Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Aku, Wrestling dan dot..dot..dot
(Ini adalah sebuah skrip sketsa yang saya hasilkan pada tahun 2000 untuk minggu senior freshie di sebuah IPTA..he hee..siapa yang tau, dia akan kenal siapa saya..ha ha..)
-saja datang kejap untuk hilangkan stress!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BABAK Satu
NARRATOR
Kalau aku cakap, korang mesti tak percaya punya. Nak dengar tak cerita aku?Ahh!!! aku tak kira aku nak cerita jugak!! Dunia wrestling memang dah jadi darah daging urat saraf aku sejak kecil lagi, sejak dari rumah lagi………
( Rikichi beraksi di depan penonton dengan bangganya )
( lampu suram, kemudian dicerahkan perlahan-lahan)
Di ruang tamu
( ayah sedang tidur, Rikichi sudah duduk di atas lantai, emak sedang berjalan menuju ke arah ayah dengan marah)
MAK
Ewah!!ewah!!….Woooii!! orang tua!! Bangunlah!! Tau nak membuta je ke? Pegilah bawak-bawak basuh baju kat bilik air tu ke, basuh pinggan kat dapur tu ke… Woi!! Buat pekak pulak dia!! Ish! Aku lepuk jugak orang tua ni!!Jaga, jaga aku tumbuk! Aku tumbuk paru-paru dia!
AYAH
Apa woi!woi! dah tak tahu nak hormat laki ke? Dah lupa ke siapa aku ni?Mentang-mentanglah aku diam, mulalah bersuara! Ini semua ciri-ciri nak carik gaduh la tu! Tak puas hati ke?
MAK
Haaa…..tau pun! Memang saya tak puas hati.. Itu hari punya gaduh pun tak abih lagi. Oooo!! Itu hari awak main tipu..boleh la menang!! Hmm hari ni jaga kau! Hmm jaga! Jaga ! saya datang ni!! Hiyarrkh!!!
Nah!!ambik ni!!
( Mengkarate tengkuk ayah )
AYAH
Ini yang aku hangin satu badan ni!!Yarrggggh!!ambik serangan dan libasan aku pulak!!( menumbuk buah pinggang emak)
Ayah dan Mak terus bergusti.
AYAH & MAK
( Bunyi suara bergusti)
( Rikichi bangun dan cuba menahan pergaduhan )
RIKICHI
Mak! Ayah! Sudahlah tu! Berentilah bergaduh!Sudahla!Besok-besok sambung la pulak! Dah malam ni!!
MAK & AYAH
Diam!!!!jangan menyampuk orang tua bergustiiii!!!!
( terus tag team menjatuhkan Rikichi)
(Lampu padam)
NARRATOR
Selepas insiden itu, ayah dan mak aku pun bercerai dengan talak satu.
Begitulah caranya aku mendapat motivasi untuk menkeceburkan diri di dalam arena gusti. Mula-mula memang susah. Masa kat sekolah menengah, memang selalu kawan-kawan dan cikgu mengutuk cita-cita aku.
( lampu dicerahkan perlahan-lahan)
Di dalam kelas 5 Kuaci
( murid-murid sedang mengucapkan SELAMAT PAGI CIKGU! )
CIKGU
Selamat pagi! Baiklah murid-murid, hari ini kita akan berbincang tentang cita-cita dan masa depan. Hmm..Ismadi, apa cita-cita kamu?
ISMADI
Saya nak jadi doktor mata cikgu!
CIKGU
Bagus! Siti Nurhaliza! Kamu pulak?
SITI NURHALIZA
Saya nak jadi penyanyi pop cikgu!
CIKGU
Baiklah! Kamu Rikichi, nak jadi apa pulak?
RIKICHI
Saya mahu jadi ahli gusti WWF!
( membuat aksi)
NARRATOR
Semua orang ketawa kuat-kuat dan mengejek aku.
RIKICHI
Amat, boleh tolong baring kat bawah tu kejap tak?
AMAT
Boleh.( Terus berbaring. )
( RIKICHI terus menindih AMAT .)
( Cikgu datang dan membuat kiraan.)
( Lampu padam)
( Lampu dibuka suram)
NARRATOR
Tapi akhirnya, mata mereka mula terbeliak besar, apabila cita-citaku menjadi kenyataan.
Pada mulanya, gadis-gadis jelita hanya meminatiku secara diam-diam,
( SUARA GADIS MEMANGGIL : PRAKASH!PRAKASH! ..)
Lama-kelamaan mereka mula meminatiku secara terang-terangan.
( SUARA SEMAKIN GALAK DAN KUAT)
Kini aku dikenali dengan gelaran RIKICHI PRAKASH!.
(Lampu padam)
Di arena gusti
NARRATOR
Kini, malam ini, sekarang, 10 JUN 2000, cita-citaku untuk merangkul tali pinggang champion WWF akan tercapai!
Inilah saat yang aku nanti-nantikan.
( suara penonton gamat meriuhkan suasana)
KOMENTATOR
Ladies & Gentelmen! Selamat malam!
Bla…BLA…
LAWAN!!!!
( penggusti berlawan dan akhirnya tinggal RIKICHI seorang sebagai juara)
KOMENTATOR
…and the winner is…
( datang MAK dan AYAH RIKICHI ke atas arena )
MAK
Rikichi!! Tengok!! Kau dah berjaya sekarang! Mak dah agak dah. Kau pasti berjaya! Sebab kau anak mak!
RIKICHI
Mak…..
MAK
Tahu tak apa yang mak nampak? Mak nampak , mata kamu, yang sama macam mata mak…rasa-rasa ..macam ada hidung…
RIKICHI
..tangan..tangan!
MAK
Ya, pandai pun anak mak…
( AYAH RIKICHI datang dan merebut mikrophone dari tangan MAK )
AYAH
Ahhhh!!! Dia anak aku!! Bukan anak kau!
Dia takkan belajar!Dia takkan belajar dari kau!!
Sebab dia anak aku!
Kan Rikichi kan?!Kau sama macam ayah kan ?bukan macam mak kau kan? Kan?
RIKICHI
Ayah….
AYAH
Rikichi…pejamkan mata…( Menarik kepala Rikichi dan meletakkannya di dadanya)
Apa yang kau dengar?
RIKICHI
Bunyi jantung ayah…sama macam jantung saya..
AYAH
Haa..kan ayah dah kata, kita serupa…
RIKICHI
Tapi…
MAK
Hei! Orang tua! Jangan nak berlakon cerita tarzan kat sini! Ini anak aku!
AYAH
Hey! Kau tu yang patut diam! Dia ni anak aku!!
( AYAH dan MAK sudah bersedia nak bergaduh, RIKICHI menghalang di tengah-tengah. Tiba-tiba datang pengadil.)
PENGADIL
Tuan, dan puan yang budiman….KELUAR!!!!!!!
( Menyuruh AYAH dan MAK keluar).
AYAH
Ni yang aku hangin satu badan ni! Maknye, kita settlekan dia ni dulu!
( MAK dan AYAH menjatuhkan pengadil ).
RIKICHI
Mak, ayah! Sudahlah, perkara yang sudah, biarlah sudah. Sekarang berbaik-baiklah semula.Buang yang keruh, ambil yang jernih. Rujuklah kembali.
MAK
Mak bukan tak mahu, tapi…tapi ayah kau tu yang cepat naik hangin.
AYAH
Ayah pun bukan tak mahu. Tapi..tapi mak kau yang cepat naik tangan.
RIKICHI
Ok.lah mak, ayah. Prakash janji. Kalau mak dengan ayah berbaik semula, Prakash akan belanja mak dan ayah makan kat MAPLER!(kedai mamak)
MAK&AYAH
MAPLER?
RIKICHI
Takdelah, saya bergurau aje
Saya janji akan jaga mak dan ayah! Ok?
MAK&AYAH
Amma!
( Penonton buat bunyi terharu )
NARRATOR
Lepas tu, aku pun dah berumahtangga, dah ada anak sorang pun. Mak dan ayah aku, duduk tinggal sama-sama dalam rumah aku.
( Anak Rikichi sedang duduk di ruang tamu. Ayah dan Mak Rikichi datang )
MAK
Jericho!Ayah dan mak mana?
AYAH
Ha, mana diorang? Atuk dan nenek bawak DVD gusti ni!
JERICHO
Aaa… ayah dengan mak tengah wrestling!
WATAMMAT
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen JenakaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) saudara kurusawa, ini memang benar-benar satu jenaka!! aduhai, sakit perut saya menahan gelak sampai keluar air mata.
dalam ketawa, masih ada terselit mesej yang berguna...
menarik!- ridhrohzai
- 14 years ago
-
2) hahahaa,ok kelakar!
- kamalia
- 14 years ago
-
4) hehe. dulu berapa banyak bro lu buat skrip utk pementasan?
mesti tiap2 tahun bdk kelas lain bengkek je dgn lu kan. balik2 kelas lu gak perform dengan bergaya.
(teringat sketsa2 bdk2 skolah dulu buat. langsung tak kelakar)- cahatomic
- 14 years ago
-
5) haha..
adoiyai..ni klu buat pementasan ni mesti best!
- rObOt
- 14 years ago
-
6) hahahahahaah..seyes klakar
- rain
- 14 years ago
-
8) memang la cerita ni....lawak tahap cipan ni....
- akma
- 14 years ago