Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fasa baru

 

Dari ulat jadi kepompong..Duduk tidur dalam kelongsong.. Cukup masa kepompong pecah.. Jadi rama-rama yang indah..

Owh.. Lagu zaman kanak-kanak yang paling disukai.

Satu fasa baru dalam kitaran hidup seorang wanita. Fasa baru yang sungguh indah. Sungguh indah apabila dilamar oleh seorang lelaki pilihan hati.

Dilamar seorang lelaki yang dikagumi memang perkara yang diidamkan oleh setiap wanita. Perasaan teruja, gembira dan terharu sebati menjadi satu.

Di saat itu, betapa gembiranya menjadi seorang wanita.

Lelaki yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Lelaki yang menyayangi ibunya dan sanggup mengenepikan kepentingan diri memang layak dikagumi dan dicintai.

Dan memang betul. Cinta itu ibarat rama-rama. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.

Tuhan itu sehebat-hebat Perancang. Perancangan Dia melangkaui perancangan manusia. Tuhan itu dekat. Tuhan itu tahu.

“…. dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. Surah Yusuf ayat-87.

Life is about taking risks.

You will fall someday,

but it doesn’t mean that it is the end.

Your mother supports you, your father supports you.

You have your family behind you, supporting you.

It is obvious for one to hesitate.

It is obvious for one to fear the unknown.

And it is also obvious for one to fear rejection.

That is what being a human is all about.

All you need to remember is

Everytime you fall down,

You just need to get back up. (Petikan dari aku-stories)

“The best things come when you least expect them to”

Kitaran :

Seorang kanak-kanak perempuan kepada seorang gadis sunti - fasa yang riang dan menyeronokkan.:

Dari gadis sunti kepada gadis remaja - fasa yang sungguh mencabar.

Dari gadis remaja kepada seorang wanita - fasa yang sungguh sukar dan indah.

Dari seorang wanita kepada seorang isteri solehah - fasa penuh kasih sayang

Dari seorang isteri kepada seorang ibu - fasa teruja berkongsi gembira

Rama-rama terbang merata.. Sungguh cantik aneka warna.. Hisap madu dipohon bunga.. Tapi sayang hidup tak lama..

Berbanggalah menjadi seorang wanita. Kerana wanita itu adalah “rama-rama”.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hehe. lagi sesuai kalau letak di blog community kot.

    tp kalau cik rama-rama nak letak di seksyen cerpen, mungkin boleh diolah mnejadi lebih menarik
  • 2) blog?
  • 3) hurm... macam brief novel. mungkin boleh letak dalam novel dan tulis sambungannya?
  • 4) menarik olahannya. struktur ayat juga kemas. mungkin cik rama-rama boleh cuba panjangkan atau ubah sedikit agar menjadi sebuah cerpen yang lengkap...
  • 5) Rama-rama memang cantik, tetapi..sangat rapuh dan mudah rosak(hati2)
  • 6)

Cerpen-cerpen lain nukilan rama_rama

Read all stories by rama_rama
No stories.