Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Aku budak kampung

 

Dari jauh aku tengok Acu termenung di atas empang. Dia berseorangan. Puas aku mencari Acu dari tadi. Rupanya di sini dia melepak. Selalu juga kami dan beberapa orang sekampung melepak di kepala empang waktu petang begini melayan perasaan.

Dari sini aku boleh menonton riak kecil air paya yang mengalir tenang. Aku juga boleh tonton helang menyambar ikan. Juga pemandangan kerbau berkubang dengan dibelakangnya burung tiung mematuk serangga di badan kerbau. Pemandangan indah awan berarak, jelas dari kepala empang ini.

Paya sebesar 4 buah padang bola itu memang sinonim dengan rantau panjang. Setiap tahun, pesta menjala ketika empang dibuka untuk mengeringkan air paya diadakan. Waktu itu, penduduk asal kampung, yang dari bandar akan pulang. Hampir semua akan pulang untuk memeriahkan pesta menjala yang diadakan. 

Aku hampiri Acu yang masih belum seda kahadiran aku. Entah apa yang dimenungkan, hingga bunyi moor aku tidak disedari. Aku hampiri Acu yang duduk di atas empang.

"hoi, menung apa?" aku kejutkan Acu dari belakang. Tapi Acu tidak terkejut. Dia cuma menoleh ke belakang.

"rokok ada?" aku geleng kepala.

"hm.." Acu sekadar mengelah. Aku melompat naik ke batu empang, mengambil tempat di sebelah kanan Acu.

"Jom mandi semantan," Acu jebik bibir tanda tidak mahu. Aku petik daun kayu di sebelah lalu baling ke air mengalir melalui empangan kecil itu.

"Boring la," Acu mula bersuara. Aku pula yang diam. Kami berdua cuma menunduk ke air, melihat anak ikan seluang mematuk habuk-habur yang gugur di permukaan air.

"Sampai bila kita nak macam ni," sambil berkata-kata Acu mencampak sesuatu di tangangnya. Aku tak pasti apa yang dicampak. Mungkin batu kecil.

Aku hilang kata-kata. Selalunya memang banyak aktiviti kami di kampung setiap hari. Ada sahaja aktiviti yang boleh dilakukan. Memancing, mandi sungai semantan atau mandi di lata kecil dekat kuari kalau semalam hujan. Tapi, selalu juga masa habis begini. Berborak, sambil menonton tayangan alam yang indah. Cuma hari ini, dan esok di latar tempat yang sama mungkin cerita lain yang ditayangkan. 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) nilaikan.. haha..
  • 2) Sebagai orang yang rajin berkarya di kapasitor, saya harap sekopi dapat menjalankan tugas-tugas sosial iaitu dengan memaparkan nilai-nila murni dalam karya. Contoh, kalau boleh jangan promosikan rokok atau yang berkaitan.

    Sekadar cadangan.
  • 3) x de batasan dlm penulisan laa penyu..biarler die nk berkarya style die'
  • 4)

Cerpen-cerpen lain nukilan Sekopi

Read all stories by Sekopi