga Alia sebagaimana mak ayah Alia jaga isteri abang ni,” aku hanya mampu tersenyum mendengar bicaranya.

“Terima kasih,” aku hanya terdaya mengucapkan sepatah kata. Selebihnya, pandangan mata merungkai segalanya.

“Alia, boleh tak tunjukkan abang gambar arwah Ammar?” Aku mengangguk.

Mengambil sebuah album yang berisi gambar mereka berdua. Sahabat karib yang mula berkenalan sejak berusia dua puluh tahun. Hakim Hafizi, dialah jejaka yang bertekad untuk membahagiakan aku setelah sahabat baiknya meninggal dunia. Sewaktu aku mengenalinya, Hafizi merupakan jejaka yang kehilangan penglihatan sejak usianya dua belas tahun. Meskipun dia hidup dikelilingi kegelapan, namun hari-harinya tak pernah suram. Malah jemarinya dikurniai bakat melukis yang cukup mengagumkan. Dia cekal meneruskan hidup, berjuang di atas kanvas bersama Ammar. Lalu terbinalah persahabatan yang akrab antara mereka. Oleh sebab itu, aku akur bila dia menyuarakan hasrat untuk menatap wajah insan yang sudi menjalinkan persahabatan dengannya.

Dan hari ini, dia mampu melihat atas sumbangan ikhlas seorang sahabat bernama Ammar. Pendaftaran Ammar sebagai penderma organ diketahui oleh aku semasa akhir hayatnya. Malah keluarganya terlebih dulu merestui niat arwah. Cuma Hafizi, dia tidak mengetahui semua itu. Kami mahu menyimpan rahsia besar ini dari pengetahuannya. Biarlah, dia berhak mengecapi bahagia atas pengorbanan yang Ammar lakukan.

 

p/s:cerita ini diinspirasikan daripada lagu lovebug.sebenarnya perkataan lovebug itu menarik perhatian saya, bukan keseluruhan lagu. dan selebihnya digarap berdasarkan imaginasi penulis.
 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sedihnyaaaaaaaaaaa..
    huhuhuhuhu..

  • (Penulis)
    2) maul..tengs jd yg first
  • 3) oh, adra, awak mempermainkan perasaan saya. tengah gembira bergelak ketawa, tiba-tiba jadi sedih, berduka lara.

    hmm... adakah lovebug yang singgah di hati ini akan terbang pergi atau tetap setia di sisi?

    nice one adra!!
  • 4) wah...nice,em lovebug tu sebuah lagu ke?sapa artisnya?nak tau.. n Lutfi?nma yg indah

  • (Penulis)
    5) ridh>bergantung pada lovebug yang datang. klu liar dia akan terbang semula, lepas membungakan cinta. kalau jinak, dia akan membungakan cinta dari hari ke hari. ops! terover plak adra nih tengs ridh!

    edieca>tengs awak! ha ah..kumpul jonas brothers. hehehe...lutfi..sy suke nama tu

  • 6) citer ni akak dah baca awal2 lagi masa mengintai ke blog adra... selalu gak akak sembunyi2 masuk ke sana hehehe...

    cerita remaja yan penuh aroma cinta... berdebar menghayatinya... rasa semakin muda membacanya.. tak perlu pakai botox.. hehehe

    congrats dik..
    nice...

  • (Penulis)
    7) adreena> terima kasih kak! sy hargai komen akk.
    nnt sy cube jejaki blog akk pula ye
  • 8) abang syud meninggal sama macam ammar~

    nice one adra!~
  • 9) saya jarang baca cerita cinta smpai habis. tapi yang ini ada kelainan dari cerita2 cinta yang lain. Dan, sebab utamanya saya memang suka pada lelaki yg pndai melukis... hihihi!

  • 10) 2002 org dah kenal eh ben barnes?
    hehe

    wah, ending dia agak bagus. plotting nak ke ending pun menarik
    (awal2 dia je saya cam .... "ah, terlalu chiclit"

    hehehe!
    ok adra! keep it up.

  • (Penulis)
    11) syud>tengs!

    kamalia>terima kasih ye awk

    cahatomic>ops! mmg dah dikenali tp adra knl dia mase prince caspian muahaha. tengs caha
  • 12) yeah.Akhirnya dapat gak adik baca cerpen akak ni
    sorry coz xsempat baca
    komen adik cam ridh
    tgah best2 baca tetibe sedih
    huhu
    best kak!!
  • 13) Maaf ya Adra kalau akak cuma ingin memberi pendapat. Flownya tak konsistens dari awal ke akhir..terutama ending terasa tergesa-gesa sedikit. Seperti ada gangguan sedikit di pertengahan cerita, seolah kedalaman menjadi cetek..susah nak explain what it is..tapi kalau dapat dibentuk kestabilan..iya memang satu masalah penulis mungkin banyak dipengaruhi keadaan minda alfa dan beta sewaktu menulis dan sejauh mana kita absorb ke dalam penulisan itu kan..akak sendiri menghadapi masalah itu. Anyway,kita sama2 baiki. Berjuang terus.
  • 14) wow. minda alfa dan beta. hehe ape tu kak.
  • 15) hah, caha, kalau nak tahu apa alpha n beta tu, silalh jenguk ke blog kak maria. pasti awak berpuas hati dengan jawapannya...

  • (Penulis)
    16) kak maria>tengs kak! adra akan berusaha lagi...terima kasih atas teguran ni. ya kita harus terus berjuang. baiki mana yang lemah

    caha>adra pun lom tahu.

    ridh>ooo..ok. tengs!

  • 17) alamak..terlepas cakap.maaflah kalau tak faham.Tak ada apa dik,tu cuma merepek orang tua je.
  • 18) chumil!

  • (Penulis)
    19) leona_dja>tengs!

Cerpen-cerpen lain nukilan adra

Read all stories by adra