Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Gemalai Tari Sang Puteri

 

Lalu, dia sedut dalam-dalam asap kretek yang baru tiga minit dicucuh dengan lighter.

“Critt..”

“Crit..,” bunyi cengkih bercampur tembakau yang kasar bancuhannya, terbakar mengiringi sedutan.

Oh, nikmat sekali. Rasa manis bercampur berangin memberi nikmat dalam setiap sudut ruang dalam mulutnya.

“tutut.. tutut..”

Dan, nikmat dia terganggu. Bunyi telefon bimbit di sebelah sikunya mengganggu rasa asap yang sedang di nikmati.

Lalu, dia angkat telefon bimbit membaca mesej yang baru masuk bersama bunyian mengganggu sebentar tadi.

“b tengah buat apa?” terpapar pada skrin telefon bimbit.

Dia diam. Diam.

Lalu, telefon bimbit kembali ke tempat asalnya. Dia terus menikmati asap dari kretek seludup berharga Ringgit Malaysia dua dan lapan puluh sen sekotak tersebut.

Oh ya, negaranya yang tercinta kerugian berjuta cukai setahun akibat penjualan kretek haram tersebut.

Ah, peduli. Hisap rokok itu sememangnya haram. Haram dalam Islam memakan sesuatu yang memudaratkan.

***

Jamil diam. Diam.

Sungguh. Saat asap cengkih bercampur tembakau itu menerobos ruang mulutnya, bersama sedikit kesan tar dan nikotina yang menyentuh sensitif saraf otaknya, memori Jamil yang kian kusam menerjah ke ruang masa sikit yang lalu.

Tiada jawabnya, memori Jamil menerawang masa silam. Itu adalah beberapa tahun lepas, tapi hari ini Jamil jadi apa. Mahu dia salahkan kisah yang sudah lepas atau silap lakunya yang berlalu beberapa saat tadi.

***

Silap aku juga. Aku pernah bodohkan dia. Pernah bangangkan dia. Pernah caci maki hamun singgah pada panca inderanya. Oh, semestinya dia seorang wanita yang hatinya senipis sesawang lelabah. Silap sikit akan terkoyak dan sumpah itu bukan silap yang sikit.

Sesawang lelabah yang aku tebas dengan penyapu di siling bilik tadi kuat juga. Terus melekat pada penyapu. Aku fikir hati kaum hawa seperti ini.

Kuat dan lemah.

Kuat bila dia sudah hancur pada sesuatu yang membuatkan dia hancur.

Dan, lemah pada tenaga atau penyebab kehancuran dia.

***

Dia ingat kata cinta. Kata sayang. Segala perkataan yang membawa maksud seperti itu. Janji-janji dia diiring bersama kisah cinta lagenda. Walau tiada layaknya dibandingkan dengan cinta Adam dan Hawa, mungkin kisah Laila dan Majnun boleh diiring bersama. Layak rasanya diibaratkan macam cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal.  

Dan memori yang menerawang itu dia rasa macam Taj Mahal yang dibina Shah Jehan buat pemergian isteri yang paling dicintai.

Begitu sekali keterlaluannya pada cinta. Malang sekali, Obsesi itu yang buat dia jadi begini sekarang.

Diam bersama asap kretek haram berbau wangi.

Diam dan terus diam.

***

Telefon bimbit pada tempat tadi diangkat kembali. Mesej yang masuk sebentar tadi dibuka kembali.

Jamil menaip pada papan kekunci telefon bimbit.

“b tak buat apa2,”

Beberapa saat kemudia, notis “mesej dihantar” terpapar pada skrin telefon bimbit. Jamil letak kembali telefon bimbit pada tempat asalnya.

Hati Jamil menegur saraf otaknya yang tersuntik racun tar dan nikotina kretek.

“Itu sudah lepas, memang silap kau dan dulu kau tidak sedar kau sayang dia macam kau sedar masa ini. Jangan kau tertipu dengan memori itu. Memori itu cuma hasutan racun tar dan nikotina asap kretek yang kau sedut. Lain kali hisap Dunhill, baru tak sakit tekak,”

Jamil tersenyum sendiri tika hatinya berkata begitu. Dalam walletnya cuma tinggal beberapa keping wang kertas berwarna merah untuk bekal sehingga lima haribulan depan.

“tutut...”

“tutut...” Mesej masuk lagi.

 

nota kaki : tajuk cerpen melambangkan sang puteri yang bergemalai dalam menungan Jamil.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Rasa tidak puas membacanya kerana terlalu pendek ,sudikah Encik Sekopi menjawab pertanyaan saya iaitu apa kaitan di antara tajuk dan cerita?

  • (Penulis)
    2) tak tau nak letak tajuk ape la.. hihi..
  • 3) yup, stuju dgn kak marea, ape kne mengena tjuk gn cerita?

    klu cerita ni dikembangkan, mesti lg baik
  • 4) ceritanya boleh disambung lagi nih...
  • 5) oho... terlalu 'berat' bagi saya...

    mungkin jika dikupas lebih panjang sedikit, saya akan lebih memahami...

  • (Penulis)
    6) haha.. berat ke? kalau fikir-fikir balik. ni bleh kira macam personal diari.. hihi
  • 7) kemon raja fiqri fauwaz. hehehe.
    hehe.
    ni bersantai sangat ni.
  • 8) itulah,macam xpuas baca..

Cerpen-cerpen lain nukilan Sekopi

Read all stories by Sekopi