Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hamzah_2

  • 8
  • Teja
  • 15 years ago
  • 3,276
  • FREE

 

Sambungan dari Hamzah


Hamzah termengah-mengah. Setelah menghandar adiknya, Hani, ke kelas pra-sekolah, dia berlari-lari anak menuju ke kelas 5 merah di tingkat 2 bangunan utama.

Hamzah sedar dia lambat lagi hari ini. Tambahan pula hari ini adalah gilirannya untuk menyapu sampah di kelas. Memang pelik apabila pelajar lelaki ditugaskan untuk menyapu sampah. Cikgu Rafeah juga mempersoalkannya, tetapi apabila si pemidato sekolah berbicara, Cikgu Rafeah yang sejantina dengan si pemidato itu hanya mengangguk-anggukan kepala tanda sependapat.

 “Cikgu, di dalam kelas ini kita kena menggamalkan kesaksamaan dan keadilan. Zaman sekarang, ramai perempuan mampu untuk memikul tugas-tugas lelaki. Setakat engineer dan pilot perempuan, senang-senang aje kita nak tengok sekarang ni. Perempuan boleh buat kerja lelaki yang hebat-hebat, tak kan setakat nak sampu sampah dia orang tak larat nak buat.” 

Ah, Sara. Si singa betina bermulut comel dan munggil. “Suruh angkat air setimba dua dari perigi bawah bukit tiga empat kali sehari baru kau tahu langit ni tinggi ke rendah.” Namun, kata-kata itu hanya bergema di dalam hati Hamzah.

Loceng berbunyi menandakan waktu pelajaran yang pertama telah bermula serentak dengan langkah pertama Hamzah ke dalam kelas. Hamzah tahu dia bakal berdepan dengan jelingan tajam Sara. Hamzah tunduk sahaja menuju ke mejanya kerana dia telah menyedari ada sepasang mata sedang menyoroti langkahnya. Pandangan Hamzah hanya tertumpu pada lantai kelas yang bersih seperti telah disapu seseorang.

 Oh, Sara…andailah engkau tahu keadaanku….

 

 *******************************************************************************

Syikin buat perangai lagi malam itu. Hamzah mati akal bagaimana hendak memujuk si bongsu Syikin yang baru mencecah 3 tahun. Syikin tidak mahu makan melainkan disuapkan ibu. Mahu sahaja dicubit-cubitnya peha Syikin tetapi apalah yang Syikin faham akan dunia kehidupan yang sebenar dan realiti keadaan ibu yang hanya mampu menggerakkan kelopak matanya sahaja.

Hamzah bersandar pada dinding papan rumahnya yang berlubang-lubang dimamah usia dan cuaca, memandang kosong kea rah buku matematik di hujung tilam. Kerja sekolah yang belum disiapkan. Hamzah tidak mampu berfikir dalam keadaan Syikin begini.

“Hamzah! Ooo Hamzah!!! Apa kena dengan si Syikin tu.” Terdengar teriakan Mak Su Tijah, jiran sebelah rumahnya melaung. Hamzah membuka tingkap. Mak Su Tijah sudah tercegat di hujung tangga.

“Buka pintu ni. Mari Mak Su pujuk Syikin tu.” Hamzah menurut sahaja arahan. “Ala sayang Syikin. Jom kita pegi rumah Mak Su nak? Mak Su ada beli gula-gula tadi. Sayang dia..”

Hamzah hanya memandang sepi. Dibiarkan sahaja Mak Su Tijah mengendong Syikin ke rumahnya. Tenang seketika apabila Syikin termakan pujukan Mak Su Tijah. Hamzah tahu Syikin pasti akan bermalam di rumah Mak Su Tijah, orang yang banyak membantunya sejak ibunya jatuh sakit. Tanpa disedari, air mata mengalir di pipi Hamzah. Sayu hatinya kasihankan Syikin dan adik-adik yang lain. Dan Hamzah terlena malam itu dengan air mata yang masih basah di pipi and kerja sekolah matematik yang belum disiapkan.

 **********************************************

Hamzah menggosok-gosok telapak tangannya yang birat dijamah rotan panjang. Hadiah yang memang telah Hamzah jangka. Air mata dan air hidung yang hampir mengalir disedut masuk balik ke dalam perut.

‘Bukan aku sengaja tak buat kerja sekolah. Syikin menangis teruk malam tadi dan lepas tu aku terlelap. Siapalah yang nak faham keadaan aku ni’ suara Hamzah hanya bergema di ruang dadanya. Sedih, tapi tak akan dibiarkan air matanya jatuh di hadapan teman-teman yang lain terutamanya Sara yang sebentar tadi memandangnya dengan pandangan mengejek.

Pedih tangannya, juga perutnya. Dalam kelam kabut menguruskan adik-adiknya sebelum ke sekolah, Hamzah tak sempat menjamah jemput-jemput pisang pemberian Mak Su Tijah. Dia hanya sempat mencapai biskut kering and air kopi buat bekalan. Duit belanja? Siapa yang hendak beri. Duit simpanan seciput yang ada disimpul kemas-kemas buat belanja ubat ibu dan barang-barang dapur.

‘Lambatnya lagi nak rehat.’ Hamzah menekan-nekan perutnya supaya kurang rasa pedih yang semakin menyucuk.

Kring!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Loceng menandakan waktu rehat. Cepat-cepat Hamzah mencapai bekas air yang berisi kopi yang telah sejuk dan plastik yang berisi biskut kering menuju ke balakang kelas. Tetapi Hamzah tidak menjamahnya terus. Dipandang kiri dan kanan, pastikan tiada rakan-rakannya yang lain memerhati. Hamzah malu. Malu dengan hidangan yang dibawanya. Rakan-rakan yang lain terus meluru ke kantin menikmati segala macam makanan yang di jual di sana. Ada mi goreng, nasi lemak, kuih keria, kuih donut, buah tembikai, air sirap dan macam-macam lagi yang tak termampu dibelinya.

Setelah pasti tiada mata yang memerhati, Hamzah membuka bekas air kopi dan plastik biskut. Digigitnya sedikit biskut. Kering dan terasa berpasir biskut yang masuk ke kerongkongnya. Terbayang wajah adik-adiknya yang pagi tadi dibekalkan bekalan yang sama.

‘Oh ayah..kenapa ayah pergi dulu. Tinggalkan kami.’ Hamzah menangis lagi. Sayu hatinya mengenangkan adik-adik dan ibu yang terlantar tak berdaya. Ditariknya baju sekolah yang sedia lusuh menyapa pipi yang kebasahan. Perlahan-lahan, Hamzah meneruskan suapan. Biskut kering dicicah ke dalam air kopi agar tidak lagi kering dan senang ditelan.

Burrp!! Bunyi orang sendawa? Siapa? Hamzah tidak keruan. Terganggu suapannya. Wajahnya didongakkan. Sara? ‘Apalah budak Sara ni buat di belakang kelas’

Senyap. Sesekali baki sedu Hamzah memecah kesunyian. Perlahan-lahan Sara mendekati Hamzah.

“Nah,” Sara menghulurkan karipap yang dibelinya di kantin.

“Ambillah, aku sengaja beli lebih tadi.”

Hamzah teragak-agak.

“Ambillah cepat,” desak Sara.

Hamzah mengambil karipap dari tangan Sara lalu terus dimakannya. Sedap. Sedap sangat-sangat.

“Sara, terima ka..” ucapan Hamzah terhenti di situ. Sara terus menghilangkan diri ke dalam kelas.

‘Terima kasih, Sara,’ bisik Hamzah dalam hati.

 

*************************************************

 

Perjalanan pulang dari sekolah tengah hari itu sungguh melelahkan. Beban beg galas di bahu ditambahi beban beg sekolah adik-adiknya di kiri dan kanan tangannya. Matahari terik memancar memanaskan kepalanya. Dua orang adiknya, Ayu dan Hani telah jauh berlari-lari anak di hadapan. Langkah Hamzah telah hampir dengan rumah. Di kejauhan, dia melihat larian adik-adiknya telah berhenti. Berhenti kerana dihalang oleh sekumpulan orang bersongkok dan berkopiah yang berkumpul di hadapan rumahnya. Langkah Hamzah semakin laju merapati adik-adiknya.

“Hamzah!” Laung Mak Su Tijah yang sedang mengendung Syikin. Mata Mak Su Tijah merah dan sembab.

“Hamzah..mak kamu dah tak ada…mak kamu dah meninggal..”

Hamzah terkedu. Beg-beg sekolah yang disandangnya dibiarkan jatuh ke tanah. Tanpa suara air mata deras membasahi pipi. Adik-adik dirangkul erat. Yang kecil termangu-mangu. Yang sudah faham erti kematian orang tersayang terus meraung kesedihan.

 

***************************************************

“Keesokan harinya itulah kali terakhir aku nampak kelibat kau kan. Tak sangka sudi jugak kau menjenguk rumah buruk aku tu.”

“Hamzah, aku minta maaf banyak-banyak dengan kau. Aku tak tau latar belakang kau. Jadi, aku banyak salah tanggapan,” lembut suara Sara menutur kata. Air matanya bergenangan. ‘Jahat sungguh aku dulu.’

“Takpelah, dulu kau kan budak lagi. Kalau aku jadi kau pun aku geram bila kena sapu sampah kat kelas tu,” Hamzah cuba menjernihkan suasana.

Sara tergelak kecil. “Lepas mak kau meninggal aku dengar kau tinggal kat rumah anak yatim. Betul ke?”

“Yup. Alhamdulillah adik-adik aku tak dipisahkan dari aku.Tapi sekarang aku sewa rumah sendiri. Bawa adik-adik aku tinggal sekali. Anyway, thank you for the karipap. Tak sempat aku nak cakap terima kasih dulu.. Tiba-tiba je kau dah hilang.”

“Aku sedih la..tak sampai hati tengok kau makan..tak kan aku nak nangis depan kau. Mungkin betul kata kau, aku budak lagi masa dulu. Masih tak tau macam mana nak hormati perasaan orang lain.” Balas Sara dalam tawa kecil.

Suasana sepi seketika. Sara menarik nafas dalam-dalam.

Hamzah..”

“Erm..”

Mata bertentang. ‘Lain betul kau sekarang ye Hamzah. Dulu comot betul. Gelap pulak tu. Sekarang boleh tahan, rambut pun tegak-tegak.’ Suara nakal Sara mula bermonolog dalam hati.

“Cik Sara Suria, kenapa senyum senget sorang-sorang ni?”

Senyuman Sara terhenti. Rasa panas pipi. “Mana ada senyum. Err...nak kenal dengan adik-adik kau boleh tak?”

“Boleh, aku bawa kau datang rumah aku. Kita makan malam dengan adik-adik aku malam ni. Nanti aku bagitau Syikin suruh dia masak.”

Bulat dan bersinar-sinar mata Sara. Boleh berkenalan dengan bakal adik-adik ipar !

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) Setelah lama terperap...terimalah...Hamzah-2...
    Ditengah-tengah feeling Monday blues ni, baru ada masa nak explore kapasitor...
    Enjoy!!
  • 2) wah..nk pasang angan2 jdik kakak ipar tuh
  • 3) Menyentuh hati.
  • 4) wow!
    nk jadi akak ipar dah?
    hehehehe..
    nice teja..
  • 5) Pengulangan cerita Hamzah, cuma kali ini dari sudut yang berbeza pula. rasanya beberapa babak tak perlu diulang semula.

    Hamzah 3 coming soon kot.
  • 6) huhu..terkejut tiba2 ada sambungan plak.
    penjelasaan cerita sebelumnya ada di sini.

    amboi sara, baru jumpa terus berangan nk jd kakak ipar..

    btw, penulisan Teja tetap sy nampak berisi kemurnian. sy suka.

  • (Penulis)
    7) cika & mz_asz : org dah hensem, kena la psg step awl2
    mr_k : cite ni sbnrnya ada sedikit based on pengalaman skolah rendah teja. ramai murid (aka kwn2 Teja)yg mcm hamzah. bila fikir balik, ada sikit persamaan perangai sara dgn teja. terkilan bila ingat balik.
    upenyu : hamzah3..? err..tak berani nak janji...
    nurie : tq sbb suka..=)
  • 8) "Aku sedih la..tak sampai hati tengok kau makan..tak kan aku nak nangis depan kau."
    uhu ... nak bergenang saya baca ayat ni.

    hamzah 3!! mana kamuu!

Cerpen-cerpen lain nukilan Teja

Read all stories by Teja