Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Akademi Sensasia

 

DN = Director's Note


Scene 1 : Audition Theatre

Ramai orang kelihatan sedang menunggu giliran masing-masing untuk bertemu dengan para juri yang akan mengadili bakat mereka. Antara kesemua yang berharap itu ialah Tania, bakat muda yang masih lagi dalam tempoh pembelajarannya di Universiti Teknologi Perak. Tania dating dengan ditemani kawan sekelas yang juga kawan baiknya Rahmah.

 

Rahmah            : Alright, let’s go through this one more time before kau masuk bilik itu. Miss Tania, adakah anda benar-benar mahu menyertai pertandingan ini kerana sekiranya anda terpilih anda terpaksa meninggalkan pelajaran anda buat seketika?

 

Tania                : Wah, macam soalan Miss Universe. (Diam dengan wajah bersinar sambil memandang ke hadapan) Ya, saya sudah bersedia! Walau onak duri, badai melanda, saya yakin akan bakat saya dan saya sanggup berkorban masa dan tenaga demi mencapai impian bergelar seorang bintang! (tepuk tangan untuk diri sendiri)

 

Rahmah            : (senyum terpaksa) OK-lah Tania, kalau itu yang kau benar-benar mahu dan yakin, aku akan sentiasa menyokong kau. Lagipun memang dah lama kau fikirkan pasal nak sertai pertandingan macam ni kan? Sejak kau terpilih jadi penyanyi keroncong UTP lagi kan?

 

Tania                : Haa! Tau pun kau! Itupun nak tanya-tanya lagi. Aku dah malas nak tunggu lagi ni. Lagipun, sementara rupa masih ada, dan suara masih berbisa nil ah kita harus menonjolkan diri. Nanti dah berkedut-kedut nanti, orang tak nak undi!

 

Rahmah            : Habis tu kau ingat kau belajar kat UTP tu sampai ke tua? Kau memang tak nak tunggu sampai habis belajar ke? Senang, dah tak payah fikir-fikir nak juggle between studies and singing.

 

Tania                : Haihhh.. kau ni macam mak bapak aku pulak! (membuat muka masam dan memandang ke arah lain)

 

DN: long shot camera ikut kepala Tania ke arah pintu masuk bilik audition.

 

Scene 2 : Ruang Tamu rumah Tania

Tania sedang duduk berbincang tentang hasratnya ingin menyertai pertandingan Akademi Sensasia (Sensasi Malaysia).

 

Ibu                   : Ibu tahu Tania berbakat. Mewarisi rupa ibu lagi. Memang confirm boleh dapat Akademi Sensasia tu. Tapi tak boleh ke Tania tunggu sekejap lagi. Dua tahun lagi je sebelum Tania habis belajar.

 

Ayah                : Haiii, rupa awak seorang je ke? (Memandang isterinya)

 

Ibu                   : (senyum manja sambil memegang tangan Ayah tanda mengusik)

 

Ayah                : Betul cakap ibu kamu. Tak bolehkah kamu tunggu? Kalau masuk Akademi Sensasia tu, kamu kena berhenti belajar sekejap. Nanti takut terganggu pelajaran kamu.

 

Tania                : (Dari tadi menunduk) Alaaa ayah, ibu. Kalau Tania dapat masuk, Tania ambillah rehat untuk semester ini. Boleh buat macam tu. Tania dah tanya pada kaunselor UTP. Puan Fariza kata tak ada masalah. Dia boleh tulis surat sokongan. Lagipun daripada Tania asyik terfikir-fikir saja pasal pertandingan ni, lepas tu terganggu pelajaran, baik Tania masuk pertandingan ni dan cuba nasib.

 

Ibu                   : Habis tu, kalau menang? Buat album? Show sana-sini? Kamu hanyut nanti, lepas tu langsung tak habis belajar. Bukannya tak biasa dengar pelajar jadi artis. Pelajaran entah ke mana. Kalau hebat macam Dato’ Siti Nurhaliza tu tak apalah.

 

Tania                : Ala ibu, tak percaya dengan bakat Tania ke? Tania akan sambung belajar sebaik saja habis pertandingan ni. Bukannya tak ada bekas peserta Akademi Sensasia yang masih belajar. Siap belajar di Sabah lagi. Lepas habis pertandingan terus sambung balik. Tania akan buat macam tu jugaklah.

 

Ayah                : Haih, ayah bukan apa. Ayah cuma risau. Tania pelajar terbaik untuk bidang Mechanical Engineering batch Tania. Takut bila famous, it gets to your head and ruin your hardwork all this while.

 

Tania                : Ayah, don’t worry! Tania tak akan lupakan study! (bangun, memeluk ayah dan ibu, dan terus berlari naik ke biliknya dalam riang)

 

Ayah                : (Menggeleng-gelengkan kepala)

 

Ibu                   : Tak apalah, bang. Belum tentu dia dapat masuk AS tu.

 

Ayah                : Kalau dapat?

 

Ibu                   : Kalau dapat, minta-mintalah dia menang. Boleh kita menumpang senang! (ketawa sendiri sebelum mencuit pinggang suaminya yang masih bermasam muka)

 

Scene 3 : Audition Theatre

Pintu bilik audition terbuka. Seorang runner dengan headphone di kepala dan fail di tangan menjerit nombor peserta dengan wajah yang tegas.

 

Runner             : 36131? (mencari-cari di tempat duduk peserta)

 

Tania                : Saya!

 

Runner             : Ok, sila masuk.

 

Rahmah            : Good luck, Tania. (genggam tangan Tania)

 

Tania                : Thanks. (berdoa sebelum masuk ke dalam bilik audition)

 

Tania berdiri di atas pentas kecil dan mula menyanyi.

 

DN: Silent shot (with background music) of Tania singing, dancing and acting selama sepuluh saat. Para juri semua tersenyum dan ketiga-tiganya mengangkat kad hijau.

 

Scene 4 : Bilik hostel Tania

Ketukan kuat kedengaran di pintu. Rahmah kelihatan gelabah tapi masih tersenyum di luar bilik Tania.

 

DN: Head shot, Tania tersentak dan membuka mata.

 

Tania yang sedang tidur, menggeliat bangun dan membuka pintu dengan malas.

 

Rahmah            : Tania, Tania! OMG, kau tahu tak????

 

Tania                : Tahu apa pulak? Kau ni kacau je aku tengah mimpi Aaron Azim tadi. 

 

Rahmah            : Sudah-sudah. Kelas kita lagi sejam nak mula. Kau memang patut bangun bersiap pun. Anyway, kau dah tak payah merintih-rintih lagi pasal Akademi Sensasia!

 

Tania                : (Mata membulat) Haaaa.. kenapa? Kenapa? Kau jangan nak bagi harapan palsu kat aku Rahmah. Aku dah tawar hati ni tunggu berbulan-bulan.

 

Rahmah            : Yessszaaa… tadi, aku dengar dari budak-budak junior, mereka Nampak van Gastro masuk dalam UTP. Dalam van tu mereka nampak si Jimmy Jali. Kau nampak tak kaitannya?

 

Tania                : A’ah, Jimmy Jali yang selalu surprise-kan peserta-peserta baru Akademi Sensasia. (muka bercahaya) Ya ampunnn, aku kena pakai cantik-cantik pergi kelas hari ni. (membuka almari dan menyelak pakaiannya yang tersangkut, satu persatu)

 

Rahmah            : Ya, ya. Aku setuju. Eyh, tapi nanti kalau kau vogue sangat, tak nampaklah elemen-elemen surprise sebab macam kau dah tahu pula.

 

Tania                : (berhenti menyelak dan berfikir sejenak) Hurm, betul jugak. (tiba-tiba reaksi wajah berubah risau) Tapi kan Rahmah, kau kena ingat, senior kita si Zilawati tu pun cuba nasib juga untuk AS ni. Suara dia pun Masya-Allah, macam Ning Bazuka. Entah-entah Jimmy Jali datang untuk dia, bukan aku.

 

Tania & Rahmah: (sama-sama duduk dan termenung) Hurmmm…

 

 

Scene 5 : Dewan Kuliah

Tania dan Rahmah berjalan masuk ke dalam kelas melalui pintu depan. Pintu belakang dewan kuliah terbuka sedikit dan Rahmah ternampak kelibat seorang lelaki sedang memegang kamera tv. Wajah Rahmah berubah keriangan dan tidak sabar mahu memberitahu Tania.

 

Rahmah            : (separa berbisik kepada Tania memandangkan pensyarah sudah berada di hadapan) Tania, kalau aku bagitahu ni, kau jangan ubah mimic muka kau sedikit pun. Kau jangan melompat ke, buat reaksi bukan-bukan ke. Tenang saja, tau! (suara Rahmah sedikit menekan)

 

Tania                : Ok, ok. Apa dia? (wajah pelik dengan perangai Rahmah yang juga pelik)

 

Rahmah            : Aku nampak ada camera-man kat pintu belakang tu. Zilawati bukan budak kelas kita, Sah-sahlah kau yang dapat Tania!

 

Tania                : Ye ke??? (wajah sedikit berubah sebelum lengannya dipaut Rahmah sebagai peringatan kepada amarannya tadi. Tania terus berpura-pura tenang) OMG, nervousnya aku. Rambut aku ok?

 

Rahmah            : Ok jek. Dah-dah, buat-buat dengar lecture ni. Barulah satu Malaysia bila tengok dalam tv nanti tahu yang kau ni penyanyi yang berdedikasi terhadap pelajaran.

 

Tania                : (Mengangguk dengan wajah focus yang dibuat-buat tapi masih kelihatan gelisah)

 

DN: Long shot dari perspektif Tania lecturer yang sedang mengajar di hadapan. Selang seli shot lecturer dan students.

 

Ketika kelas sudah separuh berjalan, tiba-tiba Jimmy Jali berjalan masuk dari pintu belakang dan menyapa pensyarah yang sedang bercakap di hadapan kelas.

 

Jimmy Jali         : Assalamualaikum Encik Karim.

 

Encik Karim     : Wa’alaikumussalam. Ya, boleh saya bantu?

 

Jimmy Jali         : Saya tengah cari seorang student kelas ni.

 

Encik Karim     : Oh, siapa student tu? (memandang-mandang kepada pelajar-pelajar yang juga kelihatan terkejut di hadapannya. Tania dan Rahmah kelihatan tersenyum lebar)

 

Jimmy Jali         : Yang itu!!!! (Jimmy Jali mengangkat tangannya dan menunding jarinya ke arah Tania. Segera dua buah kamera masuk ke dalam kelas dari pintu belakang menuju ke arah Tania.

 

DN: In slow motion shot waktu kedua-dua camera-man sedang berlari menuju ke arah Tania. To be more interesting, put the camera-man view on the camera sedang bergegar as if it is the camera hold by the cameraman.

 

Tania: (segera berdiri dan menekup mukanya sambil Rahmah memegang bahunya)

 

DN: Cahaya spotlight menyilau kamera.

 

Scene 6: Pentas besar dan gemilang

DN: Sambung dari silauan spotlight. Terdengar audio seorang perempuan menyanyikan lagu ‘menang’ sebelum slowly camera focusing on Tania singing on the stage. Camera shoot around her, at her face, toe to head shot. Sesekali kamera head shot ayah dan ibu Tania sedang mengesat air mata kegembiraan. Big ending for the song. Selepas habis, terdengar suara penonton bersorak, bersiul dan memberi tepukan gemuruh.

 

Tania                : Terima kasih. (mengesat air mata, memberi tunduk hormat dan berjalan turun dari pentas)

 

MC                  : Demikian tadi persembahan dari Amira Tania binti Saiful, Mechanical Engineering dengan lagunya ‘………….’ Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Amira Tania juga merupakan salah seorang graduan pagi ini dan menerima Anugerah Cancelor Perak atas kecemerlangannya dalam bidang kokurikulum dan Akademik. Tahniah diucapkan.

 

DN: Shot para graduan naik ke pentas dan menerima scroll. Background muzik ‘Sudirman – Warisan’.

 

Scene 7 : Di perkarangan Dewan Graduasi

Tania berlari-lari kecil ke arah Ibu dan Ayah sebelum menerima sejambak bunga dari mereka berdua. Tania memeluk dan mencium pipi kedua ibu bapanya.

 

Ayah                : Ayah sangat berbangga dengan Tania. Tak dapat nak gambarkan perasaan ayah ni. (mata bergenang)

 

Ibu                   : (menyeka air mata dengan hujung baju kurung) Itulah, ibu dan ayah dah lama tunggu saat ni. Pejam celik, pejam celik, Tania dah pun konvo. Pelajar kedua terbaik pulak tu! (memeluk Tania)

 

Tania                : Ibu dan ayah ni buat Tania sebak jek! Itulah, berkat doa ayah dan ibu, sebab itulah Tania berjaya macam ini. Dan tak lupa jugak, terima kasih kepada…

 

Tania, Ayah & Ibu        : AKADEMI SENSASIA! (membuat gaya ‘mencucuk bintang’, ketawa dan berpelukan)

 

DN: kedengaran suara Jimmy Jali menjerit ‘Yang ituuu!!!’ in crescendo.

 

Scene 8 : Dewan Kuliah

Con’t scene 5. Camera-men dan Jimmy Jali berlari menaiki anak tangga menuju ke tempat duduk Tania. Tania sudah pun berdiri menekup mukanya tanda malu dengan Rahmah memegang bahunya. Tania duduk di barisan kelapan dari depan tapi Jimmy Jali hanya mendaki anak tangga sehingga ke barisan kelima.

 

Jimmy Jali         : Tahniah Hakim. Anda berjaya menjadi antara 12 peserta Akademi Sensasia!

DN: Long shot Jimmy Jali bersalaman dan menepuk bahu Hakim dari sudut pandangan Tania. Next, Head shot Tania, slow-mo.

 

Tania                : (menurunkan tangannya dengan wajah yang penuh kejutan dan pucat lesi. Wajah Tania berubah merah dan marah)

 

Scene 9 : Bilik hostel Tania

Con’t scene 8. Still head shot Tania muka marah cuma latar tempat berbeza. Ekspresi Tania seperti sedang melakukan sesuatu.

 

Tania: (menampal sekeping kad di papan tanda meja belajarnya)

 

DN: Back-Shot Tania masih menampal. Tania duduk di atas kerusinya. Kad yang ditampal revealed. Zoom-in kepada kad yang ditampal.

 

‘PERGI MAMPUS AKADEMI SENSASIA’

 

DN: Muzik credit mula. Side head shot Tania, zoom out tunjuk Tania sedang menelaah bukunya dengan tekun sambil menulis nota.

 

Roll credit. The End.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ha ha, ni nak buat utk pementasan final year kat utp kah? hehe
  • 2) hahahaha..
    nice..
    menarik sungguh karya ini..
    saya suka!
  • 3) interesting, ada director's note tuh

    cume part lawak tu tak berapa, mugkin bile dah siap beza kot cthnya utk scene "Tania, Ayah & Ibu : AKADEMI SENSASIA! (membuat gaya ‘mencucuk bintang’, ketawa dan berpelukan)" mesti lawak scene ni

  • 4) salam ziarah dan salam perkenalan Ancalime.

    selamat datang saya ucapkan dan selamat merancakkan lagi ruangan cerpen ini.

    baiklah, untuk cerita ini saya setuju dengan mosh tetapi tetap diolah dengan menarik walau temanya adalah sesuatu yang biasa dalam kehidupan. elemen humor itu masih terasa.

    selamat berkarya...

  • 5) komen seterusnya...

    kalo DN tu xcampur aduk BM&BI lagi cantik rasanya... sy tak rasa ada skrip part naratif@DN buat dlm dwibahasa. kalo dialog tu lain la..

    apa2 pun, selamat datang ke kapast
  • 6) alamak! ter enter awal... selamat datang ke kapasitor..
  • 7) Ok

  • (Penulis)
    8) hahaha.. terima kasih untuk komen semua
    sorry eyh pasal DN dwibahasa tu..

  • 9) hahaahaha..klakar jugak citer nie
  • 10) haha..xper..ade kebaikannye

    bgus gaye tulisan kamu!
  • 11) hehe..
    quite funny.

  • 12) apa kata dilakonkan cite ni? hmm watak tania sesuai Wan Sharmila kan?? kelakar la ...

Cerpen-cerpen lain nukilan Ancalime

Read all stories by Ancalime